CORETAN TERBARU NADH

La Tahzan: Ragam manusia

Manusia sangat pelik. Macam-macam ragam kita akan jumpa. Ada yang begini. Ada juga yang begitu. Ada yang annoying. Ada yang autokratik dan ada juga yang hipokrit. Terlalu banyak jika mahu disenaraikan. Kenapa begitu? Sebab kalau semua sama taklah macam pelangi. Ada variasi warna. Variasi cara dan tingkah lakunya.

La tahzan buat mereka yang terpaksa bekerja atau berhadapan dengan orang yang banyak ragamnya. Sukar memenuhi kehendak seseorang bukan? Aku faham. Walaupun aku belum bekerja, tapi aku tahu yang orang yang menjengkelkan itu wujud. Orang tak faham bahasa juga tergolong dalam kategori annoy!

Tapi, siapa kita nak menghukum mereka yang menyakitkan hati kita. Ragamnya yang pelbagai. Kadang angin monsun datang. Kadang puting beliung. Sampai kita putus asa dengan kerja sebab orang begitu. Ada bukan tak ada. Cuma jarang kita dengar. Apa kita kena buat bila stress dan sedih dengan orang sebegini?

1. Jangan layan emosi kita. Kalau dia marah, kita jangan ikut marah juga. Syaitan suka kan?
2. Tak pedulikan dia. Lama-lama dia pun bosan sebab asyik kena ignore.
3. Doa banyak-banyak. Doa untuk dia sekali supaya boleh berubah.
4. Tegur cara baik kalau tak jalan. Kasilah laser ke tembakan bertubi-tubi ke biar die sentap dan sedar. Jangan reti sentap je lepas tu buat perangai balik.
5. Sabar. Ini paling tak boleh aku buat. Aku tak reti nak sabar. Angin manjang. Jadi jangan cari pasal okey?

Biasalah manusia. Ada kurang ada lebihnya. Kita boleh menerima seadanya selagi tak menjengkelkan, tak langar hukum dan tak langgar budaya. Tapi sampai bila? Sampai bila nak senyap tanpa inginkan perubahan? Akhir sekali, kita juga sedih sebab diperkotak-katikkan. Metang kita diam je kan? Seronok eh dipijak-pijak? La tahzan buat mereka semua. Termasuk aku! Kita tak terlepas sebenarnya dari terpaksa melayan ragam manusia. Sabar itu yang terbaik bukan?
Published with Blogger-droid v1.7.4

11 comments:

Anonymous said...

Kan...hidup ni x smudah susunan aksara...sabar pn ada tahap jugak...tumbuk je...=D

Aien Not Alien said...

bila berhadapan dengan golongan sebegini menuntut kesabaran yang jitu...bersabar selagi boleh.

Kira Kekuri said...

kna lah brsabar bla jmpa org bgni nmpaknya, walaupun belum lg jumpa. ehhe

reenapple said...

yaaa... aku bersetuju.. makni dilayan, makin bengang. errr... aku daa pernah alami ini.. heee.

Anonymous said...

HAKikat KEHidupan.
SETiap KEJadian dCiptaKAN BERasaskan PERbezaan & BERLawanan.ADa BAik ADa BURuk,
ADa SYURga ADa NERAka & LAin2.iSU2 Mcm Ni DARi ZAman DULu LAGi Dah WUJud & TAKkn BERkesudahan.SO KiTA Yg TENTukn NK LETakkn Diri KiTa Di MANa,
TApi ALLAH MAHA MENGetahui.SUNNAH & ALQURAN SEBagai PANDuan & RUjukn MANusia.
"dSETiap PENGhujung ISTIQAMAH ADa TERdapatny KARAMAH"
DUNia Ni SEMentara JE,
DAH HUjung2 PUn.
TERBaik Kita BERsyukur dBERi KESEMptn PERbaiki KELOMpangan Yg TERdapat PAda AMALan KitA :)
p/s : MAAf TERpanjang LAgi

izz iizza said...

rasa nk tampar jer pn ada org camni...suka sakitkn hati org..huhu

nk sabar pn sampai bila kan..

Kira Sakura said...

erm sabar.. sebab tue sabar tue separuh dari imam.. jalan untuk kita lengkapkan imam kita...

Unknown said...

ada sebab kenapa manusia bermacam ragam

Lea Isnawi said...

manusia pelbagai ragam
kena bersabar jela

Unknown said...

bayangkan jika manusia hanya ada 1 ragam je... bosan tak??

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/05/kenangan-berhari-guru.html

Woofer Storm said...

anon tu sayang bangat ngan kamu,mungkin ada jodoh kot..mana tau~

#normal bila diri disakitkan kerna kita pun pernah menyakitkan hati orang lain..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers