CORETAN TERBARU NADH

Cemburu versi Iffah Afeefah

Aku tak boleh nak buat tajuk macam idola-idola aku tu. Sebab aku bukan ada someone special nak sebut pasal cemburu. Tapi setelah dipujuk rayu oleh Sunah. Aku buat jugak entry ni. Maaf kalau ada yang tak kena. Sebab aku pun bukan pandai sangat pasal cemburu.

"Saya tak sempat cemburu pun sebab awal-awal dia dah bagitau nak keluar dengan kawan gegirl. Janji dia tak belakangkan saya," Syakira Yaakub bercerita tentang tunangnya yang hot stuff kononnyalah :-P Selebihnya di http://www.kierasakura.blogspot.com/2012/05/satu-perjalanan-13-versi-tak-cemburu-ke.html

"Ada ke orang tak cemburu walaupun sedikit? Mestilah ada cemburu cuma tak luahkan je," Sunah Mohamad berkongsi pendapat di blognya di link http://www.sunahsukasakura.com/2012/05/tak-cemburu-ke-saya-versi-sunah-sakura.html

Pendapat aku yang single ni pulak? Bagi aku cemburu memanglah tanda sayang. Siapa tak pernah rasa cemburu? Mustahil sama sekali. Manusia ada rasa begitu. Sama ada tunjuk atau tak. Tapi ramai yang tak mahu faham situasi itu. Bagi mereka kalau sayang tunjukkan. Kalau rindu buktikan. Kalau cinta berikan. Kalau cemburu katakan. Semuanya kena bagi orang istimewa itu tahu.

Ya, aku juga dulu rasa macam tu. Kenapa dia tak kata apa-apa? Tak cemburu ke dia? Dia tak kisah ke aku dengan lelaki ni? Dia ni sayang aku ke tak? Semuanya pernah je aku alami dan rasai. Tapi untuk apa kita cemburu dan ragui pasangan kita? Cukuplah masing-masing mempercayai antara satu sama lain. Juga yakin dengan jodoh.

Saling percaya saling mengerti, hindarilah cemburu butaaaaa, usah prasangka hilangkan ragu, moga tercapai saat bahagia...- lagu resepi berkasih Arwah Achik Spin dan Nana.

Jadi cemburu biarlah berpada-pada. Bak kata Sunah, pakwe, tunang mahupun suami bukan hak kita. Selamanya bukan. Dia milik Allah. Allah bagi pinjam je. Jadi tak payah nak cemburu sangatlah. Kalau jodoh kau dengan dia ada. Kuat! Takkan ke mana. Inilah masanya nak uji kesetiaan, kepercayaan, kecekalan, kesabaran dan sebagainya dalam hidup berkasih sayang. Itu je pendapat aku yang tak seberapa buah fikirannya. Dengan ini, aku akhiri dengan serangkap pantun.

Pergi membeli si layang-layang,
Beli pula di Kedai Abdullah,
Kalau cemburu tandanya sayang,
Baiklah cemburu dengan Allah.
Published with Blogger-droid v1.7.4

10 comments:

Kira Sakura said...

hot setap yg tatahan tue.. hahahaha..
dari jeles x tentu hala baiklah buat menda yg lebih bermanfaat kan..

Anonymous said...

aku cepat jeles. tp cepat cool :)

apdm said...

salam..

hehe...jarang nak cemburu...tak tahu kenapa..


jemput joint contest syira :

http://www.sissyira.com/2012/05/contest-2-kata-kata-indah-sticky-post.html

Sunah Sakura said...

tu dia aihhhhhhh...bila Dr. Cinta Ipah berkata2 tentang cemburu... :p

syakirahmn said...

betul sangat. dalam kehidupan ni memang lahhh semuanya bukan milik kita. diri kita sendiri pon bukan milik kita. Allah kasik pinjam, sekejap aje.

reenapple said...

yaaa... aku setuju. setuju sangat. Haaaa... cemburu itu bukan sifat yg terbaik.. =)

Anonymous said...

PERgi MEMbeli Si LAYang-
LAYang,
BELi PULa Di KEDai
PAK DOLah,
CEMburu BiAR YANg SEDang-SEDang,
KALau TERLEbih MAKan HATi TAK SUDah.
:)

fizafantagiro said...

jommm whatapps .. pm no kt fb oke ?

fRaMe+LenSeS said...

pehpehpeh jirannn. ehehe, cemburu laa. :P

Nong Andy said...

cemburu ni ada pelbagai.. bukan melihatkan org bercinta je. aku pun cemburu dengan iffah yang banyak idea nak kongsi di blog hehehe...

kalau hubungan yang dah lama, biasanya aura cemburu tu dah berkurangan.. tapi cemburu sekali sekala tu ada gunanya. sebab aku geram gila tu.. kalau pasangan sikit pun tak cemburu hehehe.. maknanya dia tak sayang ekekeke..

*cool.. tak cemburu konon! tapi dalam hati.. hehe, lelaki biasanya macam tu :P

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers