ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Sunyinya malam ni," rungut Nafisah. Mungkin
ketiadaan orang di rumah membuatkan dia rasa sedemikian. Buku novelnya ditutup
rapat. Dia tersedar tingkap biliknya tak tutup rapat. Angin malam mencurik
masuk ke dalam kamarnya. Langkahnya diatur perlahan ke arah tingkapnya.
“Tingggg!” Bunyi itu mengganggunya. Jantungnya terus
berdegup dengan laju. Umpama sedang rempit di atas jalan raya. Rumah itu sunyi.
Hanya dia sahaja yang tinggal. Kawan serumahnya Qila dan Liana keluar dinner.
Maklumlah masing-masing ada buah hati. Sekilas Nafisah mengerling ke arah jam
dinding. Pukul 9.20 malam. Masih awal. Dia terus menutup tingkap dengan laju.
"Tolonggggg.........tolong...." bunyi suara garau
kedengaran.
Nafisah kembali berdebar. Bulu romanya naik. Langkah di
percepat ke katil. Lalu dia menyelubungkan diri. Suara itu makin perlahan.
Seolah jauh. Nafisah segera menghubungi jiran sebelahnya. Namun panggilan tidak
berjawab. Sedarlah dia keluarga di sebelah rumahnya telah balik ke kampung kerana
cuti hujung minggu. Dadanya berombak. Suara itu makin perlahan. Lantas Nafisah
menghubungi housematenya untuk pulang segera. Tapi jawapan yang diterima
menghampakan. Mereka belum mahu pulang lagi. Nafisah menutup mata rapat.
Telinganya dikatup juga. Tak mahu lagi dengar suara aneh. Tak mahu bermain
dengan perasaannya. Lalu dia tertidur.
Xxxxx
Kejadian malam itu tak lagi mengganggu Nafisah.
Mungkin itu hanya mainan mindanya saja. Kejadian itu terus menjadi rahsia. Dia
tak mahu teman serumahnya takut dengan situasi begitu. Cukuplah dia yang
menanggung debaran. Malah, tak pernah dia cari tahu bunyi apakah dan suara
apakah yang menggamit mindanya malam itu. Dua malam telah berlalu. Tiada apa
yang mengganggunya lagi. itu saja sudah membuatkan Nafisah bersyukur.
“Beb, aku nak keluar. Ada apa-apa nak kirim?” Liana
menghenyakkan punggung di sofa bersebelahan Nafisah. Nafisah diam seketika.
“Cepatlah, Azwan dah tunggu tu,” Nafisah senyum.
Orang ada pakwe mana nak lekat kat rumah. Hari biasa ke hari minggu sama je
aktiviti teman serumahnya.
“Aku tak nak apa-apa. Kalau aku lapar pandailah
aku,” Itu kata putus dari Nafisah. Liana cuma mengangkat bahu dan berlalu
pergi.
“Hati-hati!” Itu saja yang dia sempat laungkan.
Pandangannya terus ke arah televisyen. Niatnya ingin mencari cerita menarik
untuk ditonton. Namun hampa. Nafisah bangun dari duduknya. Punat merah ditekan
sekaligus skrin bertukar hitam pekat. Dia mengeluh perlahan. Bosan jika
hari-hari begini.
“Assalamualaikum,” Suara lantang dari luar
mengejutkannya. Suara lelaki yang pastinya. Nafisah jenguk sedikit.
“Tak ada gaya posmen langsung!” Rungutnya lalu
mencapai tudung yang tersangkut di belakang pintu rumah. Kepala Nafisah
terjengul sedikit. Cukup untuk berinteraksi dengan si pemberi salam.
“Ya, ada apa?” Lelaki itu berpaling semula.
“Saya ada hal nak jumpa saudari. Boleh datang dekat
sikit?’ Permintaannya agak pelik. Namun, Hazril perlu berbuat begitu. Dia tak
mahu orang lain mendengarnya. Nafisah berdebar. Entah apa yang lelaki itu
mahukan.
“Ya, ada apa yang encik nak? Maaf, saya tak boleh
jemput masuk sebab ini rumah anak dara,” Hazril tersenyum cuma. Dia tahu
hakikat itu.
“Saya tahu. Sebab tu saya nak cakap kat sini je.
Sebenarnya, saya ada masuk rumah ni. Dua hari lepas. Tapi barang saya
tertinggal. Awak boleh tolong ambilkan?” Nafisah ternganga. Jadi benarlah yang
dia dengar malam itu. Peluh dingin mula membasahi diri.
“Maaf bukan niat saya nak takutkan awak. Cuma malam
tu saya ada masalah. Nanti saya ceritakan kalau awak nak tahu. Tapi sekarang
saya nak barang saya tu balik. Penting!” Hazril serius. Dia tahu tindakannya
sangat berani. Mana taknya malam-malam masuk ke rumah perempuan. Bukan sengaja,
namun dia perlukan tempat berlindung segera.
“Aaaa okey. Saya tak nampak apa-apa barang pun,”
Nafisah kurangkan gugupnya. Hazril memandangnya pelik.
“Takkan tak ada?” Nafisah cuba mengingat semula.
Bunya tinggg! Yang ada sesuatu yang berbunyi malam itu. Apakah ia? Mungkin
itulah yang Hazril cari.
“Saya cuba carikan. Tapi tolong bagi masa. Apa benda
tu? Adakah dia besi?” Nafisah cuba memikirkan semula. Dia tak pernah ternampak
apa-apa yang aneh.
“Ya. Aah benda tu terjatuh masa saya masuk ikut
beranda rumah awak. Benda tu loket. Loket peninggalan mak saya. Saya tahu
kehadiran saya ni memeningkan awak. Mungkin menakutkan. Tapi percayalah saya
tak ada niat jahat. Kalau awak jumpa loket tu, awak call saya okey?” Hazril
menghulurkan kadnya. Nafisah terperanjat.
“Syed Hazril bin Syed Hafizuddin,” Ternganga
seketika. Ditenung wajah lelaki itu dalam-dalam. Hazril tercengang pula.
“Kenapa dengan nama saya?” Hazril memandang kadnya
juga. Pelik.
“Syed, mungkin kau tak kenal aku. Tapi aku kenal
kau. Syed, budak form two yang asyik kena rotan dengan cikgu…” Belum sempat
Nafisah mengatakannya. Hazril menyambut.
“Daud,” Ketawa meletus.
“Kau siapa ye? Nampak sangat aku popular,” Hazril
ketawa semula.
“Aku Nafisah. Budak skema yang kau kata anak emas
cikgu tu,” Nafisah senyum mengenangkan kisah dulu. Tak sangka bertahun-tahun
lamanya Syed Hazril muncul semula. Wajahnya lain sangat. Dulu chubby. Sekarang
sangat tinggi dan kurus.
“Nafisah? Serius kau tak rabun dah ke?” Pertanyaan
Hazril membuatkan Nafisah mengetap bibir. Geram pula bila diungkit semula kisah
cermin matanya.
“Syed, kau ni kan. Spoil lah. Aku dah lama tak pakai
spek tu. Aku rabun lagi, cuma selalu aku pakai contact lens je,” Hazril
mengangguk-angguk.
“By the way, takkan kita nak borak lama kat depan
rumah aku ni. Sorrylah, tak manis kalau jiran aku pandang,” Nafisah
mengingatkan Hazril tentang di mana mereka berada. Mulut orang bukan boleh
dizip. Kang sia-sia je telinga kena dengar khabar angin yang menyakitkan
telinga.
“Sorry, later kita borak lagi okey Pisah. Aku gerak
dulu. Ingat, loket tu,” Hazril melambai dan masuk ke dalam kereta. Dipecut
laju. Nafisah juga yang termangu di situ. Syed Hazril satu nama biasa yang telah
mencipta sejarah luar biasa dalam lubuk hatinya.
Xxxxx
Kentang Mcd masih terbiar sepi. Nafisah sudahpun
memegang loket kepunyaan emak Hazril. Digenggam erat. Mata terpejam. Cuba menghapuskan
rasa dulu yang kembali segar. Dia tak mahu berharap dengan cinta monyetnya. Bagi
Nafisah cinta itu telah lama terkubur. Memang Syed Hazril pernah dia benci
suatu ketika dulu. Ejekan budak skema sentiasa menghantuinya. Dia terhina
dengan kejian sebegitu. Namun, setelah Hazril pindah dari sekolah itu, hatinya
mula membisikkan sayang dan menghapus kebencian dalam diri.
“Oit kau tidur ke apa?” Hazril duduk di depan
kawannya tanpa dipelawa. Pantas saja mata Nafisah terbuka.
“Tak reti bagi salam ke?” Nafisah muncung. Tangan berisi
loket dibuka. Disuakan ke muka temannya Hazril.
“Loket aku! Thanks beb. Tak sia-sia aku ada kawan
macam kau,” Hazril kelihatan begitu teruja. Loket itu punya sejarah.
“Jadi apa kes kau datang rumah aku malam tu? Kau jadi
pencuri ke apa?” Nafisah menyedut airnya. Matanya tertancap pada wajah lelaki
yang dia rindui.
“Panjang ceritanya…” Nafisah menanti penuh sabar.
“Aku kena kejar malam tu. Semua gara-gara loket
arwah mak aku. Aku tak tahu kenapa diorang nak sangat loket ni. Tapi walau
macam manapun aku tetap akan jaga loket ni. Ini je peninggalan mak aku,” Hazril
melepaskan keluhan. Entah bila badai ini akan berakhir melanda dirinya.
“So, sekarang apa plan kau?” Hazril menghadiahkan
senyuman buat Nafisah. Nampak begitu mengambil berat. Entah mengapa dia senang Nafisah
berkelakuan begitu.
“Tak ada apa. Yang aku boleh buat sekarang sorokkan
loket ini di tempat selamat. Tapi aku tak tahu mana lagi yang boleh aku
sorokkan. Lambat laun diorang jumpa jugak,” Keluhan berat dilepaskan.
“Aku ada idea. Itupun kalau kau setuju,” Nafisah
bersuara setelah keduanya mendiamkan diri.
“Apa dia?” Teruja mahu tahu. Mungkin, masalahnya
akan selesai. Hazril memandang tepat ke mata Nafisah. Mukanya penuh pengharapan
yang menggunung.
“Masuk dalam peti besi kat tempat kerja ayah aku. Dia
polis,” Hazril kelegaan. Dia setuju terus. Mereka berdua berborak panjang. Syed
Hazril kacak. Kadangkala dia menguntumkan senyuman buat wanita di depannya. Nafisah
berdebar-debar tanpa sebab.
Xxxxx
“Pisah, aku tanya kau jangan marah eh,” Nafisah
tersenyum.
“Apa dia?” Hazril menghadap temannya di depan mata.
“Kenapa kau suka aku?” Gugup Nafisah dibuatnya. Terlalu
drastik soalan itu menjelma untuk dicerna mindanya.
“Maaa na kau tau?” Tergagap pula. Nafisah mula
berdebar.
“Aku gurau je. Kau ni sukakan aku ye? Tak apa kalau
macam tu aku masuk minang nak?” Hazril senyum sendiri. Dia sengaja menguji
perempuan itu. Terlalu banyak rahsia dia simpan kemas.
“Kau jangan buat main benda macam ni,” Nafisah tak
tentu. Geram pula dengan Syed Hazril. Seperti sedang diduga hatinya kala ini. Lelaki
itu tersenyum cuma.
“Kau sukakan aku. Aku sukakan kau. Kita kahwin nak. Itupun
kalau kau setuju,” Hatinya berbunga bahagia. Namun, muncung tetap sedepa.
“Kenapa? Kau tak suka ke kahwin dengan aku yang baik
ni?” Hazril cuak. Dia takut ditolak mentah-mentah.
“Kot iyapun buatlah romantik-romantik sikit. Ini dahlah
dalam Mcd. Hampeh betul kau Syed!” Nafisah monyok. ‘Tak sweet langsung!’ Getus
hatinya.
“Aku bukan tak sweet atau romantik. Aku nak simpan
semua tu lepas kita kahwin nanti. Sebab aku nak jadikan cinta lepas kahwin itu
lebih indah sebab kau dah halal untuk aku masa tu. Jadi, sudi tak jadi kekasih
halal aku di dunia dan akhirat? Kekasih yang sama-sama mencari cinta abadi?”
Nafisah termangu. Dalam tak sedar air matanya mengalir. Bukan sedih tetapi gembira. Air mata tetap tak mahu berhenti. Rasa malu lama ditolak tepi. Bahagia
datang tanpa dinanti. Sungguh Allah maha mengetahui. Mana yang baik dan buruk
untuk hamba-hambaNya ini. Syukur telah dipanjat kepada Ilahi. Moga cinta ini
sampai ke syurga abadi.
Nota Iffah: Tak mampu buat seperti yang dirancang. Tiba-tiba jadi lain. Sebab ada orang terharu dengan status FB siap kata "Ya Allah, sweetnya dia!" Dengan aku pun terjebak sweet itu. Maka terhasillah ending begini.
9 comments:
eheee... terkejut aku baca ending dia.. tetoba je ajak kahwin.. errr... tak romatik betul Syed Hazril tu.. heheh. Tapi gentleman la jga.. hehehe.
simpan semua lepas kawen. :)
memang suweet pn.. tetibe je ajak kawen...
tapi nak tau story di sebalik loket tu.. cam tergantung je..
errkk.. banyak pulak komennya.. huuuu~
waa cerpen kak iffah mmg selalunya tdk mengecewakan. best2. bgus la laki tuh. terus ajk kahwin je. hehe :)
anda pandai berkata2..thniah iffah..
reenapple?
tak romantik kah? bagi aku romantik enough lah tu ekekeke.. aku sebenarnya suka lagi, laki mcm tu.
kalau laki yg ckp:
' aku cintakan kamu' depan2 aku rasa nak muntah geli muahahahaah..
(tapi dlm cerpen byk pula aku tulis lagu tu kehkehkeh)
*Iffah.. serius sweet citer ni.. aku suka sgt kerekter si Hazril tu.. ah! jatuh cinta lah dgn hazril ekekeekek..
memula kan akak pn berdebar baca yg awal tue tp lama2 alahai sweetnye.. lg sweet sbb dia nk simpan ble dh jd halal nt.. hihi
ha'aa sweet sangat cerita nie.. kalau la dapat bertemu lagi dengan cinta monyet dulu.. hehe
ya Allah, sweetnya yu! eh! hahaha~
Post a Comment