CORETAN TERBARU NADH

Dari Dapur Seri Iman 33

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Yehuuuu.Masuk dapur setelah kecewa dengan hasil Cheese Cake. Huh. Menguli sesuatu. Resepi boleh tengok kat sini. Malas edit. 

Cumanya donut kali ini seindah suria. Sebab? Colourful. Dah uli doh bahagi 3 bahagian. Satu aku buat warna coklat. Memang tak lawa. Satu aku buat warna merah dan satu lagi warna kuning, Kuning adalah terbaik.

Cantik je donut warna warni ni. Kuning pu kehabisan stok. Jadi tak lawa sangat hasilnya.
Sedang mengembang dengan  gembira

Warna sila abaikan
Sedang digoreng
Ni paling best


Tada! Siap donut seindah suria

Donut pintal. Agak pelik rupanya

Lelaki kalah dengan perempuan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kenapa? Ada yang sentap bila tengok tajuk entri ni. Aku nukan nak bikin panas. Cuma nak share apa yang aku baca kat fb. Malas copy paste. Aku buat ulasan sendiri. Nampak originalnya.

Kenapa lelaki boleh tewas walaupun mereka dikatakan lebih gagah. Jawapan senang je. Lelaki takkan sanggup mengandung dan beranak. Kecualilah orang putih. Mereka selalu nak langgar hukum alam. Lagipun baby nak keluar ikut mana kalau lelaki yang mengandung?

Tu orang kata kita ni jangan suka hati nak lawan hukum alam. Tengok bencana yang berlaku. Semua kerana manusia nak menunjukkan dia lagi hebat dari apa yang Allah dah sediakan. Kononnya boleh jangka tsunami. Boleh lawan takdir ke? Kan dah tertulis sejak azali. Manusia ni pun mahluk Allah. Ada hati nak lawan pencipta?

Sambung balik cerita. Selalu kita akan dengar dialog begini:
"Sayang, kalaulah boleh abang gantikan sayang masa lahirkan nanti. Tak sanggup tengok ayang menanggung sakit,"

Konon romantiklah tu. Tapi ingat sanggupkah bertarung nyawa demi sebuah kehidupan baru? Sanggupkah? Teman isteri bersalin pun takut. Cuba kalau betul-betul ditakdirkan yang tanggung sakit tu kaum lelaki. Macam man? Mesti ramai lelaki takut dengan perempuan. Mesti banyak kes rogol oleh perempuan. Mesti lelaki trauma. Mesti lelaki yang sibuk nak gugurkan anak. Mesti lelaki yang makan pil takut mengandung.

Cakap senanglah. Cuba buat tengok? Tapi berapa ramai wanita ditindas? Sedangkan yang melahirkan mereka ialah wanita juga. Kalau mak korang gugurkan korang, takkan ada kita semua di bumi Allah ini. Hargailah perempuan. Jaga maruah mereka. Jangan kotori mereka. Jangan ikutkan nafsu. Aku jua muhasabah diri.

Dari Dapur Seri Iman 32

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sedar tak sedar aku dah menaip resepi bertimbun kat sini. Korang mesti dapat teka aku masak apa. Yelah sebelum ni aku dah bebel pasal benda tu kan. Tapi hasil mengecewakan. Haha janganlah sifu dengan muridnya tengok. Malu aku. Haha

First time buat. Lagi satu mixer tak ada. Aku jadi tak berapa yakin. Time buat whipping cream tu aku syok sendiri sampai dia jadi pelik. Aku rasa tulah punca kek aku jadi lembik. Tapi masih sedap di makan okey. Malu nak bagi kalian rasa. Esok dahlah nak jumpa blogger. Janganlah ada tanya pasal kek ni. Haha

okey edit lebih bagi cover kehuduhan
Okey kek apa? Strawberry cheese cake unbaked. Dulu aku pernah post pasal Blueberry Cheese Cake. Tapi tu dibakar. Mari kita tengok resepi yang aku ambil dari Dapur Tanpa Sempadan.


BAHAN:

200 gram biskut marie
80 gram mentega, dicairkan
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
6 biji strawberry segar, kisar halus
1 camca teh strawberry emulco
6 biji strawberry segar, didadu
1 1/2 camca besar gelatin halal (jenama nona je ada kat tesco tadi)
125 ml air suam
200 ml whipping cream, disejukkan (1 kotak kecil)
Strawberry segar untuk hiasan

kelihatan huduh. Belum siap lagi ni

Cara:
1. Kisar biskut yang dipecah-pecahkan. Cairkan mentega dan gaulkan biskut bersama. Masukkan dalam loyang dan tekan-tekan bagi padat. Sejukkan dalam peti sejuk.
2. Putar krim keju dan gula halu. Mixer tak ada pakai wisk. Hasil? Menyayat hati.
3. Letak strawberi kisar dan emulco dalam adunan. Kacau.
4. Dalam bekas lain putar whipping cream sampai kembang. Aku over putar. Jadi berair dan pelik.
5. Masukkan whipping cream dalam adunan keju tadi. Kacau.
6. Masukkan strawberi yang dipotong tadi.
7. Gelatin dicampurkan ke dalam air suam dan kacau sampai larut.
8. Masukkan dalam adunan kacau.
9. Masukkan adunan ke acuan yang telah disejukkan.
10. Tunggu 3 hingga 4 jam. Letak strawberi sebagai hiasan bila dah keras.



Malang sekali aku punya lembik. Tapi rasa dah okey. Tak tahu kenapa. Tak pernah buat kek macam ni. Pelik. Aku kecewa lantas buat resepi lain=P

IKLAN PERCUMA Untuk Blog ANDA

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
klik sini
1. Sebab aku newbie
2. Sebab blog anda lagi popular.
3. Sebab nak iklankan blog.
4. Sebab ada ramai pengunjung blog. 
5. Sebab nak tumpang populariti kat blog anda.
6. Sebab aku suka menempek blog kat blog orang lain.
7. Sebab belum pernah iklankan kat mana-mana blog. Kira anda special.
8. Sebab nak banner free. Tak ada banner lagi ni.
9. Sebab nak trafik dari anda.
10. Support anda punya segmen ke apa ni. Hehe 

Last sekali majulah blogger untuk diri kita semua. Hidup kayif erk. Larikkkkk.

Sila undi aku!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

sticky post! Sampai aku menang baru aku buang kemelekatan ini!!!




BAIK! SILA UNDI. AKU NAK MENANG! HAHA SIAPA BACA SILA KLIK. TAK KLIK JAGA DIA!!! WAH UNDI SEKARANG!
Post by,

Miss Ran 

Ingat keterujaan itu hilang

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku teruja tapi tak melompat. Dulu aku pernah terasa hati dengan dia ni. Siapa? Biarlah rahsia. Tapi aku dicoolkan oleh Sunah. Thanks. Aku sedar dia pun manusia biasa. Tak sempurna. Macam aku jugak.

Ingat hilang dah perasaan teruja. Tapi rupanya tak. Masih ada terselit rasa teruja itu. Mungkin kerana peribadinya. Really admire him.

Kadang bila fikir balik. Banyak jasa dia kat aku. Walaupun dia tak sedar kehadiran aku. Esok insyallah akan jumpa dia LAGI. Tak puas hati gambar tak dapat-dapat lagi. Mana entah tukang ambil gambar. Busy kot. Tak apa-tak apa. Esok tuntut dengan dia!

Aku email dia cakap nak pergi. Dan dia reply. Siapa kata dia sombong lagi? Aku gigit kang. Dia balas khas untuk aku. Hah jangan ingat blogger lama sombong. Blogger lama tapi baru macam dia patut dicontohi ye kawan-kawan.

Benci orang kita dapat apa? Baik eratkan silaturrahim antara manusia. Tak kira blogger ke apa. Janji niat ikhlas bila berkawan. Kita kawan ke? Kawan aku rasa=P

Oh Htc Desire

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kenapa aku tetiba buka cerita pasal gadget ni. Seingat aku aku tak obses sangat. Yang aku obses sekarang ialah laptop, internet dan blog. Haha Masing-masing penting dalam hidup aku.

Tapi tetiba member suruh survey antara nokia X6 dan Samsung galaxy ACE. Ye aku buta pasal benda ni. Aku survey kat internet pun bukan faham sangat. Kesimpulan aku pilih rupa. Samsung cun sikit. Sekali tengok macam Iphone!

Tapi ramai kata HTC best. Bro Ben pun pakai. Abang ipar aku pun pakai. Orang bergaji bolehlah merasa. Aku ada matlamat lain. Tak nak fikir pasal handset. Nak gadget jugak. Tapi bukan handset, dslr. Jangan teka. Malas jawab. Bila dah ada baru aku tayang okey?

Tapi manusia memang mudah tertarik dengan luaran. Termasuk aku. Haha tadi je bershopping. Duit tak ada tapi masih gembira membeli. Nafsu apakah ini? Manusia yang gila membeli belah adalah aku. Aku mengaku! Sila tampar aku sekarang.

Cheese Cake Strawberry

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Saja buat title gitu. Haha semua dah terliur nampak. Adakah cheese Cake aku akan melawan sifu sendiri iaitu PCM takpun anak didiknya Ady Budika. Aku sebenarnya tak kuasa nak lawan-lawan ni. Aku tak reti masak macam diorang. Tapi aku teringin nak masak. Makanya pergilah tesco membeli belah bahannya.

Puas mencari emulco. Apa bendalah ni. Dalam hati aku ingat perisa strawberry je. Erm rupanya macam paste strawberry. Datang adik aku pergi tunjuk jam strawberry. Pengsan! Itulah pentingnya food and servings education. Haha

Gelatin satu benda lagi. Tak pernah beli, guna, dan tengok pun. Penat asyik tercari-cari. Mujur ada sign yang bertulis BAHAN KEK. Aku serang tempat tu dulu. Jumpa emulco. Pergi tempat lain beli biskut. Pergi beli strawberry korea. Pilih-pilih yang merah dan gebu. Erk. Mana gelatin?

Patah balik cari gelatin. Sekali gelatin tu sebelah je dengan emulco. Buat peluh dalam aircond je. Cis! Kenapalah aku tak terfikir si gelatin ni  adalah anak susuan bahan kek. Macam sengal bila fikir balik. Korang mesti nak tahu rupa kek aku kan? Jom sini.
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Apa mana gambar? Belum siap lagi. Haha kejap lagi siaplah kot. 3jam lagi. Sabar ye kawan-kawan. Aku rasa macam tak jadi. Sebab mixer tak ada. How dare you! Time aku nak gunalah rosak. Peluh jugak aku putar pakai wisk. Ni bendanya.
Wisk
Aku tak tahulah betul ke tidak ejanya. Aku selalu panggil pemukul telur. Haha oh ya. Lepas aku penat aku suruh ayah aku pulak buat. Haha terus kembang, putih. Pandai ayah. Haha masa untuk membuli ayah=P Ni namanya merapatkan silaturrahim antara anak beranak. Ayahku kekadang sporting, kekadang garang dan selalu CEREWET. Tapi dia idola aku=P

Membeli belah bersama ayah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Oh macam cerita kanak-kanak pulak tajuk ni. Hehe sejak ibu tak ada kat rumah, adik akulah jadi tukang masak. Baru umur 15 tahun. Bagus-bagus. Hehe macam nilah adik gue. Haha aku bangun pagi kerna terpaksa.

Pagi-pagi si ayah mengejutkan anak-anaknya ke pasar. Dalam aku terdetik. Pasar je pun. Pergilah sorang. Tapi tula aku ingat kedai runcit si abang pendek. Dekat je dengan rumah. Rupanya pasar tani. Kami pergi tanpa mandi. Yeah terbaik dari katil.

Kami disuruh mengangkat barang. Er berat gila. Ayah menonong dengan gembira. Aku dengan adik aku tak tahan lagi. Telur, seafood, sayur mayur di tangan segera di letakkan tepi kereta. Kunci tak bagi pulak. Last-last aku terkenan untuk membeli. Er habis 26. Harga 30 tapi aku mintak kurang sampai abang tu malas layan.

Yelah 26 pun okeylah. Aku bayar dan tercongok kat kereta. Ayah-ayah. Gembira dia menghilangkan diri. Sekali tengok beli madu. rm75? Punyalah mahal. Cekik darah ke apa. Penggemar madu macam ayah mana kira dah mahal ke tak. Duit gaji kan baru masuk.

Tapi kadang-kadang tolong ayah kita apa salahnya. Kan itu tanggungjawab anak. Lagi-lagi ibu tak ada. Jangan berkira dengan ayah. Okeylah nak keluar lagi. Cheese cake here i come!

Pabila PA sifu follow aku

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Oh dia seorang wanita.

Berdomain sendiri.

Kawan baik si heroin cerita aku, dia dan paparazzi.

Pembantu khas sifu blog aku.

Serius tak sangka dia nak follow aku.

Yang lain-lain pun. Terima kasih follow blog ni=P

Segmen AKU mengenali blogger/kawan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

    Nama korang beserta dengan umur, status pendidikan, url blog dan nama blog
    Nama seperti di FB, IFFAH AFEEFAH
    Masih belajar. Belum ada sijil selain sijil SPM
    BUTA+PEKAK+BISU=CINTA
      Sejak bila korang menceburi dunia blog dan sebab yg menyebabkan korang join dunia blog?
      Sejak bulan 5 tahun lepas. Nak dekat setahun dah. Kawan saya yang mengenalkan saya dalam dunai blog ini. Lepas tu terjatuh cinta dengan dunia blog sampai sekarang=)
        Apa pengisian di entry yg korang buat di blog korang?
        Seperti yang ada kat tab menu. Aku tulis apa aku rasa, apa yang berlaku, apa yang aku masak, karyaku, puisi kalau tetiba nak tulis, isu semasa, berita. Macam2 lagi.
          Kongsikan group blogger yg telah korang join dan fan page blog korang kalau korang ada.
          GENG BLOGGER
          SAHABAT BLOGGER
          KOMUNITI GILA BLOG
          Banyak lagi. Boleh search kat Facebook.

            Kongsikan perkara - perkara yg korang rasa menjadi satu perkara yg tidak wajar dilakukan dlm blog korang.. cth mcm lagu dgn autoplay ke...
            Blink-blink yang melampau
            Lagu yang sangat kuat dan menekan jiwa
            warna yang sungguh terang benderang
            widget yang banyak gila sampai berat nak loading

              Aku mahukan blog akku lebih maju dan popular serta dibaca oleh lebih ramai orang. Aku nak orang dapat apa yang aku nak sampaikan dalam blog ni.
                Komuniti blogger adalah sangat hebat. Bukan sahaja alam maya dan membazir masa semata-mata.
                  Nasihat atau tips-tips yg ingin dikongsi dgn blogger lain.
                  Cari identiti sendiri. Jangan asyik kejar SEO. Sebab biarlah hubungan antara hati pengikat hati pembaca bukan kerana kepopularan semata.
                    Apa yg korang mahukan dari sesuatu blog tu supaya korang akan follow mereka?
                    Aku tak nak apa-apa. Asal entry dia menarik perhatian, menyentuh rasa, macam kita sedang berkomunikasi dengan dia, ada selit unsur dakwah, selit kelakar-kelakar.
                      Pendapat korang tentang blog aku.
                      Blog anda menarik. Hebat. Cuma cuba tambahkan apa yang kurang. Entry misalnya. Kuatkan entry dengan identiti sendiri. Selitkan segala macam nasihat, unsur kecindan dalam masa yang serius.
                      tagged:
                      ADY dan Sunah. Sebab diorang pemes. Sahabat alam maya=P

                      JOM JOIN SEGMEN PS

                      ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
                      klik
                      Kalau menebang biarlah di dahan
                      konon ingin direview blog miss ran

                      pergi langkawi berjalan suka-suka
                      template sesuai dengan tema senja

                      malam-malam bulan kembang
                      sungguh indah puisi dikarang

                      Imam muda: Bosankah?

                      ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
                      Rata-rata sibuk pasal maharajalawak. Tak ada pulak entry pasal Imam Muda. Kenapa ye? Aku bukan nak tunjuk baik. Tapi hakikat. Aku tertengok tadi. Tak ada niat. Sebab lama tak tengok tv. Tema dia kelahiran. Sangat sedih oke.

                      Kisah buang bayi, kisah terlanjur, kisah diculik dan rogol, kisah penyerahan anak kepada keluarga angkat. Siapa tak sedih tengok janin dalam plastik. Terkulai layu. Betul kata imam muda mana tadi. Buat maksiat tak ada orang tegur. Tak ada orang ambil kisah. Bila buang bayi? Bukan main ramai kerumun kat situ.

                      Kenapa ye kawan-kawan? Kenapa bila proses buat anak tu kita tak nak cegah? Bila dah jadi baru cakap perkara terkutuklah. Dilaknat Allahlah. Memalukan orang sekitarlah. Tapi masa buat? Tak apa diorang ringan-ringan je. Tak apa nanti adalah pegawai nak tangkap.

                      Boleh ke macam tu? Masyarakat prihatin bila benda dah terjadi. Kes rogol. Dah kena rogol baru nak melindungi wanita. Kenapa tak dari awal melindungi wanita? Kenapa bila dia dah diragut maruah barulah terhegeh nak beri bantuan? Bukan apa. Kan mencegah lebih baik dat merawat?

                      Imam muda ada kata tadi. Bukan salah perempuan je. Aku sokong. Tak ada angin masakan poko bergoyang. Kalau dah ada perempuan buang anak. Siapa yang buat anak? Takkan perempuan sorang? Lelaki ada 9 akal tapi malangnya senang saja ditumpaskan oleh 1 nafsu. Sekarang sibuk tunding jari. 

                      Apakah kesudahan? Makin banyak bayi tak berdosa mati di tangan manusia. Berapa banyak perempuan dirogol kerana nafsu seorang lelaki? Berapa ramai mahukan anak sangat tetapi keguguran atau tak berpeluang mendapatkan anak? Berapa ramai yang masih leka dengan duniawi yang kian moden ini? Berapa ramai manusia hilang pegangan agama hanya kerana mengikut nafsu? Berapa ramai di akhirat menangisi kejahilannya di dunia. Aku turut menangis dalam hati. Sekian.

                      Giveaway from Moscow by Miszlullaby

                      ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
                      klik okey
                      Setelah berkurun lama tak join GA. Aku akur kehendak alam. Eceh. Ni Ustazah Sunah tag. Satu penghargaanlah. Jadi kena join!

                      TAG:

                      Weekend ni full

                      ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
                      Weekend ni macam-macam aktiviti ada.

                      MEMASAK SETIAP HARI

                      MEMBUAT KEK COKLAT

                      MEMBUAT CHEESE CAKE kalau ada bahan

                      VLOG PUTRAJAYA tapi tak nak buat VLOG pun

                      KENDURI UJANG DAN YANA

                      Mana satu nak buat ni? Grr Tasha pergi sama ye?

                      Exora grrr

                      ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
                      Bila tengok tajuk korang mesti faham kan. Aku bengang dengan sikap manusia yang pentingkan diri masa di jalanraya. Selamat aku tak kata bukan-bukan. Accident karang aku pulak salah sebab doakan. Selamar.

                      Mana tak geram duduk lane paling kanan. Bawak cukup-cukup makan je. Bila aku cucuk dari belakang dia buat tak tahu je. Okey fine. Kau kereta family. Aku faham. Aku terus ke lane tengah. Bawak macam biasa. Kira setara dengan kereta dialah. Sekali ada kereta lagi besar cucuk-cucuk dia dari belakang.

                      Boleh pulak dengan selamba himpit kereta aku tanpa rasa bersalah. Dia himpit tak bagi signal. Aku nak tak nak elak tepi. Mula aku malas nak kasi can. Tapi takut terseret pulak. Aku ketepi sikit. Still dalam lane tengah. Kira 2 lane tu tiga kereta. Kereta besar laju berlalu pergi dengan memotong.

                      Yang aku hairan kenapa tak boleh fikir guna akal? Kereta besar dah. Otak kecil ke? Dah tahu orang nak memotong cepat-cepat masuk lane sebelah. Dah tau kereta aku ada kat tengah pecutlah bagi laju sikit dari kereta aku lepas tu masuklah lane tengah. Tak ada siapa marah.

                      Kau tak belajar undang-undang jalan raya ke? Ke lesen terbang je? Sengal. Kalau ada kereta lain kat tepi aku tak tau apa jadi kat aku. Roti burger gamaknya. Tolonglah ikut undang-undang. Pentingkan diri buat apa. Bukan jalan tu kau sorang. Fikirlah! Selamat tak jadi apa-apa tadi. Kalau aku mati accident tadi, ingat kau yang bertanggungjawab, even tak ada bukti nak salahkan kau. Allah nampak!

                      Pemanduan biarlah berhemah. Guna akal. Jangan pentingkan diri. Aku amatur pun tahu apa yang patut aku buat kat jalan. Jangan sebab aku perempuan kau boleh senang-senang tunjuk samseng!

                      Sikap kaum akukah itu

                      ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
                      Aku drive konvoi tadi. Dua kereta. Kira konvoilah kan. Alhamdulillah selamat sampai walaupun agak mengantuk. Member aku selamat dah ke KL agaknya. Oh berbalik kepada tajuk.

                      Masa traffic light yang lama, aku terpandang dua bangsa asing. Bangladesh mungkin. Berpakaian lengkap untuk menunaikan solat jumaat. Tahu apa kaum kita buat? Kaum kita masih di stesen minyak, masih di jalanan entah mana tujuan, masih berpakaian kerja formal.

                      Buat aku terfikir. Kaum siapakah? Yang muslim. Ya sama agama dengan bangsa asing tapi kenapa sikapnya lain sekali? Mungkin mereka terikat dengan kerja. Setahu aku bangsa asing sangat memerlukan kerja di sini. Sedangkan kaum kita memang dah diberikan keistimewaan. 

                      Takkan negara Islam tak benarkan mereka keluar lebih awal untuk solat jumaat? Masjid dekat je. Dua bangsa asing sedang berjalan kaki. Hurm manusia yang selalu lalai. Manusia yang selalu melengahkan kerja apatah lagi ibadah. Segerakan pekerjaanmu wahai sahabat.

                      Nak masak apa kawan-kawan?

                      ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
                      Hobi aku kat rumah. Seperti biasa minggu ni akan ku pulang ke kajang. Sesiapa nak tumpangkan aku pergi kenduri Ujang=(. 

                      Oh ya balik pada tajuk. Aku dilema ni. Aku teringin nak buat Cheese Cake macam PCM dan Ady buat. Masalahnya aku diminta masak benda lain oleh rakan sekelas. Tak sampai hati nak kecewakan sebabnya ayat dia begini:

                      "Buatlah kek coklat fah. Yang macam hari tu."

                      Oh dia merujuk kepada kek coklat kukus macam dalam entry yang ni.

                      "Buatlah cheese tart. Iffah reti buat tak?" 
                      "Reti je. Dulu pun buat tarlet buah-buahan. Cuma yang ni intinya cheese,"

                      Jadi aku nak buat mana? Buat tak kisah sangat tapinya duit. Duit nak beli bahan tu. Kadang kala seronok bila orang makan masakan kita. Baik kita mengenyangkan perut mereka. Murah hati. Kerana insyallah murah rezeki kita. Buat apa nak berkira. Jadi nak aku masak apa ye jumaat, sabtu, ahad dan isnin. Cuti you!

                      Benarkah cinta itu buta

                      ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
                      Selalu memikirkan pabila terpandang nama blog ini sendiri. Benarkah? Kenapa orang seringkali menyalahkan cinta? Cinta tu terhadkah? Kenapa bila sebut pasal bercinta mesti ditujukan untuk sang teruna dan dara. Majnun dan lailanya.

                      Pernahkah kita fikir yang cinta itu luas maknanya. Sehingga kita sendiri tak sedar yang sebenar kita telah lama dilamun cinta. Cinta kepada ibu dan bapa. Tanpa mereka siapalah kamu. Memang ada yang kata nenek jaga, mak tiri jaga. Duduk rumah kebajikan. Tapi ingat yang melahirkan adalah ibu kandung.

                      Tapi sering kita mengangungkan cinta antara pasangan sahaja. Kejamkah aku jika aku kata cinta ini memang membutakan mereka. Cinta antara pasangan telah membutakan hati mereka dalam menilai baik buruk. Cinta kepada pasangan membutakan mata untuk melihat penat jerih ibu bapa yang membesarkan mereka.

                      Tapi bila dilamun cinta yang membutakan mereka alpa. Lupa diri mereka kepunyaan Allah S.W.T. Lupa yang cinta sebenarnya luas skopnya. Tapi kenapa bila berbicara tentang cinta kepada pasangan laju memberi erti yang indah. Cuba tanya diri cintakah kita pada tuhan kita? Cintakah kita pada Rasulullah S.A.W.? Sebelum cinta kepada sesama manusia kita cintakah pada diri kita sendiri? Diri kita yang dikatakan tak boleh hidup tanpa cinta dari pasangan? 

                      Renungkan dalam-dalam. Cukupkah cinta kita kepada Tuhan, Rasul, keluarga, diri kita? Jika belum mengapa ingin menjebakkan diri dalam permainan cinta yang membutakan?

                      Review THE ROOMMATE

                      ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
                      The Roommate
                      Erk menakutkan
                      PENGARAH:
                      PELAKON:
                      Leighton Meester
                      Minka Kelly
                      GENRE: 
                      Horror, mystery, suspens


                      Review lagi. Hehe aku baru tengok tadi. Seorang diri. Wah agak takut ye kawan-kawan. Dapat roommate macam ni. Psiko. Kesimpulan cerita ni tak seronok untuk ditengok. Aku takutlah sengal. Siapa suka cerita ala-ala saspen, horror, misteri. Nilah filem untuk korang.

                      Babak percintaan tak banyak. Tekanan mental agaknya rumet dia ni. Berhati-hati dengan rumet anda. Jaga aurat. Kemungkinan lesbo sangat tinggi. Ini bukan jiwa aku=P. Jangan kecewa kerana review macam hampeh.

                      SANTAI BEN ASHAARI :KENAPA AKU SEORANG BLOGGER

                      ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
                      image
                      klik2
                      Aku sangat suka menaip. Bukan menulis. Aku suka menaip segala idea yang terlintas. Dulunya aku mengadaptasikan penulisan aku dalam karya. Aku mula rancak berkarya sejak mempunyai blog. Aku pernah menghantar karya-karyaku ke blog yang penuh dengan ceritera.

                      Itu masa aku masih belum kenal apa itu blog. Kini aku tetap menaip. Aku tetap menaip mengikut hati, rasa dan buah fikiran. Aku menaip bukan kerana suka-suka tapi aku menaip kerana kepuasan. Tak dapat aku gambarkan betapa hebatnya perasaan melihat karya sendiri di blog sendiri.

                      Kian rancak aku tulis, kian ramai membaca. Teruja tak terkata. Dalam hati aku oh inilah kehidupan seorang blogger.

                      PS: Tepat-tepat 100. Fuh! Menulis sehingga lupa diri memang begini ye tuan-tuan. Jomlah join. Klik gambar hensem tu=P

                      Yang mana satu pilihan kalbu

                      ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
                      Pernah dengar tak ayat ni? Hehe lagu tu best kan. Tapi aku bukan nak sentuh bab lagu. Aku nak korang buat pilihan. Antara filem atau drama yang ada sepanjang korang hidup korang pilih yang mana dulu untuk tengok. Maksud aku filem dari negara mana. Korea? Jepun? Thailand? Malaysia? Indonesia? Spanyol? Filem orang barat sana? China? Filipina? Semua negaralah. Malas nak cerita satu-satu.

                      Mana korang pilih untuk tengok? Kalau aku, mestilah aku pilih korea yang bergenre romatik komedi. Haha aku suka cerita jiwang tapi lawak. I like. Tadi pun baru habis tengok. Tapi cerita tu 18sx. Cerita pasal kartunis dan penulis skrip. Jadi penuh kartun yang agak er... Fikir apa jelah. Aku takkan bagitau cerita apa. Nanti korang pergi download pulak.

                      Tapi cerita tu best. Sila abaikan kartun merepek kalau nak tengok. Sweet je. Dari kerja sama-sama terus bercinta. Tapi tulah. Cerita simple tapi menarik. Buat apa pening kepala dengan cerita kahwin lari, kahwin paksa, tangkap basah. Korea sentiasa ada jalan cerita yang membuat kita nak tengok berkali-kali. 

                      Lelaki tu tak handsome sangat. Perempuan tu tak comel pun. Tapi entah. Mungkin penghayatan watak dan jalan cerita menarik tapi ringkas buat kita santai. Ni tak cerita hantulah, cerita ngerilah. Takut nak tengok. Korang pulak macam mana?

                      Tugasan terakhir buatku

                      Ayat nak bombastik je. Haha tak adalah aku semalam telah menghantar tugasan akhir bagi semester kali ini. Clap your hand. Ada lagi 3 semester. Wah tak sangka cepat masa berlalu. Semua fikir nak tunang dan kahwin. Aku? Tunggu sampai jodohlah. Belajar kalau boleh biarlah habis dulu kan.

                      Selalu orang merungut pasal belajar. Penat, susah, banyak tugasan. Tapi pernah tak kita fikir yang ramai lagi yang susah dalam pelajaran. Kita patut bersyukur yang kita mampu melanjutkan pelajaran. Kita patut bersyukur kita punya subjek jauh lebih senang jika dibandingkan dengan orang lain. Orang sampai repeat 1 year untuk satu paper. Kita kira untung.

                      Belum kira rezeki yang dilimpah ruah. Orang lain belajar tak mampu. Terpaksa kerja dulu. Danan pendapatan. Baru masuk U. Itupun kalau ada peluang. Kalau tak beri peluang kepada adik-adik. 

                      Bersyukurlah kita mampu belajar dan mampu menyara diri hingga kini. Rezeki bila-bila masa Allah boleh tarik. Jangan kata aku ada ijazah, kerja senang. Tapi masih ramai menganggur cari pekerjaan. Walaupun mempunyai ijazah kejuruteraan. Bersyukurlah kawan-kawan.

                      Review HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

                      ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
                      hikayat merong mahawangsa
                      Pengarah:
                      Yusry Abd Halim
                      Genre:
                      Sejarah, Aksi & Peperangan
                      Pelakon:
                      Stephen Rahman Hughes, Dato Haji Rahim Razali, Ummi Nazeera,
                      Khir Rahman, Nellie Ng, Wan Hanafi Su dan lain-lain sebab sangat ramai okey.


                      Ulasan penulis:
                      Bagi aku cerita ni okeylah. Aku tak suka sangat cerita aksi ni. Hehe tapi yang menariknya cerita ni memang bombastik. Memang tak macam cerita melayu. Aku salutelah. Cuma penggunaan cahaya terlalu kurang nampak gelap sangat. Memanglah cerita zaman dulu. Cuba tengok P.Ramlee. Lain kualitinya.

                      Jalan cerita okey. Cuma aku suka part percintaan je. Haha bagi aku garuda tu macam tipu je. Lagi satu kenapa orang cina kena berbahasa inggeris. Aku pelik. Hero nampak sangat kacak dan bergaya. Tak nampak macam orang putih pun. Suka bahasanya ada tiga. Mantap. Melayu, Inggeris, Cina.

                      Dari segi pelakon tak banyak pelakon melayu. Jehan miskin pun terperasan last-last je. Ummi Nazeera tak menonjol. Nampak macam lebih menekankan pelakon jahat. Okey. Sila pergi download kat syok.org. Tak rugi punya. 

                      Ps: Kelakarnya si pembantu puteri cina tu. Haha 

                      Bukan tak nak tapi

                      ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
                      Aku malas nak cerita lebih. Tapi aku memang tak nak cerita tapi kekawan aku sengal. Hari ni kuliah tak ada. Jadi masing-masing pakat bawak laptop layan cerita. Sengalnya!

                      Kenapa? Sebab diorang layan cerita kejam. Bunuh-bunuh. Last aku tengak SAW 4 kot. Tu je. Tu pun macam nak terkeluar biji mata aku. Geli. Tapi lagi elok dari layan cerita seram. Kus aku takut.

                      Bukan tak nak layan tapi errr takut. Geli. Kejap lagi nak review Merong Mahawangsa. Walaupun dah lama nak jugak cerita.=P

                      Sejauh mana kita boleh berfikiran positif

                      ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
                      Dah. Itu je entri aku kali ni. Ni entry butt hurt. Sila jangan baca. Aku ada komen kat entry seorang budak tentang blogger femes tak komen balik. Malah dia hanya komen kekawan dia je. Tak kisahlah kawan tu femes ke tak.

                      Aku sangkal. Aku cakap mungkin dia rapat. Mungkin ada benda penting yang dia nak jawab kan. Siap buat entry. Sekarang aku okey je dengan dia. Dah tak nak gaduh sebab orang lain. Bukan orang tu hargai pun. Buat apa kau kipas bagai nak mati tapi dia tak rasa sejuknya.

                      Aku malas mention siapa. Bukan dia si popular. Bukan dia si sombong. Bukan dia si berlagak. Bukan. Jangan pandai nak buat spekulasi sendiri. Sebab aku bengang. Soalan wajar dijawab. Tapi bila soalan tak dilayan seolah kita syok sendiri.

                      Tapi boleh pulak layan komen yang hanya sekadar berborak. Tak faham. Mungkin diorang rapat. So fine. Aku rasa jauh hati. Ambil keputusan untuk komen. Tak payah soal apa-apa. Tak payah berharap. Sebab anda siapa untuk mereka layan?

                      Kalau style tak nak komen. Tak payah komen semua. Habis cerita. Sakit mata memandang. Aku cuba positifkan diri. Tapi aku tak boleh. Aku kecil hati. Mungkin aku je yang rasa begitu. Silalah jalani hidup anda dengan gembira. Aku malas. Titik!

                      Bebaskan dirimu wahai saudaraku

                      ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
                      Bebaskan
                      bebaskan ia dari cengkaman
                      bebaskan diri dari jajahan

                      hapuskan
                      hapuskan air mata yang mengalir deras
                      hapuskan peluh keringat yang membasahi tubuh

                      bangunlah
                      bangunlah kaumku dari terlena
                      bangunlah dari tidur yang sangat panjang

                      bukakan
                      bukakan matamu melihat dunia penuh ranjau ini
                      bukakan matamu melihat penindasan di dunia ini

                      sedarkan
                      sedarkan dirimu tentang perbezaan dulu dan kini
                      sedarkan semua bahawa kita bukan di takuk lama

                      hentikan
                      hentikan angan-angan kosong tanpa usaha
                      hentikan keselesaan yang kau semua rasa

                      lepaskan
                      lepaskan amarahmu dengan berjuang bermatian
                      lepaskan kesakitanmu atas dasar kebenaran yang dijulang

                      tinggalkan
                      tinggalkan segala perit yang ada dilubuk hatimu
                      tinggalkan duka semalam biarkan berlalu pergi

                      gegarkan
                      gegarkan dunia walaupu hanya dengan sebilah keris
                      gegarkan semua walau hanya kaummu insan lemah

                      tunjukkan
                      tunjukkan keberanianmu di lorong yang benar
                      tunjukkan perwira ini mampu bukan hanya pandai berkata

                      buktikan
                      buktikan omongan ini bukan kosong belaka
                      buktikan kau tak pernah berdusta akan hal yang ada

                      Masa tunggu aku

                      Masa tu milik siapa? Ada ke masa berhenti bergerak untuk menunggu kita? Adakah masa boleh dihentikan melalui mesin masa doraemon? Adakah masa itu boleh diputarkan balik macam Nabil di rancangan MaharajaLawak? Tak kan? Tapi kenapa? Kenapa seringkali kita menangguhkan kerja. Seolah masa menanti kita.

                      “Masa tunggu saya, saya nak jalan sama dengan awak,”
                      “Masa tolonglah berhenti. Aku banyak benda tak siap,”
                      “Masa kenapa begitu cepat kau berlalu?”
                      “Masa sering mencemburui kita,”
                      “Masa takkan dapat diputarkan walaupun kau menangis air mata darah sekalipun,”
                      “Masa takkan berhenti hanya nyawa kita akan berhenti pada waktu dan ketikanya,”
                      “Masa pantas berlalu, hanya kita yang merasakan ia lambat,”
                      “Masa dah tamat. Sila hantar kertas ke hadapan,”
                      “Masa tak tunggu kita,”
                      “Masa tetap akan berlalu sama ada cepat atau lambat,”


                      Jadi apa kuasa kita MELENGAHKAN masa? Adakah masa akan dengar kata kita? Tapi kenapa makin ramai yang suka melengahkan masa. Suka menangguh. Suka berdialog begini:

                      “Alah lambat lagi nak hantar,”
                      “Alah masa cukup punya nak siapkan semua,”


                      Sedarkah kita bahawa masa sedang berlalu dengan pantas sehingga kita sedar yang ajal kita kian dekat. Sedar tak kita banyak lagi amalan dan ibadat yang belum sempurna? Sedarkah kita bila-bila masa nyawa ditarik balik. Dan sedarkah anda bahawa masa tak pernah berhenti dari berlalu pergi. 

                      Hargai masa kerana masa itu emas. Hargainya sebagai mana anda menghargai diri sendiri. Jangan tangguh kerja. Lakukan dengan segera. Kerana mungkin kita tiada kudrat lagi untuk melaksanakannya kelak.
                      ps: Aku juga sedang membazir masa. Kerja tak siap. Sibuk update! Grr entry ni untuk diri sendiri!

                      Korang sembahyang tak khusyuk

                      Sentap tak bila baca? Rasa macam terhina ke? Aku teringat seorang tetttt. Aku tengah camping. Nak bersedia solat berjemaah dengan rakan-rakan. Dia datang dan bercerita. Konon orang nak layanlah kan. Aku memang tak suka dia. 

                      Macam cakap besar je. Tapi hak kita nak tak suka orang. Belum tentu orang suka kita kan?
                      Dah siap pakai telekung semua. Dia cakap dengan lantang.

                      “Korang sembahyang semua ni tak khusyuk tau tak,” Aku sentap!

                      “Kenapa pulak tetttt?” Kami mempersoalkan.

                      “Korang pandang sejadah apa yang korang dapat?” Dia cakap lagi.

                      “Sembahyang macam biasalah tettttt,” Salah seorang jawab.

                      “Korang tak pernah tengoh kaabah tu macam mana,” Dia berhenti kemudian sambung.

                      “Kaabah indah. Korang tak dapat bayangkan indahnya perasaan bila sembahyang depan kaabah,” Agak berlagak bunyi.

                      “Apa kaitan dengan khusyuk?” Kami pelik.

                      “Korang tak pernah tengok kaabah secara live. Rugi. Sia-sia sembahyang kalau tak khusyuk macam ni,” Dia sambung lagi.

                      “Dah kami mana mampu tetttt,” Bengang.

                      Dialog diubahsuai. Aku lupa. Tapi lebih kurang beginilah ayatnya. Aku tak sure tapi dia cakap selama ni sia-sia kami solat. Sebab tak pernah sembahyang depan kaabah. Aku tengok entry along usop tadi. Memang kena dengan entry ni. Peliklah. Kalau macam tu berapa ramai tak sembahyang khusyuk sebab tak mampu nak tengok kaabah secara live.

                      Berapa ramai kata tak nak solat sebab tak ada guna. Sia-sia solat sebab tak khusyuk. Siapa dia nak menentukan solat khusyuk ke tak? Banyak sangat ke ilmu dia ada nak kata begitu?
                      Aku pun bukan pandai sangat bab ni. Tapi serius aku terasa. Seolah menghina kami yang tak pernah pergi tengok Kaabah. Bukan tak nak duit tak ada. Ingat pergi pakai tahi gigi je ke?
                      Post by,
                      Miss Ran

                      Pertama kali guna WLW

                      Aku tahu aku ketinggalan. Dah lama aku installed tapi banyak kekangan membuatkan aku terdampar sepi tanpa tahu apa guna WLW. Haha memang kuno. Tapi sekarang tengah berjinak-jinak. Lepas ni lagi pantas gamaknya. 

                      Semua mesti dengki dengan aku. Tapi ada ni tapi idea tarak tak guna jugak. Aku akan cuba mempraktikkan tutorial yang ada. Hehe lagipun bukan selalu nak try benda baru. Rasa pelik pun ada. Mesti ramai dah pakai kan? Haha ketinggalannya aku. Serius! 

                      Nak pergi godek-godek. Lepas tu buat kerja. Hari ni ada 8 helai untuk membuat esei. Apa nak dikelentong ni?
                      Post by,
                      Miss Ran

                      700

                      ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
                      Apa yang 700. Bukak blog terus buat entri. Tak perasan follower dah cecah 701. Kebetulan baca ina dak mucuk yang meraikan follower ke 700. Sekarang dia 704 dah. Terima kasih yang sudi follow. Kalau baca entry lagi aku suka. Jom bukak puasa. Nak layan novel. GIAN!

                      Post by,
                      Miss Ran 

                      Review Novel - MAID

                      ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
                      Okey aku kembali. Ada yang rindu tak? Haha satu novel aku boleh habis dalam 4 jam. Tapi sebab tertidur tadi lambat sikit habis. By the way, cerita ni best. Karya suri ryana. Penggunaan aku dalam cerita ni tak menjejaskan. Sebab aku tak henti-henti ketawa baca.

                      Sesiapa peminat novel boleh beli sekarang. Baru keluar kot. Aku pun pinjam je ni. Cerita pasal orang gaji yang cun dan bosnya bujang dan SANGAT cerewet. Malas cerita panjang. Dapatkan ye. Erm aku bagi 4 bintang. Sebab konflik cerita ni tak kuat. Tak buat aku sedih. Hanya satu bab aku rasa sangat annoying bila terlalu banyak madah cinta.

                      Sesiapa yang tension sesuai baca. Sakit pipi asyik gelak. Serius!

                      Post by,
                      Miss Ran 

                      Wahai melayu

                      ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
                      Kalau kita tengok masyarakat melayu sekarang bukan main lagi. Iri hati ertinya dengki. Aku saja guna perkataan lain tapi maksud serupa. Tengok macam mana bezanya bekerja dengan kaum sendiri dan bukan kaum sendiri. Aku malas nak mengata tapi tu hakikat. Contoh situasi:

                      "Kau asyik perhi bilik bos tu kenapa? Kau bodek ke?" 
                      "Dia tu memang tak boleh tengok orang lebih dari dia, nak-nak pasal duit ni,"

                      Kalau bukan iri hati pun buruk sangka. Kenapa kita tak suka fikir positif? Contohnya:

                      "Selalu dia bawa makanan, bagi bos agaknya. Nak mengoratlah tu,"
                      "Kau tahu dia beli dslr, tapi mana dia dapat duit?"
                      Mana tahu dia memang niat nak belanja orang makan. Baguslah. Murah rezeki, banyak pahala. Duit dia biarlah dia. Mana tahu dia dah kumpul lama dah.

                      Situasi sikap lain yang negatif pula ialah begini. Contoh:

                      "Ala, kami tak ada duit. Awak mintalah kat orang lain." 
                      Padahal gajinya sama banyak dengan kaum lain. Malas sebut kaum apa. Minta je terus dapat. Kalau kaum kita, lengah-lengah. Bagi macam-macam alasan. Bila lama, buat-buat lupa.

                      Apa kita buat mesti membawa kepada tanggapan negatif atau perilaku negatif. Kenapa kaum kita kebiasaannya begitu. Negatif. Tapi aku tak kata semua. Aku kata kebanyakan. Sebab memang banyak perangai begini dikalangan melayu. 

                      Jangan cakap makcik kat kampung. Kat pejabat banyak je yang suka menyibuk hal orang lain. Percayalah. Asyik makcik juga kena. Ada jugak pakcik cuma tak banyak.

                      Kerja dengan kaum sendiri jangan harap naik pangkat cepat. Ada je yang dengki. Betul. Pengalaman. Siapa nak bangkang? Aku cuma utarakan situasinya. Aku bukan nak kondem kaum sendiri. Tapi nak mereka sedar yang berburuk sangka, dengki, fitnah, khianat amalan tak baik. Dosa. Allah lagi suka kalau umatnya berbaik sangka, murah hati, cakap benda yang baik. Marilah sama-sama fikir apakah kita cukup bagus hanya kerana kita adalah kaum bumiputera?

                      Takkan selamanya kita berada di zon selesa kalau sikap begini tetap ada.

                      Post by,
                      Miss Ran 

                      Nak jadi apa bila besar

                      ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
                      Teringat zaman muda mudi dulu. Nak jadi apa? Polis, cikgu, doktor, pensyarah. Tak ada ke jurutera? Aku tengok dalam buku biodata zaman tok gajah dulu. Jadi aku terfikir, sekarang cita-cita aku bukan semua tu. Jauh dari yang aku idamkan.

                      Tapi tulah, apa yang ada kat persekitaran kita itulah kita nak jadi masa muda dululah. Kiranya aku nak jadi cikgu  sebab aku syok kat cikgu math aku dulu. Oh sampai sekarang dia ada. Masa aku jejak balik sekolah lama dia tegur aku. Iffah, kakak Azimah tu kan? Teruja. Tapi masa tu aku pergi PBS. Erti kata lain pemerhatian sebagai guru pelatih.

                      Bangga bila jupa cikgu lama, tengok kita setaraf dengan dia. Kini aku hampir menuju ke gelaran itu. Setahun lebih lagi. Semua memikirkan alam perkahwinan. Aku? Masih memikirkan blog, famili, kekawan dan cita-cita. Adakah aku nak jadi cikgu sampai bila-bila?

                      Dengar kata ada program untuk cikgu sambung master setelah setahun kerja. Dengan syarat jadi pensyarah kat maktab sampai bila-bila. Tak boleh masuk sekolah. Tapi kerja pensyarah penat. Tapi nak dapat master umur yang muda bukan senang. Yalah aku terikat perjanjian 5 tahun kerja. Then baru boleh apply master. Umur dah nak dekat 30an. Ni umur belum 26 dah pegang sarjana. Siapa tak nak?

                      Jomlah tidur. Malas fikir=P

                      Post by,
                      Miss Ran 

                      Tingkatkan usaha pasti berjaya

                      ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
                      Ya itulah moto yang patut korang pegang sampai bila-bila. Jangan mengharap bulan jatuh ke riba. Semua tu lambat sangat. Takpun tak dapat langsung. Korang jugak kecewa kan? Jadi apa kata jadi blogger yang berdikari. Berdiri blog tu sebab korang. Popular pun sebab korang. Aku cuba menjadikan diri aku setanding Sunah. Tu je matlamat aku sekarang. Nak jadi sifu ben jauh sangat.

                      Yang penting usaha. Kalau doa je tapi tak solat apa rupanya? Kalau usaha tapi tak doa pun tak boleh jugak. Kalau solat tapi tak tutup aurat pun tak guna. Jadi korang fikirlah mana yang baik dan buruk. Jangan sebab korang jadi parasit, orang bunuh korang sekelip mata. Masa tu jangan nak menangis keluar air mata darah pulak.

                      Tak ada orang macam yang boleh tolong kecuali diri kita. Aku ada berita gembira untuk aku. Aku berjaya siapkan laporan 3 minggu. Okey! Sekarang pulun makan. Lapar. Sahur jom. Puasa dah ganti belum? Jangan lupa pulak. Masa nilah gastrik, masuk angin. Alasan.
                      Post by,
                      Miss Ran 

                      Tak keruan

                      ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
                      Apabila kau hilang
                      aku meracau hiba
                      apabila aku terlena
                      kau ganggu aku
                      aku tak lena dek dirimu
                      kau umpama racun
                      kenapa kau begini
                      virus apakah kau
                      aku benci melihatmu
                      tapi sakit bila tiada
                      aku rindu tapi
                      aku nafikan
                      sungguh pilu
                      aku benci sungguh
                      benci aku
                      terhadap dia
                      dia umpama madu
                      madu manis
                      tapi pahit
                      ibarat gula 
                      manis tapi
                      menyiksakan jiwa
                      kau penyebabnya
                      terigau kernamu
                      kerana kaulah
                      virus cintaku

                      Post by,
                      Miss Ran 

                      Tak sangka buah cempedak jadi nangka

                      ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
                      Er abaikan tajuk tersebut. Itu kerana si budak gedik telah meninggalkan komen di sini. Sebaik saja aku mengepost entry ini. Ya kanak-kanak, aku busy. Tapi ada jugak orang nak tunggu entri aku. Haha malulah orang skodeng. Budak ni bikin aku malu je.

                      Apakata aku salahkan dia kalau kerja aku tak siap. Aci tak? Dah kembali berfokus. Ada sesiapa nak tolong aku buat kerja? Silalah. Entry ni sambil-sambil aku membakar CD untuk dihantar esok.=P

                      Post by,
                      Miss Ran 

                      Kerja jangan bertangguh

                      ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
                      Entri ni khas untuk diri sendiri yang sibuk sangat berblogging sampai lupa yang dirinya tertakluk kepada terma dan syarat. Eh tak. Sebagai student aku rasa aku dah tak study. Sibuk blogging 24jam. Apakah? Takkan nak jadi blogger tegar? Pengsan! Mana nak cekau beratus ribu nak bayar balik.

                      Lupakan hal itu. Aku nak beritahu assignment terakhir telah pun siap di print. Malangnya. Aku terpaksa bersengkang mata untuk pulun supaya aku dapat berdating dengannya dengan hati yang tenang. Haha siapa jelah eh. Tak tertanya? Tak nak bagitau. 

                      Hal praktikal masih belum selesai. Kenalah ada portfolio yang lengkap ye tuan-tuan. Kemalasan berganda. Jadi menumpukan pada tugasan. Kini tiba masa berdating semula dengan praktikal. Oh sadis. Okey, aku kena buat lagi 3 laporan. Refleksi? 2 ke 3 je kot. Malas taip bebanyak. Jurnal? Tamat sudah tadi. 2 sekaligus aku hentam.

                      Oh ya jangan tiru aksi ini. Mengarut! Siapa suruh malas. Moral of the story kerja jangan bertangguh. Nanti hidup tertekan lepas tu mula merungut kenapa aku hiduplah. Apalah. Sekian. Mahu menyambung kerja yang tertangguh.
                      Post by,
                      Miss Ran 


                      BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH

                      ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
                      image
                      klik klik
                      Pada zaman sekolah dahulu, terdapat seorang remaja perempuan yang tinggal di asrama. Asramanya agak jauh daripada rumah. Peraturan ketat membuatkan dia lebih terkurung di dalam asrama indah permai itu. Setiap hari dia menjalani hidupnya yang bosan di asrama, sekolah, kelas, surau. 

                      Dia bukanlah baik dan bukanlah seorang perempuan jahat. Hanya sedang-sedang. Dia selalu mendapat nombor satu di dalam kelas. Bukan untuk berlagak tapi kelasnya memang rata-rata pencapaian akademik agak kurang memuaskan. Termasuklah dia. Dia suka belajar subjek katering dan penyediaan makanan. Baginya itu adalah hobi.

                      Setiap kali memasak, hasil kerjanya menjadi contoh. Setiap kelas mempunyai 34 orang. Jadi dapur tidak cukup menampung kesemua pelajar. Jadi kelas masakan dibahagikan kepada dua dapur. Setiap dapur mempunyai guru berlainan. Dia sememangnya suka memasak. Sehingga dia mengutarakan masalahnya iaitu tidak mempunyai teman memasak. 

                      Dapur disebelah juga ada kekurangan pelajar. Jadi dia membuat keputusan untuk berpindah ke sana. Namun, cikgunya keberatan. Dia pelajar kesayangan cikgu tersebut. Sehingga kini masih tersimpan cawan pemberian cikgu itu sebelum dia bersara. Rindu pula rasa di hatinya. Namun, guru di dapur sebelah sangat lembut dan baik. 

                      Setiap kali memasak, ramai antara kami akan menimbang sukatan lebih kerana makanan yang di masak akan dimakan. Jadi, ramai mahu makan lebih. Namun perkiraan mereka salah. Banyak masakan tak berjaya dilakukan akibat tamak. Dia suka belajar. Sehinggakan pada hari reunion sekolah, sempat juga dia bertemu dengan cikgu.

                      Sungguh cikgu-cikgu memasak sangat ramai. Mereka masih mengenali dia. Dia sangat teruja. Kini sudah tiga tahun berlalu. Sijil SPM juga tak diambil jua. Tunggu sampai ke pusat di Putrajaya gamaknya. Rindu belajar memasak. Kini bidangnya lari jauh dari apa yang dia belajar. Tapi dia tetap bersyukur. Tanpa sekolah tersebut, takkan ada dia di sini.
                      Post by,
                      Miss Ran 

                      PERINGATAN

                      Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

                      1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

                      2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
                      Daisypath Anniversary tickers