CORETAN TERBARU NADH

Sayang semuanya sudah terlambat

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Macam lagu kan? Tapi sempena menjelang bulan Ramadhan ni aku nak ajak korang berfikir sejenak. Kadang kita suka bertangguh. Suka mengambil remeh je dengan hal yang berlaku di sekeliling kita.

Tapi kita juga lupa betapa pentingnya orang sekeliling kita. Tanpa mereka siapalah kita. Manusia memang selalu lupa. Lupa tentang orang yang sentiasa ada untuk dia. Sebaliknya mencari yang tak ada. Aku pun macam tu. Selalu tak nak benda depan mata. Nak yang bukan milik kita jugak.

Kenapa eh? Tapi bila orang tu dah berjauh hati mula kita rasa kehilangan. Macam internetlah. Selama ni memang dia je berjasa dengan kita tapi kita tak pernah hargai dia. Kutuk adalah bila dia lembab je kan? Tapi bila dia tak ada? Meroyan bagai nak rak sebab kita terasa kehilangan.

Tapi bila kita sedar semua dah terlambat. Dah tak ada guna kita bersedih atas kehilangan itu. Jadi apapun kita buat takkan bermakna sebab semuanya memang dah terlambat. Jadi sebelum kau sesali baik kau hargai. Sebab ia takkan kekal sampai bila-bila.

Sekali ia pergi selamanya takkan kembali kerana semuanya telah terlambat=)

Kenangan oh kenangan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Uih menggamit kenangan sungguh. Tadi masa jalan nak ke rumah sewa ni. Ternampak kedai ayam penyet yang best gila tu. Adoi terus lapar perut. Masalahnya dah bungkus dari Sedenak ni.

Esok dah puasa pulak kan. Aku nak gerak awal esok. Nanti takot tersesat ke apa ke. Susah jugak kan? Lagipun kerja melambak ni. Kepala mula pening. Serius. Tak cukup tidur. Tapi mata sayang pulak tinggalkan blog ni.

Aku tengah terfikir idea. Tapi ada masalah jiwa melanda. Er perlukah aku menyambung cerita atau membiarkan sepi? Ni semua sensitiviti orang lain. Jadi korang terima jelah sambungan tu ye. Yang penting bukan sekarang. Aku masih pening.

Ps: Apasal aku suka mengarang cerita ye?

Part 3: I'm nothing without you

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ini cerpen bersiri kolaborasi bersama jiran aku. Sila klik Part 1 dan Part 2 untuk mengikuti cerita. Harap terhibur=)

"Apa ni bu?" Shahir menunjukkan kepingan gambar di tangannya.

"Duduk dulu Shah. Ibu nak cakap sikit," Muka anaknya sudah berkerut.

"Ibu, Shah betul-betul tak faham. Kenapa semua ni?" Shahir melabuhkan punggung. Masalah bertubi-tubi menyerangnya. Kepala makin terbeban dengan masalah yang ada.

"Ibu sayang Shah. Sebab tu ibu buat macam ni," Shahir sudah menggeleng.

"Kenapa perlu macam ni? Shah tak perlukan semua ni. Yang Shahir perlukan ketenangan jiwa. Bukan gambar entah sesiapa ni," Shahir berdiri.

"Ibu nak terbaik untuk Shah. Tengok Iskandar tu. Dah bahagia sekarang. Isteri mengandung lagi. Kamu?" Ibu mula membebel.

"Shahir tahu ibu. Tapi itukan takdir dia. Jodoh belum sampai nak buat macam mana?"

"Itulah ibu tolong ni. Kasi cepat jodoh. Shah pilih je mana yang berkenan. Ibu pinangkan ye?" Puan Hasunah tak sabar lagi.

"Ibu please. Kalau Shah nak kahwin nanti Shah bagitau. Tapi bukan dengan gadis-gadis dalam gambar ni," Shahir berlalu pergi. Hasunah terduduk. Kecewa dengan sikap anaknya.

xxxxx

"Is, lama tak meniaga? Apasal?" Zaki menepuk bahu Iskandar yang sibuk mengemas gerainya.

"Aku tak sihat," Tipu.

"Mana si Shah eh? Lama tak nampak mamat sekor tu," Zaki ketawa.

"Entah. Aku pun tak ambil tau pasal dia," Iskandar bengang.

"Hei, hei apa ni bro? Korang gaduh ke? Alah kawan lama pun boleh bikin hal ke?" Zaki mula sedar sesuatu yang aneh.

"Aku tak nak gaduh tapi dia memang dah lebih," Iskandar menghempaskan kain lap ke meja. Puas dia tanya isterinya tentang hal Shahir. Namun isterinya tetap tak mengaku.

"Pasal apa pulak ni bro?" Zaki menepuk perlahan menenangkan jiwa kacau.

"Dia suka bini aku beb. Bini aku!" Iskandar melepaskan amarah. Zaki terkejut.

"Serius? Kau ni takkanlah dia nak tikam kau pulak. Kau mana tahu hati dia," Sangkal laju.

"Dia mengaku sendiri hari tu. Dia masih ingat kat Ina," Zaki melopong.

"Kau salah dengar kot. Aku tak rasa dia nak bini kau. Kita jumpa balik lepas kau dah kahwin dengan Ina kan? Dia study kat oversea masa tu," Zaki mengimbau kembali kisah dulu.

"Ye tak ye jugak. Tapi hari tu dia jugak kata..." Iskandar terhenti.

"Beb, sorry lama tak singgah. Aku ada hal," Shahir memeluk Zaki erat.

"Kau datang pun tak diundang," Iskandar terus ke belakang.

"Is, aku tahu aku salah. Gurau tak bertempat. Aku bukan nak isteri kau tu. Aku gurau je," Shahir cuba menjelaskan situasi sebenar.

"Kau jangan banyak bunyilah. Kau sendiri mengaku dengan aku kan?" Iskandar mula menuju ke Shahir. Pantas Zaki menghalang.

"Rileks bro. Tak macho bincang cara macam ni. Duduk tarik nafas. Kita dengar apa kata Shahir,"

"Okey, kau selamat sekarang," Iskandar duduk.

"Aku gurau. Serius. Aku lupa pulak isu tu sensitif. Lagi-lagi bini kau pun tengah mengandung. Memang aku akui aku cintakan Ina. Lama dah. Bertahun lama aku pendam rasa ini. Sampai hari ni cinta tu masih ada. Tapi sayang aku tak hargai dia,"

"Kau tengok Zaki! Dia berani luahkan perasaan macam ni kat aku?" Iskandar sudah panas.

"Sabar dulu," Zaki memberi peluang kepada Shahir meneruskan bicara.

"Aku sayang sangat kat Ina tu. Masa tu korang jauh. Aku di perantauan. Korang bayangkan perasaan aku ditinggalkan cinta di sana. Sakit hati ni tahu?" Air mata mula mengalir. Zaki terkedu.

"Aku tak boleh sabar. Mana kau kenal Ina? Kat sana? Tipulah," Iskandar mencelah.

"Ya, aku kenal dia kat sana. Untuk pengetahuan korang Inalah kekasih aku satu-satunya dan sebab dialah aku sampai sekarang membujang. Semua sebab kisah dulu. Aku dihantui rasa bersalah. Sekarang masalah berganda-ganda. Nak tak nak aku kena jugak ceritakan kisah ni supaya korang faham situasi aku sekarang," Shahir mengeluh.

"Apa masalah kau? Sayang bini orang? Macam tu?" Zaki bengang pula.

"Bukan, dia bukan bini orang sebabnya dia dah meninggal dunia dua tahun lepas. Masa aku belajar di sana lagi," Kata-kata terakhir membuatkan keduanya melopong.

xxxxx

"Adilla!" Terkejut.

"Apahal jerit-jerit ni Maera oi?" Adilla berpaling.

"Dah aku panggil kau tak dengar. Telinga tersumbat ke kak?" Maera Aqila ketawa.

"Aku bukan pekak. Malas nak menyahut," Dengan rasa tak bersalah dia menjawab.

"Hei geram aku dia ni. Aku ajak makan jelah. Bukan nak mintak apapun. Ni nak touching ni," Adilla ketawa mendengarnya.

"Okey, janganlah marah. Nanti makin tak comel," Maera tersengih.

"Dah jom makan. Aku tak nak makan pujian kau tu je. Lapar dah ni," Adilla tersenyum mengikut langkah housematenya.

xxxxx

'Salam, saya mintak maaf sebab mengejutkan awak hari tu. Apa yang pasti kata-kata saya jujur. Saya nekad. Ps: Masih menanti jawapan.'

Sender: Tanpa nama

Shahir berkerut seribu. 

"Minah ni lagi. Ah sudah" Shahir pening.

Ps: Jiran sila sambungkan ye. Korang tunggu sambungan dari Mr Nadh!

Alahai Aisyah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Siapa Aisyah? Nilah anak buah aku satu-satunya. Tunggu lagi dua orang yang bakal lahir tahun ini. Insyallah. Ecah nak dapat adik. Kenalah panggil kakak. Nilah budak yang aku kata pandai arab. Nak belajar solat. Serius terkejut tengok video ni. Sebab dia dah kenal apa itu al Quran.

Tengoklah siapa umi dengan abinya. Aku harap anak aku pun bijak macam dia. Sebab tulah kepala besar kot. Berkat susu ibu. Nilah budaknya menangis satu rumah sebab lapar susu ibu. Ecah cepat balik. Rindu dah ni.=)

Ramai-ramai buat anak tapi tak ramai yang pandai didik anak mereka. Fikirkanlah amanah yang Allah berikan. Anak itu adalah anugerah tak terhingga. Doakan aku dapat anak soleh dan solehah serta bijak. Grrr geram dengan anak orang je ni=P

Lintas langsung dari Sedenak

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Alhamdulillah. Sampai jugak kaki aku ke rumah bersejarah ni. Macam-macam ada tau. Hari ni dalam sejarah aku drive sejauh ni. Kira cabaran bagi akulah. Selalu teringin nak drive sorang jauh.

Kira aku dah melepasi satu aras lagi. Kajang ke Johor. Terbaiklah. Jalan lurus je. Tu cepat sampai tu. Sampai ada orang terkejut sebab sampai awal sangat. Tak penat pun. Cuma kejap-kejap mengantuk. Semalam tidur lewat sangat.

Hah siapa punya kerja? Haha tett. Dah kenyang makan kat rumah ni. Ada kek, ada tartlet buah-buahan, ayam masak cili padi bersama nenas, daging paprik yang pedas dan udang nestum yang lazat. Sedap sangat okey. Er masih terkejut jumpa otai ni.

Kang aku sambung cerita lagi. Babai! Sila jeles=P

Selamatlah korang

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Selamatlah korang ye. Aku doakan semua baik-baik saja. Jangan ada pulak gastrik seminggu. Kesian perut.

Haha okey serius ni. Selamat berpuasa kepada semua blogger dan pembaca yang beragama Islam. Yang mana merokok ambillah peluang ni untuk berhenti okey?

Sungguh annoy bila nampak lelaki merokok tak kira masa. Tak sakit ke paru-paru hang? Dahlah hentikan je okey.

Semoga korang dapat beribadah untuk bulan keberkatan ni. Jangan buat pasal. Aku malas nak dengar kes-kes tak baik. Pergi terawih kalau berkesempatan. Jangan lepaskan pahala berganda-ganda. Turut mengingatkan diri sendiri yang memang malas.

Haha aku pun nak ambil peluang ni nak mintak maaf kalau ada terkasar bahasa sepanjang aku hidup ni. Eceh bukan kita tahu kan ajal maut. Harap ini bukan ramadhan terakhir untuk kita. Amin=)

Jom kumpul pahala banyak-banyak!

Aik macam tau-tau je

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ni kisah pagi dalam pukul 1 pagi tadi.

Aku masih online ketika itu. Sekali nampak Papa Ben post entry. Baca nama yang ditag hati aku pun terdetik. Asyik nama sama je. Nama aku tak ada ke?

Aku pun layankan mesej lagi. Sekali tengok kat komen ada nama lain pulak. Buat tak tahu sekali tengok "Eh nama akulah,"

Er Papa Ben macam tahu-tahu je aku ada terfikir pasal tu. Apapun terima kasih sudi tag jugak. Sekian lama tunggu. Haha

Korang pernah jadi macam ni tak? Tetiba je orang tu dapat rasa apa yang kita rasa. Walaupun tak rapat. Ni namanya apa ye?

Selamat Hari Tua

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Er walaupun aku rasa dah buat ucapan panjang berjela untuk 2 orang sahabat ni. Tapi hari ni aku nak buat lagi. Dua sahabat maya yang telahpun aku jumpa. Dua-dua comel. Dua-dua perempuan.

Cik Pulau aka Azlini
Lini ni sangat suka gelak. Menceriakan hari aku masa tu. Dengan lambat pergi Gath yang pertama kali. Dengan dia tak ingat jalannya. Mujur ada Along Usop. Dialah tunjuk jalan. Azlini, lama tak chat kan? Yu ni selalu buat ai gelak. Nanti kita chat lagi okey. Sesi mari bergosip. Haha syyyhh rahsia kita dua je.

Selamat hari lahir. Jangan makan kek nanti gemuk. Haha terima kasih untuk perkenalan yang singkat tapi terbaik. =P

Sunah aka si berdebu
Erk debu-debua esok nak? Haha tak sabar nak pergi rumah yu. Serang makanan. Ai nak sahur tau. Haha okey selamat hari lahir untuk yu. Kali ke 20 tettt. Moga kahwin cepat. Habis belajar je terus kahwin. Jangan tangguh-tangguh. Kesian orang tu tunggu. Dah elok sangat tu. Ai restu. Haha

Semoga hidup akan lebih berseri menjelang umur yang tettt. Suka dapat kenal yu. Tak tipu punya. Si merah tak sabar nak jumpa si biru=)

PS: Tak tahu nak kata apa lagi. Haha

Hargai

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Orang selalu cakap hargailah masa dia ada. Bila dah tak ada baru nak terkenang-kenang. Ayat ni klise aku tahu. Tapi sejauh mana kita hargai ayat itu?

Tak jugak hargai ayat tu. Sebab kalau kita hargai takkan ayat tu diulang berkali-kali. Bila dah tak ada baru nak meratapi. Rasa macam loser pun ada kan? Tapi nak buat macam mana. Yang pergi takkan kembali. Bukan pergi meninggal dunia. 

Pergi maksud aku hati dah beralih arah. Susah kalau hati dah beralih arah. Kau nangis air mata darah sekalipun kau takkan dapat balik benda yang ada. Macam hati wanita. Sekali dia dah toleh selama-lamanya akan hilang dari pandangan.

Aku memang pantang tengok orang tak menghargai apa yang dia ada. Masih tak puas dengan kelebihan yang dah ada. Hargailah yang mana ada tu. Bukan senang nak cari orang yang sayangkan kita. Tapi selalunya perempuan tak reti hargai ni akan mencari lelaki yang dia sayangi.

Ingatlah lelaki itu akan tinggalkan kau untuk perempuan yang dia sayangi pulak. Inikah hukum karma?


Apapun tak boleh

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Telah melancarkan satu serangan dingin. Merajuk ke? Entahlah. Nak senyap je boleh tak?

Kita lupa yang kita bukan hidup seorang di dunia ni. Bila bergurau kita bergurau bila serius kita serius. Aku lupa yang aku bergurau tak kena dengan orang kot. Okey fine. Lepas ni tak nak bergurau dah.

Susah nak puaskan hati semua orang. Nak gurau pun ada had. Nak gurau dengan diri sendiri jelah macam ni. Hish susahlah. Tak suka. Yelah-yelah tak payah gurau-gurau lagi okey.

Korang kalau nak bergurau lepas tu orang tak suka apa korang rasa? Aku tahu aku gedik. Kadang kita perlu bergurau supaya menambahkan awet muda. Haha

Takkan nak emo pasal gurau kan? Ada orang ingat aku merajuk. Mesti dia bengang bila baca entry ni. Tulah siapa suruh cari salah orang nak gurau. Haha gurau pun ada hadnya. Jangan sampai gurau macam orang putih tu.

Ada satu video prank. Dia terkejutkan kawan dia. Kawan dia lari dari rumah sebab ingat perompak ke hantu. Terus kena langgar dengan kereta. Tak tahu mati ke tak. Ish gurau-gurau. Semua ada hadnya=)

dot.com

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Motif semua orang kat group tadi nak bercakap pasal dot.com? Sebab ada seorang blogger sudah menukar dot.com. Hadiah dari ehem-ehemnya. Amboi. Jeles yuuu.

Makcikcomel.com punya link. Haha tak adalah jeles pun. Saja menyakat. Ehem ehem dia suka sangat menyakat orang. Tu diberi gelaran maharajasakat. Grr.

Tahniah Ina. Siapa tak kenal Amalina si donut pelangi? Haha dah berdot.com. Kita bila lagi eh sayang? Tak ada ke orang nak sponsor ni? Jiran pun berdot.com. Segan pulak. Haha

Gedik gila statement. Tapi memang terbawak-bawak dot.com masa mesej tadi. Semua gara-gara sigajus.com. Dia tetiba pakai dot.com. Saja nak perli Inalah tu. Sampai merebak satu group taip komen letak dotcom.

Contoh macam ni, korangdahsolatke.com, siapataksolat.com

Aku dah gelak pecah perut tadi. Kesian budak tu, tak tahu apa-apa pun layankan je kisah dot.com aku. Haha  orang kata kalau sebut banyak kali boleh makbul kan? Siapanakbagiakudotcomfree.com. 

Yang penting dotcom ke tak janji blog sentiasa update. Ada orang nak baca. Ada owner yang jaga. Ada jiwa berblogging. Nak guna blogsemput.com sampai bila-bila aci tak?

ps: akusangataksukabola.com

Sayangku

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku nak bercerita pasal sayang aku. Dia ni ibarat nyawa untuk aku. Lagi-lagi masa assignment atau buat worksheet untuk bebudak. Haha

Korang dapat agak kan apa?

Inilah sayangku
Tapi aku ada masalah dengan dia. Sebab notebook kecik ni tak ada softwarenya. Nak install tak ada tempat cd. Jadi kenalah download. Masalahnya internet super duper lambat. Tunggu dari tadi tak keluar jugak.

Sayang, jaga diri tau. Nanti ai gunakan yu balik. Sayang dia. Plus anak-anak dia jugak. Anak-anak dia ialah external ink. Haha merepek sungguh. Printer dan guru pelatih tak dapat dipisahkan okey.=)

Nampak romantik kan?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Romantik sungguh pasangan bahagia ni. Kat FB aku ternampak gambar. Romantik sungguh. Dua-dua pakai baju bola. Yang perempuan pakai baju harimau malaya yang pastinya. Tapi romantik ke korang rasa?

Dua-due pergi stadium bola. Bersorak bagai nak rak. Dua-dua minat bola. Dua-dua bersedih atas kekalahan Malaysia. Tapi semua tu romantik ke? Romantiklah. Dua-dua ada minat yang sama. Kan best?

Masalahnya aku tak suka bola. Adakah aku akan jadi perempuan tu suatu masa nanti? Haha pengsan. Tapi apa yang aku nak sampaikan bukan pasal tu. Ni pasal romantik. Perlu ke tayang gambar romantik kat internet tu?

Ish tak suka. Kawan sekolah lama aku kot tu. Mestilah aku unfriend terus. Sakit mata aku. Haha bukan kenal pun. Tak apa kot remove. Ni nak tanya apa yang bestnya tayang gambar mesra kat FB? Nak bagitau semua yang kau ada pakwe?

Eh tak payahlah. Sedangkan yang dah kahwin pun boleh bercerai. Ni pulak pakwe. Menyemakkan mata orang lain adalah. Sibuk tayang sana sini. Tup-tup clash. Kan dah malu. Nak taruk muka kat mana wa tanya lu? Tak payah sakan sangat bergambar.

Kang ada yang mandrem jangan menangis macam mati laki pulak. Fikirkan ye kawan-kawan=)


Jangan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Lagu ni betul-betul kena dengan emosi aku semalam masa drive balik Kajang. Entah kenapa. Lagu simple tapi maksud lagu?




Ignore lirik yang lain. Korang dengar bab chorus je okey? Layan lagu ni pulak=P

Fakta merokok

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Korang mesti tahu sangat aku tak suka gila dengan perokok, merokok, rokok, asap rokok. Segalanya berkaitan dengan rokok. Dari hari tu aku terfikir pasal kata-kata lecturer aku. Maybe aku belum jumpa Mr Right yang mampu mengubah dirinya hanya kerana aku. 

Ceh ayat nak jiwang je. Lupakan hal itu. Aku terbaca entry fakta tentang rokok kat sini. Jadi aku petik sikit ye. 

Jumlah umat Islam yang merokok di dunia ini ialah lebih kurang 400 juta orang. Pengeluar terbesar rokok adalah orang I$RA3L. Bayangkan berapa banyak keuntungan yang pihak sana dapat dalam sehari? Yang umat Islam sendiri sumbangkan.

Kita laungkan keamanan, mempertahankan negara Islam yang diserang. Tapi kita jugak penyumbang dalam mengumpul dana mengebom Palestin. 20 JUTA sehari keuntungan yang didapati sehari. 12% daripada itu adalah berasal dari duit umat Islam sendiri.

Tak kesian ke?
Nak merdekakan palestin dan Masjid Al Aqsa memerlukan 500juta setahun. Kalau korang berhenti merokok pasti boleh membantu umat Islam di sana. Peringatan untuk diri sendiri juga. Apa tunggu lagi? Berhenti merokok. Bukan ada faedah apapun. Serius, sekali korang tekad insyaallah berjaya. Ramai je berjaya tinggalkan tabiat merokok.=)

ps: Tak suka bau rokok grrr!

Dari Allah kita datang kepadanya kita kembali

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ni kisah kontroversi seorang lelaki meminta tukar nama kepada nama wanita. Klik sini untuk baca selanjutnya.

Aku bukan nak aibkan sesiapa. Cuma aku anggap pemergian arwah satu hikmah. Allah murka. Tahu ke tak ni? Tapi kita makin orang tegah makin buat. Makin Allah larang makin menjadi-jadi kes penukaran jantina. Bukan itu je. Zina ada di mana-mana.

Sedar tak kita semua ni mengundang kemurkaan Allah S.W.T. Kita asyik mengejar kenikmatan dunia yang bila-bila masa akan ditarik semula. Jadikan berita kematian arwah sebagai pengajaran. Jangan ulanginya lagi. Jangan mengutuk si mati.

Sebab biarlah dosa dia dengan Allah S.W.T. dihitung di sana kelak. Kita tak layak menghukum arwah. Yang pasti mati itu semua orang akan merasai. Cuma tak tahu bila. Kalau rasa dah hebat sangat, silalah cakap bila korang akan mati. Sebab tak ada siapa tahu ajalnya.

Aku pun terkejut dengan berita arwah dimasukkan ICU malam semalam. Ingat sakit biasa. Rupanya? Erm yang pergi tetap pergi. Kita yang hidup ambil hal ini jadikan pengajaran. Sesungguhnya pintu taubat akan sentiasa terbuka untuk kita semua sehingga saat hembusan terakhir. Sekian.

Tips memujuk

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Disebabkan ada orang tu merajuk dengan aku. Tetiba ada idea nak up entry. Terima kasih ye anak murid. Haha bagi aku orang yang merajuk sememangnya ingin dipujuk. Masalahnya ramai sangat yang tak reti nak pujuk. Antaranya si busuk yang suka tutup muka masa ambil gambar. Siapa dia? Cari sendiri. Haha

Kalau korang terbuat orang marah dan merajuk, selalunya korang buat apa? Kalau aku, aku biar dia terpujuk sendiri. Depends kat siapa yang merajuk tu. Haha selalu aku akan pujuk macam ni "Tak retilah pujuk". Memang tak reti nak kata apa kan? Haha.

1. Ayat mesti manis
Ayat orang memujuk adalah beribu-rbu kali manisnya. Kalah menanam tebu di bibir okey. Sebab nak tawan balik hari yang rajuk bukan mudah. Lagi-lagi yang keras hati. Kalau lembut cakap sikit dah baik. 

2. Beri perhatian lebih
Selalu orang merajuk perlukan perhatian. Bila dia merajuk mestilah nak dipujuk. Bila kena pujuk automatik dia akan diberikan perhatian dan layanan istimewa. Sekejap aje dah sejuk hati dia. Percayalah!

3. Bagi masa
Selalunya hati orang merajuk tengah sakit. Jadi ada juga yang suka bagi masa kat si merajuk. Macam biarkan sejuk dulu. Tapi aku tak suka sangat. Sebab makin bengang adalah. Alasan yang aku terima selalunya dari lelaki ialah tak apa, nak bagi awak sejuk dulu. Hish dah orang merajuk minta dipujuk. Teruslah pujuk. Tu aku. Kalau orang lain lain kot caranya.

4. Pujian
Ni berat sikit untuk yang lelaki. Sebab lelaki ni kedekut pujian. Serius aku cakap. Sebab lelaki dan perempuan tak sama. Ego tinggi. Jadi nak puji awek memang sampai clash tu adalah satu dua pujian. Kecualilah dia kasanova. Memang puji manjang.

Er macam ayah aku. Ibu masak sedap jarang dipuji. Bila puji kembang semangkuk Puan Latifah tu haha. Aku pun pernah kena puji. Jadi ayah memang best=)

5. Hadiah
Ni semua berkaitan duit. Kadang nak jugak hadiah. Macam bunga ke teddy bear ke coklat ke. Janji hadiah. Tapi bukan hadiah hari jadi eh. Hadiah untuk memujuk. Macam dalam Nora Elena tu. Penuh bunga. Senyum sampai telinga kalau aku dapat haha.

Cukuplah untuk saat ini. Idea kering. Korang ada nak tambah? Tadi ada tanya aku punya Udang masak lemak sedap tak. Mestilah sedap=)

Dari Dapur Seri Iman 53

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku kembali berasapkan dapur. Haha kali ni tak ada gambar. Malas nak tayang dan tangkap. Hari ni aku buat kali pertama masak udang harimau. Eh ye ke udang harimau? Tapi dia besar gila. Makan sekali puas weh.

Aku cuak sebab takut tak sedap. Sekali rasa? Wah inikah yang aku masak? Macam Puan Latifah masaklah. Mesti ibu bangga petang nanti. Haha SANGAT GEMBIRA. Okey mari kita tengok resepi. Aku main letak je. Korang kalau tak sedap jangan marah aku.

Udang harimau 8 ekor
Santan setengah biji kelapa
Serbuk kunyit setengah sudu kecil- Kalau nak kuning lagi tambahlah sendiri
Kacang panjang 4-dipotong 
Serai 3 dititik
Secawan air paip(Kalau nak pekat kurangkan air)

Untuk dikisar:
Bawang besar 1/4
10 cili api-bagi aku dah pedas dah ni. Korang tambah lagi okey
Air sedikit

Cara membuatnya:
  1. Kisar bahan di atas.
  2. Masukkan serai air sedikit dan didihkan.
  3. Masukkan santan. Didihkan sebentar.
  4. Masukkan kunyit dan garam ikut suka.
  5. Masukkan udang yang gemuk dan segar ke dalam.
  6. Masak sehingga udang bertukar warna.
  7. Masukkan sayur kacang panjang dan tunggu sayur masak.
  8. Siap dan hidang. Memang terbaik dari ladang!
PS: Ada sesiapa nak serang rumah aku? Haha

Antara masa

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Antara masa aku kejari
mencari satu yang kusukai

antara masa ku berlari
mencari sedikit sinar pasti

antara masa ku kecapi
ingin rasa nikmat duniawi

antara masa kutempuhi
ingin berdiri di kaki sendiri

antara masa ku sedari
titik lelah kini dikesali

antara masa aku berdiri
melihat lampau ku tinggali

Ps: Semua tentang masa=)

Kenapa aku tak letak gambar sekarang

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Dengar sendiri okey=)

Cintakah ini? 5

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ini cerpen bersiri. Boleh klik di widget kanan tajuk Cintakah Ini. Harap berpuas hati=)
"Arghhhhhhh!" Jeritan Amy memenuhi ruang. Ikmal disebelah terpinga-pinga. Buku yang dipegangnya terlepas jatuh ke bawah katil.

"Apa ni Amy?" Diurut dada sendiri. Mahu tak terkejut. Tiba-tiba isterinya menjerit. Mujur sudah pagi.

"Awak kenapa ada sini? Kenapa tidur kat katil saya?" Bertalu soalan terpacul dari mulut si manis. Ikmal terpana.  Belum sempat dia menjawab isternya menolaknya. GEDEBUK.

"Adoi sakitlah!" Ikmal pantas bangun. Sengal punggungnya.

"Tahu pun sakit. Sekarang awak keluar dari sini. Keluar!!!" Ikmal memandang pelik dan berlalu keluar. 'Semalam dia yang beriya paksa aku teman tidur. Perempuan memang pelik' Hati terdetik. 

xxxxx

"Bengong betul laki aku tu. Masa couple dulu tak adalah pulak gatal-gatal macam ni. Lelaki bila kahwin lagi gatal agaknya," Mengomel Amy sendirian. Kali ini dia mogok. Semalam suaminya pulang lewat. Buat hati isteri risau.

"Padan muka. Dahlah balik lewat. Nak menggatal pulak," Amy berbicara sendirian lagi. Tiba-tiba bunyi kereta menderum di luar rumah. Dijenguk dari luar tingkap bilik. Amy tergamam.

xxxxx

"Assalamualaikum," Suara di bawah kedengaran. Amy terus bergegas ke bilik suaminya.

"Awak, awak!" Amy ketuk pintu sekuat hati.

"Masuklah tak kunci," Ikmal menyahut.

"Arghhhhh!" Amy terjerit pabila memandang suaminya yang separa telanjang.

"Sorry. Abang nak sapu ubat ni. Sakit," Selamba Ikmal menjawab.

"Sakit apa pulak? Pagi tadi sihat je," Amy omel sendiri.

"Apa sayang cakap?"

"Tak ada apalah. Ni mak ayah datang. Cepatlah turun. Jangan lupa kunci bilik ni. Kang diorang tahu pulak pasal kita," Amy terus berlalu. Ikmal tersenyum pahit. 

'Beginikah kesudahan cinta kita sayang?' Terdetik hatinya persoalan sebegitu. Ikmal bangun dari pembaringan perlahan. Baju dicapai dan langkah di susun. Lakonan bermula.

xxxxx

Mimpi itu berulang lagi. Dan Amy nekad dengan keputusannya. Takut sekali kehilangan insan tersayang. Ego bisa menghilangkan rasa cinta manusia. Segera dia berlari ke arah suaminya.

"Abang, maafkan Amy tau. Selama ni Amy menidakkan hak abang sebagai suami. Amy malu dengan diri sendiri," Sedu sedan Amy begitu meruntun jiwa lelaki Ikmal. Perlahan didakap isteri tercinta. Takkan ada dua cintanya. Sudah lama terpatri cinta kepada manusia istimewa yang bergelar isteri.

"Abang lama tunggu saat ni. Terima kasih sayang, terima kasih," Mereka bersatu. Dalam dakapan sendu menjadi bukti cinta kembali bertaut. 

"Abang, sorry. Amy tak biasa dengan keadaan ni. Mengejut sangat. Amy takut,"

"Jangan risau. Amy ada abang. Kita kahwin pun sebab jodoh kan?" Ikmal mengucup lembut dahi isterinya.


"Adif, sini kat mama cepat," Amy tersenyum melihat keletah anaknya. Sudah setahun dua bulan Adif membesar di depan matanya.

"Aaa..am..a," Adif bising seperti selalu.

"Adik, rasa-rasa kan anak kita sepadan tak kalau dijodohkan?" Amy ketawa besar. Abangnya Lokman sungguh merepek.

"Apasal abang ni? Tiba-tiba cakap pasal kahwin. Anak Amy baru setahun. Anak abang dalam perut lagi. Sibuk cerita kahwin," Lokman ketawa.

"Apa salahnya? Anak abang dah confirm perempuan. Adif lelaki. Cantik sangat dah tu," Lokman mendukung Adif yang montel.

"Jangan beranganlah abang. Adik tak naklah anak adik kena paksa kahwin. Kang lain jadi. Biarlah diorang cari sendiri," 

"Abang guraulah. Amy ni asyik serius je. Kalau belum ada Adif dulu Adiklah paling havoc dalam keluarga kita," Lokman membuang pandang.

"Abang itu semua dulu. Sekarang dah lain. Semuanya berubah. Takkan adik nak jadi macam dulu? Tak sangguplah," Lokman senyum. Kepala adiknya diusap perlahan. Syahdu sungguh petang itu.

xxxxx

"Adif jom masuk sayang," Amy membawa anaknya masuk. Dipimpin si kecil itu. Mukanya bulat. Wajahnya mirip suami kesayangan. 'Abang, rindunya' Desis hatinya. Lokman tersenyum memandang gelagat dua beranak.

"Adif sayang, jalan perlahan sikit," Suara lelaki mengejutkan keluarga bahagia. Jika orang tak kenal Lokman pastinya ingat Lokman adalah suami Amy dan ayah kepada Adif. Tampak bahagia sungguh.

"Bro, balik bila?" Lokman segera memeluk lelaki itu. Terkejut dengan kepulangan adik iparnya, Ikmal.

"Aku baru sampai ni. Jammed sangat tadi. Orang nak balik kampung kot," Ikmal mengangkat barang. Lokman membantu meringankan beban. 

Ikmal membuang pandangan ke arah isteri dan anaknya. Amy hanya memandang. Namun pandangan itu sungguh bermakna di hati Ikmal. Tugasan di luar membuatkan rindunya makin membuak-buak. Lokman berlalu meninggalkan mereka di luar.

xxxxx
Benarlah kata orang cinta itu buta. Cinta bisa mengubah orang yang bercinta. Cinta bisa mengubah segalanya. Yang suka jadi benci yang sayang jadi dengki. Semuanya kerna cinta. Hargailah cinta semasa ada kerna cinta bisa berubah. Sekali ia berubah seribu kali kau sukar mengejarnya semula. 

Tamat=)

ps: Harap korang suka endingnya. Entry ni khas untuk budak kecik ni. Sebab dia beria nak baca sambungan. Untuk cerita bersiri yang lain tunggu ye. Ni pun dua jam baru sudah. Haha kering otak aku macam ni. Tulah siapa suruh pandai-pandai buat cerpen haha=P

Kisah Ipah dan Ibu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Seminggu sudah berlalu. Ibu pergi Manila. Tak salam pun pagi ahad lepas. Sedar-sedar dah terbang ke Manila. Nampak sangat lambat bangun anak dara dia ni.

Esok ibu balik. Ayah bising tanya ibu kata bila balik? Aku pelik. Kenapa tanya aku? Ibu rajin update status FB. Ikutkan hari ni hari akhir di Manila. 

Aku pun mencampakkan post ke wall dia. 

Iffah Afeefah: sampai esok? bila? 

Latifah: pukul 4 ptg.flight dari Manila jam 11 pagi... 

Iffah Afeefah: okey ayah tnye

Latifah: jangka sampai jam 4...jangan lupa ambik ai...

Iffah Afeefah: haha buat2 lupa sekarang haha

Latifah: awak lupa tak apa lagi,jange pula anak nenek sam yang lupa...

Iffah Afeefah: hahaha anak nenek lupa salahkan menantu nenek la tak ingatkan

Latifah: mistilah sebab anak kepada anak nenek Sam yang tak ingatkan tuh...

Iffah Afeefah: ADOIIII

Latifah: adoyai

Iffah Afeefah: ibu ni kan

ps: Nenek Sam nenek belah ayah. Ibu, ibu. Ikut angin dia. Kadang bergurau macam ni. Kadang strict sangat. Tapi syukurlah ada ibu. Orang lain dah tak merasa kan? Al Fatihah untuk semua insan tersayang yang telah pergi dijemput Ilahi=(

Pantang dicabar

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku ni kira pantang dicabar jugak. Lagi-lagi masa kat jalan. Samseng! Sebab tu kalau drive tak suka bawak orang. Nanti dia takut. Bising manjang. Haha.

Tadi aku ingat nak konvoi dengan kawan aku dari IPG. Sebab ada taklimat praktikum. Dah tu dia lesap. Bengang jugaklah. Dahlah melaka penuh traffic light. Sabar jelah. So aku pun memecut mengejar jejak dia balik. Sampai MITC Ayer Keroh jumpa dia.

Text dia kata macam ni "Hai awek laju drive. Penat mak nak kejar,". Dia terkejut tengok aku depan kereta dia lane lain. Haha kau jangan cabar. Maklumlah janji nak konvoi. Alih-alih aku yang kena tinggal. Yang bikin aku bengang tadi sebab ada mamat dalam lori duduk atas kerusi plastik asyik tengok aku. Gelak!

How dare him! Aku nak masuk lane kanan. Sekali pakcik motor tu selit dengan memakan ruang yang banyak. Aku membebel sorang-sorang. Dia nampak kot. Tu gelakkan aku. Aku hangin! Terus pecut meninggalkan dia. Grrr.

Tapi apa yang aku buat memang tak patut dicontohi ye kawan-kawan. Risau jugak. Kita asyik tercabar nanti kita yang ter... malas aku nak sambung. Yang penting patuhi undang-undang jalanraya. Oh ya kalau janji tu buat cara janji. Ada member aku kata dia kejar BMW 5 SERIES sebab CANTIK. Semata-mata itu dia sanggup biarkan aku kat belakang. Hampeh sungguh. Haha.


Gua sentap beb!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Bila masuk hal agama laju je hati aku sentap. Bukan apa. Senakal-nakal aku masih ada agama. Masih ingat apa yang boleh buat apa yang tak boleh. Cuma tak banyak sikit aku buat.

Tapi bila ada orang sibuk merendah-rendahkan orang lain yang kurang baik macam aku tapi bajet alim tu yang aku sentap. Aku bukan apa. Kita ni dakwah tak kiralah kau bekas penagih ke, kau bekas pelacur ke. Tak kisah. Janji ada ilmu agama yang ada untuk dikongsikan.

Kawan aku kata dia baca kat blog orang. Aku pun tak baca sendiri. Dia kata orang yang bajet alim tapi sebenarnya tak adalah baik sangat tu hipokrit. Mengada lebih. Kalau nak berdakwah kat orang memang kenal betulkan diri. Tapi tak bermakna dia tak layak untuk bersuara.

Kalau nak tunggu ilmu tu menggunung maknanya ulama' ustaz dan ustazah yang kat masjid jelah boleh nasihatkan korang. Kira layak berdakwah. Memanglah aku tak sempurna lagi ilmu. Tapi salahke kongsi benda yang kita tahu. Bila ada hadis. Kita katalah benda ni betul Ada bukti.

Mentang pakaian, cara aku, gaya hidup tak melambang wanita muslimah, kau boleh pandang serong macam tu? Hati orang mana kita tahu. Aku pun tulis kat blog ni mengaku je aku pun tak adalah baik sangat. Aku ajak muhasabah sesama lagi.

Tahu bila kita nasihatkan orang kita pun kena betulkan diri jugak. Tapi tak bermakna kata-kata orang yang macam ni salah. Kalau betul ada bukti apa yang dia sampaikan kita terima jelah. Kalau dia seorang yang berdosa kita siapa nak letakkan hukum?

Dosa dia biarlah dihitung dengan Allah S.W.T. Kita pun belum cukup ilmu kan. Ada baiknya kita ambil nasihat, dakwah yang betul darinya dan ucapkan terima kasih. Kalau orang nak kata aku cakap tak serupa bikin pun tak apa. Sekurang-kurangnya aku ada niat nak kongsi ilmu.

Ni semua boleh jadi saham di akhirat. Dari kau kondem-kondem orang. Lepas caci dia baik tak payah. Jadi takkan sebab kita tak sebagus ustaz atau ulama' tak boleh menasihati kawan sendiri. Jangan kata aku tak layak. Aku pun hidup tak betul je ni. Ilmu untuk dikongsi. 

Kalau dia tak buat dia punya pasal. Janji ilmu tu kita tahu dan kita amalkan. Sekurangnya dia dah berjasa kat korang kan? 

ps: Aku pun tak baik mana. Tapi aku ada hati maaa. Terguris hati mak ni =P

Betul ke kata orang

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Betul ke kata orang kalau kita duduk lama dengan seseorang dalam satu rumah atau yang rapat dengan kita automatik kita akan terikut tabiat dan minat dia?

Aku separa setuju. Sebab tak semua benda orang akan terpengaruh. Kadang-kadang sampai bertahun lamanya tak serasi sebab lain minat lain cara. Jadi ada benda yang kita akan terpengaruh jugak. Jadi semua bergantung pada situasi.

Itu pendapat akulah. Tapi kalau kita memang jenis mudah terpengaruh memang senang sangat berubah. Jadi jawapan aku semuanya bergantung pada individu sendiri. Misal kata aku tak minat bola. Bertahun duduk serumah dengan ayah aku yang fanatik bola. 

Macam mana tu? Aku tetap tak minat bola. Huh sabar jela. Kalau ada pun mesti sebab aku buang tebiat. Jadi jangan nak doakan bukan-bukan untuk aku. Tak suka bola. Sebab? Tak ada sebab. Errr boleh kan? Demam bola dah hilang.

Segala mak nenek kuning kat FB pun hilang. Adakah macam ni semangat orang kita? Bila menang suka bila kalah terus malu nak mengaku orang Malaysia. Hei macam-macam!

Bola?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Ada aku kisah?

Ps: Mencari bakal suami yang tak suka bola grrrr!

Spontaneous Thursday #3

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM


Haaaaaaaaaaacccccccccchhhhhhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuummmmmmmm!

Maafkan aku!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Maafkan aku!

Maafkan aku!

Maafkan aku!

Maafkan aku!

Maafkan aku!

Maafkan aku!

Maafkan aku!

Maafkan aku sebab membiarkan kamu menyepi. Bukan maksud aku nak buat macam tu. Cuma di hati aku ada yang lebih penting dari kamu. Aku bukan berniat nak menduakan kamu. Jauh sekali. Tapi apakan daya. Kalaulah hati aku boleh terbelah dua. Akanku beri separuh lagi untukmu.

Oh my blog. Wah serius rindu nak update sepuluh entri sehari. Tapi aku makin sibuk dengan tuntutan duniawi. Aku kena buat. Itu semua tanggungjawab aku. Aku menyibukkan diri kerana aku terpaksa. Kalau ikut hati nak je 24 jam dengan blog.

Aku nak minta maaf dengan yang membaca blog aku. Sebab aku tak sambung cerita kat tepi ni. Ada orang dah mintak banyak kali. Sebab nak sambungan cerita-cerita tepi ni. Aku kesuntukan masa. Banyak kerja. Pulak sekarang tak sihat. Batuk rasa macam nak tercabut kerongkong.

Hidung merah macam badut dah. Tekak perit jangan cakaplah. Risau demam je ni. Harap hujung minggu aku boleh menyambung cerita-cerita yang ada. Aku Dia dan Paparazzi, Cintakah ini, Cinta dalam Hati dan Ku rasakan sesuatu.

ps: Pening buat rancangan mengajar. Sebulan lagi. Sabarlah wahai hati T_____T

Papa Ben cari blog ..CEPAT!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Klik sini

Ada nampak header tak?

Bila kata pasal anak

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Situasi satu:

"Papa, bila kita kahwin nanti papa nak anak berapa?" si P bertanya.

"Kalau boleh papa nak anak 11 orang. Cukup satu team bola sepak," Ketawa si L.

"Eh papa ni. Ingat mama kilang ke?" Cubitan manja hingga di lengan. Keduanya ketawa riang.


Situasi dua:

"Abang letih. Dah lama abang tunggu," Si L merungut.

"Nak buat macam mana bang. Dah bukan rezeki kita," Si P menjawab.

"Tulah awak. Asyik gugur je. Tak reti jaga anak dalam perut," Si L marah.

"Eh saya pulak kena. Kalau bukan abang suruh saya kemas rumah, basuh bilik air. Saya takkan keguguran tau!" Si P membidas.

Diam keduanya.


Situasi tiga:
"Awak. Kita dah lama menikah," Intro penuh makna dari Si L.

"Memanglah. 5 tahun dah. Kenapa pulak abang tanya?" Si P sibuk memotong sayur.

"Abang ingat, dah sampai masanya kita cari ikhtiar lain," Si L berdiri di sebelah isterinya.

"Cara apa? Ikhtiar apa lagi bang? Kita dah berusaha yang termampu," Si P mendung seketika.

"Bukan itu maksud abang. Abang ingat nak kahwin satu lagi. Mak abang dah bising nak cucu," Serba salah Si L menyuarakan hasrat. Sekelip mata jari isterinya dipenuhi darah. Si L panik.

Siapa salah? Siapa betul? Kenapa ada je situasi begini dalam kehidupan kita. Yang penting, tak payah nak merancang bagai nak rak. Sebab kebahagiaan takkan datang tanpa izin dariNya. Anak itu rezeki.

Ada orang nak sangat anak tapi ada juga yang buang anak. Ada orang bertarung nyawa nak melahirkan anak sampai mati syahid. Tapi ada juga yang sanggup bergelumang dosa kerana tak mahu anak. Ada jugak tak nak anak dengan alasan tak sedia. Anak tu kan rezeki. Hurmmm manusia-manusia=(

Pst korang ada cerita ni

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Part 1:
Shahir terdiam. Pengakuan berani mati seorang perempuan membuatkan dia terkaku.

"Shahir, awak dengar tak apa yang saya cakap?" Adilla merenung lelaki di hadapannya. Perkenalan melalui laman sosial membawa mereka ke alam realiti.

"Ya, ya saya dengar. Erm awak serius?" Adilla tersenyum. Mengangguk perlahan.

"Serius ke?" Shahir tak berpuas hati.
Sambungan di sini.

Part 2:
"Morning Dilla.. "

"Morning.."

"Jom makan?". Pelawa Erika. Teman sepejabat Adilla tapi tiada berjawap pun dari Adilla.

"Hai, senyap sokmo sahabat aku seorang ni kenapa? Sindrom PMS ka apa ni? Pelik bebenor aku tengok engkau ni Dilla. Tak macam selalu.."

Sambungan di sini.

Ni sebenarnya hasil kolaborasi dengan jiran sepagar. Jiran kita dah berjiran berapa lama? Lupa. Haha Dia berbakat. Ramai suruh kami kolaborasi. Maka terhasillah cerpen bersiri. Aku tak tahu bila nak habis. Sebab Part 3 mungkin lambat publish. Busy. Jadi korang sila terhibur. Haha=)

Part 1: I'm nothing without you

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Shahir terdiam. Pengakuan berani mati seorang perempuan membuatkan dia terkaku.

"Shahir, awak dengar tak apa yang saya cakap?" Adilla merenung lelaki di hadapannya. Perkenalan melalui laman sosial membawa mereka ke alam realiti.

"Ya, ya saya dengar. Erm awak serius?" Adilla tersenyum. Mengangguk perlahan.

"Serius ke?" Shahir tak berpuas hati.

"Seriuslah. Awak tak percaya saya ke?" Adilla menyedut air di depannya. Masih menanti jawapan lelaki pujaan. Sejak dulu dia menjadi pemerhati lelaki ini. Puas dia menjejak lelaki ini dari laman sosial kawannya. Rupanya lelaki itu teman kawannya sejak kecil.

"Erm bukan tak percaya. Semua ni terlalu mendadak. Awak tak rasa ke awak terlalu berterus terang?" Shahir menyusun kata.

"Maaflah. Saya tak sengaja nak buat awak terkejut macam ni. Tapi lama dah saya pendam. Saya takut saya tak mampu tanggung rasa ni," Adilla menunduk. Tiba-tiba dia malu. Dia tersedar yang lelaki itu tak sedia dengan semua ini.

"Eh bukan macam tu. Bagi saya masa untuk fikir," Shahir diam memandang perempuan berani di depannya.

"Baik, saya tunggu jawapan awak. Assalamualaikum," Adilla berjalan dengan lemah. Dia tahu lelaki itu takkan mahu dengannya. Malu sungguh cinta ditolak.

xxxxx

"Serius?" Maera terjerit.

"Yalah," 

"Kau okey ke?" Tangan Adilla ditarik. Adilla berpaling.

"Seriuslah. Aku malaslah cerita sekarang. Esok okey," Adilla menyembamkan diri ke katil. Dia penat berfikir. Penat sangat.

"Weh, Dila. Kalau kau tak okey cakap dengan aku. Aku ada. Jangan senyap macam ni," Maera memujuk. Adilla masih membatu.

"Dila, aku cakap dengan kau ni," Maera Aqila geram. Dia meninggalkan kawannya sendirian.

xxxxx

Shahir merenung jauh. Orang lalu lalang di hadapan sedikit pun tak mengganggu fikirannya yang serabut di kala ini. Dia masih terfikir tentang hal petang tadi. Gerai burger milik rakannya seakan menjadi rumah kedua.

"Weh bro, awat ni?" Iskandar menepuk belakang rakan baiknya.

"Tak ada apalah. Macam mana niaga?" Shahir memandang gerai kawannya.

 "Macam tulah bro. Kau okey tak ni? Menung jauh nampak," Ditarik kerusi dan melabuhkan punggung.

"Aku? Okey je. Masih single macam dulu," Shahir ketawa sendiri.

"Lain macam je kau ni bro. Straight ke tak ni?" Segera Iskandar menjauhkan kerusi dan ketawa. Seronok menyakat rakannya itu.

"Beb, mestilah straight. Nak tengok ke?" Keduanya ketawa.

"Dah jangan merepek. Lari rezeki aku nanti. Kau kenapa single memanjang?"

"Dah aku senang macam ni. Bebas je," 

"Kau nak bebas sampai bila? Tengok aku ni. Anak dah nak masuk dua. Perut pun maju ke depan," Shahir memandang perut kawannya. Setelah itu ketawa berdekah-dekah. Pelanggan memandang keduanya.

"Kau ni. Tak agak-agak. Kalah bini kau yang mengandung tu," Shahir menyedut air limau ais. Tekaknya dahaga.

"Serius sekarang ni memang kau tak ada hati kat mana-mana ke?" Iskandar masih tak berganjak topiknya.

"Weh, ingat kau lupa dah cerita tadi," Ketawa kecil.

"Mana boleh lupa. Kau tu nak membujang sampai tua ke?" Iskandar merenung kawannya dalam.

"Aku bukan tak nak. Tapi belum ada yang berkenan. Dulu aku nak kat si Ina. Dia kahwin dengan kau pulak," Shahir memandang bawah. Iskandar berubah riak.

"Apa? Kau nak bini aku?"

ps: Ni cerita kolaborasi bersama jiran aku iaitu Nadh. Nadh dah sambung. Klik Part 2 untuk baca sambungan=)

Bila dah sakit

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kita ni bila dah sakit baru nak ingat mati. Baru rasa nak syukur kita sihat selama ni. Hidung aku dah kritikal. Tak tahulah nak menyanyi macam mana dengan budak-budak ni. Haha sakit tekak tak hilang lagi. Ubat dah makan. Member aku suruh makan limau dengan madu.

Tekak tak boleh terima. Pelik betul rasanya. Malam pun tidur dengan aircond. Bukan sengaja. Tapi dah duduk dengan orang. Takkan nak ikut kepala sendiri kan. Sweater dengan selimut memang tak lepas. Lupakan hal aku. Sakit sikit nak merungut. Minum ais jugak Haha.

Ni aku nak komen pasal cerita drama kat TV3 semalam. Pasal cerita Ramadhan terakhir. Bila dah kena HIV baru nak insaf kan? Selalu macam tu. Kadang aku rasa ia terlalu klise. Tapi itulah hakikat sebuah kehidupan. Kita sakit baru ingat nak mati.

Kita sihat selalu lupa Allah. Bukan sakit teruk pun dah rasa insaf. Kalaulah aku tak main hujan, takkan aku demam teruk macam ni. Nak buat apa pun tak boleh. Semua nak kena ada akibat baru nak jadi baik. Macam mat rempit. Bila hilang kaki sebelah baru menyesal.

Kita kena sedar, selama mana pun kita hidup kalau kita tak beribadat kepada Allah hidup kita sia-sia. Macam puasalah. Kau beria puasa tapi niat bukan kerana Allah. Sia-sia je. Jadi sebelum kita menyesal. Sebelum kita jatuh sakit. Sebelum apa-apa yang kita tak suka jadi. Silalah mensyukuri nikmat yang Allah bagi.

Cara? Beribadat, melakukan amal soleh, membuat kebaikan, bersedekah. Yang paling penting jangan buat dosa. Kesian kat anggota badan kita sebab terpaksa buat benda yang tak elok. Nanti kat akhirat yang jawab persoalan anggota badan kita jugak. Jadi selamat beramal=)

10# Wordless Wednesday

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Google
Untuk join, klik sini

Kritikan itu penting

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Bila cakap pasal ni semua dah tarik muka. Yalah siapa suka kena kritik. Lagi-lagi jenis yang ego. Memang kirim salam Asyik nak marah orang. Padahal kita tegur atas kebaikan. Bukan untuk kita untuk dia jugak.

Misal kata aurat. Banyak kali tegur pun ramai yang tak nak tutup aurat. Tapi perlu ke kita berhenti menegur? Tak kan? Selagi ada daya tegurlah. Macam ayah aku. Sejak dah besar dia jarang tegur pasal agama. Solat pun kadang-kadang je dia suruh.

Aku pun manusia biasa. Kena ditegur kena dikritik. Kalau tak leka, lalai, alpa. Macam nak keluar gath tu. Ibu bising. Takut kena tipu. Tapi sebab anaknya nak sangat dan dia percaya aku. Tu aku dapat jumpa bebudak yang best tu. 

Tapi tak bermakna aku boleh jadikan tiket untuk memanjang kaki ke mana-mana. Kadang teguran atau kritikan membantu kita sedar akan salah kita. Bak kata Sunah, jadi blogger kena berani menerima kritikan. Tak kisahlah dihentam teruk pun sebab ingat ada kawan blogger lain yang akan sokong.

Tengok Papa Ben, dia asyik kena hentam je. Tapi yang menghentam berjaya ke? Tak. Senyap. Orang tak kenal. Pahala tak bertambah. Orang tak suka. Tapi Papa Ben kat mana? Masih berjuang sebagai blogger. Takkan hanya sebab semut di dalam gula, kita nak buang semua gula? Tak kan?

Jadi kritiklah aku. Aku tak minta pujian. Asyik kena puji pengsan asyik perasan je. Penat okey perasan ni. Tak suka. Haha tapi kena kutuk pun tak suka jugak. Tapi kena ada gaya nak tegur or kritik. Marah tanda sayang kan? Kritik tanda prihatin. Bagi akulah. Terpulang kat korang nak kritik macam mana.

Ps: Jom buat aktiviti kreatif untuk kanak-kanak=). Penat berfikir. Haha

Tekadkan hati anda

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Erm aku tetiba teringat pasal kisah cinta tak kesampaian. Semalam pasal tips melupakan. Sekarang aku nak kongsikan pasal hati. Kita yang kenal hati kita. Orang lain tak faham hati kita.

Kawan aku kata, kalau dah sayang. Sampai bila pun sayang. Tapi bagi aku manusia boleh berubah. Hati kita boleh berubah. Masakan orang berdahi hitam sebab kesan solat pun boleh merogol orang. Jadi hati manusia ni bukan tetap. Kejap lain.

Macam selalu, ibu pesan banyak kali benda sama. Walaupun tahu anak dia takkan buat tapi dia tetap ingatkan sebab hati kita boleh berubah. Misal kata hari ni aku suka berblogging. Tak semestinya setahun aan datang aku akan suka berblogging.

Lagi-lagi bila dah ada benda lain yang aku minati. Jadi sebelum apa-apa terjadi kita kena tekadkan hati. Pastikan kita betul-betul berpegang pada yang satu. Jangan macam lalang. Kejap suka kejap tak suka sebab ikut orang.

Bila hati dah tekad, insyaallah semua hal akan senang. Teratur dan berjalan seperti yang di rancangkan. Misal kata kau nak berpuasa hari ni. Kau kena tekadkan hati. Bila dah tekad, orang suruh bukak puasa pun kau tak nak sebab hati kau betul-betul tetap.

Tekadkan hati dalam segala pekerjaan yang korang buat. Insyaallah semua akan baik-baik saja. 

ps: Anak murid tak boleh update hari ni. Sebab dia nakal. Grrr=P

Tak ada benda yang perfect dalam dunia ni

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku terbaca komen seseorang di FB. Menarik ayat dia. Tak ada benda yang sempurna. Sungguh. Manusia yang sempurna hanyalah Nabi Muhammad S.A.W. saja. Korang jangan main sembarang guna perkataan sempurna tu.

Macam lagu ni,

KAU BEGITU SEMPURNA
DI MATAKU KAU BEGITU INDAH...

Kan? Kata makwe dia sempurna. Bila clash kata dialah paling teruk. Adakah? Err lupakan pasal lagu tu. Aku cuma nak korang cari benda yang korang rasa sempurna tu. Kalau jumpalah. Sebab memang takkan ada.

Macam kita jugak. Kita takkan sempurna tanpa pemilik tulang rusuk kita ni. Bagi yang lelaki tulang rusuk yang hilanglah. Jadi nampak sangat kita tak sempurna. Jadi jangan nak ingat anda sempurna sangat. Sudahlah perasan diri sempurna.

Bak kata orang tu lagi. "Sedangkan pensel pun ada pemadamnya." Bila mana pensel membuat salah dan pemadam akan memadamnya. Begitu juga kita berpasangan. Bila suami salah isteri tegur. Bila isteri salah suami pulak tegur. Barulah harmoni. Ni tak main tengking-tengking. Benda tak selesai kan?

Jadi hargai korang punya pemadam. Tanpa si pemadam hidup korang takkan sempurna. Kecualilah jodoh korang sudah menanti di syurga. Jadi jangan mengharapkan yang sempurna kerana tiada yang sempurna. Jadi kalau nak mengorat boleh guna ayat ni.

SUDIKAH AWAK JADI PEMADAM UNTUK PENSEL SAYA?

Sesat di Melaka

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku menghadapi masalah dengan kereta tadi. Memang cuak tapi pura-pura cool. Serius tak tahu apa-apa pasal kereta. Main mesej sambil memandu adalah tak baik tapi untuk saat kritikal perlu kot. Jadi aku mesej dua orang blogger. 

Suruh check minyak hitam. Sumpah aku tak cek. Aku berhenti isi minyak dan blah. Sebab malu salah terbukak bonet bukan tempat isi minyak. Grrr.

Sampai jugak Melaka akhirnya. Aku tak sure jalan Melaka bila nak balik rumah sewa. Sebab jalan balik selalu lalu lain-lain. Kejap ikut ayer keroh, kejap ikut batu berendam, tadi ikut bukit katil. Salah masuk lorong sebenarnya. 

Aku cuak. Mana jalan yang aku biasa lalu? Aku pun nak patah balik. Jauh dah terlajak tu. Adalah 20KM. Seronok minyak penuh. Roadtax kereta tak renew lagi. Gila selamba. Yang pelik aku nampak lembu. Apakah? Highway sunyi ada lembu terkedek di atas jalan raya.

Pengsan? Tak. Kalau tak siapa nak drive?=P Yang aku tabik lembu ni pandai melintas. Dia nampak kereta aku dia duduk diam-diam. Aku tengok je. Bila aku gerak ke depan sikit, pusing belakang. Yeah dia melintas. Tengok, hebatnya ciptaan Allah. Lembu pun pandai melintas.

Manusia? Alien? Tak tahulah tu. Jadi kita kena bersyukur kita dijadikan sebagai manusia. Kita ada akal nak fikir. Kadang aku rasa nak lempang je mat rempit hingusan. Dah tahu bahaya buat jugak. Dah tu mati katak. Siapa yang malu? Mak bapak jugak. Hurmm...

Oh ya, aku kembali semula ke laluan yang benar. Akhirnya, malu duduk 4 tahun kat sini tapi tak hafal jalan haha dan boleh pulak sesat. Malu =)

GIVEAWAY : Ady Budika Nak Kasi Ole-Ole Dari PHUKET

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Entry? Hurm jap nak terjah. Banyak sebenarnya. Lagi-lagi yang puisi. Sungguh menyentuh hati.
Ady Budika
klik gambar Ady sini
Aku penat cari. Kejap ye. Nak berapa entry ni?

Entry ni sebab jarang ada lelaki yang semangat waja untuk sesuatu. Lagi-lagi memang tak ada pengalaman. Dari dulu salute hasil yang dia tunjukkan. Bertuah empunya badan nanti. Haha

Entry ni sebab ada orang kesayangan. Er bukan. Sebab tak sangka Sunah popular sangat sampai masuk tv haha. Jeles okeh.

Entry puisi semua suka. Tapi tak dapat jejak dengan internet siput sedut ni.
ps: Sambung buat RPH PJ yang amat pening T_T

Tips melupakan si dia

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku sebenarnya dah buat. Tapi tak ingat kat dalam label mana. Jadi aku karang balik. Sebab? Saja. Nak jadi dr Cinta. Lawan anak murid. Haha

1. Cari keburukan dia
Kaji balik kelemahan si dia yang korang tak suka tapi korang pendam. Contoh kuat cemburu. So korang ingat dia adalah seorang kuat cemburu. Lama-lama hati korang jadi tawar nak menanti dia kembali. Bukan kejam cuma bermain dengan emosi sendiri. Kalau fikir kenangan yang indah, yang baik belaka alamatnya korang frust sampai ke tua.

2. Jangan fikir
Jangan fikir pasal dia langsung. Cuba elakkan diri. Kalau korang asyik terkenang. Macam mana nak lepaskan dia pergi? Kita kena sedar tak semua yang kita harap jadi kenyataan. Allah lebih tahu perancangan untuk sekalian hambaNya. Jangan sebab kumbang seekor. Kumbang lain jadi mangsa. Ingat pesan mak ni. Haha

3. Sibukkan diri
Korang menyibukkan diri korang. Sebab orang kalau asyik meratapi memang takkan ke mana lah. Macam lagu Apo kono eh jang tulah. Lirik terbaik untuk orang putus cinta. Erm kalau aku, aku berblog, komen-komen, layan orang. Buat ceria macam selalu. Macam tak ada apa jadi.

4. Layan orang lain
Ni betul-betul menjadi. Bukan soal setia ke tak. Ni soal hati. Hati kita kalau paksa-paksa makin lama makin parah. Jadi cuma relakskan hati. Layan orang lain. Bukan maksud suruh cari lain. Contoh, aku putus cinta. Lepas tu aku mengadu lat jiran. Ehem pinjam nama jiran jap. Haha Nadh pun dengar. Jadi pendengar yang baik. Yeke Nadh? Tetttt!!! Lama-lama aku sedar yang si dia lagi banyak kurangnya dari Nadh. Buat apa aku tangisi dia lagi. Baik aku cari yang lebih baik dari dia dan Nadh. Bukan suruh bercinta dengan pendengar tu. Cuma hati ni kena ada orang dnegar rintihan. Baru tak bengkak manjang.

Jadi bagi aku ni semua ikut individu tu. Kalau nak lupakan silakan. Kalau masih nak teringat. Nak kenang, sesiapa pun tak boleh tolong. Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubah nasib mereka. 

Tepuk dada tanya iman. Kalau betul dia jodoh kamu, solatlah istikharah. Jangan seksa nikmat yang Allah beri dengan melakukan tindakan salah. Serius. Kita ni pinjaman je. Jangan asyik cakap, hati aku, badan aku, aku punya sukalah nak buat apa! Ingat Allah maha mendengar. Merintihlah padaNya. Itulah pendengar paling setia dan baik. 

Kenangan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kenapa orang suka pada kenangan?

Ada apa dengan kenangan?

Penting ke sebuah kenangan?

Walau apa pun persoalan tentang kenangan, aku masih lagi tersenyum dan menjawab dengan tenang.

"Kenangan itu sejarah. Walau kita hilang ingatan sekalipun kenangan itu takkan berubah. Betapa berharganya sebuah kenangan. Dengan kenangan kita teruskan hidup. Dengan kenangan kita bina hidup baru. Dengan kenangan kita bisa menjadi seorang yang lain. Semuanya hanya kerana sebuah kenangan,"

Kenangan dua hari di KL takkan aku lupakan sampai bila-bila. Sayang semua ketak-ketak. Hehe=)
ps: Otw Melaka. Doakan aku tak mengantuk!

Kenapa add as friends?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku pelik. Adakah trend? Atau memang diorang suka add aku? Mentang mutual friends menimbun nak add. Dah tu semak dengan status syok sendiri. Aih tak faham aku.

Kawan blogger dalam FB tu dah banyak sangat sebenarnya. Ada 50 kot. Yang kenal bebetul 25 orang je kot. Macam nak unfriend. Tapi macam kejam pulak. Yalah FB tu bukan khas untuk blogger. Ingat nak buat FB lagi satu. 

Masalahnya page like sini. Kawan ramai sini. Share pun guna id ni. Tak tahulah macam mana ni. Pening fikir. Aku bukan tak nak approve tapi tak kenal. Bila mutual friends sampai 44 lah. Hairan jugak tu. Siapa suka sangat add aku ni?

Kat blog pun tak pernah nampak ID tu. Kalau kat group tak aktif langsung. Orang tak popular buat apa add. Mentang mutual friends blogger je add. Trend eh? Aku dah tak nak approve sesiapa yang aku tak kenal. FB kira hak peribadi. 

Sesiapa nak add tegur-tegurlah dulu. Ini tak main klik je. Entah siapa-siapa. Lepas tu buat hal sendiri. Haish semak-semak!

ps: Pening tengok home penuh manusia tak dikenali. Belum campur alien lagi=P

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers