Sepi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
DeviantArt
Diammu menyesakkan
rasaku membuak-buak
sepiku menghimpit
memenuhkan segenap ruang

mengapa kau membisu
menghimpun rasa di hatimu
di benakku tersimpul
seribu satu persoalan

diam seperti selalu
kau menyiksa lalu 
aku terus terseksa
dengan kebisuanmu

bisumu membiusku
diammu menekanku
sepimu menerjahku
sunyiku berpanjangan

ps: Jangan hanya berdiam diri kerana kelak kau menyeksa orang sekeliling kau. Berterus teranglah dengan apa kau rasa. Jangan main sembunyi kerana yang lain masih ternanti jawapan pasti dari kau.

8 comments:

Terima kasih membaca entri saya sampai hujung perkataan =)