CORETAN TERBARU NADH

Sejarah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Semua orang ada sejarah hidup, yang membezakan diri kita adalah sejauh mana sejarah mengubah hidup kita di masa akan datang. (Iffah Afeefah, 2011)

Ps: Dah ada yang dapat teka siapa dia?

Pulut dengan serawa durian

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Google
Kisah di negeri Che Siti Wan Kembang (Kelantan)

Mok Ja: Jom, sape nak ikut Mok Ja gi make gulaa?
Kami: Nak nak nak! 

Terus bersiap. Masa tu memang balik kampung setahun sekali. Jadi dialek kelantan memanglah tidak difahami. Setibanya kami di sana. Kami dihidangkan serawa durian dengan pulut. Kami pun makan dengan sedihnya. Ingatkan dapatlah makan gulai kawah. Sekali???

Kesimpulannya, 'gulaa' tu macam pergi makan kenduri aka 'bekwoh'. Jadi terpulang kat orang tu nak hidang makanan apa pun. Selalunya adalah gulai kawahnya. Sedap okey. Kawan aku yang negeri sembilan berminat sungguh dengan gulai kawah. Kenangan menggamit jiwa bila ibu rajin masak serawa durian dan pulut.

Ps: Dia reti kecek kelate. 

27# Wordless Wednesday

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Google
Taklah wordless mana kan?

Ps: Dia marah aku ketawa.

Cerpen: Kisah ngeri di hospital

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Petang sangat padat. Ramai pesakit luar menanti giliran. Dia tak terkecuali. Lama sudah tak menjengah hospital ini. Mimpi ngerinya berulang. Kali ini sangat dasyat. Hanya tuhan yang tahu betapa ngerinya dia rasakan. Iffah diam menanti debar. Jam 2.30. Namun, penantiannya berakhir jam 4.30 petang. Dia dipanggil masuk.

"Awak duduk dulu. Saya nak sudahkan patient ni dulu," Suara itu amat Iffah kenali. Sebulan yang lalu dia pernah dirawat nurse itu. Iffah masih tersenyum dalam debar.

Beberapa minit selepas itu terdengar suara lelaki sebelah yang mengerang kesakitan. Iffah tahu. Lelaki itu melecur akibat minyak tumpah atas badan. Teruk kecederaannya. Itulah akibat kecuaian. Selipar licin menyebabkan kecelakaan yang tak diduga.

"Iffah, saya bukak luka awak dulu ye," Nurse itu. Orang yang sama membantu mencuci luka di tangan Iffah suatu ketika dulu.

"Okey," Dalam hati Iffah lega kerana nurse biasa tak cuci lukanya. Takut.

"Saya tutup kejap. Nanti nurse senior buatkan," Iffah terkedu. Dia terpaksa menanti lagi. Kali ni makin laju degupan jantungnya.

xxxxx
Tangan yang dicuci dan ditrim

"Tangan awak dah lama sangat. Kenapa tak sembuh-sembuh," Dia mula membebel. Iffah senyum sahaja. Dia bukan tahu kenapa jadi begini.

"Awak, kulit awak berlebihan ni. Saya kena trim. Tak boleh cuci macam biasa," Iffah terdiam. Dalam hatinya sibuk memikirkan apa yang dimaksudkan dengan trim itu. Tangkas nurse membuat kerjanya. Sterile water, Iodin, swap, gauze, dressing set, scissor sedia di mejanya. Iffah gerun melihat gunting itu. 

"Awak tahan sikit ye," Iffah mula tak keruan. Dia tahu nurse tu serius orangnya. Dia tahu cara kerja nurse itu. Dia tak henti berdoa dikurangkan kesakitannya.

"Arghhhh! Perlahan sikit kak!!!" Iffah menjerit kesakitan. Nurse mula menekan luka. mencuci darah yang mengalir. Pekat merah.

"Awak, sabar. Saya tahu awak sakit tapi luka awak lama sangat dah ni. Kalau awak tak tahan esok pergi Hospital Sungai Buluh. Buat tampal kulit. Awak tu nak jadi cikgu. Tangan makin keras. Muda pulak," 

Saat itu Iffah menjerit lagi. Kulit yang berlebihan ditrim. Trim bermaksud mengunting kulit supaya kembali rata seperti sedia kala. Terasa seperti gunting kain bunyinya. Sakit. Tak tertanggung rasanya. Pedih. Iffah menjerit sehingga menangis. Tak sanggup diperlakukan sebegitu. Luka ditekan lagi.

Iffah tak henti merayu supaya nurse tu berhenti mencuci. Swap ditekan lagi. Lagi dan lagi. Iffah jerit. Malunya hilang. Yang ada rasa sakit. Hatinya lega saat ubat diletakkan. Tangan dibalut semula. Hatinya lega. Air mata segera terhenti.

"Saya cuci macam ni pun awak dah tak tahan. Cepat pergi bedah. Jangan tangguh lagi. Tangan tu nak pakai lama. Saya tak boleh tolong dah. Ambil nombor saya ni," 

Iffah mengambil handset dengan lemah longlai. Kisah ngerinya masih berlegar di kepala. Mustahil dia mahu melihat kulitnya sendiri digunting sekali lagi. Seriau juga. Masakan dia sanggup menahan sakitnya luka ditekan-tekan.

Hospital itu ditinggalkan dengan lemah. Iffah sangat berharap segalanya cepat selesai. Dia tak kuat. Balik dari hospital tangisan menderu lagi. Sakit yang dia tanggung hanya dia yang rasa. Hanya dia yang tahu. Itulah tabiatnya jika rasa sakit di tangan. Dia menangis seorang diri lagi. 

"Ya Allah bantulah aku. Kurangkanlah sakit yang aku alami ni. Kau sembuhkanlah aku dengan segera..." Iffah berdoa bertemankan linangan air mata.

Kisah ngeri ni tamat. Sekian.

Ps: Dia kata dia pro.

Papa Ben!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Kenapa teacher?

Sebab dia sifu dalam dunia blogging ni.

Tak ada dia, tak ada aku yang sekarang. Papa Ben sorry lambat wish =)



Ps: Lambat lagi birthday dia.

Jawapan teka-teki 14

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan ISLAM
Air di Restoran Saba' Cyberjaya
Nampaknya tak jumpa pemenang yang tepat dan betul. Kedua-dua air ni harganya berbeza. Al-Hakim jawab salah satu betul. Iaitu RM 5 untuk air tembikai. Mahal bukan? Sila percaya. Air apple tak ada orang berjaya jawab. Air tu harganya RM 7. 

Manakala air mangga RM 8. Tempat tu kan mahal. Mestilah airnya pun mahal. Don't judge a book by its cover. Walaupun cawan plastik, air mahal kau tahu. Sebab tulah makan hari tu sampai beratus sekali makan. Korang tak perasan meja air ni sama dengan meja makanan yang aku tayang entry sebelum teka-teki. Kalau tak mesti tekaan korang mengena. Cuma Sunah je perasan.
Menu air di Restoran Saba' Cyberjaya
Percaya sekarang? Aku puas godek gambar ni. Nilah menu air. Bukti harganya sekali. Tahniah yang berusaha gigih mengoogle seperti Sunah. Tapi salah pulak. Tahniah Hakim. Nama anda akan diselitkan dalam cerpen terbaru akan datang. Nantikan kemunculannya. Yang tak berjaya jangan sedih ye=)

Ps: Mana dia pergi ni.

Sakan bercinta

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Kalau seribu manusia bercakap tentang cinta tak semestinya seribu orang itu sedang bercinta atau dilamun cinta. (Iffah Afeefah, 2011)

Ps: Dia memang sakan bercinta.

Ada orang tanya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Disebabkan persoalan dia sangatlah menikam jiwa. Eloklah aku kongsi dengan korang. Aku terasa bukan apa. Aku rasa tak layak nak jawab persoalan dia.

Kisahnya bermula aku ping cerpen Tentang Sahabat kat satu group novel. Ada hamba Allah tanya;

Best ke cerita ni?

Aku terkedu. Yalah tak pernah pulak orang tanya macam tu. Itulah risiko bila aku mula serius menulis. Serius untuk berubah ke arah penulisan yang lebih baik. Berusaha dengan gigih mencari kelainan dalam penulisan. Semuanya risiko. Aku tahu tu.

Jawapan aku pada dia macam ni;

Err takkan nak puji diri. Tapi ramai kata best=)

Macam aku kata penulisan ni risiko. Orang menilai watak kita dari penulisan. Kalau baik kita tulis maka baiklah kita. Tapi kalau dah orang tanya macam ni, maka jawablah dengan baik. Lagi satu aku perasan pageview cerpen pasal jodoh, cinta bukan main lagi. Bila tajuk sahabat ramai malas baca.

Ya, don't judge a book its cover. Kalau nak tahu, kenalah baca. Aku tak kisah pun ada orang macam ni. Sebab aku pun lebih suka cerita cinta. Jadi hak individu sama ada nak baca ke tak. Bak kata Jiran, menulis untuk diri sendiri=)

Ps: Janji dia tetap suka baca karya aku, aku dah puas hati dah=)

Teka-teki 14


Cuba teka harga air dalam gambar. Satu jus epal satu jus tembikai. Siapa betul dan tepat aku review blog dia. Mungkin akan dijadikan watak utama dalam cerita rekaan aku ke? Berminat? Sila meneka ye.

Ps: Air kesukaan dia pun aku tak tahu.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Restoran Saba' Cyberjaya




Nyummi. Aku pergi makan kat kedai nasi arab. Disebabkan ada orang nak belanja. Ehem* Seperti dalam gambar. Memang penuh. Siap ada yang beratur nak tunggu tempat duduk. Nampak macam sedap.

Menu penuh. Ada nasi, daging, ayam, kambing, kebab, roti arab, sandwich, jus dan minuman pelbagai pilihan dan beberapa dessert. Semua nampak sedap. Tapi kami order sikit memandangkan sepinggan nasi melimpah. Style orang arab makan banyak kan?

Kesimpulannya, semua sedap. Tapi agak mahal. Kami 6 orang 160. Kalau aku kena bayar terus jatuh miskin. Tapi puas hati.

Ps: Dia suka ke?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Cinta tiada lampu isyarat

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kenapa aku bangkitkan isu cinta pagi-pagi ni? Sebabnya aku ada baca quotes cinta kat blog kawan aku.

I wish falling in love has traffic light too, so that i would know if I should go for it, slow down and stop.

Cinta tiada sekatan. Tiada lampu isyarat merah tanda berhenti. Jangan bercinta dengan orang tu. Tak ada. Maka kitalah yang kena kawal emosi, kawal hati, kawal nafsu untuk cinta. Kalau cinta ada lampu isyarat pun korang tetap nak langgar kan? Sebab traffic light kat jalan pun kadang kita langgar. 

Jadi berpeganglah pada al-Quran dan As-Sunnah. Tu je lampu isyarat yang terbaik. Bukan untuk cinta semata tetapi untuk kehidupan kita menuju jalan diredhaiNya. Sekian.

Ps: Dia tak percaya aku memang sweet.

Cerpen: Tentang sahabat

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Dia berteleku. Lama di situ. Tangisan kecil kedengaran. Tiada siapa. Hanya dia dan sang pencipta. Di sejadah itu,  dia bersujud. Di sejadah itu, dia memohon keampunan dari Ilahi. Di sejadah itu, jugalah dia mengadu kepada Tuhannya yang satu. Izzah pasrah. Teringat kisah lama. Walau setahun berlalu, fikiran masih tetap menerawang mengenangkan sahabat karibnya, Sofiya.

Xxxxx

“Zah, aku kenal kau lama dah,” Sofiya menarik tangan sahabatnya.
“Kenapa kau jadi macam ni? Bagilah tau aku,” Dia cuba lagi.
“Aku? Jadi apa?” Izzah angkuh.
“Kau…kau kata kau tak suka dia. Sekarang kau terima pinangan dia. Kau…arghh!!” Tekanan perasaan kala ini. Hati dirobek-robek. Umpama ditikam dari belakang. Perit rasanya.
“Aku terima atau tak itu urusan aku. Kau mana ada hak atas Ikram!” Izzah melampias marahnya. Dia cuba. Dia cuba sedaya upaya membantu sahabatnya. Ya, inilah pengorbanannya buat sahabat.
“Izzah! Aku tak sangka kau macam ni. Kau sanggup rampas cinta Ikram. Kau tahukan aku dengan dia…” Sofiya menangis. Perit yang tak ada bandingannya. Sahabat sendiri yang membuat onar. Cintanya pada Ikram dikhianati.
“Aku ada kerja. Nah kad jemputan untuk kau. Jangan lupa datang hari bahagia aku. Aku nak kau tahu jodoh sememangnya dari Allah. Allah tentukan,” Izzah sudah berkira-kira pergi.
“Kau pengkhianat. Kau bukan lagi sahabat aku. Aku benci kau sebut perkataan Allah sebab kau sememangnya tak layak!”
Izzah terduduk. Begitu sekali benci seorang sahabat kepada dirinya. Dia sedih. Namun, demi sebuah persahabatan dia sanggup melakukan apa saja. Walaupun akhirnya dia dibenci.

Xxxxx

“Izzah…” Ikram menyeru nama isterinya. Lama dia perhati wanita itu. Begitu khusyuk dan tawaduk menghadap yang maha Esa.
“Ya abang,” Izzah segera menyeka linangan air mata dan berpaling.
“Izzah dah selesai?”
“Dah bang. Abang nak makan ye? Izzah siapkan,” Izzah laju membuka telekung. 6 bulan dia sudah bergelar isteri insan yang tak pernah terlintas pun menjadi suami.
“Izzah, mari duduk sini,”
“Kenapa bang?” Izzah gusar.
“Sini. Duduk dulu,” Ikram menanti penuh sabar. Dia tahu isterinya taat. Izzah duduk perlahan. Debaran kian terasa. Malu duduk berdua begini.
“Izzah, abang rasa dah cukup dengan pengorbanan Izzah setakat ni,” Bagai petir memanah diri. Izzah terkedu, diam seribu bahasa.
“Abang tak nak bebankan Izzah dengan masalah abang. Abang dah banyak susahkan Izzah sekeluarga. Abang…” Jari Izzah di bibirnya.
“Jangan cakap lagi abang. Cukup. Izzah tak buat apa-apapun. Izzah cuma…”
“Izzah cuma apa? Cukuplah dengan pengorbanan Izzah. Abang malu. Abang tahu Izzah masih teringatkan Sofiya. Abang tahu Izzah setiap malam menangis sendirian di sejadah pemberian Sofiya tu. Semua abang tahu!”
Izzah terdiam. Dia tak mampu berlawan kata dengan suaminya. Yang dahulunya pernah disebut-sebut Sofiya. Bukan dia tak tahu Sofiya sangat menyukai Ikram. Namun apa daya. Jodoh bukan di tangannya. Keduanya menangis dan tidak berkata apa. Malam dibiarkan berlalu dengan sendu sepasang suami isteri.

Xxxxx

“Assalamualaikum,” Ikram memberi salam. Izzah hanya mengikut di belakang. Keluarga mertuanya sudah ada di dalam rumah orang tuanya. Debar rasa hati.
“Eh Ikram, Izzah. Masuklah. Tadi kata lepas isyak baru nak gerak? Ni baru nak masuk maghrib,” Suara ibu menenangkan jiwa berkecamuk. Pantas disalami. Malam ni ada bacaan yassin. Sengaja mereka merancang. Izzah terus berlalu ke dapur.
“Izzah,” Ibu menyentuh bahunya.
“Ada apa bu?”
“Izzah okey?” Ibu begitu mengambil berat. Masakan bisa dia menyembunyikan segenap rasa dari ibu.
“Ermmm ibu. malam ni Izzah nak tidur sini boleh? Lama tak borak dengan ibu,” Suaranya lain.
“Okey. Inikan rumah Izzah jugak,” Ibu seakan mengerti. Ditatang air di dulang. Untuk dijamu besan dan menantu yang datang.

Xxxxx

“Abang…” Izzah menyentuh lembut bahu suaminya.
“Ada apa Izzah?”
“Maaf Izzah tak bagitau pasal…”
“Syhh! Inikan rumah keluarga isteri abang. Izzah tak mintak izin pun abang izinkan. Tapi dengan syarat,”
“Syarat?” Izzah berkerut dahi.
“Abang tidur sini jugak boleh?” Izzah hanya tersenyum. Masakan suaminya tak boleh tidur di rumah ni. Rumah inilah saksi saat mereka diijabkabulkan. Izzah mengenangkan saat itu.

Xxxxx

“Izzah,” Ibu datang dekat. Izzah sudah tekad. Dia redha menjadi isteri kepada Ikram biarpun ada hati akan terluka.
“Izzah, Sofiya datang,” Berderau darahnya mendengar nama keramat. Sahabat baiknya datang. Walaupun dia tahu perit bagi Sofiya melihat dia akan mengambil Ikram dari tangan sahabatnya sendiri.
“Ibu suruh Sofi masuk,” Izzah mengumpul segala kudrat.
“Tahniah Zah!” Sinis bunyinya.
“Terima kasih. Aku tak sangka kau datang jugak,”
“Kawan baik aku nak nikah. Takkan tak nak datang,” Jelingan maut menusuk ke jantung Izzah. Dia sabar. Memang salah dia dan Ikram. Dia sanggup terima apa jua tohmahan.
“Thanks Sofi. Aku tahu kau memang sahabat terbaik. Kau tak kata nak datang. Kalau tak aku suruh kau je jadi pengapit aku,” Ketawa dibuat-buat.
“Pengapit? Tak naklah aku. Orang kata jadi pengapit lambat kahwin,” Izzah terdiam. Dia kehilangan kata-kata dan itulah kali terakhir dia melihat Sofi.

Xxxxx

“Izzah…Zah…” Ikram memusnahkan lamunannya. Izzah mengeluh.
“Kenapa abang?”
“Patutnya abang tanya. Izzah kenapa? Diam je dari tadi. Ada masalah?”
“Tak ada apa. Izzah nak jumpa ibu kejap. Abang tidurlah dulu ye,” Izzah meninggalkan Ikram sendirian. Dia tak mahu rahsia hatinya diketahui.

Xxxxx

“Ibu, Izzah dah tak sanggup menipu,” Tangisannya menderu laju. Berat rasa dibenaknya. Izzah makin lemah. Lemah dimamah rahsia yang tak berkesudahan.
“Ibu faham. Kalau betul Izzah sanggup kehilangan Ikram. Izzah jumpalah Sofi. Terus terang dengannya,” Kata-kata ibu menular ke sanubarinya. Dia terkaku. Sanggupkah dia kehilangan insan tersayang? Lama sudah dia menyulam kasih. Lama dia belajar mencintai seorang lelaki bernama suami. Lama sangat.
“Izzah, dengar ibu kata apa?” Ibu serius. Izzah hanya mengangguk lesu. Dia perlu lekas membuat keputusan. Antara sahabat dan cinta. Sukar dia tentukan. Soalnya hati memang payah dimengerti. Dia sekali lagi berteleku menghadap Ilahi.

Xxxxx

Assalamualaikum Sofiya.


Aku tak ada kudrat nak jumpa kau buat masa ni. Tapi percayalah aku tak ada niat langsung nak rampas cinta kau tu. Aku terpaksa. Aku terpaksa buat macam ni sebab Ikram suruh. Dia suruh aku terima pinangan dia. Dia suruh aku jadi isterinya yang sah. Aku terpaksa lakukan demi kau.


Aku tahu kau mesti takkan percaya. Tapi selama kita kenal, pernah ke aku tipu kau? Takkan? Kau kena percayakan aku buat kali terakhir. Satu je permintaan aku. Terimalah Ikram semula. Aku sanggup pinangkan kau bagi pihak dia. Aku sanggup bermadu. Tak, aku sanggup diceraikan dia demi melihat kau bahagia.


Aku menderita merindui kau wahai sahabat. Siang malam aku rasa berdosa dengan kau. Ikram tak sedar dia buat keputusan salah. Dia sebenarnya sakit. Dia perlukan rawatan berkala. Dia nak kahwin dengan aku sebab dia tahu aku boleh rahsiakan hal ni daripada kau. Daripada keluarga dia.


Dia perlukan seorang jururawat sepanjang masa. Aku umpama penjaga dia. Makan minumnya aku sediakan. Sebab dia tak boleh makan sembarang. Dia tak nak kau tahu. Sebab tu dia kahwin dengan aku. Supaya kau dapat suami yang lebih baik darinya. Dia tak nak bebankan kau sebab dia cintakan kau. Sofi, kau terimalah dia balik. Aku redha sebab dia cinta kau dan kau sahabat aku.


Izzah Zahra, 27. 11.  2011

Remuk redam hatinya membaca email dari sahabat yang disangkanya pengkhianat. Disangka perampas. Sofiya terduduk. Dia menangis mengenangkan pengorbanan kedua-dua insan penting dalam hidupnya.

Xxxxx

“Izzah!” Keras bunyi suara lelaki itu. Izzah gerun tiba-tiba.
“Kenapa abang?”
“Kenapa Izzah tanya?” Ikram mendidih. Lalu dia menyejukkan hati dengan zikir penenang hati. Dia risau jika ikutkan hati, mahunya dia menampar wajah si isteri bertalu-talu.
“Duduk!” Izzah segera duduk dibawah. Dia tahu dia ada buat salah. Kalau tak masakan suaminya berubah laku. Tangan ditarik. Terasa dipeluk kemas. Izzah terkaku.
“Izzah, kenapa Izzah baik sangat. Abang…” Ikram mati kata. Izzah hanya membiarkan Ikram melampias segala rasa yang terbuku dalam hati.

Xxxxx

Walaupun perkahwinan atas dasar pengorbanan seorang sahabat pada asalnya. Kini perkahwinan berlandaskan cinta dan pengorbanan seorang isteri. Izzah menempuh bahagia seorang isteri di samping suami yang dicintai dalam diam.

Ikram pada mulanya berkeras mahu menikahi Izzah hanya kerana sakit sebenarnya telah lama menyintai Izzah. Dengan alasan itu saja dia boleh menjadikan Izzah isteri yang sah. Masakan senang Izzah menerimanya sedangkan isterinya lebih mementingkan sahabat iaitu Sofiya.

Sofiya tetap dengan caranya. Dia bangga kerana sahabatnya menemui bahagia. Benci dan dendam lama dicampak ke dasar laut. Dia juga bahagia bersama pilihan keluarga. Dia yakin itu jodohnya. Dia yakin dia juga berhak bahagia.

Walaupun bersahabat, tak semua kita boleh korbankan. Tak semua kita boleh tunaikan. Sahabat bukan untuk ditukar ganti. Sahabat juga bukan tanda janji sehidup semati. Sahabat ialah insan yang membawa ke jalan yang hakiki.

Nota Iffah: Ada kekurangan dalam karya ni, sila tegur dan kritik. Saya budak baru belajar. Harap semua mendapat manfaat dari cerita kali ni. Asyik kisah cinta je kan?

Ps: Dia sahabat dunia akhirat, InsyaAllah.

Video: Istighfar Jom!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sakit hati ketika ini. Tangan sakit hati makin sakit. Rasa nak marah. Rasa nak pukul. Biar dia rasa sakit yang aku alami. Orang tak rasa. Tak tahu betapa sakitnya aku kena tanggung. Luka lama tak baik lagi. Sakit dipukul, dihentak, diduduk, ditekan luka di tangan yang sedia sakit. Ya Allah, sakitnya=(

Ps: Nak dia dengar. 

Cinta itu buta pekak dan bisu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kenapa tiba-tiba tulis pasal entry ni? Kalau baca header aku tu pun tahu definisi cinta bagi aku kan? Tapi bukan aku sorang je cakap cinta macam tu. Rupanya ada yang sependapat. Terkejut jugak. Tak sangka.

Klik SINI untuk like pagenya. Seronok sebab ada orang guna tagline sama. Mungkin dia pun rasa sama macam aku. Eh sila jangan perasan. Tapi memang cinta tu buta kan? Cinta tu pekak kan? Cinta tu bisu kan?

Mengaku jelah korang setuju. Tapi cinta itu tak buta orang kata. Dia hanya membutakan mata orang bercinta. Jadi hati-hati sebab cinta membutakan, memekakkan dan membisu kita. Jaga diri dan selamat bercinta=)

Ps: Dia cinta ilmu.

Kisah persahabatan kita

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Macam baru semalam
kita jumpa dan berkenalan
Kelakar sangat masa tu
Kau dengan gaya kau
Aku dengan gaya aku

Kita orentasi sama-sama
kau sibuk bercerita
aku masih di situ
senyum-senyum segan

Kau tegur aku dulu
aku terkejut masa tu
tak sangka sejak itu
serapat ini kau aku

hari berganti hari
tahun berganti tahun
kita kenal lama sudah
kini tinggal setahun

kita makin dewasa
menanti masa dan waktu
aku hanya berharap kita
kekal sampai akhirnya...

Ps: Dia SAHABAT.

Cerpen: I hate love story

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tajuk dipetik dari Filem Hindustan. Ceritanya berlainan=)

“Wei, korang ni asyik lepak dalam bilik je. Tak bosan ke?” Meera melihat ke luar tingkap.
 “Tak,” Hampir serentak keduanya menjawab. Meera mendengus geram. Dia kebosanan.
“Jomlah keluar. Tengok wayang ke apa ke,” Dia berusaha lagi.
“Tak naklah. Kitorang dah melekat tengok Secret Garden ni,” Z menjawab. Nama sebenarnya Zahirah.
“Ala Z. Aku tak layan cerita cinta bagai. Bosan tau,” Meera geram. Lantas dia bersiap. Dia nekad keluar sendirian. Z dan Wani terus leka dengan cerita itu.

Xxxxx

“Lep kau ada mana?” Haire memerhati sekeliling.
“Alamak Ri. Aku ada kerja tetiba. Kena fly kelantan,” Alif ujar dengan nada bersalah.
“Tak apalah. Aku dah ada kat sini. Tahulah aku nak buat apa,”
“Sorry Ri. Aku balik kita outing sama. Janji!” Alif memutuskan talian. Tergesa-gesa bunyinya. Haire mengeluh.
“Apa aku nak buat ni?” Dia terus mendapatkan kerusi. Letih pula berdiri.
“Eh saya punya tempat ni,”
“Alamak, saya dah duduk. Nak buat macam mana?” Haire sengih.
“Bangun jelah balik. Lagipun saya perempuan,” Haire tersenyum. Dia terus bangun.
“Ambillah. Saya bukan apa, cuma tak suka bergaduh dengan orang perempuan. Tak berbaloi,” Sinis berkata.
“Apa awak kata?” Geramnya memuncak.
“Haire, saya Haire,” Sengaja dia memperkenalkan diri.
“Tak ada hati nak berkenalan dengan lelaki macam ni. Sakit hati!” Dia segera bangun.
“Eh tadi kata nak duduk cik…” Haire memintas.
“Asyikin. Puan Asyikin,” Dia berlalu. Haire tersenyum penuh makna. Langkah Asyikin diperhatikan. Hati terasa sesuatu. Tak pernah berdebar sebegini laju. Dia mengekori perempuan itu seharian.

Xxxxx

“Rimas!” Meera membentak.
“Eh kenapa kau ni?”
“Rimas dengan mamat sekor tu. Kelmarin asyik ikut aku. Sampai aku layan wayang pun dia ikut. Hari ni dia sibuk kat kampus kita,”
“Eh dia ada kat kampus? Dia siapa?” Wani pelik.
“Entah. Selama ni tak pernah nampak pun,” Meera menjawab.
“Kalau tak suka kau ignore je. Biasalah buaya,” Z mencelah.
“Masalahnya aku dah tipu dia. Tapi dia tetap ikut aku,”
“Tipu apa?” Wani bertanya.
“Aku kata nama aku Asyikin. Puan Asyikin,” Ketawa serentak.
“Kau ni betullah. Kalau dia nak berkenalan pun apa salahnya,”
“Z, aku tak teringin mamat macam tu. Lagipun tak minat cinta-cinta ni,” Meera mengeluh.
“Ala kau jangan cakap je. Tup tup esok memang betul kau jadi puan. Puan Meera Asyikin. Baru kau tahu langit tinggi rendah,” Z bercakap ala ahli falsafah pula. Meera ketawa.
“Mustahil okey,” Wani hanya tersenyum. Mungkin betul kata Z tu.

Xxxxx

“Ira, meh tolong abang,”
“Kenapa?” Meera melaung saja. Malas rasanya nak bangun.
“Ala, Ayin menangis. Nak susu agaknya,” Haire berjalan ke depan.
“Buatkan je susu botol untuk dia,”
“Amboi, anak kita mana boleh minum susu tepung ni. Sakit perut dia nanti,” Haire tak mahu mengalah. Meera masih leka.
“Ira! Cepatlah. Kesian Ayin,” Meera menekan button pause.
“Ira tengah tengok cerita ni. Alahai anak mama ni,” Ayin bertukar tangan.
“Cerita apa Ira tengok tu? Sampai tak nak berganjak. Dua jam dah abang balik tau,”
“Eh dah lama rupanya abang balik,” Sengih.
“Ira mana nak sedar. Duduk tengok cerita korea 24 jam,” Nada rajuk.
“Ala mana ada 24 jam. Nak solat, masak, kemas rumah lagi, jaga Ayin,” Leternya.
“Abang tahu. Tapi kalau dah anak nangis tak perasan. Susahlah macam ni sayang oi,” Haire geram.
“Okey, nanti Ira letak buaian Ayin kat sebelah. Senang nak dengar,” Ketawa Meera.
“Abang serius ni,” Meera mengangkat keningnya.
“Apa pulak abang ni? Apa salahnya nak tengok cerita?”
“Abang tak kata salah. Tapi dah terlebih fanatik pun susah jugak. Kesian abang tengok Ayin ni,” Haire meraup wajahnya. Sesal kemudian memang tak berguna.
“Abang, Ira jaga dia. Ira tak lupa tanggungjawab pun. Cuma tadi part best. Tu sayang nak pause,”
“Memanglah cerita cinta best. Lagi-lagi korea ni. Tapi ingat, awak bukan anak dara lagi. Awak ada suami, anak. Jangan terlalu seronok tengok sampai anak lapar pun tak nak peduli. Abang suka jugak cerita korea. Cuma nak awak beringat,” Ceramah bermula.
“Habis siapa yang pujuk Ira sukakan cerita cinta? Siapa yang asyik ajak tengok masa memula kahwin dulu? Siapa???” Meera terus berlalu dan mengunci bilik.

Xxxxx

Buat isteriku yang sedang merajuk,
Sayangku Meera, surat ini bukanlah bertujuan untuk mengeruhkan keadaan. Sayang, sebagai suami abang rasa tak salah kalau abang tegur kesalahan sayang kan? Tapi abang jugak minta maaf sebab puncanya dari abang. Abang salah.

Mula-mula abang bagi hantaran cd korea. Abang ingat lagi 5 drama sekaligus. Family abang geleng kepala je masa abang berkeras suruh letak kat dulang hantaran. Kesian sayang malu dengan tetamu yang datang. Sebab tak pernah dibuat orang.

Lepas kita sah suami isteri abang paksa sayang tengok cerita cinta sampai tengah malam. Walaupun abang tahu Ira tengah mengantuk sangat masa tu. Abang jugak beli TV LCD dan Astro Beyond sebab Channel lebih banyak dari biasa.

Abang kadang biarkan sayang tertidur kat sofa sebab nak tunggu ending cerita cinta tu. Maafkan abang sayang. Memang salah abang. Ira, jangan merajuk lama-lama abang rinduuuu…

Yang menanti di luar pintu,
Suamimu tercinta

Meera tertawa senang. Segera pintu dibuka. Bahagia milik mereka selamanya. Benarlah kata orang kalau benci jangan melampau nanti akhirnya jatuh suka. Meera yang dahulunya selalu mengatakan "I hate love story" bertukar kepada Meera yang fanatik dengan love story.

Nota Iffah: Entry ni khas untuk kakak, abang ipar dan anak buah aku. Cerita tak ada kaitan dengan diorang. Rekaan semata-mata. Semoga terhibur. Eh kenapa ramai tak online ni? Semua tak update blog hurm.

Ps: Dia tak layan cerita korea kononnya.

Dari Dapur Seri Iman 55

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Resepi asal dari sini

Malas nak salin balik resepi. Klik je kat sini. Hehe memang sedap. Lembut. Dua kali percubaan buat jadi. Satu lagi rupanya cantik dari yang ni. Malam kelmarin masak terus ngap. Sedap okey. Nak try muffin apa pulak lepas ni?

Aku kini blogger dengan internet. Terima kasih ayah=)

Ps: Dia tak percaya aku masak ni agaknya.

Part 17: I'm nothing without you

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ini entry kolaborasi antara dua penulis berbeza. Sila lihat di widget kanan anda untuk part sebelumnya.

“Assalamualaikum, makcik, pakcik…” Iskandar memulakan bicara.
“Oh kawan Shahir ye?”
“Aah kami kawan masa study dulu,” Ujar Zaki sambil bersalaman dengan mereka.
“Shahir macam mana pakcik? Ada perubahan?” Iskandar memandang wajah lelaki tua itu.
“Macam tulah. Nampak lena sangat,” Sebak di dadanya tiba-tiba.
“Abang…” Zainah turut menangis.
“Maafkan kami, pakcik makcik. Tapi kami turut bersimpati. Kawan kami perahsia orangnya. Sampaikan berita kemalangan ni lambat baru kami dapat tahu,”
“Dia memang penuh rahsia. Kami kadang tak tahu apa yang difikirkan,”Zainah menjawab dalam sebak.
“Itulah sikapnya. Pakcik pun kadang pelik. Dia balik pun jarang-jarang. Selalu duduk je kat rumah sewanya. Bila tanya pasal kahwin mulalah mengelak,”
“Yang kami tahu dia pernah ada kekasih hati nama Insyirah. Tapi sayang, dia dah meninggal,” Zaki mencelah.
“Insyirah? Makcik tak pernah tahu pun,”
“Itulah kami pun baru tahu. Dia terlalu berahsia,”
“Puan Zainah, encik Nazli. Anak awak dah sedar,” Nurse keluar dari Unit Rawatan Rapi.
“Anak kita bang!!!” Keduanya meluru ke dalam wad.
“Harap ini berita baik,” Iskandar berharap. Mereka menanti di luar.
Xxxxx

“Uncle jaga mama kejap. Ila nak jenguk kawan,”
“Uncle faham. Pergilah, hati-hati. Takut terserempak dengan maknya pulak,”
“Baiklah uncle,” Adilla segera keluar.
Dibiarkan mama berehat. Mamanya sudah sedar kini. Hanya memerlukan rawatan selanjutnya. Wayar berselirat di badan. Hatinya tau mama kuat hadapi dugaan ini. Langkah diatur dengan berhati-hati. Dia perlu berjumpa Shahir. Terlalu lama dia berlawan dengan hatinya. Rasa sayang membuatkan dia tekad untuk melawat meskipun dia tahu sukar dijinakkan hati seorang wanita bernama ibu.
Xxxxx


Adilla memandang dari kejauhan. Terdapat dua lelaki di luar wad ICU. Dia tertanya-tanya. Hatinya kuat mengatakan itu adalah kenalan rapat atau saudara Shahir. Dia sudah berkira-kira untuk ke sana. Mujur saja mak ayah Shahir tiada. Lega sedikit hatinya yang dari tadi tak keruan.
“Assalamualaikum,” Adilla memberanikan diri.
“Waalaikumussalam, cik cari siapa?” Zaki terlebih dulu menjawab. Kagum sebentar dengan keindahan makhluk ciptaan Allah S.W.T.
“Saya nak tahu saudara berdua ni kenal Shahir ke?” Iskandar berkerut.
“Awak siapa? Rasanya Shahir tak pernah cerita dia ada kawan perempuan,”
“Ah, betullah kamu berdua kenal Shahir. Saya Adilla. Kawan dia,” Sengaja dia sebut kawan kerana dia pun belum tahu status hubungan mereka.
“Kawan?” Zaki pelik.
“Aah kawan. Saya baru je kenal dengan dia. Masa dia baru masuk ICU ni pun saya ada,”
“Oh jadi awak tahulah Shahir sedang sakit sekarang. Kami pun baru tahu hari ni,”
 “Macam tu. Maaf saya pun tak ada kesempatan nak lawatnya. Hari ni baru ada peluang. Shahir macam mana sekarang?”
“Dia dah sedar. Mak ayah dia ada kat dalam,” Iskandar menunjuk ke arah wad.
“Alhamdulillah,” Segera dia menadah tangan tanda syukur.
“Hah itupun mak ayahnya,” Adilla kaget tiba-tiba. Keberanian terus hilang. Lututnya umpama skru telah longgar. Wajah tegas emak Shahir sungguh menggerunkan.
‘Ya Allah berilah aku kekuatan…’
“Kamu berdua nak melawat silakan. Shahir masih lemah. Hinggakan kami pun dia tak kenal,” Nazli sedih. Tak sangka begitu teruk kesan hentakan pada anaknya. Dia takut kehilangan Shahir setelah kehilangan kembar Shahir iaitu Shahirah kerana penyakit jantung berlubang.
“Adilla awak nak masuk dulu ke?” Adilla hanya menikus. Gentar sungguh dengan pandangan Zainah yang berkaca.
“Masuklah. Saya…erm…” Adilla tergagap.
“Awak Adilla?” Zainah memandang. Nazli terkejut.
“Ya saya puan. Saya Adilla. Maafkan saya,” Adilla makin takut. Dia ingin cepat-cepat beredar.
“Adilla!” Terus tubuhnya dipeluk. Hilang rasa takutnya sebentar. Kehangatan pelukan mak Shahir melentur segala macam rasa berbaur di benaknya.
“Adilla, hanya awak boleh selamatkan anak kami,” Nazli berterus terang. Iskandar dan Zaki menjadi pendengar sahaja.
“Apa encik cakap?” Sengaja dia berbahasa formal.
“Shahir, sejak sedar dia sebut nama awak. Pakcik rasa dia hanya kenal awak,” Adilla terasa lemah sendinya.
“Apa?”
“Ya Adilla. Awak boleh tolong kami kan? Tolong kembalikan ingatan Shahir. Tolong pulangkan Shahir yang dulu. Makcik merayu…” Tangisan kuat kedengaran. Adilla bingung.
“Tapi dia sihatkan makcik? Dia tak sakitkan?” kata Adilla yang juga berlinangan air mata. Anggukan lemah dari Zainah dirasai. Keduanya lemas dalam tangisan syukur. Syukur kerana masih ada nyawa untuk insan yang disayangi. Antara kasihnya ibu dan kasih seorang wanita. Nazli tersenyum. Iskandar dan Zaki hanya berpandangan sesama sendiri. Mereka masih terkejut.

Nota Iffah: Broadband tak dibayar. Hidup aku sekarang ialah blogger tanpa internet. Sawan! Selama pakai tak rasa nak bayar sebab bawah nama adik. Ayah, jasamu dikenang. segerakan pembayaran ye=) Kalau ayah aku bayar, cepatlah aku online hehe.
Ps: Lupa seketika tentang dia.

Macam mana nak terpikat dengan lelaki?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ehem aku rasa gian nak menulis sesuatu perkongsian. Kali ni pasal dipikat. Kalau hari tu aku ada cerita pasal cara nak pikat perempuan kan? Bila cerita pasal cinta, bercinta, percintaan, mencintai, dicintai takkan pernah tamat kisahnya. Ada je idea timbul.

Bagi aku cara terbaik nak buat kita terpikat dengan lelaki ialah buka hati kita. Yup, korang bayang hati kita ada pintu. Jadi apa yang korang kena buat ialah buka hati tu untuk terima seseorang dalam hidup. Selalu orang macam ni orang putus cinta atau tak percaya pada cinta.
Google
Ikut pengalaman dan kisah cinta orang lain. Inilah cara paling mujarab. Bila hati dah sedia menerima seseorang insyaallah dengan mudah kita akan terpikat dengan dia. Lagi-lagi dia suami kita. Lagi baik=) Seronok pulak bercinta lepas kahwin kan?*berangan.

Nota Iffah: Aku akan ghaib beberapa hari mungkin. Nanti dah muncul aku jejak korang balik. Maaf =(

Ps: Dia selalu buka hati dia.

Berasmara dana

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku cukup hairan dengan tabiat muda mudi yang cukup tak malu berasmara dana di khalayak ramai. Kalau dengan manusia dia tak malu dengan Allah apatah lagi. Sedarlah sikit, pegang anjing boleh samak. Pegang bukan mahram? Itu je aku nak tegur. Sekian.

Ps: Harap dia pun pandai jaga diri.

Cinta dalam diam

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku tersentuh melihat video sendiri bikin. Tak tahu kenapa. Rasa macam aku pulak watak utama tu. Sila jangan meneka yang bukan-bukan okey. Aku faham macam mana rasanya simpan rasa seorang diri. Perit. Tak dapat luahkan. Antara sebab kenapa cinta dalam diam ni boleh terjadi;

1. Malu luahkan perasaan.
Ini biasanya terjadi pada perempuan. Malu katanya. Pelik ke perempuan luahkan perasaan dulu? Bagi aku pelik. Sebab perempuan malunya lebih. Jadi dia memilih untuk cinta lelaki itu dalam diam. Kalau ada jodoh, adalah. =)

2. Takut ambil risiko.
Orang macam ni takut nak berdepan dengan hakikat. Kalau dia luahkan orang tak boleh terima. Takut kena reject. Takut kawan dia tak selesa nak berkawan lagi kalau tau perasaan dia. Takut dengan segala kemungkinan. Akhirnya, cinta dalam diam saja yang dia mampu buat.

3. Dah tahu jawapan kepada persoalan.
Ini yang perit ni. Belum sempat bagitau orang tu rupanya dah ada yang punya. Sama macam video aku buat tu. Dia bagi harapan namun dia punahkan tanpa belas. Cinta dalam diam ni adalah cinta tak dapat diungkap kerana dirinya ialah orang ketiga. Pedihkan belum bercinta dah kecewa. Umpama kalah sebelum bertanding.

Apapun, kalau boleh elakkan cinta dalam diam. Boleh menjadi ubat boleh menjadi racun. Cepat ungkapkan cinta sebelum terlambat. Takut jadi nanah pulak. Yang penting sedih sangat bila hati terpaksa terima dia bukan milik kita. Sekian.

Ps: Dia berusaha dan aku suka.

La Tahzan: Mana kan ku Cari Bahagia

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Definisi bahagia bagi aku, kesenangan jasmani dan rohani serta kehidupan yang penuh dengan rasa gembira. Mari sama-sama kita tanya siapa diri anda dan adakah anda bahagia?. “Aku seorang kaya, adakah aku bahagia?” , “Aku adalah orang kenamaan, adakah aku bahagia?”, “aku adalah manusia yang menjalani kehidupan biasa, adakah aku bahagia?” 

Tidak semua orang mengecapi nikmat kebahagiaan dalam hidup. Ada yang hanya mampu melihat kebahagiaan itu tanpa tahu bagaimana rasanya bahagia. Rasa bahagia tidak akan dapat kita beli dengan wang ringgit, emas permata mahupun harta yang menggunung. Ianya adalah perasaan yang hadir dalam diri kita sepanjang mengharungi kehidupan ini. Suka untuk saya berkongsi nasihat dari guru saya, katanya bahagiakan diri anda dahulu sebelum anda bahagiakan orang-orang di sisi anda. Susah ke nak bahagia? Tak susah cuma kita perlu :

Redha : redha dengan keadaan diri anda, dimana anda berada, siapa anda, bagaimana kehidupan anda, terimalah dengan hati yang terbuka. Ikhlas dalam setiap perkara. Adakah anda tidak bahagia sekiranya anda seorang yang miskin?, jadi jika anda kaya, anda pasti anda bahagia?, adakah anda tidak bahagia bila terasa serba kekurangan?, tapi adakah anda bahagia menjadi manusia sempurna?. Redhalah. Setiap kejadian itu sudah ditentukan hikmah disebaliknya.

Syukur : Kenapa Allah menarik kembali nikmat yang diberikan pada hamba Nya?. Jawapannya kerana hambaNya tidak bersyukur dengan pemberian. Sentiasa berkeluh kesah, sentiasa inginkan sesuatu yang tidak menjadi miliknya. Kawan-kawan, sebutlah Alhamdulillah diatas setiap perkara yang terjadi pada anda. Itu tandanya anda bersyukur padaNya. Kurniaan yang paling besar yang harus kita syukuri adalah nikmat kehidupan. Alhamdulillah hari ini Allah masih beri peluang kita melihat, mendengar, bercakap, berjalan, membaca, dan melakukan apa sahaja yang kita suka. Bukankah kurniaan itu sudah terlalu besar dan kenapa perlu kita meminta lebih lagi?. Ucapkanlah Alhamdulillah. Aku bersyukur dengan anugerahMu wahai Tuhanku.

Keazaman : berazamlah bahawa kita ingin menjadi manusia yang paling bahagia dimuka bumi Allah ini. Hidup ini adalah pilihan. Buruk atau baik sesuatu pilihan itu terletak pada diri kita sendiri. Adakah bahagia itu datang sendiri?. Tidak selagi kita tidak mencarinya. Bahagia itu adalah pilihan. Terpulang pada anda untuk memilihnya. Jika sekarang anda tidak bahagia, letakkan azam di dalam hati anda, aku ingin bahagia. Dan berusahalah mencari. Insyaallah, anda akan temuinya.

Akhir kalam, kehidupan ini sentiasa berjalan samada anda bahagia ataupun tidak. Mengapa bazirkan masa anda dengan rasa tidak bahagia. Bahagiakanlah diri anda dan kongsikan rasa bahagia dengan orang-orang disekeliling anda. Ingat ! bukan mudah untuk mendapatkan bahagia, jadi jangan terlalu mudah untuk melepaskannya. Sekian.

Ps: Bahagiakah dia kini?

Spontaneous Thursday#17

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Layakkah aku digelar novelis?

Ps: Dia gedik.

Part2: Jodoh dariNya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sejak petang tadi dia tak keruan. Benarkah hal yang diperkatakan Syazna. Zatil perlu ditemui segera. Lalu dia mendail nombor kawan karibnya, Faris. Perjalanan ke Kolej Kediaman Cempaka Sari terasa jauh sekali. Dia takkan benarkan pelajarnya terhukum atas sebab yang tak munasabah langsung baginya.

Xxxxx

“Faris, aku nak kau jadi saksi,” Faris memandang pelik.
“Zatil, saya tahu sebab awak tak datang kuliah saya hari ni. Ini bukan masalah awak sorang. Saya tak nak awak malu sebab hal ni,” Zatil terkaku. Dipandangnya Syazna mengharap pengertian.
“Encik Hafiz, apa awak merepek ni?” Cuba berlagak seperti tiada apa berlaku.
“Zatil, tak payah berlakon lagi. Kita tak salah. Mereka yang salah tanggapan. Cuti semester nanti kita nikah terus. Saya tak nak awak terus dihina disebabkan hubungan kita,” Faris terkejut.
“Ya Faris. Dia tunang aku. Aku rahsiakan atas permintaan dia. Tapi sebabkan tohmahan dan ugutan rakan sekuliahnya aku tak boleh berdiam diri. Apakah salah kami bercinta?”
“Semestinya tak. Kenapa nak rahsiakan benda baik?” Faris pelik.
“Zatil risau. Hubungan lecturer dan student macam skandal besar bunyinya,”
“Hubungan cinta antara manusia itu fitrah. Aku tak rasa salah. Kahwin cepat kalau perlu Fiz!”
“Tapi penerimaan orang berbeza Ris,”
“Buat apa kena dengar cakap orang? Kau memang tak salah. Bukan buat maksiat pun,”
“Encik Hafiz, saya setuju dengan kawan encik ni. Kalau betul encik nak mendirikan rumahtangga lekas. Tak ada salahnya cinta antara lecturer dengan pelajarnya,”
Hafiz kagum dengan Syazna. Siapa sangka pelajarnya berani melahirkan pendapat bernas.
“Baiklah, jika hal ini heboh taulah saya terangkan duduk perkara sebanar. Sekarang awak dan Zatil baliklah bilik,”
“Kami minta diri dulu,” Zatil tak bersuara sepatahpun. Dia masih takut dengan ugutan Auni semalam. Hafiz dan Faris memerhatikan keduanya pergi.

 Segalanya jelas malam itu. Hafiz dan Zatil tak salah. Cinta sememangnya menyatukan sesiapa saja tak kira agama, bangsa, mahupun pangkat.

Xxxxx

“Abang, petang nanti saya nak balik hostel,”
“Kenapa pulak?” Hafiz tak berpuas hati.
“Yalah, lama dah tinggalkan Syazna seorang. Kesian pulak dia,” Zatil menyikat rambut perlahan.
“Habis abang ni?” Isterinya berkerut.
“Kenapa dengan abang? Sakit ke?”
“Tak ada apalah,” Nada separa merajuk. Zatil masih blur.
“Encik Hafiz, awak ada masalah ke?”
“Tak ada apa. Awak balik naik kereta sendiri ye? Saya penat. Nak tidur,”
“Apa masalahnya kalau saya balik?”
“Tak ada masalah. Awak boleh balik. Saya izinkan,” Hafiz memejamkan mata.
“Aik sejak bila Encik Hafiz kuat merajuk ni?”
“Sejak saya kahwin dengan Cik Timun,” Balas Hafiz bersahaja. Zatil terfikirkan sesuatu.
“Abang!” Hafiz senyap.
“Abang curi dengar kan? Baik abang mengaku cepat,” Pantas kakinya melangkah ke katil.
“Abang!!!”
Hafiz ketawa. Rajuknya tak berpanjangan. Kelakar mendengar amukan si isteri.
“Apa ni? Jerit-jerit, mak dengar nanti,” Hafiz duduk.
“Abang tu. Dahlah buat orang marah masa presentation. Lepas tu curi dengar. Mengadalah abang ni!”
“Abang pulak. Dah benda salah kenalah betulkan,”
“Bukan salah. Maklumat tak lengkap je,”
“Pandai menjawab isteri abang ni. Siapa lecturer ni?”
“Kat rumah orang lecturer abang student. Jadi orang durian,” Hafiz ketawa kuat. 


Dia terhibur dengan telatah isteri tercinta. Bahagia disulam penuh kasih dan sayang. Cinta dipupuk agar bahagia tetap milik mereka selamanya. Siapa kata jodoh mengenal pangkat atau kerjaya? Siapa kata jodoh itu mustahil bagi pensyarah dan pelajarnya? Semuanya tak mustahil kerana ini semua di tangan Maha Esa. Percaya pada jodoh dariNya.

Nota Iffah: Tamat! Siap cerpen ke berapa entah. Nukilan ini khas untuk kakak aku iaitu ummi kepada Ecah yang nakal. Kritiklah sebaik mungkin sebab aku amatur lagi.

Ps: Dia sweet macam sugar. =P

Part1: Jodoh dariNya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

“Fiz, aku tengok kau kerja siang malam. Tak penat ke?” Faris memulakan misinya.
“ Inikan dah memang tugas aku,” Hafiz ketawa kecil.
“Tapi sekarang umur kau dah patut kahwin tau tak?” Faris terus meleter tentang isu sama setiap kali mereka berjumpa.
“Apa nak risau Ris? Yang tak kahwinnya aku. Kau tu bini ada kat rumah tapi still datang lepak dengan aku kenapa?”
“Amboi, macam nilah kawan,” Nada rajuk.
“Jangan merajuk bro. Aku bukan bini kau, nak kena pujuk segala,” Serentak keduanya ketawa. Rahsianya masih tersimpan kemas. Belum masanya untuk Faris  tahu.

Xxxxx

“Oh ini je yang awak boleh bentang?” Tanya Hafiz sinis usai studentnya menyudahkan pembentangan. Zatil geram.  Lelaki itu sengaja mengundang amarahnya.
“Ya Encik Hafiz. Saya rasa presentation kumpulan saya ni cukup lengkap. Semua faham kan?” Dipalingkan wajah ke arah rakan sekuliahnya. Masing-masing senyap tanpa suara. Gerun mengutarakan pendapat.
“Tengok, kawan awak pun menikus. Maknanya kerja kumpulan awak ni tak cukup meyakinkan kami di sini. Sila buat semula. Buat kajian tentang isu peranan keluarga dalam pendidikan,” Zatil mengetap bibir. Dia makin geram.
“Baiklah Encik Hafiz,” Nada protes.
“Okey pelajar. Saya harap kesilapan seperti ini tak berlaku lagi. Sebagai pelajar awak kena bersedia dengan pembentangan yang lengkap dan meyakinkan. Kalau pembentangan macam sampah, saya rasa awak semua tak layak jadi pelajar ijazah sarjana muda pendidikan. Kelas bersurai!” Encik Hafiz berlalu keluar dari dewan kuliah.

Xxxxx

“Aku rasa macam nak tumbuk-tumbuk muka dia, Na. Dia memang sengaja!” Zatil masih geram.
“Dahlah Za. Kita student, dia lecturer mana boleh lawan. Umpama timun dan durian,”
“Apasal timun tu kita pulak?”
“Yalah, kita lawan macam mana pun kita tetap kalah. Kau bayangkan timun kena lanyak dengan durian. Tak ke bersepai nanti?” Syazna bercakap gaya ibu meleter anaknya.
“Tapi aku…” Zatil tak jadi meneruskan kata-kata.
“Apa lagi?”
“Tak ada apalah. Malam ni aku balik rumah tau,”
“Hah balik lagi? Rindu mak kau ke?”
“Aah rindu sangat,” Mereka ketawa. Tanpa sedar ada yang mendengar perbualan itu.

Xxxxx

“Mak ayah, assalamualaikum,” Zatil membuka sandalnya. Nampak seperti ada tetamu.
“Waalaikumussalam Zatil,” Hafiz tersengih.
“Encik Hafiz buat apa kat sini? Nak suruh saya bentang lagi ke?” Sindirnya geram. Hafiz hanya ketawa.
“Saya malas nak layan. Tepi sikit,”
“Ya siapalah saya nak dilayan kan,”
“Awak jangan mengada. Kat sini rumah saya, bukan dewan kuliah,”
“Kalau rumah awak kenapa?”
“Tak ada apalah!” Zatil terus naik ke atas. Hatinya masih bengkak. Suara mak memanggil turun makan juga diendahkan.

Xxxxx

“Eh Zatil kau tunggu kejap,” Jeritan Auni Maisara menghentikan langkahnya.
“Apa hal?”
“Kau jangan nak buat hal eh?”
“Aku? Bila masa pulak?” Hatinya mula tak enak.
“Kau jangan ingat aku tak tahu kau ada hubungan dengan lecturer kita,” Bagai batu menghempap tubuhnya.
“Aku tak ada masa nak layan gosip kau ni,” Zatil membuka langkah.
“Kau tak boleh lari. Aku ada bukti. Semalam dia datang rumah kau kan?”
“Kalau kami ada hubungan, kau kenapa?” Geram.
“Aku tak suka. Kau datang belajar ke datang nak menggoda pensyarah kat sini???”
“Kau jaga mulut kau sikit,”
“Kau tu jaga perangai dulu. Muka tak lawa mana, ada hati nak mengorat lecturer muda tu,” Auni cemburu. Dia lama menyimpan rasa. Namun, cintanya tak berbalas. Rupanya lelaki itu ada orang lain.
“Aku tak ada masa nak layan perangai gila kau ni. Tepilah,” Zatil melajukan langkah. Tangisan bila-bila masa akan berderai.
“Kau ingat Zatil! Aku akan sebarkan skandal kau dengan dia kalau kau teruskan hubungan haram ni!!!” Jeritan kuat itu meluruhkan segala kekuatan. Zatil tewas. Dia menangis sehingga ke malamnya. Segalanya diluahkan kepada Syazna teman akrabnya.

Xxxxx

“Encik Hafiz, ada hal nak cakap,” Hafiz terhenti dan menoleh ke arah Syazna, pelajarnya.
“Apa dia?”
“Zatil…dia…”
“Cakaplah apa yang tak kena? Zatil mana?” Hafiz mula tak sabar.
“Dia tak datang hari ni,”
“Kenapa dia tak sihat ke?”
“Tak sihat je. Dia malu,”
“Kenapa nak malu? Saya ada hal. Awak jumpa saya petang nanti di cafĂ©. Saya nak sangat tahu,” Hafiz berkemas dan berlalu. Syazna risau akan penerimaan lecturernya.


Nota Iffah: Ada dua part je. Atas permintaan aku sambung bagi panjang dan tambah babak dan dialog. Cukup tak puas taip 300 patah je. Hehe
Ps: Dia nak buat cerpen tak?

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers