CORETAN TERBARU NADH

Apa masalah kalau single?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kalau orang yang single rasa diri rendah diri bila dia tak ada kawan dia salah.

Kalau orang yang single rasa dia teruk sebab pakwe tak ada dia salah.

Kalau orang yang single rasa dia tidak dipedulikan oleh orang lain dia salah.

Kalau orang yang single rasa dia tak bagus banding orang lain dia salah.

Kalau orang yang single rasa dia lemah jika berdiri dengan orang lain dia salah.

Sebab?
Senyum dan kuatlah kamu!
Motivasi diri kadangkala lebih baik dari motivasikan orang lain. Jadi, pilihan anda. Pilih yang positif untuk terapi hati. =) selagi mampu dan menangis bersembunyi selagi boleh.

2# Quotes

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Life is your choice, so don't blame others! 
Via MYO, Lecturer at KPM

Kistot: Kuat!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Malam dingin. Aku sibuk meneliti laptop kesayangan. Setelah sehari dimasukkan ke ICU aku jadi makin sayang dengannya. Bukan sehari dua. Lima tahun dia berjasa denganku. Kecurangan aku terhadap dia membawa padah. Aku cuma dapat bercinta dengan Netbook merah hanya dua bulan. Selebihnya? Dia mati dalam nahas 27.8.2011. Ya, bersama-sama Maria. Yang kini diganti dengan Maya. Aku tahu aku tak patut curang. Aku harap Maya yang terakhir. Aku tak mahu curang lagi. Aku takut.

"Tet tet..." Mesej masuk. Aku pantas membukanya. Dari sahabat aku rupanya. Aku teliti mesej itu. Panjang sekali.

Sender: Julia (Bukan nama sebenar)
Tipah (Bukan nama sebenar), terima kasih... Terima kasih sebab semangat kau buat aku sedar, apapun dugaan yang Allah bagi, jangan sesekali patah semangat... Senyum selagi mampu supaya orang lain dapat senyum sama..masa kau lepas accident, aku tak sanggup nak tengok kau... Aku rasa macam tersiat-siat hati ni, rasa tak mampu nak tolong kau... Tapi ternyata kau tak perlukan sesiapa untuk jadi kuat... Kau berdiri sendiri, kau tetap senyum, tetap Tipah yang dulu... Terima kasih Tipah... Aku doakan Allah lindungi kau dan keluarga kau dan kesejahteraan hidup korang...

Aku terdiam. Peristiwa setahun lepas terlayar di kepalaku. Bukan setahun. Lagi sebulan genaplah setahun. Aku pelik. Dia tak begini. Dia bukan macam ni. Aku hantar mesej semula. Ingin bertanyakan masalahnya. Dia yang aku kenal bukan seperti ini.

Sender: Tipah (Bukan nama sebenar)
Kau ada masalah? Ada apa-apa boleh kongsi kat aku. Aku tak kuat pun Lia. Aku cuma jadi diri aku je. Lagipun kita lemah mana sekalipun kita tak perlu tunjuk kat orang. Itukan rahsia kita. Kuatkan semangat. Sentiasa berdiri dengan nama Lia yang aku kenal lima tahun lepas =)

Aku masih risau tentangnya. Mungkin dia nampak aku kuat, hakikatnya? Aku bukanlah sekuat yang dia fikirkan. Aku rasa semua itu lakonan aku. Sandiwara yang membutakan tentang hakikat sebenar. Aku tak kuat. Aku cuma jadi diri aku sahaja. Itu je aku mampu lakukan. Jika orang lain tanya, macam mana aku boleh kuat begini aku akan tetap bagi jawapan yang sama.

"Kita semua tak kuat wahai sahabat. Kita cuma ada tempat bergantung dan kita berpaut kepadaNya. Dari Dialah kekuatan itu muncul. Kuat untuk menjadi diri sendiri. Kuat dalam menyembunyikan kelemahan. Kuat dalam menyembunyikan tangisan. Kuat apabila dirundung musibah. Kuat dalam menutupi hakikat sebanar. Berlakon jadi kuat juga satu kesukaran," Aku bercakap sendiri dan laptop itu aku matikan. Aku perlu jadi kuat untuk bangun awal bersahur esok hari.

Gejala PNC

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Gejala PNC sebenarnya dah lama. Tapi aku tengok, bukan kaum hawa je yang terjebak dengan gejala ni. Lelaki pun ada. PNC? Pantang Nampak Cermin. Aku tak tahu kenapa kena mengadap cermin dan betulkan tudung. Kejap betulkan rambut. Kadang bukan niatpun.

Macam dah jadi habit pulak. Ternampak cermin je terus lekat kat cermin. Betulkan apa yang patut. Lepas tu kembali fokus ke depan. Ada korang nampak gejala ni? Korang tahu ke kenapa gejala ni makin sukar dihakis? Tapi yang pasti, tak semua yang suka tengok cermin suka melawa. 

Ada orang memang hati tergerak sendiri nak tengok cermin. Ada juga yang anti pada cermin. Jadi, sebelum memalukan diri, baik cerminkan diri. Cermin ni baik sebenarnya. Yang kurang dia tunjuk, yang lebih pun dia tunjuk. Tak berat sebelah orang kata.

Kistot: Cheezy Wedges

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Kau gila?" Lila terbantut mengunyah kentang bersalut sos keju berkrim dan mayonis putih gebu. Seleranya mati. Mata memandang tepat ke arah lelaki itu.
"Apesal kata aku gila pulak?" Lila bengang. Afif mengambil tempat di hadapan sahabatnya.
"Yalah, tak cukup seharian kau menghadap cheezy wedges ni. Sampai bila kau nak makan ni?" Afif mengeluh. Dia kesal dengan karenah sahabatnya. Hanya kerana kecewa. Cinta terputus di tengah jalan.
"Aku okey. Kau tak payah risau. Bukan gemuk pun kalau aku makan benda ni selalu," Matanya diarahkan ke lain. Bimbang Afif nampak mata itu mula berkaca. Menanti masa untuk menjatuhkan titisan sendu.
"Orang lain jadikan kecewa itu pemangkin semangat. Bukan macam kau. Loser! Aku tak kan tegur kau sampai kau buktikan kepada aku yang kau tak LOSER!" Afif bangun dan berlalu. Amarah menguasai. Sebulan dia terpaksa menemani Lila untuk makan makanan kegemaran ex-boyfriend Lila. Disaat itu jugalah Lila terfikirkan sesuatu. Senyuman penuh makna. Semangat yang hilang tiba-tiba kembali. Afif adalah puncanya. Kini dia boleh tersenyum lebar melihat perniagaan sos cheezy wedgesnya meluas seluruh pelusuk negara. Tiada lagi mukanya di KFC. Mukanya kini terpampang di dada akhbar. Dia tersenyum puas. 
"Thank you, Afif!" Lila menjerit sekuat hati. Senyuman manis bersisa. Afif memandang isterinya lalu tersenyum.
#Persoalan aku dah bertunang atau tidak, biarlah rahsia =)
#Aku dijangkiti virus sweet Syah dan Mimie.
#Mahu gerak ke Melaka, doakan aku selamat sampai.

Kadang rahsia itu perlu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kenapa? Sebab dalam agama kita sendiri pun suruh menjaga rahsia. Ada benda perlu cerita. Ada juga perlu dihebahkan. Aku lebih senang berahsia. Sebab aku bimbang, aku bimbang sangat. Dunia sekarang bukan macam dulu. Lagi-lagi ada laman sosial yang terlalu sosial.

Aku nak ingatkan pada orang lain juga. Tak semua kita boleh cerita. Kadang kita kena simpan sedikit. Orang kata dengan suami tiada rahsia. Bagi aku, dengan suami pun kena ada sedikit rahsia. Cukuplah kita dengan Allah yang tahu. Buatnya suami itu berpaling tadah, rahsia kita pula yang dijaja. Payah kan?

Jadi, kalau aku single ke aku dah bertunang ke apa ke. Aku lebih suka merahsiakan. Bagi aku, bertunang pun bukan perlu dihebahkan. Cukup yang terdekat je tahu. Kalau ada orang kacau, ya baru aku akan mengaku. I’m not single. Buat masa ni belum ada yang ganggu. Berani kacau aku? Repot kat ayah baru tau. =P

Dah, dah cukup sekadar ini cerita pasal rahsia. Aku ada rahsia silam. Aku kena simpan rahsia itu sampai aku mati. Itu saja yang aku perlu buat. Rahsia!

Bila tak puasa di bulan puasa

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ini khusus kepada para wanita. Aku nak kongsi sedikit fakta. Siapa kata orang tak puasa di bulan Ramadan ni orang yang untung? Allah beri kita cuti dari beribadah. Itu istimewanya wanita. Tapi ramai yang cemburu. Sebab kaum ni boleh makan di tengahari di bulan puasa. Tak payah terawih. Tak payah puasa penuh. Semua tu salah kalau itu tanggapan kamu-kamu kat luar sana tentang kami.

1. Kami tak boleh makan terang-terangan.
Ya, nanti kantoi semua pakat membahan. Orang tak puasa tak boleh makan semejalah apalah. Tak pasal kena diskriminasi. Padahal bukan kami mintak untuk tak puasa kan? Lagipun, mana ada makanan sedap-sedap tengahari, paling sedap pun megi. Sadis kan?

2. Kena ganti puasa.
Dah tinggal kenalah ganti puasa. Bukan seronok-seronok puasa tak cukup. Bila kita ganti puasa, diorang pulak konon balas dendam makan depan kita. Sabar jelah!

3. Sakit 
Ya, ada sakit pinggang. Senggugut. Macam-macam lagi yang buat kita lagi penat dari orang yang puasa. Jadi mana part yang diorang cemburu sangat dengan kami yang tak puasa bersebab ni?

Akhir sekali, janganlah pandang hina sangat kat orang yang tak puasa bersebab ni. Bukan dia mintak. Dia pun nak puasa penuh jugak. Nak beribadah jugak. Tak ada lebihnya pun kalau tak puasa di bulan puasa. Sama je. Jadi, jangan pelik kalau kaum hawa tak puasa. Tak berdosa pun. Lainlah dia makan depan korang. Siap menunjuk-nunjuk kesedapan makanan tu. Tu baru boleh korang marah. =)

Kistot: Tangan kanan gatal

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tangan kanan digaru kuat. Gatal! Dia terfikir, ada orang kata kalau tangan kanan gatal maknanya nak dapat duit. Senyum makin melebar.
“Oit senyum macam orang gila!” Dia tersentak dengan sergahan sahabatnya itu.
“Ala senyum pun tak boleh. Kau datang mesti ada hajat kan?” Rokiah menyinggung sahabatnya dengan siku. Senyum masih jelas di wajahnya.
“Kiah, kau tahu-tahu je kan,” Rosnah laju duduk menyendeng. Rokiah senyum lagi. Hari ni hari senyum sedunia bagi dirinya.
“Kau tak payah cakap. Semua pasal duit kan?” Rosnah menggangguk. Dia terkejut bagaimana Rokiah dapat mengagak.
“Aku terror. So kau nak bagi berapa ringgit? Hutang lama ke apa?” Rokiah tanya pantas. Dia tahu kawannya segan.
“Eh apa pulak aku nak kasi duit. Aku nak minta duit beli buku Novel Suami Aku Ustaz kat kau tu. Kan aku yang bayarkan dulu. Kau lupa?” Rosnah geram. Lain pula yang jadi.
“Ah? Aku hutang kau? Habis tangan kanan aku yang gatal tadi…” Rokiah menggaru kepalanya. Kusut sedikit rambut ikal itu. Hanya tawa Rosnah kedengaran. Sementara itu Rokiah masih menafsir fakta yang baru otaknya terima. Sambil memandang tangannya yang sememangnya sudah berparut luka.

Review: Zine Pilihan Warna Kaseh

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Banyak nak direview. Jadi harap baca dengan tenang. Jangan melompat teruja sangat okey? Bismillahirrahmanirrahim sebagai pembuka review. Aku nak review karya penulis-penulis dalam Zine Pilihan. Yang penulisnya Iffah Afeefah? Biarlah orang lain yang review. Siapa yang belum beli, nak beli? Masih ada stok. Limited. Jadi, meh order kat aku. Aku tolong poskan kat korang. Pos hari ni dijamin sampai esok. Zaitul pun aku baru pos kelmarin. Seronok dia baca semalam.

Okey mula review setiap cerpen dengan lajunya.
1.       Pencinta gila
Psiko dan benar-benar gila.
2.       Bumi Palestin
Sedih. Sayu.
3.       Ali dan Zuliana
Comel sangat. Auch!
4.       Curang
Psiko dan mengerikan!
5.       Gadis kopi
Manis macam gula dan santai.
6.       Hati
Stress sungguh dengan ending yang sedih.
7.       Aiskrim
Puas! Padan muka kau.
8.       Gambar
Sorang kahwin sorang lagi?
9.       Petunjuk
Menangis dalam hati lagi perit dari menangis berair mata.
10.   Pada syurga di wajahmu
Dendam dan sedih.
11    Kertas warna
Kejam dan sedih.
12.   Terlarang
Memang terlarang! Tapi tegas.
13.   Nakalnya kamu
Cerita budak sekolah yang sweet.
14.   Sahabat
Nilai persahabatan.
15.   Joanne
Cinta buat dia buta dan cerita ini agak nakal.
16.   Yang terakhir
Sweet dan simple je.
17.   Lukisan hati
Cinta itu unik katanya. Tak sangka!
18.   Aku tak ada bakat
Aku tertarik dengan quotes “Jangan kerana sebuah cerpen, kita akan hilang segalanya!”
19.   Sesejuk dingin Dravar
Tulisan sungguh menusuk ke hati! Sedih sangat.
20.   Don juan
Scary! Terbaik.
21.   Jangan lepaskan dia pergi
Ada pengajaran dan sedih.
22.   Selamat tinggal Kaseh
Sayu gila. Saja bikin aku nak nangis.
23.   Pengorek
Simple tapi sweet. Aku suka!
24.   Aku cinta kau
Gila dan psiko.
25.   Wan
Menyesal tak ada guna.
26.   Pemuda pemuja rahsia
Saspen sungguh. Dan memang gila.
27.   Bila bulan berwarna biru
Sweet dan romantik. Auww!
28.   Cinta, sayang, kasih
Aku pilih hati. Itu aku suka sangat. Memang sweet.

Kesimpulan, aku memang menyesal tak baca dari awal. Yalah, busy sangat. Sekarang kat aku ada banyak ZINE tak dituntut by hand. Korang mesti menyesal sebab tak ambil awal-awal. Serius aku suka!


Siapa nak order, pm je aku kat FB. RM15 sekali postage. Aku jual, korang beli. Tak rugi beli beb!

Kistot: Awak lari saya kejar!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku diam. Dia pun. Kami duduk sebelah menyebelah pun kaku untuk bicara. Dia dengan caranya. Aku juga.
“Awak…”  Dia mulakan bicara. Aku menelan amilase liur serentak itu.
“Ye ada apa?” Cuba berlagak tenang.
“Maaf sebab selama ni saya jauh dari awak. Saya kawan dengan Aqilah. Saya pinggirkan awak,” Aku senyum. Memang aku terasa. Tapi siapalah aku untuk halang semua itu.
“Tak apa. Awak berhak kawan dengan ramai orang,” Aku cuba kawal emosi aku. Tak macholah kalau menangis sekarang.
“Saya…ermm..ermm…” Aku lihat dia. Air mata mengalir. Ah aku benci situasi begini. Dia buat aku serba salah. Aku tak harap pun kawan yang akan melekat 24 jam dengan aku. Aku tak harap pun kawan yang setia cuma padaku. Aku tak harap. Tapi kenapa dia menangis?
“Saya minta maaf,” Sedang asyik aku menyoal diri dia pula minta maaf. Aku angguk cuma.
“Awak bagaikan burung, ada masa awak perlu berterbangan bebas. Ada masa awak hinggap di jendela hati saya. Kalau awak rasa ingin terbang, silakan. Saya takkan pernah halang. Sebab saya bukan tuan awak. Awak cuma burung yang inginkan hidup sendiri. Tapi ingat, pada tangan saya ada tali. Saat awak perlukan saya dan saya perlukan awak, saya akan tarik semula awak kembali kepada saya. Awak pergi manapun saya tetap akan mengejar dari jauh kerana awak kawan saya. Sampai matipun awak tetap kawan saya,” Usai aku ucapkan kata-kata itu dia menangis di bahuku. Aku juga menangis tapi dalam hati cuma.

Musim membuat KISTOT aka Kisah Kontot takpun Certot aka cerita kontot. Ayuh, buat kistot kawan sama-sama =) Sekali sekala buat entri berbentuk ni pun okey jugak kan?

La Tahzan: Kritikan hebat

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kadang orang kata tak fikir hati kita. Main taram je. Kadang sedih kita menangis. Apa salahnya dia menegur dengan sopan santun? Apa salahnya dia menegur secara tertutup? Kenapa dia kena hina di khalayak? Banyak benda terfikir saat sedih. Emosi mengawal minda. Akhirnya? Menangis dalam hati. Kerana tak mampu terluah dari mulut sendiri.

La tahzan buat mereka yang mengalami situasi ini. Kritikan walaupun pahit, kalau ia betul kita harus belajar menerima. Kita tahu tak semua orang mempunyai pendekatan teguran yang sopan, tersirat, menegur dalam menjaga hati. Namun, sedarlah kaum itu hanya sedikit cuma. Jadi untuk apa harap benda yang sukar didapati? Kita tak dapat ubah cara orang, tapi cara kita boleh ubah.

Didik hati supaya tahan. Walaupun perit, perih, pedih kita rasai saat dikritik hebat. Apatah lagi kritikan yang berbaur negatif. Semoga hati kita terus kuat terima kritikan. Jangan manjakan hati sendiri. Kerna tak selamanya kita akan dapat memanjakan hati kita dengan kata-kata manis semata-mata. La tahzan! Kuatlah wahai hati!

Kistot: Aku dan jam tangan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Nama aku Tirah. Athirah sebetulnya. Aku ada kawan. Dia suka memerliku. Sebab? Aku kelihatan bodoh tanpa jam tangan. Itu katanya. Aku tanya semula. "Kenapa?" Dia gelak kuat. Satu pasaraya boleh dengar. Aku masam. Ku gesa lagi bagi dia pening.
"Sebab orang tak pakai jam tangan ni orang tak menghargai masa. Bodohlah orang tu kalau tak hargai masa. Kaulah orang tu!" Aku senyap. Cuba menafsirkan kata-katanya.
"Ah aku kan selalu tanya kau pukul berapa?" Aku berkira-kira untuk membidas.
"Kau tanya aku sebab kau tak tahu. Sebab tu aku kata kau bodoh. Lain kali tengok jam sendiri. Bukan mahalpun, jam RM 10 berlambak kat kedai," Aku terasa hati. Namun aku diamkan saja. Dalam hati penat berfikir. Apakah kerana jam RM 10 aku digelar seorang yang bodoh? Sampai 20 tahun lamanya aku masih teringat jam tangan dan bodoh. Sampai sekarang aku tak pakai jam. Aku anti dengan jam. Dia musuhku.
"Aku tak bodoh pun tak pakai jam sebab aku usahawan berjaya sekarang!" Aku senyum puas.

Kesimpulan dan pengajaran cerita ni? Korang fikir dan komen sendiri. =) Lama aku tak buat cerpen kan?

Khas untuk Ikan Kaloi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Entri ini agak peribadi. Sepanjang aku buat blog, aku rasa nilah kali pertama aku tulis cerita pasal dia. 100% pasal ikan kaloi. Ya, dari mula kewujudan blog ni sampai sekarang. Aku tahu dia baca. Entri ni khas untuk dia. Seperti yang aku jangka, ikan kaloi orang yang lama aku kenal. Sebelum ada blog ni lagi. Aku kecewa sebab dia merahsiakan identiti dia. Jadi lepas ni jangan sebut lagi pasal ikan kaloi, sebab dia janji dia takkan muncul lagi.

"Awak, bukan niat saya nak jauhkan diri dari awak. Apatah lagi nak putuskan persahabatan. Apapun cerita masa lampau biarlah menjadi pengalaman dan hanya antara kita berdua saja. Untuk baca blog ni, saya tak kisah. Nak baca, terpulang. Cuma untuk berkawan macam biasa agak janggal. Saya rasa cukuplah kawan yang ada dalam tiada. Baik untuk awak dan juga saya. Serius, memang saya kecewa. Awak tipu saya. Atas dasar apa persahabatan kita kalau dari mula awak menipu? Kalau dari dulu awak berterus terang tentang siapa awak. Mungkin saya boleh terima. Marah. Memang saya marah tapi untuk apa? Biarlah semua ni jadi pengajaran. Kawan hanya sekadar dalam maya sahaja. Biar terus begini. Zine tu nanti saya post. Bacalah Zine tu bukan kerana saya, tapi kerana Zine tu sendiri. Akhir kata, salam."

Jadi, aku harap kawan-kawan yang selalu baca komen Ikan Kaloi, nota aku pasal dia faham. Bukan sengaja aku buang dia dan dia menghilangkan diri. Cukuplah sampai hari ni je kisah Si Ikan Kaloi. Aku tak nak orang sebut lagi pasal dia. Baik untuk aku ataupun dia. Biarlah misteri dia hanya aku je yang tahu. Emosi kan entri ni? Maaf korang terpaksa baca entri ni =)

Bila hati merindu

Bila hati merindu lagi,
Ada sesuatu datang menemani,
Ego menahan diri,
Lantas dia terdiam sepi.

Tiba si lelaki datang ke mari,
Dia senyum sendiri,
Rupanya mereka sudah sehati,
Ah barangkali ini jodoh dari Ilahi.

#Garapan santai bila hati merindu. Korang tengah merindu?
Published with Blogger-droid v1.7.4

1# Quotes

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hidup ini adalah berwarna-warni yang terlakar pada kanvas. Walaupun tidak cantik tetapi mempunyai sejuta maksud! 
Via -Test pad CreativeProducts

Cheesy Wedges

100 GM
Ada macam kat KFC tak?
Aku tak tahu nak eja macam mana. Ni iklan bukan sebarang. Ni iklan makanan di bulan puasa. Aku ada update status pasal makanan. Inilah wedges macam KFC. Memang dijamin sedap. Sampaikan kakak aku nak bawak balik. Suami dia suka. Aku nak pergi Alor Gajah lagi, tempah benda ni lagi.

Bukan sos sebarang. Sos keju macam kat Kfc tau. Aku siap makan dengan nugget. Sate. Itu pelik tapi sedap. Sate kan manis? Wahaha nak? Keluarkan serbuk keju tu, campur air panas, kacau. Letak dalam botol dan siap dihidangkan. Nyummi. Serupa kfc tak? Yang putih tu mayonis. Wallah! Aippp korang puasa kan? Tergugat?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Yang sakit pun datang solat

Aku puji sangat. Yang sakit lutut, sakit kaki. Tak larat nak berdiri pun mampu gagahkan diri ke ruangan masjid untuk terawih bersama. Tak salah. Aku suka. Tapi bila kerusi itu tak kena pada saf nya ia mengganggu orang lain untuk merapatkan saf. Atau nak solat di belakangnya.

Bukan aku nak halau. Cuma aku inginkan tempat strategik untuk warga yang memerlukan kerusi yang khas. Supaya mereka boleh solat dengan selesa. Kami yang lain juga. Bila bersempit. Nak sujud pun payah. Tak muat. Lepas tu terpaksa jarakkan saf yang dibelakangnya. Kan susah tu?

Ada baiknya yang berkerusi berada di tepi sekali. Jadi saf tak terputus, senang nak keluar. Masing-masing selesa untuk menunaikan ibadah. Aku pun kagum dengan semangat mereka. Sakit pun ingat ke masjid. Kita yang sihat?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Anak-anak SKPLS

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ini hari khamis lepas. Masa jumaat tak sempat nak tangkap gambar ramai-ramai. Apa yang aku takutkan dah pun jadi. Ada ke patut kawan aku yang pakai tudung oren upload gambar GILA aku. Cis! Mujur tak nampak muka. Itu namanya kerja GILA. Murid pening kepala dengan kesengalan cikgu mereka. Tak senonoh. Kalau mak mertua nampak kompem kena reject muhahaha. 

Anyway, jutaan terima kasih kat akak PPM dan akak guru pembimbing selama 3+1 bulan layan karenah kami. Ada jodoh, kita jumpa raya nanti. Kami datang collect duit raya. Comel kan anak-anak murid aku?

Kisah baju polkadot dan posmen

Baju yang sepatutnya pakai hari ni sempena majlis sambutan hari jadi dan perpisahan kami dengan sekolah, tak berjaya sampai tepat pada masanya. Posmen lambat hantar! Kisahnya semua orang kuat prasekolah pakai baju seragam. Tapi seorang je ganjil sebab abang posmen lambat hantar. Namun tepat jam 12 setelah murid pulang ke pangkuan keluarga, barulah abang posmen sampai.

Sangat teruja mendapat baju tersebut. Walaupun dah terlewat, dia pun memakai baju itu. Sempat juga bergambar pelbagai aksi dengan tiga kembar baju serupa. Maka tamatlah kisah baju polkadot. Dapat juga merasa pakai baju tu walaupun saat-saat akhir. Baju dipakai tanda terima kasih kepada dua orang kakak yang memberi hadiah kepada dia dan rakan. Tanda menghargai, dia dan rakan turut serta memakai baju pemberian orang itu.

#Melompat guna baju polkadot dan berlatar belakang mural hasil sendiri sangat teruja rasa itu!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Kad jemputan

Nota Iffah: Sibuk di hari akhir bersama akak-akak yang best dan anak-anak murid yang comel. Lepas ni kuliah kembali seperti biasa.
Published with Blogger-droid v1.7.4

La Tahzan: Hati tertipu

K

Hati yang mana mahu ditipu? La tahzan buat hati yang tertipu. Kadang hati cuba untuk terima sebab penipuan itu. Tapi yalah kan? Niat tak menghalalkan cara. Selalu sangat kita akan dengar ayat ni.

"Aku bukan nak tipu kau, tapi aku terpaksa!"

"Aku bukan tipu, aku cuma rahsiakan dari kau,"

"Aku tak berniatpun. Aku cuma fikirkan demi kebaikan kau,"

Siapa biasa dengar? Sampaikan kita muak dengan segala penipuan dan seribu alasan yang mereka berikan. Kadang rasa sangat terasa. Mudahnya hati kita ditipu bulat-bulat. Mudahnya hati kita mempercayai seseorang. Lebih-lebih lagi yang rapat dengan kita. Yang paling kita percaya.

Tapi percayalah, keadaan takkan sama. Takkan sama dengan sebelum kau tipu. Sekali kau tipu sekali itu akan ingat sampai bila-bila. Bukan dendam, cuma hati ni perlu pulih dari luka ditipu. Payah nak pulih. Mudahnya menipu, sukarnya memaafkan. Tipu umpama menusuk pisau belati ke dada sendiri. Kau tipu orang, umpama kau tipu diri sendiri. Itu hakikat.

Hati yang ditipu bukan mudah untuk dirawati semula. La tahzan buat mereka yang ditipu, semoga hati kau yang sedang berduka lara, akan pulih. Akan sembuh bila tiba masanya. Namun, memaafkan itu perlu. Ikhlas kan diri. Semoga hati kita akan lebih bahagia dari sebelumnya. Amin!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Isu handset bawa ke sekolah

Bila dengar berita semalam buat aku terfikir satu masalah yang lama dah wujud. Cuma kita tak sedar masalah ini makin menular sedari kecil lagi. Kadang nampak macam remeh. Tapi hakikatnya? Kesan jangka masa pendek dan panjang tu akan timbul. Isu hangat sekarang bawa handset ke sekolah.

Ya, baru diusulkan. Aku bantah! Sebagai bakal guru aku tak rasa bawa handset satu keperluan. Sebabnya banyak kesan buruk dari baik. Aku tengok fenomena smart phone berleluasa dalam kalangan murid biarpun umur hanya 4 tahun. Main games!

Datang sekolah nak belajar ke main? Habis bawa masuk ke kelas, mestilah tak fokus belajar. Sibuk nak main. Kalau tak main games, main sms. Selalu sangat dah. Facebook pun diorang tahu. Cikgu mengajar kat depan, diorang update status kat belakang. Bukan main kutuk cikgu kan?

Lagi satu masalah, hilang. Murid sekarang lagi hebat. Curi gajet macam curi duit seringgit. Bila hilang, mula cikgu yang gelabah kena cari. Sekarang semua kaya. Semua tahu phone ke tablet tu apa, ipad tu apa. Silap haribulan, cikgu lagi mundur dari murid. Cikgu tak reti nak check telefon tu pun. Terkial-kial nak check tengok video lucah ke apa.

Masalah lain aku nampak, ialah dengki. Makin ramai yang dipengaruhi hasad dengki. Kawan ni pakai Iphone dia pun nak. Tak pasal mak ayah kena beli. Sebab kalau nak ramai kawan kena kaya. Baru kawan suka nak dekat. Boleh berlagak dengan kawan. "Kita main Iphone, kau tak ada," makin banyaklah pengaruh negatif kalau dibenarkan bawa ke sekolah. Percayalah!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Jangan kahwin sebab cinta

Ya, jangan sesekali kahwin sebab cinta. Bukan semua. Tapi kebanyakan dari kisah cinta yang dimulakan dengan perkahwinan diakhiri dengan perpisahan. Hanya kerana cinta manusia semata-mata. Ya, jangan turutkan rasa yang hangat bercinta. Sebab kahwin bukan untuk sehari dua.

Cinta sesama manusia bisa berubah-ubah. Ya, hati pun boleh berubah. Cinta sesama manusia yang disulam dengan cinta Allah insyallah kekal ke syurga. Tak sedihkah anda melihat anak kecil terpaksa berpisah demi ibu bapa yang kononnya sudah tak sehaluan. Cinta mereka berubah.

Aku tak sanggup. Cinta kepada manusia tak boleh 100%. Walau kau kata kau rasa sayang, tak mustahil tak akan ada penipuan. Sedikit kecurangan. Sedikit rasa tak suka terhadap pasangan. Sentiasa mula mencari kelemahan kedua pihak. Mula mencari bahagia baru dengan cinta yang baru.

Akhirnya? Cerai. Kahwin. Cerai. Kahwin. Sampai bilapun takkan kekal kerana mereka terlalu ikutkan kata hati. Mereka terlalu mendambakan cinta manusia sedangkan mereka tahu yang hakikatnya mana ada manusia sempurna selain Nabi Muhammad S.A.W. Sampai bila mereka mahu menjadi hamba abdi cinta manusia? Sampai bila?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Ke Sedenak lagi

Aku datang lagi. Kalau dah sebut Sedenak, mesti pcm. Setahun dah tak pergi rasanya. Sunah ajak. Aku kata. Okey jom! Jadi biar gambar bercerita. Masih di Skudai sebab nak rasa ayam penyet. Satu lagi, baru bangun haha. Lama gila tidur. Entah kenapa penat sangat. Hehe. Jom korang, ayam penyet Taman U.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Cinta jangan pergi!

Wahai cinta jangan kau pergi. Itu kata hati seseorang yang tak mampu melepaskan cinta. Kenapa? Sukarkah hidup tanpa cinta? Ya sukar. Aku tahu. Sehari tanpa cinta umpama kemarau bertahun lamanya. Wahai cinta jangan pergi lagi. Setia di sini bersama aku, katanya lagi.

Cinta manusia makin buat aku bingung. Bingung kerana ia benar-benar mengganggu rutin harian. Ya, cinta bisa mengubah manusia. Manusia itu aku, kamu, dan kita semua. Manusia mudah lemah dengan cinta. Manusia mudah alpa. Kadang lupa sebenarnya cinta yang dikejar bukan untuknya.

Cinta tu tak salah. Kita yang salah mentafsir cinta. Kita terleka dengan nikmat cinta manusia yang kadang kala bisa memesongkan kita ke jalan yang jauh dari cinta Allah. Bangun kembali. Lihat cinta yang setia menanti dihujung jalan. Cinta Allah. Ya, jangan biarkan cinta itu pergi, sayang. Gapailah ia. Sebelum tiba waktunya. Argh aku lebih merindukan cintaNya saat hati dirundung musibah.

#Pakcik mengada suka coverline, thanks. My best friend with the bad way. Take note!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Gempar! Pahar RM2.10



Mesti korang tak percaya kan? Jimat dan berbaloi-baloi belila kita beli barang dan puas hati. Tak percaya? Nampak, siap sarang burung tu. Tak percaya jugak? Haha gila kentang kan saiz dia?

Kecikkan?
"Masz, siap hantaran cincin kau. Siap ada pahar lagi," Aku kata kat member aku. Lepas tu kitorang kaw kaw gelak kat kedai tu jugak.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Antara tanggungjawab dan kerjaya

Kerjaya guru bukan mudah. Aku serius masih susah nak suaikan diri dengan kerjaya ni. Siapa kata kerjaya guru ni mudah? Kadang tak tidur lena fikirkan anak murid. Aku baru belajar jadi cikgu. Belum jadi lagi. Tu pun rasa terbeban dengan tanggungjawab.

Tanggungjawab apa? Masuk kelas, mengajar, keluar? Macam tu? Mestilah tak. Macam-macam kena fikir. Kadang anka murid tak pandai cikgu usahakan jadi pandai. Murid kurang ajar, cikgu sabar melayan. Murid tercedera, cikgu yang kena rawat. Sampaikan aku terfikir, masih adakah cikgu yang betul-betul ikhlas menjalankan amanah yang diberi?

Contoh masa aku join Kem Motivasi UPSR, pukul 12 malam murid tak tidur. Berkeliaran tak pakai baju. Perempuan tingkat atas. Lelaki kat bawah. Semua teruja. Padahal ada je cikgu perempuan yang jaga. Tapi tetap haru-biru. Adakah dia benar-benar menjaga atau sebaliknya? Mana pergi cikgu lelaki? Pergi minum-minum sesama dia.

Apakah? Kami yang tak ada lesen mengajar ni terkial-kial uruskan mereka. Masuk dorm laki yang penuh lelaki yang kebanyakannya dah baligh. Tak berbaju. Kami beranikan diri masuk dan bertegas dengan mereka. Serius takut tu masih ada. Kami fikir kalau kami tak kawal, apa jadi? Lelaki boleh naik tingkat perempuan. Kacau perempuan? Macam-macam aku fikir sampai aku rasa semua budak tidur baru aku berjaya tidur. Aku takut dengan tanggungjawab sebagai guru. Aku takut sangat!
Published with Blogger-droid v1.7.4

La Tahzan: Bukan rezeki kita

Ya, semua milik Allah. Bukan kita punya semua tu. Juga bukan hak kita. Bila-bila masa rezeki yang Allah kurniakan bisa ditarik balik. Mungkin sekarang kita masih selesa dengan kelebihan yang ada. Nikmat kekayaan, kesihatan, dan sebagainya. Tapi bila sampai masanya, ia tetap akan hilang dengan cara apa sekalipun.

La tahzan buat sahabat aku yang baru kehilangan sesuatu yang dia sayang. Yang setia dia guna. Namun, hilang di tangan si pencuri. Yalah, kita tak tahu apa akan jadi selepas tika ini. Kadang Allah sengaja menciptakan situasi begitu untuk beri peringatan kepada kita. Dalam sedih kita juga perlu bermuhasabah diri.

Itu baru satu contoh. Nikmat yang Allah beri sangat banyak. Cuma kita, kita sedar atau tak tentang itu. Adakah kita sedikitpun tak mengucap rasa syukur? Bila Allah kata bukan kita punya, maknanya bukan. Redhalah ia. Pengalaman mematangkan. Pengajaran kita ambil. Hikmah tetap akan ada. Everything happen for a reason right? La tahzan buat mereka yang rasa kehilangan dan terimalah hakikat yang ia bukan rezeki kita.

NOTA IFFAH: Menanti Azhar untuk memberikan alamat rumah, nak pos ni hah. Pergi mana jelah sahabat aku sorang ni. Dia sorang je belum pos. GRRRR!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Kecewa

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tolong cantumkan hati saya!
Kadang bila kecewa kita menangis, tapi kalau tak dapat menangis apa kita nak buat? T_T

Kenapa perempuan suka mengungkit?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Persoalan ini timbul di keyword blog. Aku ajukan kat kawan-kawan aku. Sorang kata tak semua perempuan suka mengungkit. Sorang kata lelaki pun mengungkit jugak. Ada juga kata perempuan mengungkit bila orang lain mendesak.

Sebenarnya, aku setuju dengan kawan-kawan aku. Betul diorang kata. Cuma aku nak tambah. Tak semua perempuan suka mengungkit dan tak semua lelaki tak suka mengungkit. Bagi aku perempuan ni suka mementingkan benda yang remeh. Banding lelaki tak nak ambil tahu pun. Bila dah suka fikir semua perkara dan ingat, secara tak sengaja benda tu akan diungkit di masa akan datang.

Lebih-lebih lagi hati tengah panas. Masa tu syaitan mencucuk suruh ungkit segala perihal yang berlaku. Semua nak menang. Semua nak dibahaskan supaya pihak lawan terdiam. Tu je sebenarnya. Perempuan kadangkala tak berniat nak ungkit pun. Macam aku, aku kadang-kadang ada juga terungkit. Geram sangat masa tu. Normal kan? Cuma jangan asyik-asyik nak mengungkit. Memang mintak KAKI lah jawabnya. =P
Nota Iffah: Kalau Ikan Kaloi mengungkit, memang kena makan jawapannya. Haha

Mangsa fesyen di hari bahagia

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku tak tahu kenapa. Orang sangat mementingkan hari bahagia mereka. Hingga lupa apa itu dosa pahala. Apa itu wajib dan sunat serta harus dan makruh? Apa itu adat dan agama? Semua nak sempurna hari bahagianya. Semua nak kelihatan cantik dan kacak. Tapi perlu ke jadi mangsa fesyen? 

Apabila hati berpaksikan fesyen semata-mata. Semua jadi tak kena. Badan macam balut nangka pun tak kisah. Susuk tubuh yang tak berapa nak lawa pun ditayangkan. Kadang yang dalam pun nampak sekali. Sebab nak melawa punya pasal. Masalahnya cantik ke? Cantik ke baju yang seksa itu di mata Allah?

Fikirkan sama ada bahagia sekejap cuma atau bahagia selamanya. Jangan jadi mangsa fesyen. Bukan saja buruk di mata manusia, malah buruk di mata Allah. Itu yang lebih utama sebenarnya. Kahwin satu ibadah. Bukan kahwin untuk suka-suka dan melaram bagai raja. Serius aku tak berkenan dengan pakaian yang mendatangkan dosa berlipat ganda kepada pemerhatinya!
Nota Iffah: Ikan Kaloi, pm address cepat. Kang tak dapat pos hari ni pulak.

Review: SUAMI AKU USTAZ


Pertama sekali terima kasih banyak kat member aku, Reenapple sebab sanggup belikan buku ni dan pos. Kalau tunggu aku beli memang tak dapat-dapat. Sebab kat Melaka dan Alamanda stok habis. Tension pulak aku. Oh Ikan Kaloi, Reenapple kirim salam tau. Eh sambung cerita, bila baca mula-mula dah kata, tak sia-sia aku beli!

Permulaan cerita bagus. Olahan juga santai. Kata ganti diri aku untuk keseluruhan cerita aku tak gemar. Tapi apa yang aku suka ialah aku sendiri dapat rasa akulah watak utama. Sebab Alisa tu macam aku. Haha. Serius, rasa nakal-nakal macam Alisa. Tetiba kena suaikan diri dengan suami islamik. Aku faham perasaan Alisa sangat-sangat!

Bosan tahu? Tapi watak Hafiz buat aku jatuh cinta berkali-kali. Tapi still aku tak mahu suami ustaz, maybe islamik sangat. Belum kena dengan jiwa aku ni. Aku tahu mesti ada orang kata, ustaz tak semestinya dengan ustazah. Tapi entah. Ada perancangan lebih baik yang Allah dah aturkan untuk aku, untuk korang jugak. Siapa tahu kan?

Jadi wajib beli novel ni. 4* aku kasi. Sebab pengisian tentang Islam banyak. Banyak pengajaran. Sweet, romantik halal way. Dan yang pasti buat aku muhasabah diri yang makin alpa tentang agama sendiri. Itu yang utama. Aku kira novel ni novel Islamik yang pertama aku baca. Kalau tak malas memanjang. Aku suka novel ni sebab sambil berhibur sambil beri peringatan kepada pembaca tentang agama Islam.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Doktor peribadi terbaik!

Aku sakit mata. Seminggu dah. Malas pergi klinik sebenarnya. Kawan aku bising dari dulu. Dia yang check mata aku sepet ke tak. Merah ke tak. Dalam diam dia sweet sebenarnya. Walaupun kasar je percakapannya. Thanks babe!

Hari ni pulak ada doktor peribadi datang bawak ubat. Kakak aku sebenarnya. Untung jugak adik beradik ramai doktor ni. Seronok hidup. Tadi dia membebel. Memang lagak doktor. Kadang aku selalu tanya dia, boleh percaya ke dia ni doktor. Macam sengal je gaya. Haha.

Tapi tadi dah terbukti. Dia doktor yang berjaya. Mata aku diletak ubat krim, ubat titik. Lepas tu ada panadol dengan ubat selsema lagi. Dah gaya pesakit. Yang untung ada doktor peribadi ni, ubat free, perkhidmatan free, terus datang ke rumah lagi. Yang penting ada duit belanja. Haha sayang doktor lebih!

Nota Iffah: Semalam mimpi pasal seseorang yang lama aku tak hubungi, adakah dia ikan kaloi itu? Hurmm
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERUJA!

Nampak gambar? Akhirnya, zine sampai jugak ke tangan aku. Ada 4 kena pos. Mimie, Syah, Ikan kaloi, Mrs Abi. Yang lain nak by hand kan? Tapi ada jugak gedik mintak aku sain. Bukan tak nak tapi macam overacting pulak. Dahlah buruk. Aku malulah bajet retis ni. Haha. Kalau sorang mintak semua pakat nak. Aku tak suka dirayu untuk sain macam novelis famous amos. Aku cuma penulis jalanan yang mengembara di ruangan maya.

Mohon yang suruh pos, pm alamat. Isnin depan boleh pos. Yang nak by hand, datang Kajang ahad ni 8.7.2012 takpun area Alor Gajah minggu depan. Takpun datang tuntut kat Skudai. Insyaallah nak pergi jumpa Sunah. Dengan Pcm.

Siapa nak order lagi? Melalui aku. By hand RM 10, pos Ram 15 boleh pm kat Fb. Order masih diterima. Oh ya, ibu aku tanya tak ada komisen ke buat Zine ni? Sebenarnya zine ni bukan untuk duit. Kami tak dapat duit. Kami cuma mahukan publisiti dan mahu karya kami dicetak dan orang ramai boleh baca. Memang penulis jalanan tak seperti penulis rasmi di mana-mqna syarikat. Cuma dengan cara ni kami dapat kembangkan bakat dan karya kami kepada manusia ya.g dahagakan penulisan begini. Itu je matlamatnya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

6 tahun ke 12 tahun?

Sebenarnya, aku masih ada tugas di sekolah. Masih belajar dan terus belajar. Aku cuba menjadi guru. Kadang rasa gagal. Sebab aku terlalu selesa dengan dunia prasekolah. Kebanyakan anak murid aku 5-6 tahun. Mereka degil. Banyak main. Tapi aku tahu naluri itu naluri kanak-kanak. Aku biarkan. Aku tegur mana yang salah. Aku bagi mereka sedikit kebebasan.

Tapi bila aku berdepan dengan darjah 6, aku kaku. Aku tak tahu nak guna laras bahasa yang mana. Aku tak tahu nak tegur guna cara apa. Perlukah aku jerit? Perlukah aku tegas? Perlukah aku jadi kawan mereka? Aku bingung. Banyak cara dicuba, akhirnya garang juga jadi pilihan.

Aku tak suka menakutkan anak murid. Tapi sampai masa aku perlu. Bila kita baik mereka pijak kepala. Bila kita gelak, mereka ingat kita selamba. Tetap ada jurang biarpun kami juga sempoi. Tak mahulah stress bukan? Tapi ikut situasi. Jadi, aku berdiri di depan dorm murid lelaki hingga mereka tidur.

Memang guna ayat ganas. Kau aku je. Sebab mereka tak tahu batas antara kami. Aku tak tahu kenapa, hanya mampu menundukkan mereka dengan ketegasan dan ugutan. Aku tahu itu salah. Aku cuba. Dan aku masih belum berhenti mencuba. *takut jugak duduk dekat dengan lelaki-lelaki sebab mereka dah 12 tahun kan. Bahaya! :-P
Published with Blogger-droid v1.7.4

Lelaki semuanya sama!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Lelaki semuanya sama!

Itu kata-kata perempuan kecewa biasanya. Kecewa kerna seorang lelaki. Mungkin lebih. Tapi kalau dah emosi kawal minda. Memang kata-kata selalu lahir menyakitkan hati dan kadangkala tak adil langsung. Tak pasal semua lelaki disamakan dengan perangai jahat dan tak baik tu kan?

Tapi tak aku nafikan sebab lelaki seorang, yang lain kena tempiasnya. Macamlah semua lelaki perangai sama. Takkan? Ada yang sweet sangat. Ada yang suka menyakitkan hati perempuan. Ada juga kasanova. Ada pulak yang macam sikap abang-abang. Macam-macam jenis sebenarnya. Tapi kenapa wujud ayat lelaki semua sama?

Fobia, trauma dan seangkatan dengannya yang membuatkan perempuan lebih berhati-hati. Atau prejudis terhadap kaum tersebut. Bukan anti cuma mengambil langkah awal supaya mengelak diri dari terjebak dengan permainan lelaki kejam. Tak semua lelaki macam tu. Cuma kadang bila emosi kawal minda. Itulah jadi, cakap sedap hati je.

Tapi nasihat aku, kalau anda yang lelaki jumpa perempuan macam ni. Jangan terus salahkan perempuan tu. Ambil masa. Semuanya perlukan masa. Tunjukkan kepada dia yang hakikat lelaki itu tak sama. Lelaki lain. Lelaki seperti anda mampu buat dia bahagia. Yakinkan dia tentang hakikat itu! Insyaallah, hatinya akan lembut. Mana tahu dia jodoh awak kan? Hehe~~~
Nota Iffah: Ikan Kaloi jantinanya lelaki. Ye tak?

La Tahzan: Separuh jiwanya pergi

Kadang sedih kita hanya kita yang mengerti. Orang luar bisa berkata namun tak bisa merasai kepedihannya. Kita berusaha sehabis daya, akhirnya kecundang juga. Salah siapa? Kadang rasa mustahil dengan hakikat yang sentiasa mengejutkan. Ya, sangat terkejut.

Usaha dan gagal itu selalu terjadi. Bukan aku tak rasa. Bukan dia tak pernah rasa. Tapi situasinya tak sama. Sakitnya tak mendalam. Lukanya tak separah ini. Usaha untuk bersama namun gagal akhirnya. Jodoh tiada. Mudahnya manusia mengatakan sebegitu tanpa rasa.

Padahal kita yang alami seakan berputus asa kerana separuh jiwa telah pergi. Pergi bersama angan-angan bahagia. Ku sangkakan panas hingga ke petang. Rupanya hujan di tengahari. Sakit. Teluka. Kecewa. Sengsara. Serpihan jiwa terlerai di muka bumi. Sedih bukan kepalang.

Biarkan saja hati menangis hingga ia tenang. Kerana segalanya yang berkaitan perasaan memang sukar diubati. Walau sakitnya sungguh terasa, percayalah tetap akan ada pelangi di hujung nanti. Tetap akan ada hasilnya andai usaha beserta doa tetap utuh setia menemani. La tahzan buat mereka yang kecewa dan merasakan separuh jiwanya pergi. T.T
Nota Iffah: Ikan Kaloi berjaya buat orang lain tertanya-tanya tentang misteri si Ikan Kaloi.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Buat banyak kerja dalam satu masa

Ramai yang aku kenal mesti bising sebab dia tak boleh buat kerja yang banyak. Atau lebih dari satu kerja dalam satu masa. Aku pelik. Asal aku boleh? Ke aku yang tak normal?

Diorang macam buat assignment, tak boleh dengar lagu. Aku kena ada lagu barulah tak bosan.

Diorang kalau bercerita kena pandang muka. Dengar penuh kusyuk. Aku pulak sambil online pun beh mencelah perbualan.

Korang macam mana pulak? Boleh ke buat dua atau lebih kerja dalam satu masa? Ke aku je yang tak berapa normal. Oh, terima kasih ikan keli sebab bagi idea aku buat entry.

Nota Iffah: Banyak-banyak ikan, ikan kaloi jugak tetap jadi misteri.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Apa yang anda fikirkan?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Bagi aku satu perkataan yang menggambarkan makna sebalik gambar ini. Ikan Kaloi satu perkataan je tau! Ini paksaan. Haha.

Cinta itu buta, pekak dan bisu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ada blogger tanya kenapa blog ni nama Buta+Pekak+Bisu=Cinta? Aku tak rasa terang lagi bersuluh kat header aku maksud tajuk blog aku. Sebenarnya, aku kan berjiwa jiwang. Jadi tak hairanlah tajuk jiwang dan bermakna. Masa aku baca kisah pemburu dan gadis buta, pekak dan bisu aku tetiba dapat idea ni.

Hal ni sering terjadi bukan? Manusia dibutakan oleh cinta yang tak ada mata. Manusia buta dengan mengejar cinta manusia yang pasti aka nada pengakhirannya. Manusia terlalu taksub mengejar cinta dunia hingga lupa yang cinta hakiki cumalah Allah S.W.T.

Manusia jadi buta dan lupa segalanya. Penting sangat ke cinta tu? Sampai sanggup dibutakan hati untuk menilai baik dan buruk? Butakah hati itu untuk mencari makna disebalik cinta manusia yang kadangkala bukan dari Allah tapi dari syaitan durjana yang menggoda manusia?

Salah manusia atau cinta jadi begitu? Argh kusut memikirkan masalah cinta. Kadang nak lari jauh-jauh dari cinta manusia yang sering melalaikan kita. Sebab takut kita dibutakan, dipekakkan dan dibisukan pada saat akhirnya. Takut sekali. Jaga iman, jaga hati dan jaga peribadi. Jauhkan dari cinta yang melalaikan dan dekatkanlah cinta kita dengan Allah. Itu lebih baik!
Nota Iffah: Ikan Kaloi tak buta, tak pekak dan tak bisu agaknya?

Minat kita berbeza

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ya, pakcik mengada, awak boleh baca diam-diam blog ni kalau awak nak. Walaupun tak nak mengaku yang awak tu stalker. Haha~~~ entri lama tersimpan sebenarnya. Dua minggu kot?

Sebenarnya, aku dengan kawan aku sorang ni ada perbezaan pendapat tentang minat. Sangat ketara sebab dia minat orang yang sangat aku benci. Bukan benci cuma menyampah bila orang sebut namanya. Serius aku tak tahu apa yang seronok layan video insan itu. Korang dapat agak rasanya. Aku rasa ianya sangat tak berfaedah. Dia pula kata seronok. Layan jugak tengok video keletah insan itu.

Kami sangat berbeza. Tak aku nafikan, bukan setiap orang mempunyai minat yang sama. Aku minat jiwang, kawan aku tak. Ya, berbeza kadangkala melengkapkan hidup kita dan menceriakan lagi. Aku tak nafikan, aku tak suka apa yang dia minat dan dia tak suka apa yang aku minat. Korang pun pernah alami situasi macam ni bukan?

Bagi aku biarlah masing-masing dengan minat masing-masing selagi tak bertentangan dengan ajaran agama kita iaitu agama Islam. Kalau kau suka cerita hantu tak semestinya kawan-kawan kau suka cerita hantu. Apa yang boleh kita buat, belajar menghormati minat orang lain. Jangan paksa orang lain minat apa yang kita minat. Aku cuba biarkan pakcik mengada tu dengan minat dia. Bukan dia paksa aku tengok video annoying insan itu kan? Jadi ada aku kisah?

Kesimpulannya, minat anda hak anda. Siapa dan kenapa semua terpulang kepada anda. Aku, kau, kita sangat berbeza. Bukan sekadar minat semata-mata. Banyak je perbezaan setiap manusia. Hanya kita je belum jumpa setiap sudut yang beza itu secara mendalam. Chill, jangan gaduh sebab minat berbeza dah la ye~~~

Nota Iffah: Ikan Kaloi, no maxis tak pakai. No celcom ada? SMSlah =)

Memberi harapan dan menaruh harapan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Pernah tak korang memberi harapan dan menaruh harapan? Pernah kan? Aku dihantui rasa bersalah. Mungkin bagi aku ia bukanlah memberi harapan. Entah aku pun tak tahu kenapa orang selalu cakap aku suka bagi harapan. Aku tak perasan langsung.

Adakah layanan baik itu memberi harapan?

Adakah kata-kata manis pun jadi alasan untuk orang menaruh harapan?

Adakah aku terlalu baik hinggakan orang tersalah anggapan?

Aku pelik. Apa maksud memberi harapan sebenarnya? Kenapa selalu sangat aku rasa begini? Rasa bersalah kerana buat orang salah faham. Aku tak suka bagi harapan dan aku tak suka biarkan orang menaruh harapan. Sebab aku pun tak pasti apa yang aku nak sekarang ni. Pening bila tengok orang seakan menaruh harapan lagi. Tolong, buang jauh-jauh rasa itu sebab aku tak tahu sama ada aku boleh tunaikan tak harapan tu. Sorry~~~
Nota Iffah: Ikan Kaloi, saya dah orderkan. Ni satu lagi, nak order tapi misteri sangat. Zine tu nak hantar kat mana pulak?

Zine sulung aku dan kawan-kawan: Pilihan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Pilihan? Kenapa tajuknya pilihan? Sebenarnya, hidup ni pilihan. Macam cinta juga. Pelbagai pilihan cinta yang kita boleh rasai. Cinta gila? Cinta seram? Cinta psiko? Takpun cinta yang berhantu. Sebab tu namanya pilihan. Ada sesiapa yang berminat nak order? Boleh klik kat SINI.
Tak sabar nak dapatkan!
Sejujurnya, aku dan 13 orang kawan lain belum dapat. Abang posmen banyak kerja rasanya. Jadi, untuk itu aku kena bersabar. Sebab? Aku hanya dah baca 3 cerpen je. Yang lain belum baca. Jadi sangatlah teruja nak baca. Korang teruja tak? Hehe~~
Nota Iffah: Ikan Kaloi, ada masa lagi kalau nak order =)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers