ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku diam. Dia pun. Kami duduk
sebelah menyebelah pun kaku untuk bicara. Dia dengan caranya. Aku juga.
“Awak…” Dia mulakan bicara. Aku menelan amilase liur
serentak itu.
“Ye ada apa?” Cuba berlagak
tenang.
“Maaf sebab selama ni saya jauh
dari awak. Saya kawan dengan Aqilah. Saya pinggirkan awak,” Aku senyum. Memang
aku terasa. Tapi siapalah aku untuk halang semua itu.
“Tak apa. Awak berhak kawan
dengan ramai orang,” Aku cuba kawal emosi aku. Tak macholah kalau menangis
sekarang.
“Saya…ermm..ermm…” Aku lihat dia.
Air mata mengalir. Ah aku benci situasi begini. Dia buat aku serba salah. Aku tak
harap pun kawan yang akan melekat 24 jam dengan aku. Aku tak harap pun kawan
yang setia cuma padaku. Aku tak harap. Tapi kenapa dia menangis?
“Saya minta maaf,” Sedang asyik
aku menyoal diri dia pula minta maaf. Aku angguk cuma.
“Awak bagaikan burung, ada masa
awak perlu berterbangan bebas. Ada masa awak hinggap di jendela hati saya. Kalau
awak rasa ingin terbang, silakan. Saya takkan pernah halang. Sebab saya bukan
tuan awak. Awak cuma burung yang inginkan hidup sendiri. Tapi ingat, pada
tangan saya ada tali. Saat awak perlukan saya dan saya perlukan awak, saya akan
tarik semula awak kembali kepada saya. Awak pergi manapun saya tetap akan
mengejar dari jauh kerana awak kawan saya. Sampai matipun awak tetap kawan
saya,” Usai aku ucapkan kata-kata itu dia menangis di bahuku. Aku juga menangis
tapi dalam hati cuma.
Musim membuat KISTOT aka Kisah Kontot takpun Certot aka cerita kontot. Ayuh, buat kistot kawan sama-sama =) Sekali sekala buat entri berbentuk ni pun okey jugak kan?
12 comments:
pantas dan menarik.... 6tkan versi nanieytj lak.... hohoho
yup.. saya cikgu BM... belajar di IPG KBM? awak?
wahh KISTOT ceni bes bace.. sbb xyah ternanti2 smbungan.. hehe
slm ramadhan,
cik ana
saya ipg kampus bahasa melayu...
skrg belum bekerja. tahun depan baru ditempatkan. masih final sem.
sukanya ayat tu yg mula dr awk bagaikan burung tu..peewit romentik la cik ipah kita ni hihi
aa... sweet tahu. Nak cari kawan sebegini.. eh aku dah jumpa.. =D
BFF ~
berkistot plak ye..
sejak bile ni?
heheheh
cikgu ni..kretip sokmo
heeee
tapi insiden kat ats ni slalu berlaku... =)
nak wat canne, kita kan golongan byk kawan..hhahahhaa..
kistot....
psl cite tu, emmm kdg2 bila kita dh rapat dgn seseorang, kita akan rs jeles bila org tu rapat dgn org lain.... emmm... normal kah?
berbakat :)
lepas ni tulis novel nak?heee
cantik......! sangat cantik... :D
i like!!!! so much.. bukan bodek tau!!!
er.. terasa nak belajar buat kistot la juga :D
klu tali tue terputus acena? hahahaha :p
Post a Comment