CORETAN TERBARU NADH

Oh malunya!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Cik Pulau ada buat entry pasal malu semalam. Jiji pun buat pasal malu. Buat aku terfikir kejadian pagi tadi. Ada ipad sebiji terus up entry time tu jugak. Malangnya tak ada. Jadi malam baru teringat nak post.

Haha lupakan pasal berangan nak dapat Ipad. Netbook pun masih samar je ni. Aku pergi beli ayam goreng. Tak ada masa nak rehat. Budak kelas aku pakat ganti puasa. Jadi yang minoriti terpaksa berlapar sebab rehat dah terkorban demi habiskan kelas awal.

Aku pun tunggu depan kedai. Bersesak. Malas aku beli apa-apa. Aku tercegat menunggu member. Datang abang teknikal. Dia handsome. Tapi tak tahu dah kahwin ke belum. Oh aku tak nak mengorat dia. Jangan nak menggosip. Sekali dia berdiri sebelah aku. Dia tegur weh. First time ni. Terus nervous.

"Dik, nak bawak motor ke?" Aku terpinga-pinga. Apa kena aku nak bawak motor pulak. Dahlah berbaju kurung. Ada tayangan free pulak nanti.

"Tak adalah," Aku menghadiahkan senyuman paling manis. Pandang dia. Dia pandang aku. Aku pelik. Syok kat aku ke apa?

"Tu motor," Aku pandang motor betul-betul depan aku. Aku kira berdiri bahagian raga. Wah baru aku sedar aku berdiri depan motor dia. Macam mana dia nak naik. Aku malu. Terus sengih macam kerang busuk.

Malu gila kot. Tulah lain kali jangan berangan. Kan dah malu. Serius kalau dia tak bagitau memang aku tak sedar depan aku tu ada motor. Tercegat je buat apa. Malu kuasa 1juta!

Kalau malu buat biasa je. Jangan tunjuk. Petua aku ni berkesan okey=P

Sekian.

Mimpi kahwin

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kelmarin aku bermimpi. Mimpi aku kahwin. Serius. Mungkin banyak sangat cerita pasal kahwin. Yang menariknya aku tak nampak pun pasangan hidup aku.

Adakah ini tanda? Haha aku tak tahulah tu. Excited you. Nak tahu jugak. Mimpi ni akan ku karang menjadi cerita. Sebelum tu saja nak jeleskan korang. Aku ada mimpi pasal kahwin. Korang ada? Haha gedik gila. Yang penting aku bahagia.

Oh adakah seru kahwin dah sampai? Rasa belum sedia. Lagipun susah nak kahwin ni. Ingat macam kanak-kanak main kahwin-kahwin ke? Main masak-masak pandailah. Jadinya aku nak tanya korang ada mimpi pelik macam ni tak?

Sejak aku amalkan wuduk. Baca 3qul, ayat kursi. Setiap malam aku bermimpi. Serius. Tapi mimpi bahagia je weh. Macam satu ganjaran pulak. Semalam aku mimpi aku pegang Blackberry Playbook yang boleh order sekarang. Masalahnya boleh pulak anak murid aku punya. Canggih budak sekarang. Tapi bukan touch skrin macam yang ada ni. Keyboard punya.

Serius mimpi aku semua mimpi masa hadapan. Kenapa? Bagitau aku? Pelik sungguh=P

Jom Reka Dialog

Santai Bersama BEN ASHAARI
klik kat muka bro ketak-ketak okey



ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

image

Wardina marah ketika ini. Mundar mandir menantikan kehadiran suaminya. Lama sungguh. Jam menunjukkan 10.00 malam. Deruman kereta membuatkan dia bingkas ke depan. Suaminya dipandang tajam."Abang, sekarang pukul berapa? Baru ingat nak balik? Abang ingat saya ni tunggul ke apa kat rumah ni? Saya isteri abang tahu?" Dia melepaskan marahnya. Suaminya masih terpinga-pinga.

"Tolong jangan marah tak tentu hala boleh tak? Abang penat. Baru balik. Tak malu ke jiran-jiran dengar awak duduk marah saya kat luar ni? Hish janganlah asyik ikutkan cemburu buta awak tu. Rimas abang!" Keras nadanya. Ditarik isterinya masuk ke dalam. Pintu sengaja dibiarkan buka.

"Abang cepat cakap abang pergi mana sampai malam baru balik? Abang memang sengaja nak naikkan darah saya kan? Saya tinggal seorang kat rumah. Dahlah tak bekerja. Sunyi tahu. Abang pulak balik lewat macam ni. Mana saya tak marah bang?" Dilampiaskan segala amarah. Suaminya masih senyap. Azrae segera mengambil sesuatu dalam keretanya. Dia malas bertekak.

"Selamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi isteriku, selamat hari jadi...Sayang, penat abang cari kek bentuk love macam ni tau. Tu yang lambat tu. Dalam kereta ada hadiah. Sayang mesti suka. Tangan abang penuh. Tak boleh ambil. Pergi ambil sendiri ya," Suaminya menyanyi sungguh merdu. Tangisan mengisi ruang. Ingin saja dia memeluk suaminya. Namun segera dia ke kereta mengambil hadiah. Terkejut bukan kepalang.

"Abang! Banyaknya coklat. Macam-macam jenis pulak. Abang, jangan kata abang pergi langkawi beli semua coklat kegemaran saya? Wah Fererro, Cardbury, Kisses, Daim, Cote De. Macam-macam ada. Abang! Saya minta maaf pasal tadi," 

image
Add caption
Dengan juraian air mata segera dia memeluk erat suaminya yang berdiri di depan pintu. Sungguh tak sangka seharian suaminya mencari coklat pelbagai jenis hanya untuknya. Kasih ini takkan hilang walaupun api cemburu masih kian membara.

Tamat!

Si dia istimewa

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sungguh istimewa di mata aku. Setiap kali aku melawat blog dia. Aku rasa seperti berada di alam lain. Seronok membaca. Tiap kata-kata membuat aku terpegun. Siapakah dia? Berapa umurnya? Semua berlegar di minda aku kala ini.

Semakin hari semakin rajin kami berbalas komen dan kunjungan. Sungguh aku dah terjatuh hati dengan blognya. Tuan? Ini rahsia kami. Tapi dia selalu meninggalkan komen yang bisa membuat orang mentafsir sesuatu yang lain. Bukan aku. Kerana aku memahami maksud tersiratnya.

Cuma gusar. Bimbang disalah ertikan kata-katanya. Aku turut terkesan. Kami berbeza mungkin. Tapi tetap ada persamaan. Blognya menjadi pujaan hatiku kala ini. Dialah hero malaya. Bukan semua berbakat seperti dia. Bila baca blognya seperti kita mengenali diri empunya blog.

Sungguh berkarisma. Wajarkah aku memujinya melambung begini. Tanpa dipaksa tangan aku mengelik undi untuknya tiap hari. Kamu semua mungkin tak tahu siapa dia. Dialah jejaka mungkin muda dari aku tapi cita-citanya besar. Dia buat aku bermotivasi semula.

Entahlah. Aku pun malu bila kamu semua membaca luahan hati terhadap si dia yang istimewa. Siapa dia? Pasti sudah agak? Mungkin tekaan kamu salah. Aku saja yang tahu. Bolehkah begitu? Seksa meneka siapa gerangannya jejaka menambat hati kecil aku?

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Tak lain tak bukan si kecil alien. Sarjan Keroro. Memang bila masuk blog dia aku rasa lain sebabnya blog penuh alien. Macam alam yang lain korang tahu? Hahaha serius geli taip entry jiwang. Si senget ni ada persamaan iaitu menabung syiling. Ini adalah blog review. Jangan salah sangka pulak. Haha budak ni suka tinggalkan komen. Jadi ni penghargaan pada dia. Korang masuk blog dia. Baca dan undi dia okey. Seronok review blog orang macam ni. Blog ni best bro! Serius tak tipu=P

Cara buang Bad Request 400

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku pun kena. Jadi aku terpanggil nak share maklumat yang aku dapat. Caranya senang je. Bagi pengguna Crome yang setia macam aku ni.

Mula korang pergi tengok kat X tu. Bawah tu ada gambar spanar kan? Spanar ke? Gasaklah. Korang tekan je keluar function. Korang klik options. Lepas tu korang tengok bahagian kiri ada ayat under the hood. Korang klik je. Nanti keluar satu bahagian.

Kat atas sekali ada tulis privacy. Korang klik kat bahagian CLEAR BROWSING DATA...Korang klik clear untuk 4 minggu. Dan tunggu sampai dia bersihkan. Tutup korang punya browser. Bukak balik. Ia kembali asal. Senang je. Orang cakap sikit. Aku godeh sendiri tadi. Jumpa je=P

Cucur bawang dan Kopi 'O' vs Bisik-bisik gelora

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Gila kau aku beli dua buku. Kecewa pasal filem Sekali Lagi tak dapat tengok. Remuk redam hati ini tengok result. Paling teruk antara kawan sekelas. Nampak sangat aku exam jawab merepek je. Masa sakit perut terganggu jugak kosentrasi.

Masa tak sakit? Nampak sangat aku malas study. Teruk. Kena belajar rajin-rajin nak naikkan pointer. Aku kecewa. Tapi taklah nak nangis. Salah sendiri. Janji tak gagal sudah. Gagal mahunya kena buang. Belajar bertahun akan jadi sesia. Tak nak aku.

Berbalik pada novel yang harganya 25.90. Mana satu aku nak baca dulu ye? Ada yang jeles tak aku ada dua novel? Pengsan! Nak pindah barang lagi ke rumah sewa. Nampaknya tak adalah melekat kat asrama je. Merayap jelah kerja aku. Oh ya aku beli novel guna duit syiling aku okey.

Kira hasil kumpul syiling dapat dua novel. Baik korang menabung. Ini best BRO!

Hilang rasa hormat

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Pasal hormat pulak dah. Kadang kita tak sedar apa yang kita cakap orang akan dengar. Orang akan baca setiap kata-kata yang tertulis kat mana-mana. Kita selalu menyalahgunakan kemudahan yang ada sampai lupa mata memandang.

Aku ada baca status kawan aku. Sekolah lama. 'Bangkai! Kau memang syialllll. Tak buat apa aku suruh pahal? Kau tunggu aku datang. Bodoh punya tettttt!'

Kalau korang baca korang ingat laki ke perempuan yang taip ni? Berfikir sejenak. Malas kasi tau. Korang fikir dulu ya. Tapi hilang rasa hormat aku pada dia bila baca status yang memang tak patut keluar dari mulut sesiapa pun. Tak kira lelaki atau perempuan.

Malu. Rasa macam nak padamkan status tu pun ada. Cubalah fikir secara rasional. Jangan sebab kata badan binasa. Ingat! Kang dia datang kedai berkenaan dia nak pergi maki lagi. Apa punya oranglah. Orang berbudi kita berbahasa. Kalau orang salah tegur bebaik. Perluke kata-kata kesat?

Tak kot. Jadi kenapa suka sangat tulis ikut emosi? Tak pakai otak dulu? Gunalah akal sebaiknya. Jangan menampakkan kebodohan kita. Memalukan diri adalah. Serius tak hormat!

Rahsia cinta

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Rahsia apa jelah aku ni. Tak adalah. Tetiba nak berbicara tentang cinta. Bila kita mula kenal cinta. Indah je rasa kan? Rasa terawang-awang. Dunia ni milik kita berdua. Tapi bila ada konflik mulalah kacau bilau. Hati dah suka tapi tetap ada je yang tak puas hati kan?

Macam kita dengan kawan-kawan pun. Tetap ada perselisihan faham. Jadi nak tak nak kena bertolak ansur. Kita ni jangan mudah mencanangkan ceritera kat orang. Kalau aku, aku memang tak banyak cerita cinta aku dedulu kat orang lain.

Biarlah rahsia. Bila kitorang ambik keputusan berkawan tanpa istilah couple. Kawan aku tak percaya. Ingat aku memain. Sebab aku jarang sangat cerita. Tulah rahsia. Rahsia percintaan. Kadang bila orang tak perlu tahu tak payah beritahu. 

Biarlah menjadi simpanan kita berdua. Apa kita buat. Siapa pasangan kita. Kenapa pilih dia. Dah kahwin pun elakkan. Bukan apa. Banyak mata-mata memandang. Aku antara mata itu. Bila baca status yang ni penuh bunga-bunga ayatnya. Dan biasa aku akan cakap "Macam kau sorang ada pakwe,"

Kan dah tak best.Biarlah kerahsiaan tu ada antara pasangan itu. Cukuplah. Kadang agak beremosi bila tengok orang sayang pakwe terlebih kat FB. Tayang gambar peluk cium. Panas je mata memandang. Dan aku akan cakap lagi "Ni belum kahwin dah tayang-tayang. Kena tinggal padan muka," Jahat mulut aku ni.

Jadi jaga kerahsiaan cinta korang. Silent is better. Aku bukan seorang perahsia tapi aku menjaga rahsia kita berdua. Eceh!

Kecewanya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku nak meluahkan perasaan boleh? Kenapa orang ingat aku terlalu mengikut nafsu. Bukan apa. Ada yang tak bagi aku beli sekarang. Bukan mendesak katanya. Aku penatlah. Dari dulu lagi aku nak beli net book. Siapa pernah tengok entry sebelum ni.

Ada aku survey jenis laptop yang boleh dibeli bila duit ada. Tapi sekarang? Semua membantah. Net book pink tu tak dapat dibeli. Kecewa kot. Beria aku tayang kat profile. Ni malas nak mention kat orang ni. Ingat main beli je. Kang ada yang bising. Banyak duitlah apalah.

Orang sekarang sibuk cari Ipad, Playbook Blackberry. Aku je terkial-kial nak beli net book. Susah buat kerja dengan laptop besar kena usung ke hulu hilir. Dengan bateri memang 0%. Aku tak kisah jenama apa. Janji boleh buat kerja. Ingat pink dah murah. Tapi diorang kata mahal dari Hp.

Hp lagi. Sedih bila kita mengharap tapi ada je yang halang. Umpama memanjat pokok kelapa. Angkara semut api. Kita jatuh ke tanah. Sakit sangat. Aku sungguh kecewa. Rasa tak nak beli pulak sekarang ni. Serius!

6# Wordless Wednesday

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Google

Perempuan ni

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Pelik. Ya kenapa aku kata pelik? Sebab bila nak pindah barang semua rasa penting.

Bila shopping semua rasa nak beli.

Bila makan semua nak. Makan tak habis pun.

Bila menangis mesti beria. Tak adalah sedih manapun kan kalau tengok cerita?

Bila ketawa mesti bergolek. Tak fahamlah.

Bila mengumpat tak ingat dosa. Kadang terlupa.

Bila bercakap macam nak bagitau satu dunia.

Bila dah ada yang mengorat pura-pura jual mahal tapi hati dah suka.

Bila mandi mesti berjam-jam.

Bila bersiap ada je tak kena lagi-lagi menghadap cermin. Lagilah lama. Ditilik apa tak tahulah.

Bila lapar mesti mulut bising. Makannya tak jugak.

Bila kenyang mesti tersadai kat kerusi tak reti bangun basuh tangan.

Bila terasa hati mesti pendam je. Kalau bagitau pun bagitau kat orang tak terlibat.

Tapi tak semua perempuan macam tu=) Aku di rumah sewa. Sedang memunggah barang ketika ini=)

Sesekali aku teringin

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Teringin apa? Teringin nak kahwin. Haha serius. Seronok pulak aku tengok orang dah kahwin ni. Peluk-peluk. Cubit-cubit manja. Pergi jalan-jalan berdua. Pegang tangan. Romantik okey. Sebab tu ada macam-macam slogan keluar.

Nikah connecting people!

Nikah is halal way!

No couple before nikah!

Katakan ya pada Nikah!
Yeah!
Oi banyak lagi. Pergi cari sendiri. Tapi ramai sangat nak jugak buat benda yang dilarang. Yang halal ada cari jugak yang luar. Yang tak kahwin lagi sibuk cari perempuan simpanan. Sibuk pergi clubbing cari gadis touch and go.

Kenapa? Sebab nak lari dari tanggungjawab. Bila sebut nikah banyak tanggungjawab kena pikul. Biasalah. Orang begini sukakan seks semata. Yang lain dia tak fikir. Sebab tu dia suka gaya hidup macam ni. Bila dah kena aids baru nak bertaubat.

Kadang aku fikir, adat perkahwinan jugak membebankan orang yang nak kahwin. Susahkan orang. Lambatkan proses mendirikan masjid. Menggalakkan maksiat. 

Yang penting, sebaik-baik wanita ialah wanita yang murah maharnya (mas kahwin), wanita yang cepat jodohnya dan wanita yang banyak zuriatnya. Aku nak tergolong jugak. Tapi macam susah je kan. Tapi tak cuba tak tahu. 

Bak kata cikgu aku tadi, kalau pihak lelaki ada RM1000 pun tak apa. Terima je pinangan tu kalau kita yakin dia jodoh kita. Rezeki boleh dicari. Jangan terlalu memandang tinggi pada duit. Nanti andartu mulalah gelabah=P

Mulut kata

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Mulut kata benci

Tapi hati kata sayang

Mulut kata suka

Tapi hati kata seksa

Mulut kata boleh

Tapi hati meronta

Mulut kata tak nak

Tapi hati kata nak

Mulut kata tak rindu

Tapi hati kata rindu

Kenapa mulut kata lain hati kata lain? Itulah uniknya seorang wanita. Tak semua yang dikeluarkan dari mulut seorang wanita adalah benar. Susah memahami wanita? Susah lagi wanita untuk memahami lelaki. Kita perlu saling memahami. Ikutkan hati mati. Ikutkan rasa binasa. Jadi seimbangkan=)

5# Wordless Wednesday

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
DeviantART

Setiausaha

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Orang cakap kerja setiausaha susah. Ya aku mengaku. Sepanjang aku belajar kat sini belum pernah buat paperwork. Selalu mengelak kalau kena jadi S/U. Selalu aku akan jadi bendahari atau Ajk Makanan. Simple. Tapi lagi 3 sem nak habis. 

Nak tak nak kenalah libatkan diri. Kang posting tak tahu nak buat kerja. Selalu cikgu baru kena buli. Itu perkara biasa. Jadi aku kenalah bersedia ye tak? Aku jadi naib S/U. Kitorang ada BIG iaitu Bina Insan Guru setiap semester. Kali ni lawatan melihat guru cemerlang.

Aku kena buat surat je. Kawan aku buat paperwork. Yang sadisnya nak print atas letter head rasmi ni aku risau. Takut tak jadi. Tulah orang kata belajar. Malas involved lagi. Kang dah menyesal. Serius aku cakap korang selagi boleh aktif, aktiflah. Pegang jawatan sampai 10 pun tak apa.

Sesungguhnya guru terbaik ialah PENGALAMAN=)

Sahabat pilihan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Bosan sudah bercerita pasal gajet. Aku tak minat semua tu. Tu bukan aku. Aku cuma nak ajak korang berfikir. Berfikir tentang sekeliling. Yalah, kita ni bila duduk suka tengok ragam orang lalu lalang. Kalau korang tak buat tak tahulah kan.

Tapi ada segelintir orang yang suka menyendeng bila senang. Yalah, bila kawan ada duit laju je berkepit. Serius ada. Kira tumpang kemewahan. Bukan tak ada. Cuma mungkin masih tak perasan. Bila dia miskin. Kita cari kawan lain.

Kadang aku fikir. Kesian kan? Persahabatan berasaskan duit semata. Bila kau tak suka kau boleh kutuk-kutuk dia. Bila kau susah dia jugak kau cari. Aku peliklah. Kenapa tak setia je dengan orang sama. Adakah sebab dia menjengkelkan dan kau pun tinggalkan dia.

Bila kau dah sengkek. Tak ada orang nak pinjamkan duit baru kau datang menagih simpati. Bila kau senang kau lupa. Aku bukan cerita pasal aku. Aku pun bukan kaya. Aku pun tak berduit. Aku cuma memerhati. Suka memandang gelagat manusia yang pentingkan diri.

Kau sedih dengan perangai dia. Kau jauhkan diri. Bila kau rasa kau nak kawan dengan dia balik kau datang kawan. Kau ingat dia tu boneka? Aku rasa kawan macam ni tak layak panggil sahabat. Ikut kepala dia je. Macam mana orang nak layan kau macam sahabat kalau kau pun tak layan macam tu.

Aku tak suka memilih kawan. Tapi bila aku dah bersahabat biarlah sampai mati. Sakit hati macam mana pun aku tahan. Sebab aku yakin dialah sahabat aku dunia akhirat. Jahat mana pun dia bukan kita yang jatuhkan hukum. Tak ada hak pun=)

Pujuk rayu merayu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Lagu ni dangdut rasanya. Mula aku tengok video askar menyanyi. Kelakar. Lepas tu aku pun cari lagu ni dan download. Sekarang terlayan pulak. Yalah, best lirik dia.

Korang dengar dulu okey?

Love is?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Love is...by Bunnis : DeviantART
Korang rasa?

Tolong jawab soalan aku ni

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku baca blog ni. Pasal aurat. Saja cari ilmu. Sekali aku terbaca yang di bawah ni. Tak faham. Kalau pakai shawl tu dah berlilit banyak kali. Menyerupai lelakikah? Haram ke walaupun dah menutup aurat?

Larangan berpakaian menyerupai lelaki

Setiap pakaian yang khusus untuk lelaki iaitu diketahui oleh masyarakat bahawa ia sememangnya untuk lelaki, tidak harus untuk wanita memakainya. Begitu juga, pakaian yang khusus untuk perempuan iaitu diketahui oleh orang ramai bahawa ia sememangnya untuk wanita, tidak harus lelaki memakainya. Contohnya; wanita yang memakai seluar lelaki dan lelaki yang memakai kain wanita.

Di dalam hadis diceritakan; suatu hari Nabi s.a.w. masuk menemui isterinya Ummu Salamah. Ketika itu Ummu Salamah sedang memakai tudungnya. Lalu Nabi berkata kepadanya;لَيَّةً لا ليَّتَيْنِ“Lilitlah dengan satu lilitan sahaja, bukan dengan dua lilitan”. (Riwayat Imam Abu Daud dan al-Hakim. Menurut al-Hakim; hadis ini soheh. Tashih al-Hakim dipersetujui oleh Imam az-Zahabi. Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 7744).Menurut ulamak; tegahan Nabi di atas tujuannya ialah supaya cara pemakaian tudung oleh perempuan tidak menyerupai cara pemakaian serban oleh kaum lelaki iaitu dengan melilit di kepala dengan beberapa lilitan.

Sesiapa tolong aku. Terima kasih=)

Ada apa dengan Ipah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Nak jugak jaja nama sendiri. Haha aku nak kongsi tentang aku. Korang asyik membaca. Tak kenal orangnya kan. Si Keroro Alien ada buat entry pasal 10 things about him. Jadi aku nak tiru. Lantaklah. Sebab kami tak ada persamaan. 

Tetiba dia komen kata hobi kita sama. Yeah. Menanbung! Ops jom terjah siapa aku sebenarnya dan ada apa dengan orang yang bernama Iffah Afeefah.

1. Pelajar yang nakal. Selalu ponteng. Tak suka ikut peraturan yang membebankan!

2. Belajar di kampus sekitar Melaka. Kang aku bagitahu kat sini kantoi dengan pihak atasan pulak aku suka buat hal=P

3. Aku rendah. Ya 153 kot. Haha tapi ada aku kisah?

4. Aku penyegan. Lagi-lagi jumpa dengan orang baru jumpa. Serius kekok.

5. Aku banyak cakap. Kat rumah kat mana-mana akulah yang juara=P

6. Aku suka warna merah jambu. Dulu tak tapi kena virus pink kot.

7. Aku suka menabung duit syiling. Love it!

8. Suka shopping. Amat suka membazir. Habis duit je kan?

9. Aku suka mengarang cerita, baca novel cinta. Oh memang cintakannya!

10. Aku suka makan. Aku memang cerewet sikit. Tak sedap laju tolak tepi=P

Nilah Ipah. (Baca Aipah okey) Nak jugak nama Aipah. Dah macam apa je kan. Ipad tu bukan aku belilah. Kawan aku. Adoi ramai salah faham.

Ipad 2 lagi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ipad lagi. Seperti yang dirancang. Aku pergi bank. Bayar Asnb tertunggak. Haha tak berduit. Biasalah. Hutang je memanjang. Lepas tu member aku buat kad maybank. Dia nak jugak warna kuning. Nak jadi kenangan. Poyo.

Tapi layanan memang tiptop. Kadang kalau kita pergi bank ke apa muka macam mintak kena sekeh je. Ni senyum sokmo. Siap kitorang rasa dia macam menggatal. Macam-macam ditanya. Layankan jelah. Sebab kitorang pun berbaju kurung. Ayu gitu. Nampak matang sikit.

Lepas tu aku masukkan duit syiling yang terkumpul. 59.20 dalam Bsn. Sebab Maybank banyak songeh pulak. Ada masa tertentu je. Tengah tak ada duit syiling dalam tabung memang membantu. Aku memang ada tabiat. Menabung. Tapi yang tak bestnya menabung syiling 20sen dengan 10sen.

Sebab 50sen untuk basuh baju. RM2 sekali basuh. Duit kertas lagilah. Buat aku geram je. Jadi aku suka kumpul syiling. Ni hasil setengah tahun kot. Yang dulu 100++. Memang masyuk weh. Jadi korang menabunglah. Untuk masa tengah sengkek macam aku. Tak banyak pun boleh makan Mcd tu.

Oh Ipad sudah order. Memang murah je. 2189 je. 32GB. Tu yang mana tak sabar melayang beratus dari yang kat centre. Jadi ada hikmah kad kawan aku kena telan. Atleast dapat kad baru. Dapat Ipad yang harga berpatutan. Terbaik. Tunggu sampai boleh tumpang online=)

Rutin isnin sampai jumaat

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Pagi perhimpunan.
Kelas.
Kelas.
Rehat.
Kelas.
Kelas.
Balik.
Panjat tingkat tiga yang tinggi.
Baring kepenatan. 
Online.
Baring.
Tidur mungkin.

Tu rutin. Kalau jadi keluar. 
Pergi bank daftar Maybank2u. Bayar Asnb.
Beli buku novel aci tak?
Member nak order Ipad kat sini.

Balik.
Seronok ada kereta sebenarnya. Minyak je tak seronok=P

Cintakah ini? 4

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Seperti biasa part sebelumnya di sebelah tepi sana. Godek sendiri okey.

Amy duduk di birai katil. Dia masih teringat kata-kata abangnya, Lokman. Hatinya mula risau. Hari ahad pun batang hidung suaminya tak kelihatan. Dia bangung tadi Ikmal tiada di rumah. Sejak pindah mereka tidur di bilik berasingan. Ikmal tak membantah. Namun, sudah sebulan mereka duduk di rumah seperti kawan. Tiada apa yang beza. Seperti teman serumah lagaknya.

"Apa Ikmal buat?" Getusnya perlahan. Amy bingkas bangun. Dia perlu mencari tahu tindak tanduk suaminya.

"Apa aku nak buat ya?" Amy mundar mandir di ruangan kamarnya.

"Hah, selongkar biliknya dulu," Amy mendapat idea. Segera keluar kamar. Pintu bilik suaminya dibuka. Namun, gagal. Kunci!

"Mamat ni kunci pulak. Ada ke kunci pendua?" Amy mula risau. Kepala otaknya sudah berpusing ligat. Dia sudah mula berasa tak senang. Ini semua gara-gara abangnya. Puas dia mencari kunci pendua namun gagal. Akhirnya dia membuat keputusan untuk memasak. Perutnya sudah berkeroncong.

xxxxx

"Sampai bila kau nak buat macam ni?" Iskandar bertanya.

"Entahlah. Aku pun tak tahu. Kadang aku rasa patut aku tak payah paksa dia kahwin dulu,"

"Tulah, tapi kan dah jodoh. Kau nak buat apa lepas ni?"

"Aku diam dulu. Biarkan dia yang cari aku. Aku dah malas nak buat dia terima aku. Terseksa bro,"

"Amy memang. Aku kenal dia. Kau jangan risau. Dia mesti tengah cuak sekarang," Lokman pula menyibuk.

"Saya harap sangat bang," Dia mendengus. Letih hidup seperti bujang begini. Mujur saja ada Lokman dan Iskandar.

"Jom pergi main futsal. Malam ni ada team lawan," Iskandar mengajak.

"Yeke?" Lokman menyelit.

"Aah, baik punya. Team kita memang sedia je ni,"

"Jom Mal. Kau duduk sini buang masa je tau," Lokman mengajak.

"Saya bukan bujang lagi. Sampai malam pulak?" Ikmal serba salah.

"Masa nilah kau nak rasa bujang. Nanti Amy dah ikat kau. Masa tu memang kitorang surrender!" Iskandar pula menyampuk. Keduanya tergelak besar.

xxxxx

Amy menonton televisyen sendirian. Jam menunjukkan pukul 10 malam. Namun, kelibat suaminya masih tak kelihatan. Dia mula berprasangka. Telefilem di kaca tv tidak diendahkan. Lamunan jauh mengenangkan kisah rumahtangganya yang mula bergoyang. Salah dia juga.

Dia mulai bosan, dicapainya Ipad 2 pemberian suaminya seminggu lalu. Dia tak berniat nak mengakses internet. Hanya mahu bermain game. Angry Birds dipilih. Tekun sungguh dia bermain. Terganggu dengan lagu Alhamdulillah, Maher Zain berbunyi. Dengan malas Amy mengambil handsetnya.

"Mak," Sepatah kata. Malas dia nak jawab. Namun, terkenangkan maknya yang mengambil berat tentang perkahwinan ini. Dia menekan punat berwarna hijau.

"Hello, assalamualaikum mak,"

"Waalaikumsalam, buat apa? Lambat jawab," Mak mula menyoal. Amy memikirkan ayat sesuai untuk kelentong emaknya.

"Kat bilik air tadi. Kenapa telefon malam-malam ni mak?" Zainab menggeleng.

"Salahke mak telefon. Harap kamu? Haih lama lagi nak dengar suara. Batang hidung pun tak nampak," Mak seakan rajuk.

"Ala, orang busylah mak. Bukan sengaja. Abah mana?" Segera tukar topik.

"Abah tengok bola. Kamu tak tidur lagi ke? Esok kan nak kerja?"

"Belum mengantuk. Abang ada ke mak?" Amy sengaja bertanya. Teringat kata-kata abangnya pagi tadi.

"Tak ada. Main bola. Kan ke Ikmal pun main bola jugak. Takkan kamu tak tahu," Mak mula syak.

"Eh Amy lupa. Abang ada cakap pagi tadi," Amy mengawal rasa. 'Main bola?'

"Amy okey ke dengan Ikmal tu?" Zainab risau.

"Okey je mak. Mak tak payah risau. Anak mak ni isteri terbaik," Sempat melawak. Malas susahkan hati orang tua.

"Mak mana tak risau. Kamu kalau ada masalah bagitau. Jangan kata kamu ke hulu Ikmal ke hilir. Itu bukan perkahwinan," Mak sudah mula. Tiba-tiba air matanya bergenang.

"Tak apalah mak. Pandailah Amy nak jaga perkahwinan Amy ni," Amy mengawal rasa.

"Yalah, mak percaya kat akak. Kalau tak ada masalah, legalah hati mak ni," Amy terdiam.

"Dahlah, abang Lokman kamu dah balik ni. Ikmal kejap lagi baliklah tu. Okeylah. Assalamualaikum," Mak terus letak. Air matanya berderai. Mata tertancap pada pintu. Masih tak kelihatan cahaya dari lampu kenderaan suaminya. Dia menangis teresak-esak. Lama. Sehinggakan dia tertidur di situ.

xxxxx

"Awak, awak!" Si isteri meracau. Ikmal terjaga. Laju menuju ke arah bilik isterinya. Di tolak pintu kuat. Dia sendiri yang mendukung Amy ke atas setelah isterinya sudah ketiduran.

"Sayang, kenapa ni?" Pipi isterinya ditepuk-tepuk perlahan. Amy terkejut. Masih separa sedar. Segera dia menangis di bahu suaminya itu. Lama sungguh. Ikmal terkaku. Masih menenangkan isterinya baru berani membuka mulutnya. Banyak persoalan yang timbul.

"Sayang," Bahu isterinya dipegang lembut. Amy masih menunduk. Mimpi sebentar tadi sungguh menakutkan. Mimpi buruk yang tak ingin dia ulangi. Sungguh!

Ps: Saja nak saspen. Bila nak habis? Weh geram betul. Part ni tak habis jugak. Tak terfikir ending lagi sebenarnya. Korang nak macam mana? Terima kasih yang mengikuti jiran-jiran, Nadh, Lini, Jiji, Sunah. Tak lupa keroro si alien. Haha

Ibu terlebih sudah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ibu aku ni. Aku mesej konon mintak kebenaran pergi KL pagi tadi. Kot-kot apa jadi kat sana. Dia tahu. Tapi tak mesej apa-apapun. Tak risau ke kat anak dia ni. Tak tanya pergi naik apa ke apa ke. Sampai aku online FB tadi. Dia chat.

"Dah sampai Melaka ke?"

"Naik apa?"

"Pergi beli apa?"

"Melepak je ke?"

Ibu IT betul. Bukan nak telefon ke. Fb je. Okeylah dari tak tanya langsung kan. Aku pun menyatakan minat aku kepada sebuah netbook pink jenama ASUS. Hui siap ada garisan timbul kat bahagian luar. Pink pucat sikit. Tapi aku minat haha.
Ni lah yang aku nampak kat lowyatt tadi. Comel tak? haha

Tak nampak pinky sangat. Okeylah kan. 1189 kot. Siap windows semua. Aku pun menyatakan hasrat. Ibu aku kata belilah. Kalau tak biar dia je belikan. Wah! Gembira tau. Tapi macam biasa. Dahulukan duit dialah. Takkan nak guna duit dia lagi. Nak pergi filipina pulak. Honeymoon lagi.

Gembira betul. Yang penting aku paksa dia beli minggu ni jugak. Haha kejam kan? Praktikum tak sampai 2 minggu, dah tak lama. Aku nak guna untuk buat kerja semua. Tapi itulah. Ibu aku kata beli Ipad jelah. Amboi ingat ank dia kaya ke? Terus tak makan aku 6 bulan ni. Kejam!

Kalau dia nak belanja aku on je. Boleh taruk Microsoft office pulak kan. Cara jugak tu. Jiji! ko dah beli Ipad ke? Gembira kau kan? Jadi korang, kerja dulu. Dapat beli apa yang korang suka. Ni belajar pun mak ayah tanggung. Nak beria macam orang kaya=P

Ipad ke Ipah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku tengah penat ke hulur hilir tadi sempat buat lawak bangang. Aku tengok handset cikai aku. Profile Ipah. Tu aku set gedik-gedik. Aku pun terfikir nama aku sama macam Ipad. Tukar huruf je.

"Dari kau beria beli Ipad baik kau ambil Ipah," Aku merepek.

"Tak hingin," Kawan aku kejam sungguh. Kitorang gelak.

"Dari kau bersusah payah cari tu. Baik kau ambil je aku ni. Free tak payah bayar," Aku mengarut lagi. Sebutan Ipah tu Aipah okey. Jadi bunyi Aipad sikit.

"Dahlah kau. Tak nak. Kau besar. Nak sumbat beg pun tak muat," Okey ayat paling kejam.

Sampai nak balik aku asyik cakap pasal bateri kong. Aku kata macam ni.

"Bateri Ipah dah nak habis. Kena charge," Kitorang gelak lagi. Tengah frust kan. Jangan layan sangat sedih tu. Baik layan aku yang best ni. Haha

Bateri betul-betul kong bila kitorang asyik salah naik train. Patut naik ke Ampang. Kitorang naik ke Sentul. Okey fine turun Miharja patah balik. Naik ke Ampang. Patut pertukaran kat Chan Sow Lin. Yeke eja ni? Kitorang tak tukar. Pergi patah balik pulak.

"Bateri Aipah sebagai GPS dah kong. Tu sesat," Aku lagi.

Kami keletihan. Makan pagi roti. Makan malam kat Melaka. Sadis!

Kesimpulannya, cuba larikan otak kita dari memikirkan benda yang membebankan otak. Kadang-kadang bergurau itu perlu. Biarlah tak lawak pun. Janji kita seronok=)

Ipad 2 punya pasal aku dan kawan-kawan merentas KL

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Nak panjang jugak title pun. Semua mengomen pasal Ipad. Yang kata nak pergi Lowyat tu lupakan. Mahal kat luar dari MacStudio. Sebab Ipad2 stok habis. Jadi semua berlumba-lumba nak naikkan harga memang tak agak-agak mahalnya.

Sabar wahai hati. Ipad2 punya pasal kami berpeluh-peluh merentas KL. Dari Melaka gerak 7.30 naik bas. Sampai TBS. Serius jakun. Tak pernah sampai. Soalan pertama "Ini Malaysia ke?" Haha gila canggih. Dah macam airport pulak.

Kitorang pergi naik Lrt ke Hang Tuah. Dari situ naik monorail ke Imbi. Turun pergi jalan kaki ke Lowyat. Pagi lagi. Orang pun tak ramai. Pergi MacStudio dia kata Ipad2 wifi dan 3g tinggal 64gb. RM2000++ aku lupa pulak. Kawan aku nak beli 32gb je. Jadi merantau ke Times Square. 

Tak ada jugak. Pergi ke Pavilion jalan kaki. Oh sangat jauh pulak. Sesat lagi. Bengong. Padahal dulu selalu lepak BB Walk tu. Entah mengapa otak jammed. Panas ketika itu. Kat Pavi tak ada jugak. On the way jalan kaki singgah Lot10. Tak pernah masuk pun. Dah jumpa Apple Centre tak ada jugak.

Stok tak ada. Pergi Lowyat balik dengan harapan nak beli jugak 64gb. Dah habis stok. Malang betul kan? Haha Melaka memang stok tak adalah. Jadi kami pun survey kat kedai-kedai dalam Lowyat tu. memasing cekik darah.

Patut harga 16gb RM1899 jadi RM2499. Kau gila? Kawan aku tengok ada yang murah sikit. Konon nak beli jugaklah. Even harga kat centre murah RM200 tapi okey sikit dari yang lain. Takut jugak kena tipu. Biasalah google brand ke apa. Keluar duit dapat RM1000 je sehari. Aku ingat sekali keluar. Lepas tu nak transfer ke bank aku pulak kononnya.

Belum sempat dah kena telan kadnya. Serius tak tahu kenapa macam-macam jadi hari ni. Kitorang pun kecewa. Sebab memang niat nak teman dia. Pakwe dia suruh belanja kitorang makan lagi. Tapi bukan harap sangat pun. Dah tu kejar nak balik TBS pulak. Tapi monorail tak berfungsi. Kenalah menapak dari Imbi ke Hang Tuah. Dengan hujan dan lecaknya. Dugaan! Dah tu train pun tak reti nak naik. Lama tak guna LRT ni. Sekejap salah hala. Sekejap kena tukar train. 

Sampai BTS terus pergi balai pelepasan. Dah pukul 4 ingat bas dah gerak. Lama jugak tunggu. Ingat dah terlepas. Sebab macam pelik bila stesen bus jadi canggih benar. Kesimpulan, kawan aku nak order kat Melaka je. Sebulan pun sebulanlah.  Aku macam berkenan dengan Net book Pink. Tak tahulah brand apa. Kat Lowyat berlambak aspire one colour kuning. DON'T LIKE!!!

PS:Sorry entry merapu. Meluahkan rasa dan kepenatan kat korang. Aku penat sangat. Esok kuliah. Nak keluar buat kad member tu. Kan tertelan. Nak balik ambil? Tak sanggup!  Kenapa ramai sangat nak Ipad2 tu? Sampai habis serata KL?!

Insyaallah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Saja pilih Najwa Latif. Bila lagi nak support retis melayu?

Kalau korang buntu, sakit hati, putus asa. Dengar lagu ni. Tenangkan hati semula. Jangan ingat aku layan rock kapak je=P

INSYAALLAH ada jalan nya...

Thinking about you

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kalau korang, apa korang nak balas bila ada orang cakap macam ni. Aku sampai tak terbalas. Tak tahu kenapa. Rasa penat sebenarnya berperang dengan emosi sendiri. Aku suka bila aku single. Tapi sebenarnya bila aku single aku terfikir benda lain.

Susah jadi single ni. Aku serba salah. Aku takut hati aku berubah. Sama macam tajuk. Tiba-tiba orang mesej macam tu. Hati mudah cair beb. Lagi-lagi perempuan. Aku ambil keputusan untuk tak balas. Risau dengan hati sendiri.

Korang jagalah hati korang baik-baik. Kalau terfikir tentang seseorang tu. Lagi-lagi dia dah hak orang. Baik korang lupakan. Jangan cari penyakit. Aku pun tak nak berpenyakit seperti ni. Cukuplah. Love to be single. Jadi kena buktikanlah yang bujang tanpa teman itu seronok.

Kuatkan hati aku yang memang rapuh. Tiba-tiba aku rasa tiba masanya aku cari pelangi yang belum muncul. Tapi siapa? Jeng jeng jeng. Gedik gila=P

PS: Saja buat entry autopublish lagi. Risau korang rindu=P

Be Happy

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Entry ni kesinambungan entry pagi tadi. Jadi be happy ye kawan-kawan. Di KL. Entry hari ni autopublish. Ipad 2 punya pasal.
Be Happy by Alephunky : DeviantArt

Gembira tak datang bergolek

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ya dia bukan datang melonjong. Tapi kita kena tarik perasaan tu datang. Kalau asyik fikir tentang kemurungan dan kesedihan kau akan macam tulah sampai bila-bila. Serius tak suka baca status FB yang menarik simpati. Menyampah oke. Kau menunjukkan kau lemah sangat. Di mata beribu orang yang dah add kau.

Kadang aku rasa kita ni gembira depan mata tapi nak cari kesedihan jugak. Nak menangis jugak. Orang suruh ketawa nangis jugak. Tengok MaharajaLawak kalau nak ketawa. Susah apa? Penat diorang melawak. Ingat senang?

Tapi korang pilih jalan menuju kesepian, kesedihan. Macam mati laki. Padahal duit tak ada. Bukan apa pun. Duit tak ada pinjam mak ayah. Kalau tak ada jugak member ada. Susah sangat pinjam Along. Itu kalau nak tempah mautlah.

You are what you choose. Jadi kalau kau pilih mood gembira, gembiralah kau. Kalau sedih, menangislah sampai bengkak-bengkak mata. Kita diberi pilihan. Contoh kau putus cinta. So moved on jelah. Dah orang tak nak. Takkan nak meratap sayu pulak. Lainlah orang tu meninggal dunia. Tu patut sedih.

Kadang aku rasa kita ni overacting. Lebih-lebih sedihnya. Tak tahulah nak tarik simpati ke apa. Tapi kita boleh ceriakan hidup kita. Siapa lagi nak tolong kita kalau bukan diri sendiri? So nak happy pergi keluar dengan kawan-kawan. Tengok cerita lawak. Ni pergi duduk tepi tingkap meratapi. Memanglah sedih memanjang. Jadi pilihlah jalan kegembiraan yang baik=)

Ada orang kata aku kreatif

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Haha bangga diri pulak. Tak baik. Haha saja nak buat entry penghargaan kat junior ni. Junior guru pelatih jugak. Kampus je lain-lain. Tak kisahlah. Sebab dia kata aku kreatif. Ada dua lagi sebenarnya. Jadi terima kasih daun keladi. Seronok tau join segmen mencabar minda ni.

Aku suka support orang bersegmen. Lagi-lagi benda yang aku minat. Lagi aku suka. Haha rasa melimpah idea time tu jugak. Korang kalau ada minat jangan sia-siakan. Bakat asyik terpendam lama-lama masam. Busuk masin=P

KLIK SINI untuk tengok senarai orang kreatif. Nak baca entry yang kononnya kreatif KLIK SINI.

ARIGATO! 

ALHAMDULILLAH=)

Duit bukan segalanya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Asyik fikir duit je ni. Tulah. Kawan aku kata aku mata duitan. Saja je cakap macam tu. Kot-kot jodoh orang kaya kan? Haha oh ya ada yang tanya survey kat mana. Hatten Square, Mahkota Parade, MMU Melaka, Dataran Pahlawan, Jaya Jusco Melaka.

Kadang bila fikir pasal duit ramai orang boleh jadi gila. Gila duit. Yalah, cuba tengok jutawan kena bunuh sebab duit. Bomohkan orang sebab duit. Mati kena ragut sebab duit. Anak beranak bertikam sesama sendiri sebab rebut harta. Orang tinggalkan isteri setia sebab wanita lain bagi duit. Orang jadi gigola, anak ikan. Entah macam-macam lagi. Sebab DUIT.

Jadi tak terkira betapa dasyatnya impak duit ke atas kita ni. Tengok mahasiswi jual dara sebab duit. Jadi perempuan simpanan. Ikut sugar daddy. Kira pelacur kelas ke berapa tak tahulah. Semuanya duit. Tapi sedar tak kita cara kita dapatkan duit tu halal ke haram?

Sedar ke kita duit yang masuk menyerap dalam tubuh kita ni duit haram. Jadi darah daging tu. Korang rasa duit segalanya waktu sekarang. Tapi bila dah mati bukan duit ikut sama. Bukan harta benda bawak masuk kubur tu. Jangan cakap esok masih ada. Sebab belum tentu esok masih ada untuk kita.

Jadi kawal nafsu. Jangan ikutkan sangat. Duit tu boleh cari. Cuma cara tu. Contoh kau jadi pisau cukur macam cerita pisau cukur tu. Sebab nak bantu family. Adik tengah belajar. Mak sakit. Tapi niat yang baik takkan menghalalkan cara kau cari duit tu. Datang dari mana duit tu. Tak kesian ke kat keluarga sebab makan duit haram?

Jangan sebab ikutkan nafsu, semua menderita. Ingat duit bukan segalanya=) Mintalah rezeki dari Allah S.W.T. Pasti ada hikmah disebalik semua rencana yang diaturkanNya.

Ipad 2

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ni aku nak bercerita pasal Ipad pulak. Uih macam orang kaya pergi survey tadi. Dari 2 petang sampai pukul 7 kot berjalan. Penat. Sebab mata meliar tengok barang menggoda iman. Sabar wahai hati.

Apa yang aku tahu Ipad memang canggih. Sukalah kalau orang yang suka gajet ni. Siap ada game yang banyak. Nampak Angry Birds tadi. Kan ada display. Siap satu keluarga duduk berumah kat situ. Main game. Amboi salesmen takkan tak marah kot. Ada yang sibuk minum air cool blog lagi. 

Aku pulak risau. Haha tapi yang menarik boleh ada Microsoft Office. So nak buat kerja bolehlah. Cuma yang tak best kenalah email kerja ke netbook kalau nak print ke apa. Setiap barang kena beli asing dan mahal. Dia punya case je 200. Masak.

Tapi bestlah. Sempat aku usha macbook. Nipis dan ringan. Best kan kalau ada duit? Haha tapi member aku tak beli lagi. Stok tak ada. Kalau order sebulan baru dapat. Kalau order kat internet 2 minggu boleh dapat. Satu Melaka kitorang round tadi.

Ipad je ada. Ipad 2 tak ada stok. Centre Apple pun tak ada stok. Sedih sungguh. Aku tak sabar nak pakai. Tumpang sekaki. Nak beli 1899 kot. Tu pun yang 16gb. Uih baik beli makanan. Kenyang jugak. Apa kata korang? Tapi benda ni sekejap je bestnya. Nanti keluar yang baru lagi. Dan lagi dan lagi. Makin tak ada nilai=)

Happy Blogwalking

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Google
Hari ni aku walking tapi bukan kat dunia maya. Jadi kepada semua. Happy blogwalking. Member aku nak survey Ipad 2 okey. Untung ada pakwe dah kerja.

Serius aku gila duit sekarang. Tak. Normalkan diri sendiri. Duit bukan segalanya. Tapi segalanya perlukan duit=P

Entry autopublish. Takut ada yang rindu=P

Bang , jom g jalan jalan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Santai Bersama BEN ASHAARIKLIK SINI

Ya Allah=(

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kita semua mengharap.

Tapi bila harapan kita berkecai.

Kita mula kecewa.

Tapi ingat jangan sesekali salahkan takdir.

Kerana mungkin ada hikmah disebaliknya.

Aku juga tengah mengharap.

Harap igauan ngeri tak ganggu aku lagi.

Cukup sekali.

Aku tak mahu.

Ya Allah bantulah aku.

Sungguh semalam hati tenang bila berzikir dan menyebut namaMu ya Allah.

Sesungguhnya aku makin jauh dariMu.........

Cintakah ini? 3

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Part 1, 2 kat tepi okey.

"Morning pengantin," Suara-suara menyakat. Sengaja Amy turun dulu. Dia biarkan suaminya diulit mimpi. Bukan apa, cuma segan.

"Mana laki hang?" Mak saudara yang lain pula bertanya. Amy hanya tersenyum dan menunjukkan jari ke arah atas. Malas dia melayan karenah orang. Tak habis-habis nak menyakat.

"Mak," Amy memeluk bahu emaknya. Zainab sedang sibuk memotong bawang terkejut.

"Amy, geramnya mak. Mana suami kak?" Mak memang terbiasa panggil dia kakak. Walaupun dia tahu dia bongsu. Tapi panggilan itu tidak menguba apa-apapun. Dia tetap manja seperti selalu.

"Ada kat atas," Amy menjawab malas.

"Amy, kenapa mak tengok anak mak ni lain macam je. Ada masalah ke?" Amy geleng. 

"Mak tak suka Amy masam macam ni. Keluarga kat luar tu ramai. Kang jadi cerita pulak bila diorang balik nanti," Mak menasihati. Dia menunduk.

"Amy tak sedia. Tu je," 

"Tak sedia apa? Majlis ni? Ke pasal kahwin?" Mak mula memperlahankan suara. Risau hatinya.

"Semuanya. Amy rasa cepat sangat," Amy seakan berbisik. Mak hanya menepuk-nepuk bahu anaknya. Bukan masa yang sesuai untuk berbincang. Amy segera mengambil alih tempat emaknya. Biar dia pula yang memasak. Zainab tersenyum.

xxxxx

"Amy mana mak?" Itulah pertanyaan pertama Ikmal. Usikan yang lainnya diendahkan. Banyak lagi kerja yang belum selesai di rumah ini. Kalau dilayan makin menjadi-jadi.

"Ada tu tengah masak. Kejap lagi bolehlah makan," Mak menjawab tenang. Dia pun laju melangkah ke dapur.

"Sayang," Ikmal menegur. Amy seperti selalu membatukan diri.

"Nak abang tolong?" 

"Tu hidangkan. Saya nak buat air," Ikmal menurut saja.

"Lagi?" Amy menunjukkan sudu dan pinggan. Ikmal laju mengangkatnya.

"Eh, Ikmal. Kenapa buat semua ni?" Mak mula segan. Patutnya menantu tak payah susah payah macam ni sekali.

"Tak apalah mak. Saya memang dah biasa. Saja nak tolong Amy," Yang lain dah mula bersoseh-soseh. Mungkin mereka rasa ini berita hangat pagi hari kot.

"Tak payah. Mak tak senang tengok menantu pulak buat semua ni," Mak segera mengambil pinggan dari tangan Ikmal.

"Tapi mak, saya nak tolong je," Zainab tersentuh.

"Pergi duduk dengan abah dan abang Lokman tu. Kejap lagi mak panggil makan," Ikmal akhirnya mengalah.

xxxxx

"Betul ke nak pindah?" Amy bertanya.

"Betullah. Abang nak kita berdikari. Lagipun abang Lokman setuju," Ikmal bersahaja.

"Kenapa tak bincang dengan saya dulu?" Amy geram.

"Abang dah cuba. Tapi Amy asyik mengelak. Jadi nilah jalan terbaik. Lagipun, takkan nak selamanya duduk di sini?" Ikmal berlembut. Kalau api dengan api makin keruh jadinya.

"Amy, Amy setuju tak?" Amy masih diam.

"Kalau tak setuju abang tak nak paksa. Nanti abang kata kat parents Amy kita tak jadi pindah," 

"Siapa kata saya tak nak. Bila nak pindah?" Ikmal tersenyum.

"Minggu depan. Tapi kena tengok rumah hari ni. Amy tak pernah tengok kan? Jom siap," Ikmal masih tersenyu. Teruja. Amy hanya menurut.

xxxxx

"Sejak pindah rumah baru. Abang pun tak kontek kan?" Suara Lokman membebel di corong telefon.

"Sorrylah bang. Kitorang sibuk dengan kerja. Nak kemas rumah lagi," 

"Yalah, dulu mak kemaskan kan?" Lokman menyakat. Amy tergelak suka.

"Jahat. So abang macam mana? Tak nak kahwin lagi ke?" Amy risau.

"Abang bila-bila boleh kahwin. Tu adik jangan risau. Tapi abang telefon bukan nak cerita pasal ni," Serius.

"Pasal apa pulak? Abang nak datang ke?" Gelak.

"Bukan, ni pasal korang. Okey ke?" Amy tersentak. 'Abang Lokman pun perasan?'

"Okey apa ni abang? Macam suami isteri biasalah," Amy masih berselindung.

"Jangan nak pura-pura dik. Abang tahu. Kesian laki Amy tu. Jangan sebab ikutkan rasa nanti badan adik yang binasa," Lokman risau.

"Alah, Ikmal okey je. Dia faham,"

"Sekarang memanglah. Abang takut bila lama-lama dia bosan. Mulalah mata pandang ke lain," Lokman saja menakutkan adiknya. Dia kena sedarkan adiknya. Degil takkan bawa ke mana.

"Abang jangan nak mengarutlah," Amy berdebar.

"Abang nasihatkan je. Abang ni lelaki. Ingat pesan abang tu. Jangan awak gigit jari sudah," Ketawa Lokman jahat. Amy mula gundah gulana.

Part 3 habis. Apakah? Mati aku. Bila nak tamatkan ni? Part 4. Jangan marah ye=P

Rumah baru

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku nak bercerita tentang rumah pulak. Bukan apa. Aku dengan kawan yang lain berpakat nak pindah rumah. Gila kau. Macam banyak duit. Tapi sewa murah. Masa praktikum dua bulan ni aku akan duduk berempat dengan diorang.

Saja nak ubah angin. Duduk rumah ada TV, aircond, bilik ada 3 kot. Masalahnya tilam tak ada. Bawak totolah nanti. Teruja pulak nak duduk sendiri. Tak pernah pun kan. Tapi yang kelakarnya keempat-empat ada kereta. Dah tu penuh garaj letak kereta je. Pergi sekolah satu kereta jelah. Banyak duit nak bayar minyak.

Tapi aku memang kena berjimatlah ni. Banyak nak guna duit. Tu pun dah pinjam kakak aku sikit. Tak tahulah berapa dia masukkan. Yalah pinjam pun kena bebel. Zaman sekarang dengan dulu mana sama. Aku dah mula sedar barang banyak naik harga. Dulu mak aku je beli.

Jadi apa yang penting? BERJIMAT! Duit takkan pernah cukup. Jadi berbelanja jangan ikut nafsu. Aku suka sangat beli benda merepek. Lepas tu bising duit habis. Sengal. Tetiba rasa nak kahwin dengan orang kaya. Grrr.

Cintakah ini? 2

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Part 1 klik kat tepi sana ye. Selamat membaca=P

Ikmal mecuit pinggang isterinya. Terkejut Amy dibuatnya. Jeritan bisa menggegarkan jantungnya.
"Awak! Jangan ganggu saya boleh? Serabut tahu tak?" Amy terus ke bilik air. Hati bengkak.

"Abang gurau je," Ikmal terduduk. Pening memikirkan telatah buah hatinya yang lama dikenali. Pantas dia mengambil keputusan untuk turun bersolat di bawah.

xxxxx

"Mana Amy?" Abah menyoal. Ikmal tersenyum.

"Mandi. Nanti dia turunlah tu," Razak terus menepuk bahu menantunya.

Tak sangka akhirnya dapat juga dia menantu. Umur anaknya bukan muda lagi. Tapi liat sungguh bila perkara kahwin dibangkitkan. Kini terbuka hati anaknya menjadi isteri lelaki pilihan sendiri. Abah tersenyum gembira. Ikmal menyembunyi rasa.

"Ikmal, tolong panggil abang Lokman solat. Dia buat apa lama sangat kat luar tu," Dia hanya menurut perintah.

Keluarga isterinya kecil saja. Dua beradik. Yang tinggal nenek dan seorang makcik saudara. yang lain semua berangkat pulang. Esok baru datang untuk mengemas rumah bersama.

"Abang, jom solat," Ikmal mengajak perlahan. Lokman tersentak. Dia memandang suami adiknya lama.

"Kenapa abang tenung saya macam tu? Papa dah panggil tu," Lokman merengus.

"Kang lepas makan kita keluar kejap. Kau teman aku," Lokman berlalu. Ikmal terkebil-kebil sebentar. Penerimaan abang Amy dingin. Dia mula gusar.

xxxxx

"Mak, abah, kami nak keluar kejap. Amy tak payah ikutlah eh," Amy menjeling Lokman geram. 'Saja nak sakat orang'

"Orang tak nak ikut pun," Dijelirnya lidah. Mak terus menepuk bahunya. Kuat. Dah bersuami masih berperangai begitu. Abah hanya menggelengkan kepala.

"Boleh, tapi jangan lewat sangat. Ikmal tu baru je kahwin," Mak berpesan. Amy hanya memandang televisyen. Dia malas nak memandang suaminya.

"Tahulah mak. Anak mak pun tak kisah suami dia balik lewat pun," Lokman memandang adiknya. Amy hanya berpura-pura tak mendengar.

"Ada pulak tak kisah. Diorang pengantin. Inai jari baru pakai," Mak mula membebel. Lokman menghidupkan enjin. Ikmal hanya menurut. Hatinya berasa tak senang.

xxxxx

"Abang, kita nak ke mana?" Ikmal memecah sunyi. Lokman leka memandu.

"Tempat lepak. Aku ada hal nak bincang dengan kau," Kereta membelok ke sebuah Masjid. Indah sungguh.

"Kita kan dah solat Isyak tadi? Ikmal makin pelik.

"Siapa kata kita nak solat?" Lokman matikan enjin. Dia segera ke pondok berdekatan. Jemaah masih ramai berlegar di ruangan masjid. Ikmal mengikut sahaja abang iparnya. Debaran hati kian memuncak.

"Ada apa ni bang? Sampai jauh kita berjalan," Ikmal terus bertanya. Lokman senyap seketika.

"Aku bukan tak suka kau. Jauh sekali benci kau," Lokman diam semula. Ikmal menanti penuh sabar.

"Tapi, aku tengok adik aku tak gembira sejak family kau datang merisik tiga bulan lepas. Jadi aku harap kau faham," Ikmal sedikitpun tak terkejut.

"Saya faham bang. Saya tahu dia memang tak sedia. Tapi bila saya kenangkan kami dah lama kenal. Saya yakin memang dia hawa saya. Saya nekad beritahu keluarga. Cuma saya pun tak sangka secepat ini kami dinikahkan," Terang Ikmal yakin. Lokman senyum.

"Aku tahu tu. Kau kena sabar dengan perangai adik aku. Dia anak bongsu. Kami dua beradik je. Degil semacam sikit. Aku takut kau tak tahan," Lokman meluahkan rasa terpendam.

"Insyallah bang. Saya yang buat keputusan ini. Saya yakin saya boleh jalankan tanggungjawab saya sebagai suami. Usahlah abang risau sangat. Cuma, saya risau dia tak boleh terima hakikat lagi," Ikmal menunduk.

"Itu kau kena sabar. Dia memang macam tu. Mungkin sebulan dua ni kau layankan je karenah dia. Diapun bukan jahil pasal ilmu rumahtangga. Takkan selamanya nak memberontak. Cuma aku nak kau sabar. Tu je," Lokman menepuk bahu iparnya.

"Baik bang. Tunjuk ajar abang akan saya gunakan. Lagipun abang lagi kenal adik abang kan. Tapi saya nak minta pandangan abang," Lokman berubah riak.

"Apa dia?" Ikmal menarik nafas perlahan.

"Kalau saya nak pindah rumah kami sendiri, okey ke?" Lokman tersenyum. Tiba masanya adiknya berdikari. Isteri memang hak suami.

"Aku tak kisah. Aku rasa Amy pun takkan membantah. Dia bebas. Tapi kau kena cakap baik-baik dengan mak, abah. Biasalah kami dua beradik je. Yang penting, kau mampu sara adik aku tu bila berjauhan dari kami. Itu dah cukup," Lokman berdiri.

"Jomlah. Kita balik. Sorry ganggu. Lupa aku malam pertama korang," Sempat lagi dia menyakat. Tapi Ikmal langsung tak terkuis. Dia tahu Amy pasti menolak.

xxxxx

"Lambat awak balik?" Amy terpacak di tengah bilik. Langsir balkoni mengibar. Angin malam sungguh dingin.

"Abang sayang tu. Banyak kami borak tadi. Ramah dia kan?" Dibukanya baju tshirt. Dia rimas. Isterinya tak pula bersuara. Ikmal menukar singlet. Lebih selesa untuk tidur.

"Amy," Panggilnya.

"Amy, tidurlah. Lewat dah ni," Pujukannya tak berjaya. Ikmal pantas ke arah balkoni. Dilihatnya Amy sedang berpeluk tubuh. Mungkin kesejukan.

"Sayang, kenapa ni? Sejuk kat luar ni?" Ikmal betul-betul dibelakangnya. Amy senyap juga.

"Amy, please. Cakap dengan abang. Jangan diam je," Gelisah Ikmal. Diraihnya tubuh si isteri ke pelukan. Amy masih membeku. Mereka diam sahaja. Ikmal makin runsing.

Ps: Wakaka ni dah part 2. Macam mana ni? Tak habis jugak lagi=P Last la part 3. Jangan panjangkan lagi. Oh tidak!

URGENT: Jawatan kosong

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Nak?
Gambar dari FB

Wacana Entri Pertama Ku

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
klik gambar ye

Teringat kat entry pertama yang merepek. Klik sini untuk baca haha=P
Serius masa tu tak tahu nak tulis apa. Kan tujuan untuk merepek masa dulu-dulu.

Bagaikan pelangi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Rainbow: DeviantART


Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahaya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan hati ini...

Pelangi…..diseberang rencana aku berdiri
Pelangi….. rengkuh aku direlung hati
Pelangi….. sentuh aku tinggalkan mimpi 
Pelangi….. buang gelisah jangan lepaskan aku

Takkan setia takkan kembali
Bawa dirimu dan tinggalkan kuKe matamu lihatlah diriku
Aku pelangi yang dinanti

Laskar pelangi takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warna bintang di jiwa

Banyak lagu yang menceritakan tentang pelangi. Pelangi menceriakan hidup kita. Warna kehidupan yang pelbagai menceriakan hati kita. Kalau sedih cuba tengok pelangi. Cantik. Indah. Seakan tersenyum pada kita. Saat itu tangisan pasti akan terhenti kerna pelangi ceriakan hari kita=)

Kahwin

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Nak kahwin ke tak?
DeviantART
Mood kahwin je aku ni. Serius masa karang cerita Cintakah Ini. Sebenar kepala aku asyik ligat pasal kahwin. Kalau korang perasan aku dah ke arah islamik sikit. Terima kasih kepada rakan blogger. Bagi aku idea yang banyak pasal percintaan dalam Islam.

Tapi bila sebut nikah kahwin ramai mengeluh. Banyak benda nak settlekan. Kawan aku bercinta 6 tahun belum nak kahwin pun lagi. Antara sebab mereka yang tak nak kahwin sekarang ialah:

Tak ada pasangan.
Tak ada duit nak sara anak orang.
Tak sedia nak jadi isteri.
Tak kerja lagi.
Nak bagi mak ayah rasa gaji dulu.
Takut nak pikul tanggungjawab.
Tak enjoy kalau kahwin awal.
Tengah study tak boleh fikir kahwin.
Tak ada yang masuk meminang.
Belum puas hidup solo.

Banyak sangatlah. Tapi memang. Kalau tak sedia. Jangan paksa diri. Tu kira kahwin paksalah tu. Kita tak minat, tapi kita paksa diri jugak. Kadang boleh bawa kebaikan. Kadang boleh mendatang keburukan. Tapi ramai cerita pasal kahwin. 

Dah gatal. Tapi tak nak kahwin sekarang. Nak grand kan. Kena tunggu duit sendiri dulu. Kadang aku fikir kalau ikutkan duit tak pernah nak cukup. Ada je keluhan. Kalau nak kahwin, jangan tangguh. Nanti perasaan kita berubah. Macam ada makcik tu. Dia nak kahwin lagi. Sebab kena cerai dengan laki pertama. Tapi bila tangguh-tangguh terus tak nak kahwin. Sebab jaga cucu.

Jadi korang nak kahwin ke tak korang punya pasal. Janji batas kena jaga okeh? Siapa nak kahwin dengan aku? Haha gila=P

BILA SI ANAK BERBLOG.. SI AYAH dan IBU ?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Santai Bersama BEN ASHAARI
klik gambar ni
Ceritakan bagaimana anda membahagikan masa dengan belajar ,membantu kedua ibubapa dan berblog:

Senang je. Yang penting bila berblog jangan nak 24 jam menghadap laptop. Kalau ibu panggil buat kerja buatlah. Lagipun bila study jauh dari keluarga jadi memang tak ada masalah. Study belah pagi. Petang dan malam untuk blog. Ibu ayah tak kisah. Kadang diorang baca blog jugak. Siap suruh buat duit dengan berblog. Sebab dia suka baca cerpen yang aku karang. Malunya =O

Macam mana anda terangkan minat anda itu serta tunjukkan bukti bahawa berblog tu berbaloi ?:

Beritahu diorang blogger yang popular yang berjaya buktikan blog bukan sia-sia. Dulu diorang bantah jugak. Suruh buat bisnes je kat blog ni. Terang baik-baik sampai diorang malas nak campur. Diorang pun suka dari asyik keluar merayap je=P

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers