CORETAN TERBARU NADH

Apa yang tak kena dalam gambar?


Ini entry suka-suka masa pergi BSN tadi. Cepat teka! Yeah sekian lama kad maybank yang terbakar sejak tahun lepas baru terhegeh-hegeh nak buat. Tapi lawa!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Semua nak bahagia

Kalau semua nak bahagia siapa nak derita? Tak ada kan? Selalu orangg akan kata, dalam novel bolehlah. Bahagia selalu. Happy ending. Pada hakikatnya hidup tak indah manapun. Ada jugak drama yang bahagia je dari awal sampai akhir. Nanti orang kata, ada ke kehidupan macam tu? Macam tak logik je kan?

Orang mana yang tak nak bahagia dalam hidup? Kenapa kena bandingkan dunia realiti dengan novel atau drama? Memanglah drama kena indah je penamatnya. Kalau tak penonton mesti menyampah. Terus boikot pembuat cerita tu. Maki berbakul-bakul.

Kalau orang taba kenapa kena bahagia je dalam cerpen aku? Jawapan aku mudah. Aku mahukan kebahagiaan. Semua orang berhak dapat kebahagiaan dia. Walaupun hidup tak selalunya indah. Tapi tak selamanya langit itu akan mendung. Jadi, bila lagi kita nak mengimpikan kehidupan yang lebih baik kalau bukan dalam cerita rekaan?

Cerpen, drama, novel dan sebagainya ialah hiburan. Hiburan untuk hati. Kalau cerpen pun sedih memanjang tak ke sedih hati kita? Jangan kata itu angan-angan yang takkan jadi realiti. Allah tu maha Adil. Pasti ada terselit kebahagiaan untuk kita. Cuma datang bila dan apakah ia kita takkan tahu. Mungkin selepas kita mati. Semuanya Allah tentukan. Jadi jangan asyik merungut kenapa cerpen macam fairy tales je. Dari angan-angan mungkin akan jadi kenyataan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Cerpen: Hanya sebuah puisi

Lariannya makin laju. Letih diketepikan. Yang penting pensyarahnya dapat dikejar. Termengah-mengah Ain Soliha apabila sampai di tempat letak kereta. Nama pensyarah itu dilaung kuat sekali. Hampir semua orang di sekeliling memandang. Dia tak peduli. Semuanya berkata sendiri. mungkin mengata dia. Ain tak peduli semua tu.

“Encik Hakimi wait!!!” Hakimi terkejut. Wajahnya menyinga. Pantang sungguh dia diganggu di waktu begini. “Awak ni tak reti hormat orang lain ke?” Pedas pertanyaan itu. Ain Soliha tergamam. “Apa salah saya?” Nafasnya masih tak teratur. Letih dia berlari. Semata-mata nak tanya pasal assignment. Moodnya ke laut. Geram hatinya dengan lagak lelaki itu.

“Berani awak tanya? Awak dah lah perempuan. Buatlah cara macam perempuan. Terpekik terlolong macam puntianak. Saya dapat agak yang awak mesti tak ada pakwe lagi kan?” Sinis sungguh. Hakimi memandang atas bawah. Tudung melekat di kepala. Namun, tak menunjukkan perilaku yang baik. Dia berpaling semula ke keretanya. Malas melayan pelajarnya itu.

“Apa kaitan dengan Encik? Saya tak pernah menyusahkan orang pun. kalau saya salah saya minta maaf tapi tolong jangan cakap macam tu lagi…”

Air mata berlinangan. Terasa sungguh hati kecilnya. Entah apa salahnya. Setiap perbuatan pasti mengundang kata-kata sinis dari lelaki itu. Lelaki yang dikagumi suatu ketika dulu berubah menjadi benci. Benci dengan sikap lelaki itu. Benci dengan segalanya. Hakimi termangu. Perempuan itu menangis. Gara-gara dia! Namun, egonya terlalu kukuh untuk dirobohkan hanya kerana air mata. Dia lantas menghidupkan enjin dan berlalu pergi.

Sejak itu, Ain Soliha akan menjauhkan diri darinya. Pasti mengelak jika terserempak. Hakimi sedar kenyataan itu. Namun, dia masih keras hati. Dia tak salah. Pada pendapatnya perempuan itu patut diajar. Diajar untuk menjadi sopan santun dan menjadi ciri-ciri muslimah yang baik. Dia anti sungguh dengan perempuan sebegitu. Kisah lampau membuatkan dia menjadi begitu.

~~~~~~

“Kimi, kau tak boleh ikut sangat perasaan kau tu,” Faizal cuba menasihatinya. “Aku tak boleh. Aku tak boleh berdepan dengan dia beb. Dia betul-betul macam Amylia. Kau tak faham perasaan aku ni,” Hakimi membuang pandang ke pemandangan Kota Raya yang sibuk.

“Aku faham. Tapi apa salah budak tu. Dia cuma jadi dirinya. Mungkin personaliti diorang sama. Dia bukan Amylia. Amy dah bahagia pun sekarang. Kau jangan hukum semua perempuan hanya sebab dia. Tak adil namanya tu,” Faizal menjadi geram. Kalau dia di tempat Hakimi pasti dia tak memilih untuk benci. Benci pada orang yang salah pula.

“Kau tak berada di tempat aku beb. Kau tak faham. Betapa seksanya aku bila dia buat aku macam tu. Aku macam orang bodoh. Datang meminang tapi ditolak mentah-mentah. Aku malu. Aku ingat dialah gadis yang akan membahagiakan aku…” Air mata pun bergenang. Faizal tergamam. Begitu sakit hati memikirkan kisah sahabatnya. Namun, dia tetap tak berpuas hati. Dia kasihan dengan orang yang tak ada kaitan langsung dengan kisah kecurangan Amylia. Tak semestinya semua perempuan sama. Faizal tahu dalam diam Hakimi meminati pelajarnya sendiri. dia tahu sangat hati lelaki itu. Tapi ego menghalang. Kisah lalu hanya alasan. Dia tahu dia perlu berbuat sesuatu. Dia tahu Ain Soliha mampu mengubah perspeksi sahabatnya tentang cinta. Dia mahu sahabatnya bangkit semula.

~~~~~~

Ain Soliha terpegun memandang puisi itu. Baginya begitu indah. Terlalu dalam maknanya. Nama pena penulis itu hanya -his- membuatkan dia makin teruja mengenali si penulis. Lama dia merenung puisi itu. Ain membaca satu persatu. Cuba menghayati setiap bait kata milik si penulis. Jiwanya terusik yang pastinya.

Rasa ini Berlegar-legar Penuh selirat Mencengkam dada

Rasa ini Melelahkan diri Menuntas jiwa Melepas lara

Rasa ini Takkan berhenti Masih segar Mendiam raga

Air mata menitis. Jiwa penulis seakan dia fahami. Lantas dia menyalin semula puisi di blog itu. Suka dia membacanya berulang kali. Rasa ini seakan sama. Sama dengan rasa yang si penulis rasa. Rasa ini sungguh aneh. Ain terbuai rasa dalam diam. Dia sedar yang dia sedang menyintai sesuatu yang mustahil baginya. Dia mencintai orang yang dia benci. Serabut otak memikirkan rasa yang menjerat jiwa. Dia menangis semahu-mahunya. Dia menangis kerana dia terlanjur mencintai pensyarah yang dibenci. Dia kini benci dengan diri sendiri.

~~~~~~

Dia membisu. Lama. Entah mengapa hatinya kacau bilau jadinya. Memang ini pernah menjadi harapannya dulu. Namun, ia amat mustahil untuk digapai. Dia memandang lelaki di sebelahnya. Hakimi!~

“Kenapa pandang macam tu?” Hakimi tak betah diperhatikan begitu. Entah mengapa dia terjerat dengan mainan jiwa sendiri. “Kenapa saya? Kenapa awak pilih saya?” Ain cuba memahami situasi mereka kini. Dia bingung sebenarnya.

“Saya tak tahu. Hati saya membisikkan nama awak setiap masa. Sejak saya mengajar awak lagi. Saya cuba tolak hakikat tu dengan kenangan silam. Tapi tak boleh. Jadi inilah hasilnya,” Hakimi akui. Dia kalah. Kalah dengan perasaan sendiri. Kini, dia dan Ain sah menjadi suami isteri. Ain Soliha menyatakan dia menerima hanya kerana tak mahu keluarganya kecewa. Walau dia gembira tapi dia tak mahu menunjukkan. Dia masih ada harga diri.

“Senang awak kan. Bila awak benci, awak herdik saya. Marah depan orang ramai. Bila awak suka, awak terus pinang tanpa tanya saya dulu. Awak ingat saya ni apa?” Ain melampias amarahnya.

“Saya minta maaf. Tapi saya serius sukakan awak. Saya akan cuba sayang awak. Cuba belajar mencintai awak pula,” Ain terkedu.

“Awak…senangnya lelaki melafazkan cinta kan? Awak, saya minta maaf. Hati saya tak boleh dipaksa. Saya dah mula suka seseorang. Walaupun kita dah sah suami isteri, saya harap awak faham,” Ain sengaja mengatakan itu. Bukan dia mahu jadi isteri yang zalim. Tapi perasaannya berbaur. Rindu kepada si penulis mengganggu rasa cinta dalam diam terhadap Hakimi. Dia buntu.

“Apa? Kenapa awak terima? Sampai hati awak menduakan suami awak pada hari pertama kita sah nikah?” Hakimi kecewa. Jelas air matanya bergenang. Luluh hati mendengar kata cinta isteri terhadap orang lain.

“Saya minta maaf. Tapi saya sukakan hasil tulisan dia. Puisi tu menghantui saya. Saya terima awak tapi saya tak dapat lari dari mengimbau puisi itu sentiasa,” Hakimi terduduk.

“Puisi apa yang berhantu sangat tu? Sampai awak tegar begini?” Ain menggeleng. Dia tahu dia salah. Tapi hatinya tak tentu. Di sini cinta. Di sana sayang. Mustahil dia akan lupakan bait puisi itu.

“Puisi itu indah. Simple tapi bermakna. Setiap kali saya baca, saya rasa dekat dengan si penulis. Dengan tajuk, ‘Rasa Ini’ sudah bisa membuat saya membuai rasa misteri…”

“Wait, apa tajuk puisi tu?” “Rasa ini. Why?” Ain berkerut. Lebih-lebih lagi lelaki di depannya ketawa berdekah-dekah. Hakimi mengalirkan air mata gembira. Gembira cintanya disambut hanya kerana sebuah puisi.

“Sayang, thank you very much. Saya tahu awak memang sayangkan saya. Just admit it,” Hakimi terus memeluknya. Ain Soliha terpinga-pinga. Namun, setelah Hakimi menyebut satu persatu bait puisi itu. Barulah dia faham. –his- dan Hakimi orang yang sama. Dia jatuh cinta dua kali pada orang yang sama. Ain malu. Malu dengan luahan sendiri.

“Awak ni kan…” Satu ciuman hinggap di pipinya. Ain tersipu. Hakimi bahagia. Cintanya berbalas. Puisi itu sebenarnya memang ditujukan untuk Ain. Semakin dia lari dari rasa itu, makin dekat rasa itu mendatang. Akhirnya, dia mengaku. Dia juga mempunyai rasa yang sama. Setelah jiwa dipermainkan wanita bernama Amylia. Dia berjaya membuka hati untuk orang lain pula.

Nota Iffah: Reenapple dan Nong Andy dah baca cerpen ni kat s7w. Aku sengaja publish balik sebab ramai tak baca lagi kan. Biar aku abadikan cerpen bertemakan puisi kat sini pulak. Komen?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Asal tengok terus percaya

Ini aku teringat kes bersih 3.0. Mula malas ambil tahu sebab aku tak suka benda macam ni. Berapa kerat isu semasa yang aku ketengahkan kat blog kan. Tapi disebabkan aku terbaca artikel pasal perhimpunan tu buat aku tergerak nak taip.

Manusia kan selalu bertindak terburu-buru bila menilai sesuatu. Serius! Asal nampak gambar kereta kena pijak, kata mahasiswa jahat. Liar. Mana mak bapak yang tak reti nak didik orang. Aku tengok. Aku perhati dan aku cakap, mungkin ada benda jadi yang buat diorang marah.

Masa tu aku tak tahu ceritapun. Malas baca artikel tu. Tup tup bila dah nak senja, barulah tahu polis tu yang melanggar diorang dulu. Kan? Dah jatuh fitnah kat orang memijak kereta. Kalau kita tak pasti berita tu, jangan nak hukum sewenang-wenangnya. Jangan pandai mengata orang. Kita tak ada di tempat kejadian, jangan pandai buat spekulasi sendiri kelak memakan diri.

Macam video terbaru Mat Lutfi. Sila tengok. Korang pasti tak menyesal. Sebab isu yang sama juga dia cakap dalam video tu. Mudah sangat terpengaruh dengan berita tak pasti kebenarannya. Haila manusia!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Ada ke perempuan kasar?

Ini rentetan dari cerpen aku sebelum ni. Cintailah seadanya. Sebenarnya, semua berpunca dari inspirasi dari kawan aku dan jugak aku. Aku kasar. Dia bukan kasar tapi sengal. Dengan pakwe dia memang dia aku,kamu, awak. Lama dah bercinta. Nak tunang dah pun. Siapa dia? Housmate aka keluarga Gadek aku.

Bila korang mempersoalkan ada ke perempuan kasar? Memang ada. Cuma jumlahnya tak seberapa. Tapi apa salahnya jadi perempuan kasar? Tak salah kan? Janji jangan berpakaian menyerupai lelaki. Jangan minat dengan jantina yang sama. Jadi, kes terpencil ni memang ada.

Tapi kasar perempuan tu takkan lama kalau dia nak ubah kan. Tapi bini kasar aku belum jumpa lagi. Mungkin ada. Korang tak rasa ke benda ni tak pelik pun sebenarnya. Janji hati macam tisu. Auwww.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Cerpen: Cintailah seadanya

Matanya tak lepas dari memandang gadis itu. Wajah saja kelihatan muda namun tafsiran luaran takkan dapat seratus peratus jawapan sebenar persoalan di benaknya.

“Anak ke?” Zairul pelik. Dia masih memerhatikan gelagat gadis itu. Bayi di pangkunya comel sangat. Hatinya telahpun membisikkan sesuatu. Minat membuak-buak membuatkan dia tertanya-tanya siapakah gadis itu? Adakah bayi itu miliknya? Sudahnya dia sendiri lupa niat asalnya.
Sekalian manusia di MPH bookstore tidak dia hiraukan. Yang dia tahu, dia mahukan jawapan. Gadis itu masih lagi di situ. Sendiri mendukung bayi yang nyenyak dibuai mimpi. Dia beranikan diri untuk mendekat.
“Anak ke?” Itu saja yang terpacul dari mulutnya.
“Anak?” Dalila menyoal semula. Adakah wajahnya terlalu berusia?
“Maaflah saya bertanya. Dari tadi tengok awak dukung baby ni. Tu saya tanya, anak ke?” Dia membetulkan penggunaan bahasanya. Bimbang gadis itu terguris hati. Bukan niatnya untuk menyindir.
“Oh, aah anak saya,” Dalila geram. Diapun berlalu dengan bengang. Zairul masih terpinga-pinga.
“Apa salah aku?” Dia berasa sangat kecewa kerana gadis idaman sudahpun berpunya. Melepas lagilah jawabnya. Sementara Dalila membebel sendiri. Sebal rasa dengan pertanyaan lelaki tak dikenali itu.
“Ada ke kata anak aku? Hampeh punya mamat,” Diketap bibirnya. Bayi itu sebenarnya anak saudaranya. Kakak dan abang iparnya entah mana lesap. Lupa anak sendiri bila dah berbelanja sakan.

Xxxxx

Dalila tersentap. Mamat yang sama semalam. Apalah malang nasibnya berjumpa dengan lelaki itu. Moodnya terus berubah. Zairul tersenyum memandang gadis itu. Walaupun sudah punya anak, dia tetap ingin berkenalan. Bukan untuk bercinta. Tidak sama sekali. Prinsipnya takkan ganggu hak orang.
“Amboi sombongnya mak budak ni,” Zairul cuba menyapa.
“What? Kau ni apasal? Dari semalam sibuk kacau life aku?” Bengang. ‘Harap muka je handsome tapi mulut macam longkang. Busuk!’ Hanya hatinya merungut begitu.
“Kasarnya bahasa. Awak tu perempuan. Mak orang pulak tu,” Zairul geram. Dia bukan buat salah apapun. Tapi dari semalam gadis itu tak mesra langsung. Asyik nak marah je.
“Aku marah? Semalam kau kata aku mak orang. Hari ni kau menyakitkan hati aku lagi. Kau nak apa hah?” Dia tak mahu melayan lelaki itu sebenarnya. Dalila tak betah lagi. Dia terasa terhina.
“Awak salah faham ni. Saya tak ada niat nak sakitkan hati awak. Semalam kan awak ada baby. So, saya ingat itu anak awak. Tu je,” Zairul menjelaskan duduk perkara sebenar.
“Serius?” Dalila kebingungan. Dia lama-lama mengerti. Salah faham rupanya. Akhirnya keduanya ketawa. Lucu pula dengan salah faham yang berlaku. Namun, itulah titik permulaan bibit-bibit cinta mereka.

Xxxxx

“Assalamualaikum isteri abang,” Dalila meremang bulu roma. Abang? Geli telinganya.
“Dahlah weh. Geli telinga aku ni,” Dalila membuka tudungnya. Panas.
“Sayang, hari ni kan hari bahagia kita. Dah sah pun. apa salahnya mesra-mesra sikit,” Suaranya bertukar nada. Dari romantis kepada nakal. Dalila menjegilkan matanya. Lain benar bunyinya tu.
“Tak ada abang-abang. Aku kau pun okey what?” Zairul berkerut.
“Biar betul sayang? Meranalah abang sebab kempunan,” Zairul sedikit kecewa. Bukan tak pernah mereka bincangkan tentang panggilan. Tapi jawapan Dalila tetap sama.
“Pleaselah, sayang-sayang tu not my taste. Lagipun apa bezanya? Kita dah kahwin tapi boleh jadi macam kawan kan? Aku tak rasa abang sayang tu pelengkap kebahagiaan rumahtangga Encik Zairul oiii,” Tangan mengibas muka. Panas. Cuaca panas terik. Begitu juga topik perbincangan mereka.
“Alaaa Lila, takkanlah nak aku kau? Kita kan dah suami isteri. Tak sweet langsung,” Rungutnya perlahan. Takkanlah isterinya, Dalila masih dengan perangai kasarnya. Alangkah indah jika isterinya sama seperti yang lain. Terbit pula rasa tidak puas hati dalam diri.
“Enough, sama ada kau suka atau tak. Aku tetap tak nak abang sayang. Tiada talian hayat,” Langsung dia tak mahu kompromi. Bukan begitu cara bercakap dengan suami. Dia tahu. Namun dia belum bersedia ke arah itu.
“Kalau itu yang Lila mahukan. Saya akan turutkan,” Suara Zairul berlainan benar. Sah, suaminya merajuk. Keduanya mendiamkan diri. Dalila terasa bersalah.

Xxxxx

Buat suami yang dirindui,
Sayang dah masak makanan kegemaran abang. Jom turun bawah, kita makan sama nak?
PS: Saya minta maaf, tapi kalau guna surat macam ni bolehlah guna abang sayang. Adil bukan?

Kertas itu berjaya membuatkan Zairul tersenyum. Dia bahagia. Walaupun isterinya belum sedia, dia tahu lambat laun pasti Dalila mengalah juga. Dia hargai walaupun hanya dalam tulisan bukan lisan. Baginya, tiada apa yang mustahil jika mahukan sesuatu.

“Sayang…” Zairul melaungkan sekuat hati. Dalila ketawa. Berkesan juga cara memujuknya. Bimbang juga rajuk si suami berpanjangan. Ya, memang dia mencintai lelaki itu seadanya. Namun, tetap ada batasnya kerana cinta yang Esa paling utama. Dia bersyukur kerana Zairul bukan jenis memaksa. Romantis atau sebaliknya bukan kayu pengukur kebahagiaan rumahtangga. Yang penting dia dan Zairul bahagia dengan cara tersendiri.

Nota Iffah: Lawak? Sweer? Aku gagal. Entah apa yang aku repek dalam cerpen kali ni. Maaf Reenapple. Aku gagal buat macam kau nak. Uwaaa.


Published with Blogger-droid v1.7.4

Gelagat Ayin

Amboi orang sarawak pulang semenanjung kali ni untuk jangka masa lama. Insyaallah. Tembam kan dia?

#Baucer buku abang aku tak boleh guna selagi tak ada salinan ic. Lecehlah. Takkan nak balik Malaysia semata baucer grrrr
Published with Blogger-droid v1.7.4

Cerpen: Bawalah pergi cinta itu (Cinta bukan paksaan versi Hafizi)

Gambar dari google

Hafizi termenung. Itulah kerjanya seharian. Sukar sungguh dia melupakan Najwa. Ya, Najwa. Cinta yang bertepuk sebelah tangan sangat menyakitkan. Bukan dia tak tahu Najwa terus-terusan menolak. Namun, dalam pada masa yang sama dia masih berharap, berharap agar Najwa berubah hati.

“Najwa…” Hafizi mengeluh perlahan. Dia suka dengan Najwa. Hanya Najwa mampu melayan karenahnya. Mungkin pada Najwa hanya sekadar kawan namun baginya lebih dari itu. Najwa pernah sekali memarahi Hafizi. Namun dia tetap berdegil dengan rasa yang mulai bercambah di lubuk hatinya. Hafizi meraup wajahnya.

“Aku kena lupakan kau. Wajib,” Hafizi sekali lagi membuang pandang ke arah bukit nun di sana. Hobinya berjalan, mentafsir dan melihat kebesaran Allah S.W.T. Dia suka mengambil gambar pemandangan. Baginya itulah hobi yang menenangkan jiwa. Sentiasa kembali kepada fitrah. Sekali lagi DSLR Nikon D5100 di tangan didekatkan ke mukanya.

“Shoot!” Hafizi menyebut perlahan. Matahari terbenam jua. Dia suka saat itu. Saat matahari terbenam menandakan hari itu berlalu. berlalu meninggalkan kisah sedih. Makin lama makin dia suka saat itu. Saat itu membuatkan dia lebih kuat menghadapi hari-hari kelak. Dia cuba menjadi kuat. Kuat untuk terima hakikat hati Najwa bukan miliknya. Bukan miliknya sejak dulu, kini serta mungkin selamanya.

“Najwa, berbahagialah kau sekarang…” Air mata lelakinya menitik lagi. dia tak kuat. Setiap kali nama itu disebut, hati memberontak kehibaan.

Xxxxx
Dari semalam dia berada di Cameron Highlands. Niat Hafizi cuma satu, melupakan kisah luka. Cinta sememangnya bukan paksaan. Dia tahu salah dia kerana mengharap sesuatu yang tak pasti. Namun, tak salahkan mencuba?

“Assalamualaikum…” Hafizi menjawab salam namun tak segera menoleh.
“Maaf encik,” Perempuan itu biasa saja. Bertudung. Cermin mata menghiasi wajah. Beg sandang kelihatan besar tersangkut di bahunya. Kamera perempuan itu menarik minatnya.
“Ya, ada apa boleh saya tolong, cik?” Hafizi senyum sedikit.
“Saya nak tanya hotel bajet kat sini mana yang okey? Maaflah saya tak familiar dengan tempat ni,” Perempuan itu membetulkan duduk kamera yang tergantung. Tak selesa lagaknya. Hafizi senyum lagi.

Setelah itu dia menerangkan hotel yang dia menginap sekarang. Hargapun berpatutan. Dia tahu perempuan itu cintakan keindahan alam. Lihat saja kamera dia tahu minat mereka sama. Lagipun bagi Hafizi tak salah membantu orang yang memerlukan bantuan. Dia tahu hakikat prinsip itu. Jangan lokek berbuat baik walaupun belum tentu orang berbuat baik dengan kita kerana Allah maha mengetahui setiap yang dikerjakan oleh hambaNya. Itu pegangannya hingga kini.

Xxxxx

Dua mata bertentang saat ini. Hanya lirikan memahami antara satu sama lain. Hafizi dan Nalisa senyum sendiri. Perancangan telah dibuat. Sejak pertemuan mereka di tempat peranginan setahun yang lepas. Mereka menjadi akrab. Hobi dan minat yang sama membuatkan mereka senang antara satu sama lain.

“Lepas ni boleh check in,” Nalisa sengih.
“Apasal pulak? Jomlah kita jalan-jalan dulu,” Hafizi tak berpuas hati. Dia teruja melihat keindahan alam yang terbentang luas.
“Penatlah abang oi,” Begnya diturunkan dari bahu. Lenguh berjalan.
“Alaaaa nanti pemandangan tak cantik macam ni lagi sayang,” Rungut si suami. Hafizi dan Nalisa berkahwin akhirnya. Itupun setelah lama Nalisa menjadi pendengar setianya. Hafizi memerlukan waktu untuk lupakan Najwa. Cinta yang tak kesampaian. Nalisa hadir sewaktu dia memerlukan teman. Mereka saling melengkapi. Hafizi takut akan kehilangan cinta. Akhirnya, lekas-lekas dia masuk meminang. Mujur saja Nalisa setuju.
“Sorry, abang pergilah sorang. Saya letih ni,” Nalisa buat muka kesian. Dia tahu Hafizi takkan sampai hati.
“Ala, mana aci guna taktik sama!” Pantas jari Hafizi mencubit pipi isterinya. Geram.
“Bolehlah ye bang. Saya naik dulu. Byeeeee!” Sengaja Nalisa kuatkan suaranya. Dia letih. Pantai itu kelihatan cantik. Cuma dia saja yang terasa malas untuk mengambil gambar. Bukan malas apa, malas nak jadi model tak bertauliah suaminya.
“Okey, kalau cara halus tak boleh jalan. Kita guna secara kasar,” Suara suaminya berubah. Nalisa mula ketakutan. Adakah lelaki itu benar-benar marah? Dia diam tak berganjak. Menanti kata seterusnya.
“Arghhhh abang ni kan!!!” Jeritannya kuat sekali. Mana taknya, Nalisa didukung oleh Hafizi. Dia malu.
“Abang turunkanlah saya,” Hafizi hanya ketawa. Lucu dengan riak wanita dicintainya itu.
“Tak mahu. Kan Lisa jugak kata nak check in. Ni abang nak bawakkan la ni,” Sengihannya kelihatan nakal. Darah menyerbu ke muka Nalisa.
“Abang, jangan nak mengada. Malulah orang tengok,” Nalisa merengek perlahan. Dia malu sebenarnya. Orang putih sudah tersengih-sengih. Dia tak tahu mana nak sorok muka. Hafizi kadang kala sukar dijangka perangainya. Suka spontan. Kadang buat pening kepala.
“Abang tak nak turunkan selagi isteri abang Puan Nalisa, tak mahu pergi shoot kat pantai. Lagipun matahari nak terbenam dah ni,” Hafizi yakin taktiknya berjaya.
“Baik. Turunkan saya dulu,” Nalisa lega dia diturunkan. Sengih memandang Hafizi yang sudahpun gembira raut wajahnya.
“Babai bang…” Ketawa Nalisa kuat.

Dia berlari ke pantai dengan bahagia. Hafizi tertipu. Lantas dia pula mengejar. Adegan kejar mengejar di pantai membuatkan Hafizi lupa tentang minatnya yang satu itu iaitu menangkap gambar pemandangan matahari terbenam. Dia tahu isterinya enggan bukan kerana penat. Cuma isterinya cemburu. Apabila matahari terbenam pasti Hafizi mengenangkan cinta lamanya. Isteri mana tak cemburu. Namun, hobi dan minatnya sudah sebati. Sukar dinyahkan dari jiwa.

Dia tahu lambat laun dia boleh memberikan sepenuh hatinya buat si isteri tercinta. Bukan lagi bermain dengan kenangan lalu. Dia tahu dia salah. Tapi, kenangan tetap kenangan. Tak boleh dipadam kerana ia sejarah dan kerana kenangan lama itulah maka tercipta kenangan baru. Kehidupan Hafizi dan Nalisa sebagai suami isteri lebih utama jika dibandingkan kisah cinta tak berakhir dengan kebahagiaan.

“Nalisa, bagi abang peluang…untuk lepaskan Najwa selama-lamanya…” Bisik hatinya syahdu. Sukar untuk melupakan yang lama walau ada yang baharu. Bukan dia tak mahu, kadangkala terselit juga Najwa di balik minda. Dia tak sengaja. Dia tak mahu semua itu. Sekarang dia hanya berusaha dan berdoa. Cinta pada Najwa hanyalah kenangan namun cinta pada Nalisa adalah kenyataan. Itu dia pasti. Itu dia yakin. Itu dia cuba laksanakan.

“Nalisa, abang sayang Lisa sangat-sangat,” Pelukan dieratkan. Nalisa suka. Pemandangan matahari terbenam diperhatikan bersama. Moga dalam hati suaminya, Hafizi tiada lagi insan bernama Najwa. Yang ada hanyalah Nalisa. Dia berharap dan takkan berhenti berharap. Hafizi juga. Begitulah kisah cinta Hafizi dan Nalisa serta bayang-bayang Najwa. Cinta bisa dipupuk, namun cinta sukar diusir dari hati di saat hati tak mahu membenarkan. Bukalah hati dan lepaskanlah cinta pada orang yang salah itu pergi. Pergi buat selama-lamanya.
Tamat~~~

Nota Iffah: Aku tak tahu penerimaan korang. Wan, Sunah, Reenapple, Nong Andy, Achie,Kak Ipar dan semua yang layan CINTA BUKAN PAKSAAN. Inilah kesinambungan versi Hafizi =) Harap dapat komen. Penat aku perah otak sebab ia semacam beku. Lama tak menulis mungkin =P
Published with Blogger-droid v1.7.4

Jangan harap lebih

Ya, jangan harap lebih. Bukan tak boleh berharap. Boleh je. Kita berharap tentang benda yang baik-baik saja kan? Tapi bila kita pun tak sempurna mana, jadi tak payahlah nak harap lebih. Kita harap orang hormat kita, kita kena belajar hormat diri orang lain dulu.

Dalam apa-apa jua situasi, itulah hukum karma yang kita kena ikut. Kqu buat orang, kau akan dapat balik. Buruk kau buat, buruklah kau dapat hasilnya. Jadi jangan terlalu mengharap insan sempurna sedang diri ada cacat celanya.

Jangan nak harap je tapi usahanya tidak. Itupun masalah jugak. Jadi jangan harap lebih-lebih. Harapan itu biarlah berpada dan sandarkan kepada Allah. Ya, mungkin lambat tertunai, tapi eloklah berharap dari langsung tiada harapan bukan?

Berharap agar dia memaafkan aku kerana aku telah lama maafkan dia. :-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Kenangan di Zoo Melaka dengan si kecil

Ehem ehem akhirnya selesai sudah rombongan kanak-kanak ke Zoo Melaka dan Mcd. Errr kalau dah namanya kanak-kanak. Playground jugak yang buat diorang teruja. Kalau haiwan pun setakat gajah, harimau, ular. Itu jelah. Penat cikgu berjalan keliling zoo. Tempat paling syok tetap playground. Dengan Mcd pun masih lagi dengan playground. Sabar jelah. Kanak-kanak happy, cikgu apatah lagi. :-P
Published with Blogger-droid v1.7.4

La Tahzan: Sukarnya menjadi sahabat yang baik

Assalamualaikum. Saat ini aku ada di Zoo mungkin. Bersama si cilik seramai 23++. Masih menikmati hari-hari terakhir praktikum kan. Nanti jumpa balik pun takkan sama rasanya. Oh aku mahu meluahkan kisah sahabat. Bagaimana mahu bersahabat? Sedangkan diri kita masih tak cukup baik digelar sahabat.

Ya, aku suka bersahabat. Namun, dek kerana kelancangan kata dan keterlanjuran perbuatan buat sahabat menjauh. Makin menjauh. Sangat jauh. Walau dekat tak bisa digapai lagi. Aku sukar menjadi sahabat. Sukar sungguh rasanya menjadi sahabat sempurna. Kadangkala ada juga yang tersasar sana sini.

Sahabat tak semudah yang disebut. Sukar sekali. Aku bukan sahabat yang baik mungkin. La tahzan buat sahabat yang berjauh hati dengan sahabat mereka. Jangan gundah. Jangan sedih selalu. Sahabat tak semestinya sentiasa ada di sisi. Mungkin dekat namun tak selalu bersama kita. Mungkin jauh namun hanya mampu meminjamkan telinga.

Sahabat bukan semudah 1 2 3. Sungguh sukar menjadi sahabat yang baik. Untuk itu aku menyusun 10 jari yang tak berapa sempurna ini memohon ampun kerana kegagalan aku menjadi sahabat yang baik. Aku juga manusia. Tak sempurna. Tidak lepas dari kekhilafan. Sahabat, usah bersedih jika sahabat mu ini tak sesempurna yang kau harapkan. Jauh di sudut hati memang tak berniat menjadi sahabat yang kejam. Tidak sesekali. Maaf T.T

Nota Iffah: Rujuk gambar. Housemate tolong kopekkan udang. Sweet tak dia?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Cerpen: Cinta yang masih di situ

Insyirah merenung wajah lelaki itu sedalam-dalamnya. Sukar dia menafsirkan segala yang tersirat dalam sanubari lelaki itu. Hanya tinggal menghitung hari detik pernikahan mereka. Lelaki itu ingin mengundur diri tanpa sebab. Sedih dan terkilan sungguh hati wanitanya.

“Tapi kenapa…” Insyirah cuba meminta penjelasan. Lelaki itu hanya menggeleng. Kebisuannya sungguh memilukan hati Insyirah.
“Tolonglah abang. Makanan semua dah tempah. Kenapa abang tiba-tiba…” Suaranya terlalu serak. Sebak tak tertanggung lagi. Air mata tumpah dari empangan kelopak matanya. Insyirah masih menanti dalam kebasahan. Lelaki itu tetap dengan keputusannya. Insyirah redha.
“Kalau abang benar-benar tak sayangkan Insyirah, lepaskanlah saya secara baik. Walau saya tak punya sesiapa…”

Ayatnya mati di situ. Insyirah tak bisa bertahan lagi. dia mengangkat punggung dan berlalu dengan hati yang parah. Dia benar-benar tak dapat menjangka apakah sebenarnya yang lelaki itu sedang fikirkan. Baginya jika inilah ketentuan yang telah tercipta, dia redha. Dia rela meskipun hatinya terluka.

Xxxxx

Insyirah diam. Dia tahu keluarga lelaki itu masih menantikan jawapan dari mulutnya. Bengkak di mata sukar diselindung lagi.

“Macam mana boleh jadi macam ni? Kenapa rahsiakan dari kami?” Karimah mula berceramah. Dia sedar dia patut dipersalahkan kerana tak prihatin langsung.
“Ibu, maaf. Syira tak tahu pun dia…” Sekali lagi ego terhapus. Hanya deraian air mata menjadi peneman setia. Wad ICU dipandang penuh pengharapan. Dia sungguh berharap lelaki itu tetap kuat bertarung nyawa. Walaupun tipis peluang, dia tetap tak henti berdoa. Cintanya pada Uzair tak dapat disangkal lagi. pertunangan diputuskan secara elok. Ibu kepada Uzair juga baru tahu tentang sakit yang anaknya tanggung sendiri.
“Uzair…kenapa kau nak?” Karimah juga bersedih. Bacaan Yassin buat dia semakin sayu.
“Abang, bertahanlah…” Ujar Insyirah perlahan.

Hatinya tak henti mendoakan kesihatan Uzair. Dia sangat berharap agar cinta mereka bersatu dalam ikatan yang suci. Ikatan yang halal di sisi agama. Harapannya tak pernah terhenti. Begitu juga mulutnya yang masih terkumat-kamit membacakan ayat suci al-Quran buat Uzair.

Xxxxx

“Abang,” Jari tergerak sedikit. Ada respon dari lelaki itu.
“Sampai hati kan? Kenapa tak bagitau Syira. Sakit abang sakitlah Syira. Gembira abang, gembira lagi Syira. Kenapa abang rahsiakan semua ni?” Sebak dadanya. Lelaki itu hanya kaku. Wayar berselirat di tubuh Uzair. Dia pilu.
“Abang, Syira nak abang tahu yang Syira akan tetap tunggu abang pulih tau,” Air mata dikesat. Lelaki itu sekali lagi menggerakkan jarinya. Teruja Insyirah seketika.
“Syira tahu abang dengar. Dengan ini, saya Nur Insyirah Binti Ismail ingin bersuamikan Uzair Mohamad usai dia sembuh dari sakitnya,” Berjuraian air mata Insyirah. Lamaran itu dibuat demi kebahagiaan dia dan lelaki itu. Air mata Uzair menitik perlahan. Dia suka. Dia tahu Uzair mendengar lamarannya. Insyirah berjanji akan menunggu lelaki itu.

Xxxxx

IPD Cheras lengang hari ini. Matanya sibuk memerhatikan kertas di hadapan. Kes kemalangan jalan raya makin hari makin meningkat. Dia mengeluh perlahan.

“Assalamualaikum,” Semua mata tertumpu kepada wanita berpurdah. Lembut tutur begitu juga lakunya. Uzair tersenyum manis melihatkan isteri tercintanya di pintu.
“Insyirah, kenapa datang?” Yang lain semua menghadiahkan senyuman buat tetamu. Jam menunjukkan pukul 8 namun tiada yang berniat untuk pulang. Masa kerja mereka tidak tetap. Semua sibuk dengan tanggungjawab masing-masing.
“Abang ni. Saya datang pun salah,” Uzair tersenyum saat isterinya mencium tangannya penuh syahdu. Tak dipedulikan orang di sana. Yang ada hanyalah taat setia pada suami tercinta.
“Amboi romantiknya,” Uzair ketawa lepas. Dia bahagia.

Peluangnya menghabiskan masa bersama isterinya amat dia hargai. Umpama mati hidup semula saat dia bertarung nyawa setahun yang lepas. Insyirah jugalah yang melamarnya saat dia masih terlantar. Dia kagum dengan kesungguhan isterinya. Kata-kata isterinya itu masih diingati hingga kini. Tak sia-sia dia menerima lamaran itu. Sungguh dia terharu dengan layanan isterinya. Walau sakit macam manapun Insyirah sentiasa berada di sisinya. Itu yang penting.

Demi menghalalkan pengorbanan itu, mereka akhirnya nikah hingga ke hari ini. Kadang kala kita perlu korbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Yang Insyirah korbankan cumalah masa dan kudratnya menjaga suami yang sakit namun kebahagiaan yang dikecapnya lebih dari segalanya. Dia sungguh bersyukur kerana cinta mereka bersatu juga dengan izin Allah yang Esa.
Tamat~~

Nota Iffah: Tak mampu buat sad ending macam Sunah. Aku hanya mampu mencoretkan kebahagiaan umpama pelangi selepas hujan. Jiwang? Sedih? Sweet? Tak kot. Hehe
Published with Blogger-droid v1.7.4

Hidup umpama memandu

Kalau orang takrifkan hidup dengan air dan sebagainya. Aku nak buat definisi dari pandangan aku pula.

Hidup umpama pemandu yang memandu kenderaan.

Ada cermin di sisi juga di depan.

Ada juga di tengah untuk memandang ke belakang.

Ada pedal minyak ada juga brek.

Ada brek tangan.

Ada juga gear.

Stereng tak lupa.

Tapi apa kaitan semua ni dengan hidup kita.

Mudah, kita perlukan pedal minyak untuk kelangsungan hidup. Kita kena teruskan perjalanan. Adakala kita perlu tekan brek bila mana kita terhalang dek sesuatu. Kemudian sambil maju ke depan kita perlu lihat ke belakang. Betapa banyak sejarah yang kita tinggalkan.

Cermin sisi sebagai teman. Adakala kita perlu nasihat dari orang lain. Bukan kita syok sendiri menempuhi kehidupan. Adakala kita perlu tukar gear mengikut situasi. Gear sedih, gear kuat, gear marah, gear tegar, gear ceria. Segalanya perlu ada dalam diri.

Lepas tu sampai masa kita akan guna brek tangan. Masa tu adalah penamat. Penamat sebuah ceritera kehidupan. Kita alpa sedikit, maut menanti. Kita leka sebentar cuma tersesatlah jalan yang kita nak tujui. Kita lalai, kita akan tersasar dari jalan. Kalau sempat kembali tak mengapa, kalau terus menuju Tuhan tanpa sempat bertaubat?

Jadilah pemandu yang berhemah. Jangan tergopoh mengejar yang di sana. Jangan terlalu lambat takut-takut belum sempat ke destinasi, kita dah dilanggar dari belakang. Sekian.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Kita tolong orang orang tolong kita balik?

Yeke macam tu? Yakin ke orang akan tolong? Tapi aku tak peduli. Itu prinsip asas hidup aku. Tolong tak harapkan balasan. Tolong dengan niat memudahkan orang. Tolong bukan hendakkan gelaran. Tolong hanya memberi kepuasan.

Kadang orang kata kita terlalu baik menolong, sampai jasa kita tak pun orang ingati. Biarkan. Kalau dia tak ingat dia punya pasal. Yang penting kita tolong orang. Itu yang utama. Allah akan hadirkan juga insan yang akan tolong kita semula.

Saat kita lemah tak berdaya. Mintalah tolong dari Allah jangan sombong. Allah pasti akan menolong. Cuma, pertolongannya kita takkan tahu dalam situasi atau bentuk apa. Ikhlas kan diri menolong orang.

Pedulikan kata orang "Kau beria nak tolong dia kenapa? Bukan dia nak hargaipun," sebab pahala kita tetap bertambah walau dia tak mahu menolong kita semula. Betulkan niat menolong. Bukan hanya reti cakap di angin lalu tapi bila perbuatan? Non hado!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Diam lebih baik

Ya, banyak kali aku cerita pasal diam. Cerpen aku pasal diam pun dah ada. Siap terkesan kat jiwa si Nong Andy tu. Aku nak menulis pasal diam. Kadang diam boleh membahagiakan kadang melukakan.

Mungkin orang selalu marah. Kenapa diam? Kenapa tak nak terus terang? Kenapa selalu pendam. Kau kan ada sahabat. Yang rela nak tolong kau. Kenapa sembunyikan rasa itu sendiri?

Ada orang lebih suka memilih diam. Kadang diam membinasakan diri. Kadang dia menjerumuskan diri ke kelukaan. Tapi lebih rela diam demi kebahagiaan orang. Seandainya berkata benar itu menyakitkan, kadangkala kita perlu memilih untuk diam. Supaya hati yang kita sayangi tak lagi disakiti.

Diam ada baik dan buruknya. Hati-hati takut diri kecewa sendiri. Hati-hati kerana diam boleh jadi musuh diri. Hati-hati kerana diam, yang jadi mangsanya kita sendiri. Hati-hati wahai hati yang lebih suka mendiamkan diri bimbang sendiri disakiti lagi. Hati-hati!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Cerpen: Cinta bukan paksaan

Telefon berdering. Lalu dia menjawab panggilan itu seperti biasa.
“Hello,” Najwa menyapa terlebih dahulu. Dia tahu kawannya seorang ni memang rajin call. Kadang dia tak sampai hati kalau tak jawab. Walaupun dia segan dengan teman serumahnya. Dia menjawab juga.
“Hello, buat apa tu?” Ceria suara lelaki itu.
“Tengah duduk. Penat wak,” Dia sememangnya letih. Letih berdiri sepanjang hari. Dengan kasut wedges. Tuhan saja tahu betapa sakitnya kakinya. Berjam-jam lamanya menyelesaikan tugasan. Seperti selalu kerja tak boleh diganggu. Itu prinsipnya.
“Oh rehatlah. Saya call tak jawab kenapa?” Lelaki itu masih berharap. Bukan dia tak tahu. Sudah berulang kali dia menolak cinta yang ditawarkan. Bukan dia tak berterus terang. Bukan dia nak jual mahal. Tapi hatinya tak ingin bercinta tagi.
“Saya drive tadi. Awak jugak cakap bahaya tengah drive, call, sms dengan online. Saya dengar kata awaklah tu,” Saja dia menyedapkan hati lelaki yang telah banyak dilukai. Bukan Najwa suka menjadi kejam. Tapi dia perlu.
“Alahai bahagianya saya awak cakap macam tu. Kalau tak asyik sentap je hati saya dengan ayat kejam awak,” Ketawa lelaki itu. Najwa senyum sinis.
“Saya kejam untuk awak. Untuk awak belajar terima hakikat…” Najwa kehilangan kata-kata. Tapi dia tahu lelaki itu faham apa yang ingin dia sampaikan.
“Awak ni, sampai hati. Saya dah kata sayang saya takkan berubah walaupun awak kejam. Saya terima perempuan lain ingat saya dapat lupakan awak tapi…” Suara lelaki itu sebak. Dia rasa bersalah. Dia tahu. Tapi cinta tak boleh dipaksa.
“Awak…janganlah cakap macam ni. Saya kan kawan awak. Saya tak nak awak sedih macam ni,” Najwa cuba memujuk tapi gagal. Talian dimatikan.

Dia tahu Hafizi merajuk. Selalu dia ingatkan hubungan mereka hanya sekadar kawan. Dia tak sanggup menerima lelaki itu hanya sebab dia kasihan. Dia bukan perempuan kejam yang suka mempermainkan perasaan orang. Bukan dia tak cuba membuka hati untuk lelaki yang bernama Hafizi. Hatinya tak boleh terima. Peristiwa lalu banyak memberi pengajaran. Jangan mudah bercinta. Cukuplah kisah dulu. Najwa tak sanggup melukakan hati insan yang tak ada salahnya. Najwa letih dengan mainan jiwa yang makin bergelodak lalu mengganggu emosinya setiap saat dan ketika.

Xxxxx

Bunyi sms masuk. Dia tahu siapa yang menghantarnya. Siapa lagi kalau bukan Hafizi. Penunggu setianya. Najwa mengeluh perlahan.

“Saya tetap tunggu awak, Wawa. Walau apapun jadi, saya akan cuba, cuba dan cuba lagi sampai hati awak cair. Lepas tu, awak pujuk saya terima saya. Saya tunggu saat tu wak.”

Najwa tergamam. Dia tak tahu nak kata apa. Susah sangat ke Hafizi nak menerima hakikat yang cintanya tak berbalas. Bukan Najwa tak menolak. Beribu kali dia ujar benda sama. Sampai dia naik muak. Tapi Hafizi dia tak tahulah. Najwa senang berkawan dengan lelaki itu. Hanya sekadar kawan yang mampu dia janjikan. Namun, lelaki itu tetap tak mahu menganggap perkara itu. Malah tetap mahukan lebih dari itu. Najwa pening.

“Wa, aku rasa baik kau terima je dia,” Aimi memberi pendapat. Berkerut dahinya memikirkan.
“Serius? Kau suruh aku terima Fizi sebab?” Najwa berpaling ke arah housematanya.
“Dia nak sangat dengan kau. Dah kemaruk sangat aku nengoknya,” Tanpa lengah Najwa membaling bantal. Geram melihat sengihan sahabatnya itu.
“Eh kau ni cakap macam tak ada hati kan. Kau nak ke aku terima mamat tu sebab kesian? Aku dah cukup kesian dengan dia ni. Janganlah bagi idea pelik-pelik,” Aimi ketawa lepas.
“Aku cakap betul. Kau bagi peluang. Mana tahu jodoh korang?” Najwa terfikir sejenak.
“Aku…aku…aku tak tahulah,” Najwa masuk ke bilik. Pertama kali dia kehilangan kata-kata. Dia tak tahu bagaimana mahu meluahkan rasa hati sebenar pun dia tak tahu. Dia keliru antara suka, sayang, cinta mahupun kasihan. Yang pasti kini dia buntu.

Xxxxx

Bilik itu dipandang lama. Esok dia akan menjadi isteri orang. Bagaimana hendak dia gambarkan perasaan itu? Najwa sendiri tak tahu. Bahagia mungkin. Dia tak tahu adakah benar ini yang tertulis untuknya? Dia masih belum dapat jawapannya. Ya, orang kata istikharah itu yang utama. Dia sudah lakukannya. Namun, sehingga hari ini belum dia temui jawapannya. Hatinya sedikit demi sedikit sudah terbuka untuk cinta. Kisah lama telah disimpan rapi. Dia tak mahu memikirkan lagi. Umurnya juga makin lama makin meningkat. Risau juga digelar anak dara tua. Dia ketawa perlahan. Bilik berona merah hati ditenung lama. Warna kegemarannya.

“Eh kenapa orang darah manis termenung pulak kat sini?” Nana menyapa. Nana merupakan adiknya. Satu-satunya adik yang ada. Manja usah cerita. Namapun anak bongsu.
“Sibuklah budak kecik ni. Ibu tengah buat apa na?” Dia mencuit hidung adiknya perlahan.
“Sakitlah wa. Ibu ada kat bawah. Tengah pasang bunga telur Wa tulah. Wa, tak sangka kakak Nana dah nak kahwin dah esok,” Nana tersengih. Najwa menjegilkan matanya. Pelik sebenarnya kata-kata adiknya itu.
“Na, aahkan tak sangka Wa nak kahwin,” Terkekeh dia ketawakan adiknya. Sengaja dia menjawab begitu. Nana geram.
“Betullah Wa. Cuba ingat balik masa meminang tu. Bukan main lagi Wawa menolak kan. Selamat ada ibu. terpaksalah Nur Najwa Adzman menamatkan zaman bujangnya esok hari,” Senyuman manis diberi buat kakaknya. Mereka rapat. Hanya setahun beza sudah cukup membuatkan mereka seakan kembar.
“Ala na. Wa tak rasa apa-apapun. Kesian abang ipar Na tu. Na, boleh tolong tak?” Nana seakan berminat. Lalu dibisikkan sesuatu ke telinga adiknya. Terperanjat Nana mendengarnya. Lantas dia menolak permintaan kakaknya bulat-bulat. Mustahil dia akan lakukan seperti itu. Itu kerja gila! Najwa mengeluh. Dia tahu Nana takkan buat. Dia tahu tapi dia tetap mencuba. Rancangannya gagal. Dia makin takut menuju hari bahagia. Dia takut kelak dia tak bahagia seperti yang ada di realiti kini.

Xxxxx

Majlis akad nikah di masjid yang berdekatan dengan rumahnya berjalan lancar. Najwa redha. Saat ini dia bersyukur sangat kerana masih berpeluang menjadi isteri. Telah dia berjanji saat menurunkan tandatangan bagi tanda setuju bernikah dengan pasangannya. Dia sungguh bahagia melihat wajah lelaki itu di kejauhan. Lelaki yang telahpun bergelar suami.

“Wa, kenapa nangis ni?” Nana panik.
“Wa cuma happy je Na,” Dia memberitahu isi hati dari dalam. Bukan hipokrit. Nana senyum.
“Wa, kerja gila semalam kau jangan mimpi. Nana suka abang ipar ni. Tak boleh main tukar-tukar,” Nana ketawa. Najwa juga. Saat itu lelaki bernama suami mendekat.
“Najwa, saya nak sarungkan cincin boleh?” Segaris senyuman Najwa hadiahkan. Lalu angguk. Lelaki itu pula tersenyum. Dengan lafaz bismillah dia mencium tangan lelaki dihadapannya. Bila bersentuhan begini, terbit pula perasan yang lain. Syahdu saat itu. Saat membatalkan air sembahyang.
“Pengantin, jangan tenung lama-lama. Mari kita bergambar,” Sindiran itu mematikan pandangan mereka. Najwa tersipu malu. Lalu tangan sasa dihulurkan ke Najwa. Najwa menyambutnya tenang. Tangan mereka erat terkatup. Umpama digam rupanya. Pengantin berjalan beriringan. Najwa memandang suaminya lalu tersenyum. Bahagia hanya dia yang dapat gambarkan.

Xxxxx

Letih. Itu saja yang dapat dia gambarkan. Penat seharian dari majlis nikah ke resepsi. Sengaja ibunya memilih sehari langsam. Tak payah pening fikir. Letih pun sehari. Najwa hanya menyokong.
“Awak…” Najwa memanggil suaminya. Nampak lena di sofa. Tak sampai hati namun azan Isyak sudah lama berkumandang. Takut-takut suaminya terlajak sampai ke subuh.
“Ermm…” Suaranya cukup perlahan. Najwa serba salah. Namun, dia kuatkan hati. Dalam debar dia mendekat.
“Awak…solat Isyak dulu wak,” Tangan disentuh lembut di lengan sasa lelaki itu. Mata terbuka sedikit. Tapi tak juga bangun.
“Awak…bangunlah!” Geram pula dia. Makin kuat Najwa menggoncang lelaki itu. Lantas tangannya ditarik kuat. Najwa terdorong ke depan. Wajah mereka benar-benar dekat. Najwa malu bercampur geram. Geram dipermainkan suami sendiri.
“Mengadalah. Awak ni kan,” Syahmi ketawa lepas.
“Siapa awak tu?” Dia pula geram.
“Awak tu awaklah. Dah bangun cepat,” Dia ingin lepaskan diri. Jarak mereka dekat sangat. Dia jadi malu.
“Ala abang tanya ni. Awak tu siapa?” Darahnya menyerbu ke muka. Abang?
“Awak tu suami saya…” Najwa terasa hembusan nafas suaminya. Bimbang pula dia kalau terusan begini.
“Suami kena panggil apa sayang?” Najwa senyum malu.
“Abang…” Perlahan saja. Hampir Syahmi tidak mendengar perkataan itu disebut.
“Apa Najwa?”
“Abang…” Dikuatkan sikit nadanya. Geram.
“Pandaipun. Sekarang Mohamad Syahmi ni suami awak. Jadi awak kenalah belajar panggil abang. Dulu lain, sekarang lain wahai isteriku,” Ujarnya lalu membangkitkan diri.
“Yalah wak,” Malas dia bergaduh.
“Apa dia sayang? Abang tak dengar,” Dikuatkan suara lebih-lebih lagi perkataan abang. Syahmi senyum apabila isterinya telahpun menolaknya ke tandas. Dalam keterpaksaan dia masuk ke tandas juga akhirnya. Dia sedar tanggungjawab pada agamanya.
Usai solatnya, Syahmi menyentuh bahu si isteri. Terkejut Najwa dibuatnya.
“Kenapa?” Pelik.
“Abang nak tanya ni. Tapi janji jangan cepat melatah,” Risau dia memulakan bicara. Bimbang si isteri bakal terguris pula.
“Apa dia wak…eh abang?” Tersasul pulak. Dia masih belum biasa. Najwa memandang wajah suaminya menanti dengan tenang.
“Bagusnya isteri abang. Cepat belajar. Ada potensi nak jadi isteri solehah ni,” Sempat lagi dia memuji. Tersipu Najwa mendengarnya.
“Abang nak cakap apa? Dari tadi saya tunggu,” Syahmi mengeluh. Sukar dia meluahkan. Namun, dia perlu tahu. Haknya sebagai suami membuat hatinya memberontak ingin tahu.
“Abang nak tanya siapa laki tadi tu? Kenapa dia macam sedih je?” Syahmi memang lama sudah memerhati gelagat lelaki itu. Dia lelaki. Dia tahu apa lelaki itu sedang fikirkan. Hanya lelaki memahami jiwa kaum mereka.
“Oh itu Hafizi. Kawan saya,” Lembut dia menuturkan. Bimbang suaminya fikir lain.
“Dia suka Najwa kan?” Najwa terkejut.
“Mana abang tahu?” Syahmi ketawa.
“Abang tahulah. So, tak payah cerita pasal dia. Abang cuma tak suka dia pandang isteri abang yang comel macam tu. Baguslah dia tahu kita dah kahwin…” Ayat suaminya buat Najwa rasa lega sedikit. Hilang satu masalah.

Kenangan dulu telah dia sorokkan. Cukuplah kenangan itu tetap di situ. Dia tak mahu mengingatnya lagi. untuk Hafizi, dia yakin inilah jalan terbaik untuk menyedarkan lelaki itu dari penantian yang tiada kesudahan. Dia tahu dia kejam. Namun, dia terpaksa. Lelaki itu terlalu degil. Najwa berperang dengan perasaan bersalah. Hatinya tetap bukan untuk Hafizi. Syahmi datang menuntut janji dahulu. Pinangan diterima atas dasar paksaan ibunya.

Namun, kini dia yakin hatinya untuk Mohamad Syami seorang. Tiada yang lain. Allah mengaturkan pertemuan semula dengan Syahmi teman lamanya. Walaupun pada awalnya penerimaan pinangan itu hanyalah sekadar mahu menjauhkan diri dari gangguan Hafizi.
“Abang tak nak tahu ke kenapa saya tak terima dia?” Setelah lama mereka mendiamkan diri Najwa cuba menjerat perasaan ingin tahu suaminya. Namun, gagal apabila Syahmi hanya menggeleng.

“Abang tak perlu tahu dan tak nak tahu. Yang penting abang ada isteri. Abang nak tahu pasal isteri abang je. Yang lain tu tak penting. Abang punya prinsip ialah utamakan apa yang penting je. Yang penting sekarang abang ada Najwa. Kita suami isteri yang sah. Tak lama lagi kita akan ada anak pulak,” Najwa berkerut.
“Anak mana pulak?” Najwa musykil. Syahmi hanya ketawa. Lucu dengan reaksi isterinya sendiri. Masih lagi blur.
“Tak lawak langsung ye bang,” Najwa mencubit lengan suaminya setelah faham apa yang cuba lelaki itu sampaikan. Akhirnya , dia juga turut ketawa.

Bahagia itu datang sendiri. Cinta tak semestinya memiliki. Hafizi telah jauh dia tinggalkan. Harapannya cuma satu, biarlah cinta dia dan Syahmi kekal hingga ke Syurga kelak.

Nota Iffah: Ingatkan tak ada cerpen. Tapi hati tak tahan nak mengarang jugak. Isinya harap korang faham. Sweet ke tak belakang kira. Malas aku memikir. Serabut otak fikir masalah lain. Oh ya, nama tu aku main taram je. So? Komen?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Bukan tak nak tolong

Aku ada baca pasal orang Malaysia sangat bagus bab tolong orang di jalan. Misal kata pancit ke apa. Ye orang kita memang bagus. Masa aku accident dulu pun diorang tolong tau. Call ayah aku. Call ambulans. Call plus. Call bomba. Memang dari hari tu nak ucap terima kasih tapi segan nak call sebab dah lama benda tu jadi.

Tapi diorang memang baiklah. Kalau tak mungkin aku dah tak ada kat dunia ni lagi. Thanks! Oh aku bukan nak cerita pasal aku. Aku cuma nak kata aku kesian tengok orang tersadai tepi jalan. Kereta mati. Kereta kemalangan. Motor pancit. Aku nak tolong tapi tak boleh.

Bila aku fikir aku perempuan. Itu jalan sunyi. Itu lebuhraya. Aku satu apa tak reti. Kalau turun sangat tak membantu. Jadi aku berlalu dengan rasa bersalah. Bukan tak nak tolong tapi aku tak mampu nak tolong. Aku cuma dapat tolong doakan agar ada orang bantu dia. Maafkan aku kerana tak menolong. :-(
Published with Blogger-droid v1.7.4

Semuanya akan baik-baik saja

"Erm mekasih atas doa akak tu. Hope so. Harapnye ade la sinar lepas kegelapan kikiki," Iffah kata dalam Fb.

"InsyaAllah ada... sbb esoknya dah pagi yg menyinar.. walau lepas tue akan ada kegelapan balik bila tibanya malam. tp kita tak rasa gelap sbb matahari dah berjanji akan gantikan bulan sbg penerang.. walau tiba2 hujan yg turun kita tak risau sbb bulan akan berubah menjadi angin dingin yg memeluk diri... :)" Kak Ipar yang baik lagi comel.

Kita bila ada masalah mesti cari yang terdekat bukan. Walau hebat mana pun kita berkata. Petah manapun bicara. Tinggi manapun kita belajar. Tetap bila ada masalah akan rujuk orang lain. Sedangkan motivator memerlukan orang lain untuk selesaikan masalahnya bukan? Itu kata Kak Ipar aku lah tu.

Apa yang aku nak sampaikan kat sini betapa hebatnya perancangan Tuhan. Kejap gelap kejap cerah. Kejap mendung kejap terik. Kejap panas membahang kejap sejuk tak tahan. Jadi, jangan lemah. Jangan letih. Jangan berhenti berharap sebab sinar pagi tetap akan muncul. Kuatkan semangat. Bila kau kuat, orang lain turut jadi kuat. Kalau tak kuat, pautlah pada yang Esa. Itu je.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Aku sayang dia tapi dia tak sayang

Baru ku sedari
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Kau buat remuk
Seluruh hatikuuuuu...

Okey kali ni aku nak membicarakan tentang cinta. Aku pernah sayang seseorang. Tipulah tak pernah. Tapi sampai satu masa dia tinggalkan aku tanpa kata. Diam diam hilang tanpa berita. Sampai sekarang aku tertanya-tanya kenapa dia buat begitu. Stress memikirkan cinta tak berbalas ni kan?

Samalah macam sahabat aku sorang ni. Cinta tak berbalas. Mesti korang akan kata "Teruknya orang tu, tu tak balas cinta dia," Aku tahu. Ia memang kejam. Ya, melukakan hati yang sayangkan kita. Tapi cuba kita lihat sudut lain pula. Kalau orang tu terima atas dasar simpati. Korang rasa kejam tak?

Sebab tu aku selalu kata. Biar kejam sekarang jangan kejam akan datang. Lagi parah lukanya. Perempuan sekali terluka selamanya tetap diingat parutnya. Lelaki aku tak tahulah. Tapi serius, cinta bertepuk sebelah tangan memang sakit. Tapi sakitnya sekejap cuma. Kalau cinta atas dasar simpati lama nak kasi sembuh weh.

Kesimpulan, cinta tak boleh dipaksa. Buat lah macam mana pun. Kecualilah memang dia jodoh korang. Insyaallah berkat kesabaran menunggu akan ada hasilnya. Tapi jangan berharap sangat. Cinta tak kejam. Cuma cinta kadang kala tersasar ke orang yang salah. Tunggulah sampai cinta yang benar muncul okey. Akhir kata dari aku, cinta tak seharusnya memiliki. Cukuplah doakan kebahagiaan dari kejauhan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Kalau aku kahwin

Amaran ini entry suka-suka. Bukan saja-saja nak guna kalau. Kang ada yang perli aku kat komen kang.

Kalau aku kahwin,

Boleh ke aku menaip blog macam selalu?

Kalau aku kahwin,

Boleh ke aku mengarang cerpen?

Kalau aku kahwin,

Ada masa ke dengan gath dan sebagainya?

Kalau aku kahwin,

Aku jadi makin sweet ke atau sebaliknya?

Kalau aku kahwin,

Wujud lagi ke blog ni?

Kalau aku kahwin,

Boleh ke aku online macam sekarang?

Kalau aku kahwin,

Ada ke beza nanti?

Itu kalau aku kahwinlah. Masalahnya itu semua kalau. Aku terfikir je. Sudah. Jangan guna kalau dah. Cukup! Percaya pada ketentuan Allah sudah. Kalau korang kahwin macam mana pulak? Ada ke terfikir macam aku? Ke aku sorang je? Haha
Published with Blogger-droid v1.7.4

Berjimba-jimba sambil layan Tutti Frutti

Amboi tajuknya bukan main lagi. Nampak tu? First time makan, opah belanja. Haha terima kasih opah dan atok. Diorang kat depan ni sibuk tengok kamera. Taulah dua-dua gilakan kamera. Sabar jelah.

Nak tengok Street Dance pulak ni. Setiap minggu berjalan ke KL. Macam tak ada kerja kan aku ni?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Cerpen: Cinta tak kenal siapa

“Irsyad please,” Amalina bingung dengan perasaan sendiri. masakan bisa dia menerima lelaki itu. Sahabat baiknya sendiri.
“Aku serius. Aku suka kau. Lama dah,” Irsyad memandang Amalina sekilas. Dia tahu bukan masa yang sesuai namun dadanya terasa mahu pecah kalau disimpan lebih lama.
“Irsyad, aku datang jumpa kau nak luahkan kecewa aku kat laki keparat tu. Kau pulak buat cerita lain. Serius aku pening sekarang. Macam mana kau boleh suka aku pulak?” Amalina kusut. Dia seakan tak percaya.
“Aku tak tahu weh. Bila aku dengar cerita kau sepanjang kita kenal ni. Aku jadi suka. Aku jadi nak sentiasa bagi bahu aku untuk kau menangis. Aku nak je bagi telinga aku untuk dengar luahan hati kau. Kalau boleh aku nak je kesatkan air mata…” Belum sempat Irsyad mengatakan isi hatinya Amalina bingkas bangun.
“Stop! Aku tak boleh dengar. Aku anggap kau hanya sahabat. Aku tak boleh balas apa yang kau rasa. Sebab aku…” Dia kehilangan kata-kata saat memandang wajah sahabatnya. Irsyad diam.

Akhirnya, mereka pulang ke tempat asal mereka. Sejak itu tiada lagi erti sahabat. Amalina jauhkan diri begitu juga Irsyad.

Xxxxx

Lama sudah tidak berjumpa dengan sahabatnya. Amalina rindu saat itu. Tapi apakan daya. Cinta memisahkan mereka. Orang kata kerana cinta macam-macam bisa terjadi. Ada yang akan berduka ada yang akan suka. Tapi bagi Amalina bukan cinta sebagai pasangan yang dia mahukan. Dia mahu cinta sebagai sahabat. Bukan kerana dia benci akan cinta tapi dia serik. Serik dipermainkan cinta.

Masih dia ingat saat sahabat baiknya sendiri meluahkan cinta tatkala hati tengah membenci. Benci akan hubungan cinta yang menyakitkan baginya. Amalina sengsara dipermainkan lelaki kasanova. Mulut saja manis. Tapi seperti biasa sudah habis madu dihisap, sepahnya dibuang begitu saja. Amalina ditinggalkan demi perempuan lain. Dia benci akan hakikat itu. Aidil berjaya meranapkan cinta dan kepercayaannya. Dia tak percaya akan lelaki selain sahabat baiknya, Irsyad. Namun, kini Irsyad juga begitu. Cinta membuatkan Irsyad terasing dari hidupnya. Amalina rindu Irsyad. Rindu sangat.

Xxxxx

Semua orang sibuk menjalankan tugas harian. Begitu juga Irsyad. Kertas kerja menimbun perlu dilihat dan ditandantangani. Seharian dia hanya menghadap kerjanya. Dia malas memikirkan kisah lalu. Cukuplah dia malu dengan keterlanjuran kata-katanya. Kini mahu menghubungi Amalina pun dia tak sanggup. Sudahnya dia mendiamkan diri. Diam adakalanya lebih baik.

“Beb,” Irsyad malas mahu mengangkat muka. Dia tahu Syukri yang empunya suara.
“Amboi khusyuk benar kau ni. Jom makan. Dah lunch time ni” Syukri duduk di kerusi empuk sahabatnya.
“Kau pergilah. Aku malas,” Pendek je jawapannya.
“Ala tak syoklah pergi sorang. Jomlah weh. Boleh cuci mata lagi,” Seakan memujuk. Irsyad mengangkat muka perlahan. Syukri tak habis-habis dengan cuci mata. Makwe tak juga lekat.
“Kau ni ada-ada je kan. Kejap aku kemas meja sikit,” Irsyad menyusun fail di mejanya. Nampak serabut. Sama macam tuannya. Itu dia akui. Hidup tanpa Amalina seakan kosong. Benar-benar kehilangan. Hilang sahabat hilang kasih.
“Jom…” Laju Syukri membuka pintu. Mereka berlalu ke restoran berdekatan. Malas nak makan tempat baru yang diragui kelazatan masakannya. Leceh kalau makan dengan orang cerewet.

Xxxxx

Air dihirup perlahan. Syukri masih sibuk memandang perempuan di belakang mereka. Meja betul-betul dekat.
“Lawa weh. Aku ada can tak ni?” Irsyad ketawa saja. Malas dia melayan. Hatinya tawar setelah ditolak cintanya buat pertama kali.
“Dia bangun weh. Harap dia datang sini,” Syukri teruja. Irsyad tergerak hati mahu memandang perempuan yang dimaksudkan.
“Irsyad…” Perempuan itu menyapa. Irsyad kelu.
“Ya saya,” Itu saja balasannya. Syukri kecewa. Irsyad juga yang dapat. Dia selalu kalah. Dia tahu hakikat itu.
“Takkan tak kenal saya?” Perempuan itu cuba berbual. Tapi Irsyad seakan malas melayan. Dia tahu Syukri tengah membara api cemburunya.
“Awak siapa ye?” Perempuan tu ketawa perlahan.
“Saya Ros. Anak jiran lama awak tu. Ingat kita selalu bergaduh pasal siapa siap jemur kain dulu,” Rosmala cuba mengingatkan Irsyad. Akhirnya Irsyad ketawa juga. Lama juga mereka berbual. Sungguh rindu saat berjiran dulu. Orang kampung juga. Cuma keluarganya merantau jauh disebabkan kerjaya ayahnya polis.
“Amboi berborak dah tak ingat aku kan?” Syukri meluahkan rasa tak puas hatinya.
“Sorry Syuk. Dia dah lama aku tak jumpa. Serius rindu zaman dulu,”Sengihannya melebar. Syukri kepansan. Sakit je hati dia memandang drama sebabak tadi. Namun, dia diamkan saja. Malas bertengkar.

Xxxxx

Drama sebabak itu turut disaksikan sepasang mata menawan. Dalam diam Amalina menyimpan rasa. Ya, dia benar-benar kehilangan Irsyad. Irsyad gembira tanpa adanya dia. Irsyad sudah punya teman baru. Kini dia tahu hati Irsyad sudah terisi.

“Cepat benar hati kau menerima cinta yang lain Syad,” Dia berkata sendiri lantas air mata diseka. Kecewa dengan hakikat itu.
“Hei kau kenapa Am?” Amalina hanya senyum. Balqis menghulurkan tisu. Malas dia mahu bertanya lagi. baru pergi ke kaunter bayar sekejap kawannya dah bersedih. Dia pun tak faham dengan Amalina. Banyak rahsia yang dia sembunyikan. Terlalu banyak. Sampaikan dia tak tahu menilai hati kawannya sendiri. namun, dia mahu tetap sentiasa ada untuk Amalina. Walau apapun yang mendatang. Itu janjinya.
“Kau buat apa tu?” Amalina berpaling semula. Balqis terhegeh-hegeh mengejar langkah Amalina yang jauh ke depan.

Xxxxx

Dapur berantakan. Itulah hasilnya bila si suami yang bertungkus lumus memasak. Amalina tersenyum.

“Hai bang, lama lagi ke boleh makan ni?” Irsyad ketawa mendengar sindiran isterinya dari depan. Sengaja dia masak buat kali pertama. Setelah Amalina disahkan hamil. Dia orang paling bahagia dia rasakan. Mana taknya. Cinta berbalas juga akhirnya. Amalina akui cintanya untuk Irsyad seorang setelah insiden demi insiden berlaku.
“Ala, awak tahukan saya mana pernah masuk dapur. Saya dah cuba yang terbaik ni tau. Jangan komen nanti saya sentap,” Irsyad keluar membawa spaggeti bologneese ke depan. Amalina ketawa lepas. Suaminya mengada-ngada. Saja buat kejutan yang konon nak jadikan hadiah sempena hamil.
“Abang-abang. Ina tak kisah pun kalau abang tak masak. Kita makan kat luar pun tak apa,” Amalina memaut lengan suaminya manja. Seronok dia kini. Ada suami. 8 bulan akan datang ada pula penyeri keluarga.
“Ala sayang. Untuk sayang, abang sanggup buat apa je. Tak nak kehilangan buat kali kedua. I love you so much,” Ubun-ubun isterinya dicium lembut.
“Abang, saya nak minta maaf pasal hal tu. Kalau bukan saya tolak awak, mesti kita lama dah kahwin kan? Bahagia macam ni,” Amalina berubah emosi.
“Hish tak baik kata macam tu. Awak ni. Inikan soal jodoh. Allah yang tentukan. Semuanya ada hikmah. Kalau bukan sebab awak nampak saya baik dengan Rosmala, awak takkan sedar yang awak juga sukakan abang kan? Amalina Ibrahim, abang suka awak. Lepas ni abang bolehlah jadi pengelap air mata awak, peminjam bahu awak, pendengar setia dan paling penting suami kepada awak,” Senyum-senyum Amalina mendengarnya. Teringat pula ayat yang sama semasa suaminya meluahkan perasaan.
“Abang ni tak ada modal lain ke? Asyik dialog sama je. Setahun lepas pun abang cakap macam ni jugak,” Rungutnya perlahan.
“Eh yeke sayang? Abang tak sedar pulak ayat dah basi. Ingat isteri abang dah terharu tadi,” Ketawanya bahagia.
“Mengadalah. Kenapalah suami saya tak seperti Aaron Aziz yang romantik tu,” Amalina juga terpengaruh drama melayu. Dia kaki drama. Semua drama dia layan. Hinggakan dialog juga dia hafal.
“Amboi nak bandingkan abang dengan artis buat apa. Dia berlakon dan dapat duit. Abang tak berlakon pun. ikhlas dari dalam hati ni sayang oi. Tak dapat duit pulak,” Amalina ketawa. Sengaja dia sakat suaminya. Dia tak kisah pun suaminya begitu. Dia sayang Irsyad bukan sebab romantik tapi sebab suaminya sayang dia. Terima seadanya yang paling penting sentiasa ada susah dan senang.
“Saya tak kisahlah bang. Kalau saya nak kahwin dengan dia buat apa saya pilih abang kan?” Amalina memujuk kembali. Dia tahu rajuk suaminya tak lama. Irsyad tersenyum kembali.
“Abang dah tahu awak akan pujuk. Menyesal tak merajuk lama-lama,” Isterinya menjegilkan mata. Keduanya ketawa.
“Dah jom makan. Sejuk spaggeti ni,”

Amalina cuba mencedukkan. Namun, cepat dihalang suaminya. Irsyad membuat semua. Dia dilayan bagai puteri. Amalina senyum saja. Walaupun romantik itu tak nampak melalui kata-kata tapi dari segi perlakuan sudah membuktikan. Dia senyum lagi bila Irsyad mahu suapkannya. Malu dilayan begitu.

Bahagia bukan kira masa. Ia datang tanpa dipinta. Cuma kita perlu cipta bahagia kita sendiri. Pilihlah pasangan dengan baik dan berbahagialah dengan pilihan masing-masing. Jodoh itu ada cuma perlu cari sampai temui.
Tamat~~

NOTA IFFAH: Aku cuba lari dari emosi cinta cintaan. Tapi asyik gagal je. Penat aku cari nama. Siap cekwu nama cikgu pembimbing dengan anak murid juga cikgu sekolah tu. Layankan je. Aku rasa tak sweet cerita kali ni. Korang?


Published with Blogger-droid v1.7.4

Bukan semua boleh mendidik

Aku kan memang kagum dengan kaum pendidik. Macam mana dia punya kuasa boleh meluruskan yang bengkok. Boleh mendisiplinkan si kecil yang tak mengerti apa-apa. Boleh mengajar membaca abc yang nampak mudah tapi sukar. Boleh jadi versatile bila-bila masa.

Aku cuba jadi pendidik. Belum layak sebenarnya. Aku kagum dengan cikgu pembimbing aku. Betul-betul membimbing masa praktikum kali ni. Ilmu yang takkan dapat dari buku. Aku kagum bila dia boleh berubah menjadi tukang masak bila pembantu tak ada. Untuk pengetahuan prasekolah ada pembantu khas. Hari ni turn aku pulak masak. Tapi goreng nugget dengan buat air jelah. Sebab hari ni jugak kena observe major last.

Alhamdulillah, anak-anak tu dalam emosi terkawal. Aku suka mengajar diorang. Biasalah ada kelemahan sana sini. Baru belajar. Aku suka bila habis observe. Maka habislah budak-budak tu aku kerjakan. Oh tidak maksud aku mengajar ikut suka hati. Rasa nak nyanyi kita nyanyi. Rasa nak membaca kita baca. Aku suka jadi pendidik. Aku harap aku pun akan jadi sepertinya kelak.
#berbunga-bunga baca komen korang kat cerpen sebelum ni hehe. Terima kasih!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Cerpen: Beribu sesalan

Dalam keserabutan fikiran dia membuat keputusan. Terburu-buru bagi orang lain. Tapi tidak baginya. Dia mahu melepaskan segala beban yang ada. Dia terlalu memikirkan masalahnya hingga tegar memilih penyelesaian yang mengejutkan. Dania Natasya tak mahu berfikir panjang. Segala kekusutan harus diselesaikan. Dia mahu bercerai.

“Kau gila Dania!” Syafinaz menyinga. Belum pernah sahabat baiknya mengamuk sebegitu.
“Aku masih waras. Aku tak mampu bertahan dengan keserabutan ni. Aku letih Finaz. Letih sangat…” Air matanya berderai.

Syafinaz memandang cuma. Dia tahu kesulitan sahabatnya. Namun, tiada apa yang dapat bantu. Dia tetap tak bersetuju dengan cara terburu-buru Dania. Baginya masih terlalu awal untuk menjadi janda. Terlalu berat gelaran itu untuk seorang wanita. Ke mana pun serba tak kena. Lebih-lebih lagi yang cerai hidup. Mulut takkan berhenti mengata. Dia tahu hakikat itu. Sebab dia juga mangsa penceraian. Dia tahu keadaan emaknya sehinggalah kini sama.

“Kau kena fikir baik-baik. Walaupun kau dan dia tak ada anak, kau kena fikir status kau nanti,” Syafinaz masih trauma dengan apa yang telah ayahnya lakukan. Dia tak mahu peristiwa itu berulang lagi. Cukuplah emaknya dan dia punya pengalaman ngeri melalui liku-liku kehidupan. Dia benar-benar serik.

Xxxxx

Nasir diam. Dia tahu keluarganya menanti keputusan. Namun, dia gagal menemukan keputusan tepat.
“Sekarang kau cakap dengan abah. Kau nak apa sebenarnya?” Rahim masih berang. Mana tidaknya anak lelakinya menconteng arang ke mukanya. Isteri ada tapi masih mencari yang lain. Yang tak direstui sejak dulu.
“Saya tak tahu bah. Dania yang suruh saya cakap. Dia tak nak ikut datang,” Berat dia nak mengatakan salahnya. Dia yang bermain api. Dia tahu segalanya terbongkar. Isteri mana yang tak marah. Biarpun Dania sentiasa dingin dengannya. Itupun atas permintaannya sendiri.

“Kau jangan nak putar belit. Dania tu takkan buat kami macam ni. Dia budak baik. Abah pinangkan dia sebab nak dia bimbing kau jadi manusia. Sekarang tengok? Kau nak lepaskan isteri sebaik dia? Kau ni…” Rahim menggigil. Geram hatinya. Amarahnya meledak.
“Abang dahlah tu. Kesian dia ni. Dia anak kita,” Qariah pula cuba menjernihkan keadaan. Keadaan serabut anaknya mengundang simpati. Bukan dia tak suka Dania. Tapi kalau itu yang mereka mahu, apa kuasa dia nak halang?

Xxxxx

Lelaki itu menyendiri. Begitu juga Dania. Dia tak kuasa berbual dengan lelaki itu. Ya, dia menjauhkan diri. Bukan untuk melukakan hati Nasir, suaminya sendiri namun menyelamatkan hati dari terus terluka. Sekali lagi mereka perlu sebumbung. Secara paksa rela. Bapa mertuanya tak sanggup melepaskannya pergi. Dalam tempoh sebulan mereka perlu usaha untuk berbaik semula. Dia letih memikirkan masalahnya. Masalah rumahtangganya sendiri telah membuat orang lain turut masuk campur. Dia masih ingat saat dia dipinang. Alasan lelaki tua itu mudah. Dania jodoh Nasir.

Dania tersedar dari lamunan yang jauh kerana terdengar ketukan pintu. Dia tahu suaminya yang mengetuknya. Siapa lagi kalau bukan Nasir? Dengan malas dia membuka sedikit pintu itu.

“Abang nak cakap sikit,” Dania tergamam. Abang? Tak pernah pun lelaki itu bahasakan diri abang. Malah beraku kau. Kahwin paksa konon. Ego menerima isteri bukan pilihan.
“Abang?” Ketawa sinis Dania. Lalu dia membenarkan suaminya masuk ke bilik tidurnya.
“Jangan perli abang. Abang tahu abang salah. Dania, we need to talk,” Serius nadanya.
“Saya rasa tak ada apa nak dibincangkan abang. Abang nak kahwin dengan siapapun Dania tak peduli. Yang penting kita bercerai. Yang keluarga abang tak terima kenapa? Abang kenalah fikir sendiri macam mana nak pujuk abah kan?” Dania berkata dengan tegas.

Dia malas mengambil tahu apa yang suaminya mahukan. Dia dah letih dengan semua lakonan. Kahwin tanpa cinta atas desakan keluarga. Atas dasar percaya pada keluarga. Dania turutkan. Malang sememangnya tak berbau. Nasir langsung tak mahu berikan peluang untuk dia menjadi isteri. 6 bulan dia umpama boneka yang dijadikan hiasan. Dia penat dengan kepura-puraan.

“Abang salah okey. Sekarang Dania nak abang buat apa? Kita takkan dapat bercerai pun,” Dania melepaskan keluhan.
“Kenapa?” Nasir tersenyum.
“Abang rasa abang dah jatuh cinta,” Dania pedih. Pedih dengan kenyataan itu. Sejak lafaz ijab dan kabul dimeterai. Dia sudah janji hanya cinta kepada suaminya sendiri. Namun, sungguh sakit bila bertepuk sebelah cuma.
“Abang jatuh cinta lagi? Kali ni dengan siapa pulak?” Dania malas melayan. Sakit. Sungguh sakit mendengarkan itu.
“Dengan Dania maybe,” Meletus ketawa Dania.
“What?” Masih bersisa ketawanya. Dipandang suaminya yang berwajah tegang. Mungkin sentap dengan ledakan tawanya. Tapi kenyataan yang diluahkan kelakar baginya.
“So, Dania ingat abang main-mainlah?” Bengang. Merah wajahnya.
“Bukan tak percaya. Tapi kan bang, please jangan buat lawak macam ni lagi. sakit perut saya. Takkan sebab abah halang kita cerai abang dah jadi macam ni?” Kembali serius. Dia membetulkan duduknya. Walau mereka suami isteri, rasa janggal tetap ada.
“Abang serius. Abang sedar abang tak layak kata macam ni. Tapi bila abah halang penceraian ni abang mula rasa bersyukur. Sebab penceraian kita dapat ditunda. Allah je tahu betapa seronoknya hati abang. Bila seminggu abang fikir kenapa abang seronok sangat baru abang sedar yang cinta abang untuk Dania. Isteri abang,” Dania kaget.
“Sorry abang. Cerita abang ni tak lawak langsung. Dania nak tidur. So please,” Pintu dibuka seluasnya. Lelaki itu keluar dengan rasa hampa. Bukan Dania sengaja. Namun, segalanya terlalu drastik. Macam novel pula rasanya.

Xxxxx

Dania, Nasir dan yang lainnya duduk di ruang tamu menanti hadirnya Rahim si bapa. Tempoh sebulan telahpun berlalu. Kini hanya tunggu masa mereka dengan lafaz cerai yang bersaksikan keluarga terdekat. Rahim kecewa.

“Semua dah ada?” Rahim duduk di kerusinya.
“Dah bah. Kenapa abang suruh kami balik kampung ni?” Nasaruddin bertanya terlebih dahulu.
“Hai perjumpaan keluarga pun kena ada sebab? Abah tahu semua busy. Tapi abah bukan saja-saja panggil. Ni semua kes adik bongsu kau, si Nasir dan bininya si Dania,” Suaranya tegas. Masing-masing diam.
“Kenapa dengan diorang bah?” Nabila pula mencelah.
“Kau tanyalah adik kau ni,” Qariah menyampuk. Kecewanya tetap ada.
“Kenapa Sir? Nia?” Seperti makcik kepoh pula lagaknya.
“Kami nak bercerai,” Nasir tenang menjawab. Isterinya tak memberikan kata putus. Luahan hatinya ditolak dalam diam. Dia tahu salahnya mensia-siakan wanita itu berbulan lamanya. Kini beribu sesalan sesak di dadanya.
“Tak bah, kak, abang. Kami tak jadi bercerai. Dania minta maaf menyusahkan semua. Abang Nasir tak salah. Berhenti dari salahkan dia. Kami bahagia sekarang,” Dania menjawab persoalan yang bermain di minda suaminya. Nasir sungguh terkejut.
“Kamu ni kenapa? Sorang kata nak cerai sorang kata bahagia je?” Rahim pula berang. Pening dengan sikap anak menantunya.
“Tak bah. Kami tak jadi bercerai,” Nasir tersenyum penuh makna. Kegembiraan jelas terpancar di matanya. Dia tahu dia tak layak pun diberikan peluang kedua. Tapi dia bersyukur sangat kerana Dania sanggup menerimanya semula. Setelah banyak kelukaan yang dia beri kepada Dania. Mereka yang lain hanya mampu tersenyum kelegaan.

Xxxxx

Dingin malam menghembus bayu. Sengaja dibiarkan pintu terbuka. Sejuk terasa di segenap tubuh. Dia selesa begitu. Umpama di awangan. Dania senyum sendiri. Bahagia!
Telefonnya berbunyi. Lagu yang berkumandang sudah dapat dia meneka siapakah gerangannya. Hatinya berbunga bahagia.

“Hello, assalamualaikum abang,” Senyuman sentiasa menghias wajahnya.
“Amboi laju angkat. Tunggu call abang ke?” Nasir senyum juga.
“Taklah. Tak tunggu call abangpun. Ni Nia tunggu Syafiq call,” Sengaja dia berkata begitu. Geram.
“Amboi, abang baru tinggal bini abang kejap je dah ada laki lain. Siapa Syafiq tu?” Cemburu pula hatinya.
“Syafiq? Entah Dania pun tak kenal,” Ketawa puas. Dia berjaya mengenakan suaminya.
“Sayang ni kan. Mengadalah Dania ni. Kalau abang ada kat sana, habislah Dania. Abang kejar sampai dapat. Geram!” Nasir terkena. Selalu dia yang suka mengenakan orang.
“Masalahnya abang tak ada kan?” Dania tersenyum puas.
“Apasal pulak tak ada. Abang nampak Dania duduk kat balkoni tu. Tak rasa nak buka pintu ke sayang oi?” Dania berkerut. Suaminya pasang spy ke?
“Apasal nak bukak pintu? Dah malam bang. Abang mana tahu Dania ada kat balkoni? Abang pasang mata-mata ke apa?” Cuak pula dia. Sudahlah bersendiri je di rumah mereka.
“Aah, pasang mata abang je. Sayangku Dania, I’m home. Bukak pintu sayang. Letih abang terjegat kat luar ni,” Dania blur.
“Bukan esok ke abang balik? Janganlah gurau macam ni bang,” Hatinya mula rasa seram sejuk.
“Apa pulak? Abang lupa bawak kunci. Bukaklah sayang. Nampak tak abang melambai kat bawah ni?” Letih pula dia menerangkan kehadirannya adalah benar belaka. Kejutan tidak menjadi. Dania memang selalu lambat faham dalam segala hal.
“Eh abang dah balik,” Talian di matikan. Langkah diorak turun ke pintu depan. Nasir hanya mampu menggeleng.
“Wahai Dania Natasya, mujurlah kau isteri kesayangan. Terima jelah seadanya,” Nasir berkata sendiri. Bahagia itu mengatasi segalanya. Biarpun beribu sesalan pernah singgah di hidupnya dulu, kini tiada lagi. Nasir cuma menyesal lambat menerima cinta tulus dari isterinya sendiri.
Cinta tak kenal siapa. Cinta bisa menyakitkan. Cinta bisa mengindahkan dunia. Cinta yang hakiki tentulah kepada Ilahi. Cinta manusia biarlah jadi jambatan menuju cinta abadi. Insyaallah!

Nota Iffah: Yang memula aku taip masa serabut. Lepas tu emosi hari ni okey pulak. Tu endingnya jadi lain. Aku tak sanggup buat cerita sedih. Hehe nama Dania Natasya tu nama anak akak kat sekolah. Budak 4 tahun yang comel sangat.
Published with Blogger-droid v1.7.4

La Tahzan: Bila hati dilukai

Tajuk berkaitan hati. Seminggu ni aku diasak dengan status dan entry bercirikan hati, perasaan, sayang, suka dan cinta. Ada tema pulak blog ni. Biasalah mengikut hati penulis kan. La tahzan buat hati yang dilukai.

Aku tahu, aku tak layak berkata-kata soalnya hati. Kadang aku pelik. Ramai lelaki khususnya yang mengadu domba tentang hati mereka. Ku kira lelaki tak sedih kalau dilukai. Lelaki kan macho.

Konon patah tumbuh hilang berganti. Rupanya hati lelaki sama je macam kita kaum hawa. Rasa dilukai. Rasa dikhianati. Rasa ditinggal sendiri. Tabahlah wahai hati yang sedang terluka.

Ingat. Pasti ada sebab Allah menurunkan ujian sebegini. Bukan asal ada je. Pasti ada rencana yang lebih indah selepas kelukaan. Cinta, hati dan perasaan sukar diramal. Kau kecewa hari ni esok tak mustahil kau temui sinar hakiki. Tapi percayalah dengan cinta Allah.

Pasti akan ada yang menanti. Yang bisa merawat lukamu kini. Jangan bersedih. Ini cuma sedikit cuma ujian yang Allah berikan. Ingat, orang yang diberi ujian adalah orang yang disayangi. Ujian mendekatkan kau semua kepada Ilahi. Cuma satu pesanku, ambil iktibar tentang sejarah lampau. Buat pembaharuan demi hati yang disakiti. Usah dikenang masa lalu kerana ia takkan kembali yang pasti.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Kepuasan diri

Lain orang lain caranya. Lain orang lain ragamnya. Itulah lumrah kehidupan dan realitinya seorang insan yang berada di muka bumi ini. Yang pasti kepuasan mereka juga berbeza dari segala segi. Ya kita tahu, kepuasan sukar dipenuhi. Puas menulis? Ya aku puas. Aku seakan hidup bila aku menulis. Umpama oksigen yang aku sedut tiap hari. Penulisan kreatif lagi menceriakan hidup aku bagaikan si gula-gula pelangi yang berwarna warni dan yang pastinya sweet sekali. Aku puas dengan hanya menulis.

Adakala aku puas dengan apa yang aku buat demi sahabat. Demi teman rapat. Demi keluarga tersayang. Walau hanya sedikit pertolongan aku puas. Masalah orang masalah aku. Ya aku macam busy body kan? Tapi aku tetap mahukannya. Aku tak boleh hanya mampu memandang saja.

Aku puas dengan hanya membantu. Walau sedikit itulah berharga bagi aku. Jadi jangan pisahkan aku dengan kepuasan itu. Menulis dan membantu sahabat benda asas sebenarnya. Tapi itulah kepuasan aku. Aku puas. Orang pelik kenapa aku suka sangat menyibuk hal orang. Kenapa aku suka bila orang lain gembira. Sebab itulah aku. Iffah Afeefah yang hanya mampu menulis dan membantu sekadar cuma.

Nota Iffah: Kepuasan korang apa pulak? Meh kongsi meh.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Cerpen: Dilema

Hujan lebat menyembah bumi. Sedikit tempias terkena baju kurungnya. Natasya makin gundah. Malam kian gelap. Bimbang sungguh hatinya mengalami masalah begini. Salah dia juga terlalu tekun membuat kerja di pejabat.

Sedang sibuk Natasya membetulkan kainnya, dia terpandang seorang lelaki dengan payung. Dia memandang lama. Bimbang pula bersendirian begini. Teksi pula tak muncul-muncul juga. Hati mula membisikkan doa. Agar dia tak timpa musibah.

“Assalamualaikum,” Natasya kaget. Salam tak dijawab. Dia gerun. Masalah muncul!
“Awak jangan takut. Saya bukan hantu. Lagipun ada ke hantu bagi salam?” Ketawa lelaki itu perlahan.
“Tak kelakar okey,” Dia menjadi bengang tiba-tiba. Takut tetap ada. Tapi dia pura-pura berani.
“Awak takut kan duduk sorang macam ni. Dah malam, hujan pulak tu,” Sengaja Daniel Haziq menduga hati perempuan itu.
“Saya tak takut. Kalau saya takutpun, awak kisah apa?” Kasar bunyinya. Haziq senyum sinis.
“Perempuan tak elok cakap kasar tau. Nanti tak ada yang nak,” Lagi sekali Natasya terkena. Geram!
“Sibuklah. Awak ni datang tak diundang, pergi takkan nak dihalau?”
“Awak ni garanglah. Takut saya,” Haziq ketawa. Seronok pula dia menyakat gadis itu. Sudah lama dia perhatikan gelagat gadis itu. Kejap betulkan tudung. Kejap pegang kain. Kejap bercakap sendiri. Hatinya berbunga melihat aksi gadis itu. Sebab itu dia memilih untuk menegur. Bimbang jika terlepas peluang berharga ini. Kadang peluang itu datang sekali saja.
“Awak ni kenapa? Sudahlah, jangan ganggu saya,” Rimas pula Natasya. Dia mula berkira-kira mahu pergi dari situ.
“Cop awak nak ke mana tu? Hujan kan ni. Jom saya payungkan awak sampai ke kereta saya,” Laju Haziq menuturkannya. Natasya berpaling.
“What?” Dia pelik dengan pelawaan lelaki itu. Dan dia bertambah pelik bila dia sudi berdiri di payung sama dengan lelaki tak dikenali. Seakan magnet berlawanan. Dia mengikut langkah lelaki tak dikenali ke keretanya.
“Awak tinggal kat mana?” Haziq segera bertanya setelah enjin dihidupkan.
“Ah? A awak tinggalkan saya kat KL Sentral jelah,” Dia tergagap. Sejuk menyelinap ke seluruh badannya.
“Lah, niat saya baik wak. Takkan saya nak hantar awak separuh jalan je?” Haziq tak berpuas hati.
“Awak, saya dah terima pelawaan awak ni dah cukup baik kan. Saya tak suka terhutang budi. Please, nanti saya bayar duit tambang,” Natasya sudah tiada pilihan lain. Dua-dua pilihan yang ada menjerat diri. Dua-dua tetap akan ada kemungkinan negatif. Kalau dia tinggal di situ mungkin ada orang jahat yang akan mengganggunya. Jika dia mengikut lelaki ini juga kebarangkalian yang sama. Jadi dia berserah sahaja.
“Baik. Kalau itu yang awak mahukan. Tapi saya tak nak duit awak. Saya ikhlas hantarkan awak. Bandar ni bahaya. Awak tak patut balik lewat macam ni,” Haziq mula berceramah. Seperti dipukau, Natasya hanya diam seribu bahasa. Sesampainya di KL Sentral dia mula bersyukur kerana lelaki itu tak mengapa-apakannya.
“Terima kasih awak. Awak umpama malaikat yang Allah hadirkan untuk saya,” Natasya sebak.
“Tak apalah. By the way, nama saya Daniel Haziq. Ni kad saya. Kita boleh jadi kawan kan?” Natasya tak fikir panjang lalu mengangguk laju. Mereka bertukar kad dan Haziq berlalu dengan segaris senyuman sebaik saja Natasya masuk ke bangunan tersebut.

Xxxxx

Setiap hari bagaikan satu penyeksaan padanya. Setiap detik yang berlalu seakan lambat baginya. Hati mula tak senang. Soal hati dan perasaan memang sukar dimengerti. Dia tahu hakikat itu. Sebab itu seboleh-bolehnya dia mengelak dari terjebak ke masalah jiwa. Namun, sebaik-baik perancangan sekalipun takkan dapat terlaksana tanpa izinNya. Dia mengeluh entah kali ke berapa. Segalanya tidak kena. Entah apa yang merasuk hatinya kala ini. Fikirannya menerawang entah ke mana.

Dia mula menyesali apa yang terjadi. Kalaulah dia tak menerima bantuan lelaki itu hari hujan lebat itu. Tak perlulah dia pusing kepala memikirkan hati dan perasaan. Kata-kata lelaki itu terus-terusan mengganggu hatinya saat dan ketika ini.

“Saya ada untuk awak. Saya nak sayangi awak secara halal. Saya nak jadikan awak isteri saya. Adakah peluang itu untuk saya wahai Natasya?”
“Saya tak tahu nak jawab macam mana,” Natasya bingung. Segalanya pantas baginya. Sekejap cuma mereka berkenalan. Tiba-tiba dilamar.
“Tasyam saya ikhlas. Tolong jangan kecewakan hati saya,” Makin lama makin bingung. Lalu Natasya meminta masa memikirkannya. Dia tak boleh beri jawapan sekarang. Itulah alasannya. Kusut. Dia benar-benar kusut.

Xxxxx

“Tak salah kalau kau nak terima dia. Cuma kau kena tanya hati kau sama ada kau betul-betul boleh terima dia atau sebaliknya,” Nasihat sahabat dia dengar dengan tekun.
“Tapi aku tak sure hati aku macam mana. Bila dia tak ada aku rindu. Aku rindu nak sembang dengan dia. Tapi rindu tak semestinya suka kan? Suka tak semestinya cinta?” Keluh Natasya perlahan.
“Baik kau fikir bebaik. Peluang mungkin hanya sekali ni je. Mungkin kau takkan jumpa lelaki sebaik dia. Berani mengambil risiko. Terus terang aku kagum dengan dia,” Shila berkata lagi.
“Tengoklah macam mana. Aku pun tak dapat fikir lagi sekarang. Mungkin ni mainan syaitan je. Nak goda aku. Entahlah, aku buntu,” Shila tak mampu membantu. Ini hal hati dan perasaan. Dia tak boleh menentukan bagi pihak Natasya. Natasya sendiri kena memastikan hatinya sendiri.

Xxxxx

Udara tepi pantai sungguh mendamaikan. Dia suka pantai. Pantai simbol romantik bagi dirinya. Keindahan alam dinikmati dengan sepenuhnya. Deheman di belakangnya membuatkan dia tersenyum. Natasya berpaling memandang suaminya.

“Hai, takkan datang sini nak tengok pantai je. Abang ni dah macam tunggul dah Tasya buat,” Seakan rajuk nadanya.
“Mengada. Abang jugak yang beria nak bawak saya datang sini. Lepas tu nak merajuk pulak. Tak kuasa nak melayan abang. Mengada!” Dia tahu lelaki itu sengaja. Sengaja mengganggu ketenteramannya.
“Tak baik kata macam tu. Abang suami Tasya tau. Ingat tu,” Sedikit terguris hatinya. Haziq tahu Natasya memang caranya begitu. Namun, keadaan kini tak sama. Dia suami. Natasya perlu sedar hakikat begitu.
“Abang sorry,” Suaranya sebak. Natasya sedar salahnya.
“Maafmu diterima sayang. Jangan buat abang macam ni. Cari isteri lain baru tahu?” Haziq ketawa lepas. Cuba menjernihkan keadaan.
“Beranilah abang. Kalau nak kahwin lain, kenapa nak beria mengorat saya dulu?” Geram pula Natasya. Isteri mana sanggup dimadukan. Walaupun gurauan, tetap terasa hatinya.
“Sorry sayang. Abang gurau jelah. Sayang abang ni sensitif betul. Tadi menung apa jauh sangat tu?” Haziq mendakap erat isterinya. Natasya tak menolak. Malah dia selesa begitu. Terasa selamat dan disayangi.
“Saya teringat masa saya nak buat keputusan untuk terima abang. Susahnya nak buat pilihan,” Haziq berkerut.
“Susah ke sayang? Abang senang je. Suka, yakin Tasya jodoh abang. Terus pinang. Tak payah fikir banyak,” Jujur dari lubuk hatinya.
“Abang-abang. Senang ya lelaki punya pemikiran. Semua nak senang je. Tapi masa saya nak terima abang. Macam-macam terlintas. Nak tak nak kena juga fikir bebaik. Saya takut tersalah pilih,” Haziq tersenyum.
“Sekarang Tasya yakinkan jodoh awak dengan abang?” Sengihan melebar.
“Mulalah tu. Abang ni kalau saya tak yakin. Saya takkan pilih abang. Dahlah nak masuk dalam. Sejuk angin luar ni,” Natasya cuba melepaskan pelukan suaminya.
“Jangan. Abang tak nak lepaskan. Cubalah jawab nada lembut sikit. Dengan suami pun nak garang-garang. Sabar jelah isteri abang ni,” Natasya mendengus.
“Siapa suruh pilih saya,” Dijelir lidah dan berlari ke dalam. Haziq cepat-cepat berlari dan memujuk si isteri. Dia tahu isterinya menjadi begitu kerana latar belakangnya. Natasya membesar dengan lima lelaki termasuk ayahnya. Jadi dia tak tak reti bergaul seperti perempuan lain buat. Namun, perubahan demi perubahan telah dia cuba. Alhamdulillah, suaminya memahami. Walau kadangkala Haziq juga terasa hati.
“Sayang…” Natasya berkurung dalam bilik air.
“Sayang takkanlah sebab tu pun nak merajuk. Keluarlah sayangku intan payung. Si jantung hati,” Haziq merayu-rayu. Natasya sudah tidak tahan menahan tawa. Mulutnya ditutup rapat. Perut ditekan-tekan.
“Sayang, jangan buat abang macam ni. Susah payah nak dapatkan awak tau. Setelah gunung kinabalu abang redah, lautan pasifik abang renangi…” Natasya ketawa lepas.

Terhibur dengan telatah suami sendiri. pintu dibuka dengan rela. Senyuman dihadiahkan buat suami tersayang. Cinta anugerah Allah yang Esa. Dia bersyukur menemui cintanya. Mungkin, segalanya tampak sukar pada permulaan tak semestinya akan selamanya sukar. Percaya pada jodoh. Allah telah menentukan segalanya. Bahagia milik semua.

Nota Iffah: Aku tak tahu kenapa cerpen ni dikarang dua hari. Feel tu korang rasa tak? Aku tak rasa apapun. Yang aku tahu janji siap. Wahai hati tenanglah dikau. Tolonglah T.T
Published with Blogger-droid v1.7.4

Aku dan warna

Orang kata warna ni penting. Aku angguk. Orang kata warna ni merangsang otak kiri dan kanan. Aku nganga je. Sebab aku tak pernah tahu pun sebelum ni. Tapi apa kaitan dengan aku? Oh lula aku nak cerita pasal warna. Kak Ipar sibuk dengan warna kegemaran dia iaitu pink. Dulu aku suka jugak.

Sekarang manusia berubah. Seperti aku juga. Aku suka warna merah. Masih belum banyak koleksi merah. Tapi aku memang akan tertarik pada warna merah. Orang kata warna ada kaitan dengan diri kita. Aku rasa betullah kot. Merahkan lambang keberanian. Mungkin aku berani berkata tapi tak cukup berani berhadapan dengan kesan lepas berkata-kata.

Aku perlukan keberanian dari warna itu. Sebab tu aku suka merah. Mohon, beranikan diri. Aku takut diduga sebab aku tak cukup merah lagi. Aku takut diuji sebab merah masih suku dalam diri. Aku takut dengan segala kemungkinan sebab merah baru aku suka. Harap merah dapat membantu aku mengumpul segenap keberanian.

Nota Iffah: Korang suka warna apa dan kenapa?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Peluang yang mendatang

Mungkin orang akan kata peluang datang sekali je. So grab it!

Ada juga yang akan kata peluang tu akan hadir bila dan ketika yang kita takkan tahu.

Ya, ada yang kata peluang itu ada. Cuma perlu sabar menantinya.

Tapi aku kata. Percaya bahawa peluang itu berharga. Sekali kau lepas, mungkin ada dua jawapan. Sama ada tiada lagi peluang untuk kau. Atau peluang yang lebih baik akan muncul. Bukan tamak. Tapi tak nak tergesa-gesa.

Mungkin peluang yang datang takkan datang lagi. Kau akan menyesal sebab tak ambil peluang tu. Tapi mungkin juga peluang lebih baik akan muncul setelah itu. Kau tak boleh tamak. Kau kena pilih. Hidup ni pilihan. Tapi sekali kau berpeluang untuk itu, baik kau ambil segera. Risau, takut-takut belum sempat peluang kedua datang, ajal pula yang mendekat.

Jadi hidup berisiko. Sentiasa. Kau pilih. Segala peluang memamng berisiko. Pilih ikut kata hati. Peluang sangat berharga bila kau menghargainya. Macam hidup, bila kita hargainya, hidup lebih bermakna. ;-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Menyatakan sayang itu sukar

Ya, memang sukar. Aku susah nak mengaku aku sayang seseorang. Macam ayah dan ibu. Nak kata sayang berat je mulut. Kadang orang pelik, apa nak malunya. Cakap jelah. Aku lain. Kami lain. Susah nak mengaku. Nak kata berat sangat sebab dalam mulut ada emas mestilah tak. Tapi itulah hakikatnya.

Bukan ayah je sukar menunjukkan sayang melalui perbuatan dan kata-kata. Anaknya pun. Keturunan tak? Haha kalau dengan kawan pun susah. Jadi aku gunakan medium lain untuk mengatakannya. Misalnya, blog. Kat blog bila tulis tak malu. Bila kantoi tersangat malu.

Lain orang lain caranya. Kalau ada suami tak tahulah macam mana kan? Eh gatal betul. *berangan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Ada hati nak masuk minang anak dara orang

Aku asyik rasa nak gelak bila memikirkan betapa mudahnya seorang lelaki mengatakan nak masuk meminang. Ingat senang ke? Lawak betul. Bukan seorang tapi dah ramai. Bukan nak kata aku bajet disayangi ke apa. Kadang kenal pun tak dah berani cakap macam tu.

Sekarang semua orang suka bergurau benda macam ni agaknya. Pening aku nak melayan. Baik aku tumpukan study dulu. Lagi layan lagi memeningkan. Kalau betul nak meminang, datanglah rumah. Tanya mak ayah. Aku ni bawah tanggungan diorang lagi.

Masalahnya ada ke berani datang? Cuba fikir. Dulu bukan main orang takut nak meminang. Menggigil tubuh badan. Sekarang dah macam perbualan harian. Haila jangan sampai gurauan anda tu membawa padah kat diri sendiri sudah. Usah fikir soal itu. Mari kita menunaikan tanggungjawab yang satu. CINTAI ALLAH TERLEBIH DAHULU.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sukar melupakan kekasih lama

Aku tak tahu apa yang mengganggu aku. Kejap taip padam. Taip balik padam. Selama ni tak pun. Lancar je penulisan aku. Haila. Rasa lama dah tak menulis serius. Asyik meraban pasal cerpen je. Inipun ada kaitan dengan cerpen. Ya, cerpen Keadilan cinta. Aku sengaja kaitkan kisah tu dengan dunia realiti.

Serius masih ramai yang masih gagal melupakan kekasih lama. Bukan aku nak berlagak hebat. Tapi aku juga pernah bercinta. Aku juga pernah dikecewakan dan mengecewakan. Cuma kesakitan, kepedihan, kepayahan tu tak aku tonjolkan dalam dunia maya ni. Buat apa meratap pilu benda dah jadi?

Bila Allah kata dia bukan untuk aku. Aku redha. Memang sakit. Bertahun menyulam rasa. Bertahun menyemai cinta. Tapi sampai bila aku nak macam tu. Menyeksa diri dengan kenangan. Membelenggu emosi dengan yang lampau. Sedangkan hati mahukan pembaharuan. Hati letih dengan kehilangan.

Belajar menerima hakikat wahai hati-hati yang terluka. Jangan disebabkan cinta kau yang tak kesampaian, kau melukai hati insan yang hadir selepas kejatuhan. Jangan kau biarkan insan lain diheret menjadi mangsa dendaman kau. Jangan kau mengikut rasa hingga membuatkan orang itu turut merana demi kau.

Aku berkata melalui pengalaman. Pengalaman adalah guru terbaik. Kalau aku boleh melupakan dan teruskan kehidupan kenapa bukan kau? Cukuplah dengan kenangan manis yang hanya pada ketika dulu. Berhentilah mengharap pada yang tiada. Bukalah peluang untuk insan baru menagih kasih. Jika kau sayang seseorang, lepaskan dia. Cinta bukan untuk dipaksa. Kalau dah jodoh takkan ke mana. Dekatkan diri pada cinta Allah itu yang utama.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Cerpen: Keadilan cinta

Bunyi telefon mengejutkan Aqilah Zahidah dari tidurnya. Dengan pantas mata terbuka memandang telefonnya. Tapi hampa sekali perasaannya apabila melihatkan celcom yang memberi mesej itu. Dia sangkakan seseorang yang istimewa yang menghubunginya. Lantas dia ingin menyambung lenanya lagi.

Hujung minggu bukanlah seronok bagi Aqilah. Tidur lebih baik jika tiada aktiviti bersama kawan. Semalaman dia dah berseronok. Takkan berhari-hari dia keluar. Anak dara apa macam tu. Namun, matanya enggan menutup lagi. Aqilah memusing sana sini tapi gagal lelapkan mata. Hatinya merindukan sesuatu. Dalam tak sedar dia menangis hiba. Teringat pula kisah pergaduhannya dua hari lepas dengan seseorang yang istimewa di mata dan hatinya. Entah kenapa perasaan itu muncul tak terduga.

Xxxxx

“Awak please. Balik dulu,” Lelaki itu benar-benar serabut kala ini. Aqila enggan. Dia mahukan jawapan. Bukan usiran.
“Saya takkan balik kalau awak tak nak jumpa saya. Susah sangat ke nak keluar?” Aqilah tetap berusaha.
“Saya tak sedia. Please!” Suara di corong telefon kedengaran sebak.
“Saya tetap akan tunggu sampai awak keluar,” Arash mengeluh. ‘Degil benar Aqilah ni’
“Awak, tolonglah. Kita settle baik-baik. Kalau awak larikan diri macam ni, bila nak selesai? Saya datang jauh sebab awak. Please jumpa saya sekali pun jadilah,” Malam makin pekat. Seorang gadis masih menanti puteranya di balik bangunan konkrit. Tegarnya lelaki itu meninggalkan dia sendiri di malam hari. Aqilah kecewa.
“Maaf, nanti saya call balik. Assalamualaikum,” Air matanya mengalir. Kecewa sungguh dengan sikap lelaki itu. Tujuan dia datang hanya menjernihkan perhubungan. Bukan pengakhiran begini yang dia mahukan. Aqilah berjalan lesu dan mendapat teksi.
“Cik nak pergi mana?”Pemandu teksi bertanya sebelum memulakan perjalanan.
“Kepong sentral, please,” Sugul sungguh wajah Aqilah.
“Awak ni larikan diri dari rumah ke?” Tersentak hati mendengar pertanyaan begitu.
“Taklah pakcik. Nampak macam ke?” Pakcik teksi tu ketawa saja. Aqilah meneruskan aktiviti layan perasaannya hingga sampai ke destinasi.

Xxxxx

Facebook Mesenggernya mengeluarkan bunyi. Tanda mesej masuk. Dia segera mendapatkan netbooknya.

Arash: Salam wak.
Arash: Buat apa tu?
Aqilah sedang berkira-kira mahu membalasnya. Lantas dia menjawab juga salam dari lelaki itu.
Aqilah:Waalaikumussalam…
Arash: Sorry pasal malam tu. Saya betul-betul rasa bersalah dengan awak.
Aqilah: Benda dah lepas. Jangan kenang lagi.
Arash: Saya tahu awak marah. Tapi malam tu saya memang tak sedia. Saya tak nak berlaku tak adil dengan awak. Saya sebenarnya sedang rindu…
Aqilah: Saya tahu bukan senang awak nak lupakan si dia. Tapi itukan perkara lama. Awak kata saya yang awak sayang. Tapi kenapa sampai sekarang…
Aqilah mengalirkan air matanya. Pedih hatinya dilayan begini. Jika dulu dia menerima lamaran kasih lelaki itu kerana keikhlasan Arash. Namun, sampai sekarang dia memendam rasa sendiri. Arash masih belum mampu melepaskan si dia pergi.
Arash: Saya tak sengaja wak. Dia masih saya sayang. Awak pun saya sayang. Cuma, bagi masa untuk saya belajar melupakan dia…
Aqilah: Sudahlah wak. Awak dari kita kenal dulu awak cakap begini. Tapi sampai sekarang awak tak dapat lupakan dia. Awak ingat saya apa? Sakit hati saya bila baca kisah awak dan dia. Awak tahu kan saya cemburu? Tapi saya tahankan je sebab saya fikir awak memerlukan masa untuk melupakan. Tapi wak, dah lama benda tu berlalu wak. Lama sangat. Melupakan itu tak sukar kalau awak sendiri rela hati nak melupakan. Maaf, salam.
Arash: ……….

Sekali lagi hatinya bernanah. Dia benci dipermainkan begini. Bila hati dah sayang masih ada yang ketiga. Sukar benarkah melupakan dia? Terlalu baikkah si dia dibandingkan dirinya? Aqilah hiba. Dia lemah kala ini. Saat kawan dan keluarga sibuk bertanya hari bahagia buat mereka. Arash masih belum melupakan. Dia tahu Arash bukan mahu melupakan si dia. Arash tak berusaha langsung melupakan si dia yang sudah menjadi isteri orang. Aqilah benci diri sendiri. Benci kerana apapun Arash buat dia tetap sayangkan lelaki itu. Itu hakikat yang menyakitkan.

Xxxxx

Arash tak dia hubungi sejak hari tu. Sakit hatinya jika difikirkan. Tapi itulah yang dia mahukan. Dia mahu lenyapkan Arash dari ingatan. Baginya hubungan mereka takkan berjaya seandainya Arash masih belum melupakan. Semua ini tidak adil. Tidak adil bagi Aqilah. Dia sendiri sudah terlalu sakit mengenangkan lelaki itu. Dia dah terlalu lama memendam rasa. Biarlah dia sendiri yang melepaskan Arash. Cukuplah penantian yang tak bermakna. Sayang tak boleh di paksa. Sayang yang dipupuk boleh lenyap tanpa dibaja. Itulah hakikat.

“Aqilah…” Ibunya memanggil.
“Ya bu. Kenapa?” Zainah duduk di tepi anaknya.
“Ibu nak cakap ni. Tapi ibu serba salah,” Aqilah merenung mata ibunya. Ibu sedang serius.dia tahu tu.
“Kenapani? Cakaplah bu. Janganlah macam ni,” Dia bangun dari baringannya.
“Ada orang nak datang meminang,” Aqilah tersenyum.
“Siapa?” Ibu hanya menggeleng.
“Bukan Arash?” Mata Aqilah mula berkaca.
“Ibu…” Aqilah memeluk. Tangisannya mula kedengaran lagi. Hancur sungguh hatinya. Arash begitu tegar mendiamkan diri hingga kini. Dia kecewa sungguh.
“Ibu, Qilah terima je. Siapapun yang datang, Qilah terima bu,” Ujarnya dalam sendu.

Dia redha dengan hakikat itu. Dia sedar dia tak seberapa dibandingkan dengan bekas kekasih hati Arash. Dia tahu sangat. Kalau tak, masakan Arash tak berjaya juga melupakan si dia.

Xxxxx

Sudah cukup-cukup sudah…
Cukup sampai di sini saja…
Daripada hati gelisah…
Lebih baik ku pergi saja…

Aqilah menangis lagi. Dia tahu tindakannya drastik. Esok hari pertunangannya. Entah siapa yang melamarnya. Dia tak punya hati untuk ambil tahu. Yang dia tahu, inilah jalan yang dipilih. Cintanya pda Arash akan dikuburkan saat mereka diijab kabulkan. Itu janjinya.

Telefon berbunyi. Aqilah tak segera bangun. Dia malas nak melayan kerana dia tahu bukan Arash yang telefon. Bukan lelaki yang dia nantikan akan menghubunginya. Baik dia berdiam diri dari mengharap sesuatu yang pasti takkan terjadi.

Telefon tetap berdering. Dia pula naik rimas. Hendak tak hendak dia terpaksa menjenguk telefon itu. Terpandang hadiah pemberian Arash di meja. Rasa nak buang je. Sakit mata memandangnya.

“Arash…” Suaranya perlahan. Telefon itu dipandang sejenak sebelum menjawab.
“Waalaikumussalam,” Jawab Aqilah apabila mendengar Arash memberi salam.
“Serius ke Aqilah?” Itu je soalan yang didengar. Sebak hati Aqilah tapi itulah hakikat.
“Aah betul apa awak dengar tu. Esok saya akan bertunang,” Dia cuba jadi kuat.
“Kenapa awak buat saya macam ni?” Arash bersuara tegang.
“Saya buat apa? Saya tak buat apa-apapun jika dibandingkan apa yang awak buat kat saya Arash. Maaflah, saya bukan boneka yang boleh awak pegang bila nak dan campak bila tak nak. Saya ada hati dan perasaan. Saya letih dibuli begini. Lebih baik kita berkesudahan macam ni. Sama-sama tak sakit hati,” Aqilah letih.
“Sama-sama tak sakit hati awak kata? Awak tak tahu betapa sakitnya hati saya sekarang ni. Dan saya tahu awak sakit hati. Maafkan saya. Jangan bertunang please. Saya janji dengan awak, saya akan lupakan dia. Saya janji wak. Please,” Aqilah tetap dengan keputusannya. Rayuan Arash tak dia pedulikan. Lantas dia mematikan talian. Sekali lagi air matanya dengan murah mengalir. Dia pasrah.

Xxxxx

“Sayang…” Lelaki itu memanggil kuat.
“Ye saya,” Aqilah terkocoh-kocoh ke depan menghadap suaminya. Dengan apron di badan. Nampak seperti suri rumah sejati.
“Kenapa awak ni? Dengan senduk bagai?” Aqilah pula terpinga-pinga. Bukan suaminya panggil dia ke? Dia pelik.
“Abang kan panggil saya tadi?” Aqilah memandang suaminya pelik.
“La awak ni. Pagi-pagi buat lawak,” Ketawa berdekah-dekah lelaki itu. Sungguh lucu. Melihat wajah isteri kesayangannya begitu lebih kelakar.
“Apa abang ni? Gelakkan saya pulak. Kan saya tengah masak sarapan. Abang sengaja kacau saya kan?” Aqilah tak berpuas hati. Arash tetap ketawa. Sakit pula hatinya.
“Sayangku Aqilah. Abang panggil Dodo nilah. Sayang Dodo. Awak jangan perasan eh,” Arash ketawa geli hati. Dodo dipangkunya. Kucing peliharaan mereka berdua. Dua-dua suka kucing. Itulah persamaannya.
“Abang!!!” Muncung mulut Aqilah. Dia malu sendiri. Ingatkan sayang tu dia. Cemburu pula melihat suaminya panggil Dodo pun sayang.
“Ala awak jealous ke? Ketawa masih bersisa. Segera Arash mendapatkan isterinya.
“Janganlah macam ni sayang. Tak comel tau muncung tu. Kang saya cium baru tahu,” Segera Aqilah berubah rona wajahnya.
“Abang ni kan…” Terus di ke dapur. Malas layan suaminya. Ya, Muhammad Arash telah berkahwin dengan Aqilah Zahidah.
“Sayangku Dodo, mama dah merajuk sayang. Lepas ni terpaksalah papa panggil Dodo laling. Nanti, mama sayang perasan lagi,” Ketawa lepas. Aqilah mengacau nasi goreng kuat-kuat. Biar Arash mendengar protesnya. Geram pulak dengan perangai suaminya yang kuat menyakat.
“Sayang janganlah mengamuk kat dapur tu. Rosak kuali tu kang,” Arash datang ke dapur.
“Apa abang ni? Pergilah bersayang-sayang dengan ‘isteri’ baru tu,” Jengkel hatinya.
“Aqilah Zahidah, awak tahu tak yang awak comel sangat bila merajuk macam ni. Tapi dengan kucing pun nak merajuk? Tak rocklah sayang,” Arash ketawa lagi. Aqilah rimas dengan ketawa itu. Dia pun memusingkan badan dan pipinya terkena ciuman. Arash sengaja. Dia tahu.

Kini, dia bahagia yang pastinya. Kisah sedihnya telah lama rapi di simpan dalam kotak memori semalam. Kini ada Arash yang sentiasa menyintainya. Itu dia pasti. Bagaimana mereka kahwin? Mudah saja, jodoh itu Allah sudah tentukan.

Aqilah memang bertunang waktu itu tapi dengan Arash. Rombongan Arash sampai dulu. Dan Aqilah sudah janji akan terima pinangan sesiapa pun. Nak tak nak lelaki yang lambat datang tak mampu berbuat apa. Takkan nak lamar tunangan orang? Aqilah bahagia walaupun tindakan Arash terlalu drastik baginya. Mujur, ibu ayah tak marah. Tunang hari tu. Kahwin dua bulan akan datang. Arash tak sanggup ditinggalkan lagi. Sebab tu pernikahan dipercepatkan.

Akhirnya, ikatan pernikahan membuatkan Arash lebih mudah melupakan kekasihnya yang lama dirindui. Dia telah berjaya memadam kenangan silam dengan membina kenangan baru. Itulah hakikat Aqilah paling suka sekali. Penantiannya berbaloi akhirnya. Cinta itu memang adil kqn?

Tamat~~~
Nota: Weee aku sememangnya sweet. Ya aku tahu korang nak kata aku gatal. Atau dalam hati ada taman. Tapi kan? Peduli apa aku. Oh kisah siapa ni? Entah, biarlah korang meneka sendiri. Yang pasti, nama dua-dua ni nama anak murid lagi. Wakaka.
Published with Blogger-droid v1.7.4

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers