Gurau pun ada batasnya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Amboi tajuk bukan main lagi kan. Maklumlah sejak umur hampir nak meningkat. Memang patut berubah jadi lebih matang dan baik. Aku nak matang dari segi pemikiran dan penulisan. Oh boleh ke? Cuba dulu baru tahu. Sebenarnya aku nak sentuh isu bergurau. Gurau senda. Lawak. JustKidding atau sekufunya.

Aku rasa benda ni semua dah tahu. Tapi pura-pura tak tahu. Nak berlawak pun kena tengok tempat dan masa serta orang yang dengar. Kadang kita bergurau orang fikir serius. Kadang kita serius orang kata kita buat lawak. Aku dah biasa kena. Padahal aku tak rasa itu lawak.

Ada juga isu sensitif yang tak boleh dijadikan bahan lawak lebih-lebih lagi untuk perempuan. Isu apa? Isu kahwin, isu jodoh, isu saiz badan, isu rupa paras. Semua yang sensitif dan berkaitan dengan perempuan tak boleh sebenarnya. Nanti jadi salah faham.

Lawak 1:
Aku kalau nak kahwin, aku nak kahwin dengan kau.

Lawak 2:
Jodoh kau lambat sebab kau pendek jadi orang tak sedar kewujudan kau.

Lawak 3:
Will you marry me? _____ Perempuan kata_____I will._____Dia kata_____JUST KIDDING! HAHA

Lawak 4:
Apasal kau makan banyak? Tak takut gemuk ke?

Apa-apa jelah lawak yang pada lelaki dan sesetengah perempuan rasa kelakar. Pada aku tak kelakar langsung okey. Jangan cuba bermain kata yang melibatkan perasaan. Kang perempuan tu syok sendiri. Kau bagi harapan secara tak sedar, akhirnya dia yang kecewa. Tak semua lelaki dan perempuan begini. Sekian.

23 comments:

  1. setuju:D haha yg nak kahwin dgn kau tu mmg tersentap hbs kalau dengar

    ReplyDelete
  2. jangan bagi girl harapan...pls jangan,..

    ReplyDelete
  3. lawak yang melampau ni memang tak boleh diterima!

    ReplyDelete
  4. Nak buat lawak boleh, tapi jangan ober sangat.. Dah tau kawan terasa, minta maaf cepat-cepat. Bila orang buat lawak, tapi kita yang mendengar ni rasa anoyying.. Oh,please la.. Tak lawak pun ehh. -_-"

    ReplyDelete
  5. tau xpe2.. gurau pun agak2 ler.. sensitif.. xfikir perasaan org lain la tu..

    ReplyDelete
  6. x suka sgt lawak yg mberi harapan..~

    ReplyDelete
  7. setuju gak, jangan melawak perkara yang serius kan.

    ReplyDelete
  8. assalam

    yaa sy setuju...gurau da btsnya :)

    kita selalu sensitif kt gurauann yg owg lain agap biasa..:)

    klu nk wat lwk biar berpada2 bkn melampau2 smp mengaibkn owg kn :)

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum iffah ..mama sokong tu...:)

    ReplyDelete
  10. Kalau orang lelaki baca, mesti dia kata perempuan ni sensitif lebih la. Memang pun.

    ReplyDelete
  11. tasuke dengan orang yang bergurau dengan mempersendakan fizikal yang ada pada orang lain. semuanya pon ciptaan Allah.. :)

    ReplyDelete
  12. okey.. ai pernah kena.. seyes..
    and yu pun tau kan..
    grrrr...

    ReplyDelete
  13. kerana pulut santan binasa
    kerana mulut badan binasa

    maaflah kalau terkasar bahasa
    mungkin aku tak menyedarinya
    mungkin hatimu telah terasa
    oleh bahasaku yg tak ada tapisnya

    terlajak kata hati terguris
    rasa bersalah tak dpt di tepis
    mulut lazer harus di hakis
    jangan sampai ada yang nangis

    * Iffah, aku pun slalu gurau dgn bahasa berbisa.. n3 ni ingatan yg baik :)

    ReplyDelete
  14. bergurau jangan sampai aibkan org

    ReplyDelete
  15. Yang lawak 2 tu,
    tetibe sentap!

    Sebab Iman pendek! HAHA! :D

    ReplyDelete
  16. semua membabitkan hati dan perasaan. kena jaga la. :)

    ReplyDelete
  17. Salam..tmpang bce entry awk ye.. :-) my bestfriend lelaki pon sokmo gurau2 ajak kahwen.i know it just kdding.but in dis case kawen2x stll x bley dgurau.yela girls always thng far ..rasa nk mrah je die..huhu

    ReplyDelete

Terima kasih membaca entri saya sampai hujung perkataan =)