CORETAN TERBARU NADH

La Tahzan: Nikmat yang hilang

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
La tahzan kembali lagi. Entah kenapa aku jadi tak mampu berkata-kata sepantas yang dulu. Mungkin inilah nikmat yang Allah akan tarik perlahan-lahan dari aku. Ya, nikmat untuk menulis. Nikmat idea yang melimpah ruah. Semuanya nikmat yang Allah berikan. Dia hanya mahukan kita menggunakan nikmat yang diberikan dengan cara yang benar.

La tahzan buat mereka yang telahpun ditarik balik nikmat yang Allah kurniakan. Mungkin bukan sekarang. Tapi mungkin akan datang. Mungkin juga dah lama hilang. Pelbagai bentuk nikmat yang Allah berikan kepada kita tanpa kita sedar. Tapi kita pernahkah bersyukur dengan nikmat-nikmat itu?

Kalau tak bersyukur, lekas-lekas bersyukur sebelum nikmat-nikmat itu hilang tak berganti. Bila dah tak ada baru nak tergagau mencarinya bukan? Biasanya sudah hilang baru menghargai. Itulah manusia. Jangan  bersedih kerana nikmat yang hilang dan bersedihlah bila kita tak menghargai dan bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan.

Macam aku, nikmat telah hilang tanpa aku sedar. Kini aku mula menginsafi diri yang terlalu leka menggunakan nikmat yang ada tanpa mensyukurinya. Rindu nikmat itu T.T

12 comments:

reenapple said...

Aku??? Aku tak pernah sedar apa yang aku hilang... heheh. Sehinggalah aku perlukannya, and then oh, baru aku sedar ia dah hilang dan tak akan pernah ditemui kembali...

lumrah la manusia itu.. dan sekarang aku hargai apa sahaja di depan mata aku... =)

Burungman said...

T T

Ce'gu JAERA said...

cikgu... saya pun da macam xda idea da nak menulis... nikmat dan anugerah saya kena tariki agaknya.. huhuhuhu...

Efa Nur said...

sediakan payung sebelum hujan..eh?

renung2 kan dan selamat beramal :D



~bersyukur dgn apa yg ada~
:)

anak ayah said...

la tahzan...pujuk hati kita utk redhakan segala-galanya =')

apdm said...

salam....

saya pun sama, kadang2 berjam2 baru nak siap satu entri..

kalau ilham dah hilang... mmg buntu jadinya..

Kira Sakura said...

sbb tue selalu pasakkan dalam hati.. hargai dan syukuri sebelum dia hilang dari pandangan.. paling takut klu nikmat mensyukuri hilang dari diri..huhuhu

sabar ye dik...

Shiema Sufian said...

Alhamdulillah for all the nikmat.

Nong Andy said...

Iffah.. aku terasa ini la tahzan utk aku. bila apa yang di tulis rasanya salah.. semua tidak kena. idea langsung tak ada.. ah! kita fikir idea yang selama ini kita tulis itu milik kita.. rupanya bukan begitu. itu anugerah dariNya. dan bila ia pinjamkan, ia boleh ambil semula bila-bila masa..

*n3 kena betul dgn batang hidung aku

Aien Not Alien said...

bila dah hilang baru kita sedar....

Lydia Miza said...

kita selalu leka dan lupa pd nikmat yg ada

Cik Pulau said...

sebaik-baik manusia adalah manusia yang bersyukur manakala sejahat-jahat manusia adalah manusia yang kufuur...^^

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers