CORETAN TERBARU NADH

Jangan kahwin sebab cinta

Ya, jangan sesekali kahwin sebab cinta. Bukan semua. Tapi kebanyakan dari kisah cinta yang dimulakan dengan perkahwinan diakhiri dengan perpisahan. Hanya kerana cinta manusia semata-mata. Ya, jangan turutkan rasa yang hangat bercinta. Sebab kahwin bukan untuk sehari dua.

Cinta sesama manusia bisa berubah-ubah. Ya, hati pun boleh berubah. Cinta sesama manusia yang disulam dengan cinta Allah insyallah kekal ke syurga. Tak sedihkah anda melihat anak kecil terpaksa berpisah demi ibu bapa yang kononnya sudah tak sehaluan. Cinta mereka berubah.

Aku tak sanggup. Cinta kepada manusia tak boleh 100%. Walau kau kata kau rasa sayang, tak mustahil tak akan ada penipuan. Sedikit kecurangan. Sedikit rasa tak suka terhadap pasangan. Sentiasa mula mencari kelemahan kedua pihak. Mula mencari bahagia baru dengan cinta yang baru.

Akhirnya? Cerai. Kahwin. Cerai. Kahwin. Sampai bilapun takkan kekal kerana mereka terlalu ikutkan kata hati. Mereka terlalu mendambakan cinta manusia sedangkan mereka tahu yang hakikatnya mana ada manusia sempurna selain Nabi Muhammad S.A.W. Sampai bila mereka mahu menjadi hamba abdi cinta manusia? Sampai bila?
Published with Blogger-droid v1.7.4

12 comments:

cintailmu89 said...

che' masih akan berkahwin kerana cinta..
asal cinta itu disandarkan kepadaNya..
insyaallah, berkekalan.. =)

reenapple said...

kadang3 berkahwin berdasarkan cinta pada Allah adalah yg paling penting. Harus niat untuk berkahwin itu kerana Allah.. =D

Unknown said...

biarlah perkahwinan itu adalah rasa cinta kita kerana ALLAH... mengikut firah yg di ciptakan oleh ALLAH...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/visit-to-taiping-hotel-flemington.html

MalizaMah said...

seorang guru pernah berkata. kita cinta pada suami, tp cintalah kita pada allah itu lbh dr cinta kita pada suami.
juga sebaliknya.

Cik Asma BLuppy said...

cinta itu indah, tp lagi indah bercinta dengan ILAHI..;)

Cik Pulau said...

ai nak kawen tahun depan ni.. tapi.... tapi.. hurmm

Unknown said...

tu la orang cakap bercinta tu biar berpada2..

Kira Sakura said...

cintai Ilahi insyaAllah dihadirkan cinta yang lain buat diri kan.. ;)

Lydia Miza said...

cerai kawen cerai kawen..ramai je camtu. hurmm

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

biarlah cinta kita kepada Ilahi melebihi cinta kita kepada manusia

;)

Nong Andy said...

ah.. cinta saja bukan janji sebuah bahagia..

Judh said...

aku mahu kahwin kerana Allah .

Mampukah aku pertahankan amanah Allah dalam dunia sekarang ? entahlah .

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers