ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
“Apa masalah awak sebenarnya?”
Iskandar bengang.
“Awak jangan pura-puralah. Mengaku
cepat awak keluar dengan siapa? Lewat sangat baliknya. Awak ingat saya ni
penunggu ke apa?” Maria seperti histeria. Jeritannya mampu memekakkan telinga
si pendengar.
Iskandar meletakkan beg kerjanya. Letih masih terasa. Disambut pula
dengan jeritan isteri yang juga sahabat baiknya.
“Saya kerjalah. Nak bagi awak
makan jugak. Awak ni tak habis-habis dengan cemburu. Saya letihlah macam ni!”
Bibir diketap.
“Tipu. Cepat mengaku. Perempuan sundal
mana pulak kau kelek hari ni? Mentang aku duduk rumah macam orang bodoh kau
tipu aku ye?” Lebih kuat suaranya kedengaran.
“Ya aku ada perempuan lain. Aku dah
tak tahan hidup dengan kau Maria. Cemburu tak habis-habis. Kalau macam nilah
cara kau layan aku sebagai suami, aku tak teragak nak ceraikan kau!” Iskandar
terus keluar dari rumah semula.
Keretanya dipacu laju. Iskandar bengang.
Setiap kali pulang ke rumah begini jadinya. Kalau tak Maria yang keluar dari
rumah pastilah dia yang akan keluar. Pergaduhan seperti rutin. Dia letih dengan
semua ni. Dahulunya mereka baik. Baik sangat. Ke mana bertiga dengan Vivian,
sampaikan tiada perempuan berani mendekat. Setelah berbincang berdua, mereka
memilih untuk bersama. Dari persahabatan berubah kepada sebuah ikatan
perkahwinan dengan rela.
“Maria!!!” Iskandar menjerit
sekuat hati. Maria berubah laku setelah mereka bergelar suami isteri. Maria sememangnya
kuat cemburu. Asal Iskandar mendekat dengan gadis pejabat pastilah Maria datang
menyerang. Malah pernah satu ketika Vivian teman mereka berdua diugut bunuh. Padahal
dahulu Maria, Iskandar dan Vivian berkawan baik. Entah apa yang mengubah Maria
sebegitu rupa. Iskandar mengeluh mengenangkan Vivian yang telah pergi berhijrah
demi keselamatannya. Persahabatan mereka terputus begitu saja. Kadang Iskandar
menyesal berkahwin dengan teman baiknya sendiri.
Xxxxx
“Treeeeeetttttttttttt………….” Brek mengejut.
Iskandar cepat-cepat keluar dari kereta.
“Maaf, awak tak apa-apa ke?”
Lurut dan siku perempuan itu berdarah. Salah dia membawa terlalu laju. Iskandar
meraup wajah.
“Sikit je,” Wanita itu segera
ingin pergi dari situ.
“Eh biar saya hantar ke klinik. Luka
ni kena cuci,” Gelengan wanita itu menimbulkan geram di hati Iskandar.
“Cik, dengar cakap saya. Saya doktor.
Jom pergi klinik saya. Tolonglah jangan bagi saya rasa bersalah cik!” Tegas
nadanya. Seklias wanita itu berpaling. Iskandar kaget. Terkejut. Setelah lama
dia tak jumpa wanita itu. Kini tiada lagi uraian rambut panjang berwana
keemasan. Yang ada cumalah sehelai tudung yang agak labuh dan suram warnanya.
“Vivian?” Melongo Iskandar saat
wanita itu tersenyum dan menggeleng.
“Bukan. Nama saya Maya. Dr,
terima kasih susah-susah nak hantarkan saya ke klinik. Tapi saya boleh cuci di
rumah sendiri,” Maya menolak.
“Jangan membantah. Tolonglah Cik
Maya. Saya yang salah sekarang ni. Lagipun wajah awak saling tak tumpah dengan
kawan baik saya, Vivian. Anggaplah saya membantu kawan sendiri. Boleh kan?”
Maya seakan tak mahu. Namun, darah pekat masih mengalir. Dia terpaksa mengalah.
Dalam hatinya penuh debaran. Hanya dia yang tahu hakikat sebenar mengapa
hatinya begitu deras.
Xxxxx
Maria mendengus geram. Akhirnya,
surat cerai kini di tangannya. Lelaki yang bernama suami telahpun
menandatanganinya. Hanya Maria yang belum.
“Bodoh punya
jantan! Sanggup kau duakan aku!” Maria menjerit lalu menangis. Seperti orang
gila. Rumah itu sepi. Tiga tahun mereka kahwin, namun mereka tak punya anak
langsung. Malah, kasih sayang tak pernah wujud dalam rumah ni. Maria kecewa.
“Aku takkan
menyerah Iskandar. Kau milik aku. Akan selamanya milik aku. Vivian atau sesiapa
pun takkan dapat kau. Sebab kau memang milik aku seorang. Susah payah aku
usahakan sampai kita dapat kahwin begini. Senang-senang kau nak lari dari aku? Jangan
mimpilah jantan keparat! Kau tetap milik aku!” Hilai tawa Maria sungguh
menggerunkan.
Mujur saja tiada siapa di rumah. Dia ketawa dan air mata turun
membasahi pipi. Dia cintakan Iskandar. Sangat-cangat cintakan Iskandar. Setiap perempuan
yang mendekat pasti dia ugut. Pernah seorang junior kampusnya ingin meminta
nombor telefon Iskandar, Maria mengugut untuk mencalarkan wajah mulus junior
itu. Sampai sekarang sesiapapun tak berani dekat. Termasuklah Vivian. Vivian baginya
hanyalah penghalang!
Xxxxx
“Assalamualaikum,”
“Waalaikummussalam, masuklah,”
Debaran makin membara. Maya di situ tersipu malu. Rombongan lelaki telah
sampai. Hingar seketika majlis itu. Maklumlah, masing-masing sibuk ingin tahu
siapakah gerangan lelaki yang berjaya mengubah seorang gadis cina menjadi ayu
begini.
“Boleh saya mulakan?” Tok Kadi
sudah tak sabar lagaknya. Maya senyum. Begitu juga Iskandar.
“Aku nikahkam dikau dengan Maya
Vivian binti Abdullah Gan dengan mas kahwinnya RM15,000 tunai,”
“Aku terima nikahnya Maya Vivian
binti Abdullah Gan dengan mas kahwinnya RM15,000 tunai!”Dengan sekali lafaz
mereka bersatu.
Seharusnya dari dulu lagi mereka berdua begini. Namun, takdir
menentukan segala. Cinta yang disemai dalam diam terhalang oleh agama dan
persahabatan. Maria telah lama menghilang. Mereka sah bercerai. Iskandar tegar
memilih Vivian setelah mengetahui yang Maya adalah Vivian dan Maya cintakannya
sejak dari zaman universiti lagi. iskandar senyum meleret. Akhirnya, dia
menemui bahagia pada hari ni.
“Berhenti!!!” Semua tetamu
berpaling ke wanita berparang.
“Maria, apa kau buat kat sini?”
Maria seakan dirasuk syaitan. Wajahnya bengis menuju ke Iskandar dan Vivian.
“Kau tanya benda yang kau dah tahu?
Inilah perempuan yang merampas kau dari aku ye? Vivian? Bodoh punya cina!!!”
Parang dilibas laju. Pantas saja Iskandar menolak Maya jauh.
“Kau milik aku Is. Kenapa kau
pilih Vivian jugak? Kau tahu kan aku sayang kau?” Maria menangis pula.
“Maria, syhhh. Aku sayang kau. Tapi
sebagai kawan. Kau dan aku tak seharusnya kahwin dulu. Semuanya satu kesilapan.
Aku tersilap menilai hati sendiri. Maafkan aku!” Maria ketawa kuat.
“Kau kata satu kesilapan? Kau
bodoh Is. Aku yang usahakan sampai kita kahwin kau tau? Aku yang halau semua
perempuan yang datang semata-mata ingin bersama kau. Kau buta sebab kau tak
nampak betapa sayangnya aku kat kau. Kau!!!” Sekali lagi parang dilibas. Kali
ini mengena sasaran. Iskandar terjatuh. Darah pekat mengalir. Maria menangis. Maya
juga.
Xxxxx
Pintu rumah terbuka luas. Iskandar
duduk di situ memerhatikan keindahan alam. Jauh fikirannya menerawang.
“Sayang, kenapa ni?” Maya
merenung jauh ke dalam mata suaminya.
“Sayu mengenangkan nasib Maria
je,” Maya tersenyum.
“Abang masih ingatkan bekas
isteri abang ye?” Iskandar menggeleng.
“Janganlah cemburu sayang. Isteri
abang ni takkan dengan Maria nak cemburu jugak?” Iskandar risau.
“Taklah. Maya pun ingatkan dia. Apa
khabarlah Maria sekarang? Dengar kata masih sama macam dulu,” Iskandar
tiba-tiba mengalirkan air mata.
“Abang kenapa ni?” Maya kaget.
“Maya, abang suami tak guna kan?
Tak patut abang tinggalkan Maria dulu…kalau tak mesti dia tak payah dirawat
macam sekarang ni,” Hati Maya terusik.
“Abang nak kahwin dengan dia ke? Maya
izinkan…” Maya segera masuk ke ruang tamu semula. Hati wanitanya benar-benar
terguris. Siapa mahu suami sendiri memikirkan wanita lain?
“Sayang…janganlah merajuk,”
Iskandar berusaha menggerakkan kerusi rodanya ke depan.
“Maya please. Abang tak ada
niatpun nak kahwin dengan Maria balik. Abang cuma kesal sebab kita bertiga
akhirnya begini jadinya. Abang yang harus dipersalahkan. Abanglah punca Maria
jadi begitu. Abang memang tak guna!” Maya segera mendapatkan suaminya semula.
“Abang! Jangan cakap lagi. Maya
salah. Maya tak patut cemburu dengan Maria. Abang, janganlah salahkan diri
lagi. Abangkan tak sembuh lagi. kalau asyik sedih bila nak baik kakinya?” Maya
memeluk erat. Tangisan mula singgah. Dia takut kehilangan suaminya. Dia takut
kehilangan buat kali kedua. Luka di kaki suaminya agak parah. Parang berjaya
meninggalkan kesan mendalam di bahagian betis lelaki itu.
“Abang maafkan. Abang nak
cepat-cepat sihat. Kesian isteri abang, dah lama jadi puan tapi masih anak dara,”
Iskandar mengenakan isteri kesayangannya.
“Eee tak malunya dia ni,” Maya
melepaskan pelukan segera.
“Eh betul apa abang cakap?”
Iskandar ketawa riang. Suka benar dia melihat wajah putih Maya atau Vivian
berona merah. Comel sangat!
“Dahlah malas layan abang. Malam
ni abang tidur jelah kat sofa bawah ni. Tak ada sesiapa nak tolong papahkan
abang naik,” Maya mencebik bibir. Geram pula hatinya.
“Ala sayang…kesiankanlah abang
ni. Takkan abang yang sakit kena tidur sini. Apa guna ada isteri kalau tidur
sofa jugak? Sayang…”Iskandar berusaha lagi. Maya ketawa senang akhirnya.
“Tahu takut. Lain kali Maya
tinggalkan je abang kat bawah ni. Tak padan dengan kaki sakit kan?”
“Taubat. Tak naklah. Buat penat
kahwin dua kali kalau hidup macam orang bujang jugak,” Maya senyum. Dalam hatinya
bersyukur kerana takdir menemukannya semula.
Bukan dia memilih untuk merampas
kasih Maria. Bukan niatnya merobohkan mahligai Maria dan Iskandar. Namun,
jodohnya tetap dengan Iskandar. Kata hati tak dapat dielak. Cinta lama kini
disemai semula. Cinta yang dulu mustahil kini tidak lagi. Maka Vivian terkubur
bersama dosa dan sejarah hitam. Yang ada Maya. Gadis cina yang beragama Islam.
Bukan kerana cinta kepada
Iskandar dia berubah. Tapi cinta kepada Ilahi. Penghijrahannya ternyata tak
sia-sia. Cinta Allah dia mendekat, cinta manusia dia kecap. Berakhir kisah
sedih tiga sekawan. Cinta pada manusia kadangkala meranapkan sebuah
persahabatan namun cinta kepada Allah mendekatkan malah membuahkan persahabatan
yang kekal hingga ke akhirnya.
Nota Iffah: Tercetus apabila Reenapple kata aku sweet macam cotton candy. Kisah ni macam kesinambungan karya Nong Andy. Tapi semua nama dalam cerpen ni ialah nama kereta aku. Maria (Wira) yang dah tak ada dan Maya (Myvi Purple). Iskandar (Wira) kereta kawan aku tapi dah kena jual. Vivian (Myvi Hitam) juga dia punya. Kadang bagi nama kat kereta ni seronok jugak. Macam haiwan peliharaan kan? Apapun semoga mendapat manfaat dan terhibur. Segala kritikan aku terima dengan senyuman.
5 comments:
ohohohohohoh... nice.... hehehe. Tapi aku tak nampk kaitannya dengan manisnya kau seperti cotton candy.. hehehehe.
Aku rasa Maria tu dah jadi Gila eh??? hehehhe... SUka suka.. =).
nanti aku ada kereta, aku letak nama kucing.. ahahaha...
hahahaha... punyalah cepat si dia itu menulis :)
hehe.. best la kali ni ada watak ganas siap nak bunuh2--> Maria
Semua nama kereta pulak tu... Aku suka nama Maya. Len kali nak pinjam nama tu boleh hehe..
sweet lah ending dia cik puan yang masih dara ahahahaha...
*bila baca ni gatal pula tangan nak menulis hehe!
Wah, nama kereta ye? Lepas ni nama binatang peliharaan pulak :D Sumber inspirasi yg kreatif ;)
bestnya...dah lama x baca cerpen iffah rindu...
hihi..semua suka bercintakan? indahkn klw semuanya manis jer..
Post a Comment