CORETAN TERBARU NADH

Saya sayang sahabat saya!!!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Indah sangat bila kita dipenuhi insan-insan yang menyayangi kita. Yang sentiasa ingat akan kita. Walaupun cuma dengan kata-kata, ia tetap berharga. Apalagi kalau yang bersusah payah pos hadiah sempena hari jadi aku yang lepas. Terima kasih tak terhingga. Hanya Allah mampu balas segala yang korang kasi kat aku. Apapun jom tengok gambar =)
KAK KIERA DAN NADH
Buku ni memang tak terfikir pun nak beli. Sebab tajuk dia menakutkan. Errr... Rupanya dalamnya, tak adalah menakutkan pun. Kisah suami isteri melayari bahtera rumah tangga. Sweet kisahnya, walaupun baru baca 2 muka surat. 
PARI PARI PUTIH
Hari tu mampu pakai sehari. Tak tahan gatal. Sememangnya kulit keturunan manja memang leceh. Bukan gatal sebab rantai, memang gatal sebelum tu lagi. T.T Tapi aku akan simpan rantai ni baik-baik. Unik kan?

DIKBI SI LESUNG PIPIT
Dikbi kasi brooch. Eloklah, aku nak kerja nanti memang kena pakai. Merelip betul. Memang cikgu-cikgu lelaki pandang dua kali. Eh! Kbai. 
UMAR NURFITRI *cengkam eh*
Kejutan 16 Feb lepas dengan sebiji kek. Aku makan sikit untuk jaga hati tukang beli. Penat diorang rancang nak buat kejutan. Tapi memang terkejut pun. Tak sangka!
KOPI PASTA aka MIKO
Mati-mati aku ingat miko buat kad tu untuk aku. Rupanya tempah. Lawa kan casing handset tu? Warna pelangi, istimewa untuk aku. Err apakah? Mohon jangan skandalkan kami =P

AIN BLUE WENDY
Bukan kolam renang aku nak tunjukkan kepada korang. Baju yang aku pakai tu hadiah dari Ain. Beliau ada jual baju online. Kira aku bertuahlah, dapat percuma. Minggu lepas dapat, minggu berikutnya terus pakai. Ladiesnya erk!
ZAITUL AKMAR MARIMAR
Aku anggap ini hadiah hari jadi walaupun kau kata tak. Aku pakai sampai buruk rupanya. Mohon ko bertabah je ye.
NORAIM ISMAIL
Dari langkawi key chain ni datang. Wuwuwu tak pernah sampai lagi. Sangat cemburu!

MIMIE NONG ANDY
Ini baru sampai dari Kota Kinabalu. Aku bukak nampak tabung kek! Wah aku suka tabung. Lepas tu aku nampak frame, dalamnya ada kalendar yang dicetak wajah kami berlima. Jetol, aku, Nong, PPP dan Shinta. Lepas tu aku nampak warna putih. Ingatkan telekung. Bajulah. Siap ada sulam nama aku dan gelaran cik pelangi. Aku gali lagi, dan aku jumpa GULA-GULA PELANGI. Besarnya. Separuh muka boleh tutup kau! Tapi boleh aku tipu anak saudara aku, kata itu mainan tak boleh makan. Aku belum ambil gambar, takkan nak kasi dia makan dulu. No way!

Terima kasih daun keladi, tahun depan bagilah hadiah lagi. Eh! 
Kalau ada yang pos lagi, aku buat entry lain okey?
ZAITUL AKMAR MARIMAR

Hargai, hilang dan belajar...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hargai...
Kadang kita menghargai orang yang tak menghargai kita... Itu lumrah...

Hilang...
Bila hilang dari pandangan mata barulah kita rasai kekosongan... Masa itulah kita mula menyesali yang dahulunya kita tak pernah belajar menghargai...

Belajar...
Semuanya hilang membuatkan kita belajar sesuatu. Belajar menghargai orang yang ada di sisi kita. Belajar menghargai orang yang sayang akan kita...

Akhir sebuah cerita, manusia mula menghargai hanya bila rasa kehilangan yang amat besar impaknya kepada dirinya. Mula belajar menghargai orang yang tak pernah dia sedari kewujudannya sebelum kehilangan. Mula memenuhkan rasa kekosongan dengan mencari kenangan silam. Tapi tak semua manusia mampu mencari sesuatu yang hilang dengan hanya belajar menghargai. Oleh itu, sebelum hilang, belajarlah untuk menghargai semua orang yang ada di sisi. Tak terkecuali. >_< eh salah smiley =)

Macam mana nak guna BR1M dan BB1M

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Seperti yang korang tahu BR1M itu BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA. Ada yang dapat RM500 dan ada yang dapat RM250.

Cara nak guna?
1.Tulis nama penuh penerima baucer dan no kad pengenalan. Diulangi nama penerima, seperti tertera pada surat BR1M tu. 
2. Tebus baucer di bank yang terpilih iaitu MAYBANK, PUBLIC BANK, BANK SIMPANAN NASIONAL dan CIMB BANK. =)

BB1M pula ialah BAUCER BUKU 1 MALAYSIA. Baucer ini khas untuk para pelajar. Boleh rujuk di sini.

Cara nak guna?
1. Tulis nama penuh penerima baucer dan no kad pengenalan. 
2. Beli buku di kedai-kedai buku yang terpilih seperti Popular. Boleh rujuk internet senarai kedai yang menerima baucer buku.
3. Tunjukkan baucer bersama kad pengenalan anda di kaunter. Genapkan pembelian agar anda tak rugi berbelanja.

Ikut pengalaman aku, aku beli jajan, majalah kat kedai buku untuk cukupkan beberapa ringgit yang berbaki. Jadi taklah membazir sebab cashier takkan pulangkan baki amaun baucer. Gunalah sebijaknya.

#Entry ini khas kepada yang bertanya tadi. Aku dah macam penulis yang mesra SEO pulak. Orang dah tanya, kesian pula. Ilmu kalau disimpan, takkan ke mana. Eloklah berkongsi, pahala dapat. Itu yang utama.
#Baucer boleh diambil melalui wakil, bawak kad pengenalan penerima. *bergantung pada budi bicara orang tu jugak. Tapi rasanya boleh wahai Anon =)

Alhamdulillah dapat BR1M 2.0

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Semalam aku pergi ambil BR1M. Sangat ramai orang. Dengan hujannya. Mujur petugas berperikemanusiaan, pendekkan barisan. Jadi kami tak perlu beratur lama dan kehujanan. Macam biasa nombor diambil dan masuk dewan. Fuyyo no 242. Aku orang ke 200++ memang ramai dah sampai masa tu. Mujur sejam je selesai semua. Dia panggil nombor dengan pantas. Orang pun tak payah tunggu lama. Duit punya pasal, lama pun sanggup kot =)

Ambil dari google
Macam nilah baucer yang aku dapat. Memang semalam nampak betul-betul satu Malaysia. Tiga kaum duduk dalam satu dewan. Tapi semuanya niat yang sama. Nak dapatkan duit. Aku sebenarnya tak terfikir nak ambil, kawan aku suruh isi hari akhir kat hostel. Aku main isi jelah. Thanks to her, aku ada duit belanja sekarang. Orang mengganggur macam aku ni, memang harap duit orang je. =='

Nak kerja pun fikir sepuluh kali. Hurm tapi apapun terima kasih kerajaan bagi duit ni. Akan aku gunakan sebaiknya. Bersyukur T.T...

Iklan: Apa itu Kain Sarung?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Mari beli kain sarung, 1 sepuluh ringgit, 2 dua puluh ringgit. Mari beli-mari beli. Jualan murah penghabisan stok lintas langsung dari gedung membuat kain sarung. Mari-mari!
Pelbagai gaya, mutu dan keunggulan bila memakai kain sarung atau pelekat
Bukan hanya untuk berkhatan semata-mata. Dengar sini, kain pelekat juga boleh memikat hati mak mertua. Bila nampak wajah anda tampan berkain pelekat, memang mak mertua cair. "Ah bakal menantu aku ni, pakai apapun kacak sekali," Tapi jangan risau, dia hanya suka sebagai menantu. Bukan sebagai hantu.

Kain batik idaman si gadis satu malaya
Kain batik juga bisa mengaburi mata mak mertua yang macam singa. Nampak ayu si pemakai kain batik. Jalan dan lenggoknya sopan terasa. Walaupun perempuan itu tidaklah sopan mana, tapi memang terpikat mata yang memandang. Sungguh kemelayuan di situ, walau cuma berkain batik. Budaya dijunjung, pikat hati mak mertua pun dapat. Pakej!

Inilah kisah kain sarung kami!
Pesanan: Iklan ini tidak melibatkan sebarang bayaran model. Model-model yang diimport dengan sukarela menjadikan diri bahan ujikaji Projek Kain Sarung 2013.

Senarai model: Umar, Mija, Iffah, Dikbi, Ain dan Digital Mama.

Untuk pengetahuan tambahan boleh klik link ini.

Entry ini hanya gurauan semata-mata, tiada kena mengena yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Sesiapa yang rasa menyampah melihat model-model yang sama, sila klik pangkah. Sekian memaklumkan lintas langsung IKLAN KAIN SARUNG TAK BERBAYAR=)

Jalan-jalan ke Kota Cinta Paris kononnya...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Jalan-jalan bersama retis telah berlangsung dua hari satu malam. Sekali lagi tersadai kat rumah orang. Bila berjalan terasa malas nak balik. Retis sampai paling awal dan retis pulang paling lewat. Korang pernah nampak retis macam ni? Tapi mohon korang bersabar tengok gambar retis tu. Jeng jeng jeng....
|
|

|
|
|

|
|
|
|
|
|
|
|
V
Tadaaaaaaaaa!

Anjelinot Guli aka Iffah Betoffah
Selain retis perempuan, kita ada lelaki juga. Kata jalan-jalan ke kota cinta. Kang kalau perempuan semua, apa pula kata mereka. Eh... Mana gambar retis lelaki itu? Kejap!
Umar Jaing
Alamak gambar ikut belakang pulak. Maaf-maaf. Main cak-cak pulak retis kita ni kan? Sabar.
Lelaki ini...
Nampak tak? Beliau single. Boleh mengorat beliau di laman sosial muka bukunya, Umar Nurfitri =P
The real retis is coming!
Yang tengah tu sebenarnya retis. Nor Zaimah nama diberi. Dia pernah jadi penari, pelakon, model, cover novel, cover majalah. Kagum bukan? Nak tengok lakonan dia? Filem Suci Dalam Debu. Yang Imuda berlakon. Sila percaya kata-kataku ini. *muka serius.
Retis di Paris
Okey, jejaka jambu tu anda sudah kenal. Sebelah dia, Adik Anis sebagai pengurus prop eh! Yang tepi sekali, Dik Bee penjaga kandang kat belakang tu. Okey tak kelakar =='
Dia gadis berselendang biru
Itu Ain Blue Wendy. Pelakon tambahan selalu datang masa nak tamat shooting. Jadi, kami import dari terengganu bersama ole-oleh keropok lekor yang melompat ke tanah juga akhirnya apabila si jejaka yang goreng. Eh!

Apapun ini entri tak ada kerja cari kerja. Aku senang dengan mereka. Sebab tu aku ada selalu dengan mereka. Bukan dengan yang lain aku tak selesa, cuma kekangan masa, jarak memisahkan. Aku bukan jenis pilih kawan. Siapa nak jumpa, selagi aku mampu dan tiada halangan aku cuba. Jadi jangan cemburu ke apa, aku dengan mereka macam keluarga. We're family blogger! Selamat tinggal Kota Paris Kota Cinta, kita jumpa untuk kisah kain sarung pulak. 

To be continued...

Kistot: Mengorat

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
“Kau gila ke apa?” Hampir tersembur minuman yang dia sedang sedut. Dipandang wajah gadis di hadapannya. Aneh! Mukanya tenang sekali. Tak seperti dirinya yang sedang mengatakan perkara serius.
“Rileks okey. Nah tisu…” Amanda menghulurkan tisu. Wana pastinya terkejut. Dia senyum.
“Okey sekarang kau cerita dengan aku, kenapa kau nak mengorat dia? Bukan kau kata kau benci dia ke? Dia tak pernah hargai kaulah, apalah…” Bising mulut Wana membebel tentang lelaki itu. Lelaki yang langsung tak dapat diteka apa yang ada dalam isi hatinya.
“Ya, aku penat main tarik tali. Sekarang aku nak follow with the flow…” Senyuman terukir. Kali ini lebih lebar dan penuh makna.
“Tapi kau reti ke nak mengorat dia?” Tiba-tiba Amanda menepuk kuat kedua tangannya. Terperanjat Wana dibuatnya.
“Itulah masalah terbesar aku sekarang. Aku tak tahu nak mengorat orang sebenarnya…” Tergaru-garu tangannya di kepala sendiri. Wana ketawa lepas. Pengunjung lain memerhatikan kedua gelagat gadis itu. Namun tak pula mereka pedulikan.
“Kau tolong aku… please?” Wana terdiam. Segera dia berbisik di telinga Amanda. Dan sekali lagi ketawa mereka pecah. Hilai tawa mereka jelas kedengaran. Yang pasti mereka berlagak tiada orang di sekeliling. Rupanya, Wana juga tidak tahu mengorat. Akhirnya, perbualan mereka mati di situ. Niat Amanda ingin mengorat juga gagal. Tetapi, dia tahu, mengorat tak perlukan ayat manis, cukup jadi dirinya sendiri. Dia tahu dia mampu.

#Okey, tak ada kerja. Tetiba tertaip kisah kontot. Harap korang tak muak dengan penulisan aku lalalala =P

Tiada manusia tiada masalah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Maaf Kay are, aku curi ayat kau. Sebenarnya aku tertarik dengan ayat dia ni. Ya, sangat bagus jadikan entri versi aku pulak. Masing-masing punya masalah sendiri. Tipulah kalau aku kata aku tak ada masalah. Seperti komen aku kat entri Kay are. Aku pun ada masalah. Sampai kawan aku marah sangat.

"Ipah, kau ni kenapa tak ada masalah cari masalah? Sibuk fikir masalah orang kenapa?" LOL

Terngiang-ngiang suara dia. Rindu kau! Siapa dia? Rahsia =P

Bila aku tak ada masalah, aku akan fikir masalah orang. Majoritinya masalah kawan-kawan aku. Aku memang jenis pentingkan kawan. Adakala lebih dari family sendiri. Mungkin sebab masa aku banyak habiskan dengan kawan-kawan. Diorang macam keluarga. Jadi, diorang ada masalah aku akan risau lebih.

Kadang bila tak dapat tolong aku jadi stress. Lepas tu aku pening kepala. Memang masa tu tercari-cari panadol. Aku memang banyak fikir. Orang sedih aku pun sedih. Orang marah aku pun terasa nak marah. Aku macam cubit pipi kiri pipi kanan terasa. 

Jadi, semua orang ada masalah diorang sendiri. Jangan ingat nampak diorang happy go lucky, diorang tak ada masalah macam kita. Cuba belajar bersyukur dengan kelebihan kita dan perbaiki kekurangan kita. Daripada sibuk dengki dengan diorang. Tiada masalah yang tak boleh diselesaikan. Kan?

Cerpen: Semuanya kerana jodoh

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Qalisya diam seribu bahasa. Sakit hati terpendam sekian lama ingin saja dia luahkan kini. Dia penat diperkotak-katikkan perasaannya. Cukup dia dipermainkan oleh lelaki yang tak tahu menghargai perasaan sayang yang tercipta hanya untuk dia.

“Awak, kenapa diam?” Fitri memecah sunyi.
“Nothing, okeylah nak pergi tidur dah. Mengantuk…” Moodnya benar-benar merudum. Jiwanya seperti mahu lari jauh dari kenyataan yang menyakitkan. Kenyataan yang dia cintakan orang yang salah. Dia cintakan orang yang tak patut dicintai. Dia lupa cinta itu memang benar-benar bukan untuknya. Fitri tak pernah cuba berusaha untuk memahami isi hati yang dia cuba tunjukkan.
“Aik cepatnya. Tadi bukan main kata free. Saya rindu nak borak dengan Isya…” Suaranya begitu menggoda. Sekali lagi dengusan kedengaran. Dia letih. Letih bermain teka-teki tentang cinta dan perasaan.
“Fitri… kita borak lain kali je. Saya betul-betul letih ni…” Qalisya sedih.
“Isya… hurm takpelah. Lain kita borak lagi. Promise!” Fitri sengaja melunakkan suaranya. Qalisya makin lemas dengan permainan cinta yang Fitri mainkan. Seperti dia tercampak dalam lautan bunga mawar. Wangi tapi durinya bisa melukakan.
“Fitri, jangan lebih-lebih. Dahlah, nite…” Dia terus mematikan talian. Tak betah lagi dipermainkan begitu. Jiwanya tergoda, tergoda dan tergoda. Makin lama, makin dalam perasaan yang tertanam di hatinya. Hanya Fitri yang tak tahu hakikat sebenarnya.

Qalisya tahu dia tak patut jatuh cinta dengan sahabat sendiri. Tapi, cinta dan perasaan tak mampu dia kawal. Semuanya luar kawalan. Dia terbiasa dengan kehadiran Fitri. Dia rasa Fitri pelengkap hidupnya yang seringkali sunyi. Kehidupan sebagai anak tunggal sememangnya tak indah seperti yang dikhabarkan. Dia menangis dalam sendu lagi malam itu. Hanya bulan dan bintang menyaksi hati yang sudah dipatri tapi sedang meratapi kelukaan yang terdalam.

Xxxxx

“Mak ada benda nak cakap ni…” Qalisya berpaling. Dia malas sebenarnya untuk memikirkan apa yang maknya sampaikan minggu lepas. Pasal kahwin. Hal itu sentiasa menghantuinya. Malah menghantui semua gadis yang sudah melepasi waktu umur sesuai berkahwin.
“Pasal kahwin ke mak? Kan orang kata tak mahu lagi…” Awal lagi dia menolak.
“Bukanlah… mak tahu kamu tak mahu kahwin lagi, mak tak nak paksa. Tapi ini pasal kawan kamu tu…” Suara Puan Fatimah agak serius. Qalisya seakan berminat.
“Kenapa? Kawan yang mana mak?” Puan Fatimah mengeluh. Seketika dia berpaling ke arah lain. Air mata mengalir. Qalisya kaget.
“Mak kenapa ni? Ish..” Segera dia memeluk tubuh tua itu. Ditenangkan hati wanita itu. Walaupun hatinya memberontak ingin tahu tentang hal yang membuatkan emaknya sedih. Puan Fatimah melampiaskan rasa. Dia perlu menyakinkan anaknya dengan hal yang akan anaknya tahu. Dia tahu, Qalisya akan mencari Fitri selepas ini. Rencananya harus berjalan lancar. Dia tak mahu gagal kali ini.
“Mak… okey?” Tanya Qalisya prihatin.
“Mak tak tahu nak mula macam mana. Tapi, mak nak Isya tahu, Fitri bukan orang yang baik. mak tak mahu anak mak berkawan dengan lelaki macam tu!” Tegas bunyinya.
“Tapi kenapa?”
“Isya kalau sayang mak. Dengar cakap mak… titik!” Qalisya terdiam. Dia makin tidak faham tentang perkara yang baru terjadi. Emaknya sedih kemudian marah. Apa yang Fitri telah lakukan? Dia pening memikirkan. Segera tudung dicapai. Beg disangkut. Dia mesti cari tahu apa masalahnya. Dia perlu!
“Mak, orang keluar dulu…” Jeritan Puan Fatimah menghalangnya keluar tak lagi dia mampu dengar. Dia menghidupkan enjin segera. Fitri harus ditemui.

Xxxxx

Jauh disudut hatinya ingin sekali menjemput Fitri ke rumahnya. Ke majlisnya. Tetapi hati emak perlu dijaga. Majlis perkahwinan masih meriah. Dia sudah penat. Penat dengan topeng yang dipakai. Make up. Baju cantik. Berlian dikepala. Semuanya bukan dia. Semuanya palsu. Termasuklah senyuman yang terpalit di wajahnya. Wajah suami dipandang kosong. Kaya. Muka boleh tahan. Tapi sayang, hati dia dan Qalisya tak ada cinta. Yang ada cuma kepura-puraan.

“Buat apa kat sini, kawan I datang tu…” Lengan Qalisya ditarik kuat. Dia tahu kalau tak berkeras, Qalisya takkan berganjak. Tegak macam patung cendana.
“Jangan tarik-tarik boleh? Sakitlah!!” Protes Qalisya perlahan. Bimbang para tamu mendengar omelannya.
“Diamlah. Senyum…” Itu saja yang dia dengar. Tiada kelembutan bila berbicara. Sekali lagi Qalisya merindukan Fitri. Mulutnya manis. Selalu bercakap lembut. Adakala suaranya benar-benar menggoda. Dia tahu dai tak patut merindukan lelaki lain. Dia punya suami. Kini dia sudah menjadi isteri orang yang tak dia cintai. Berdosanya dia!
“Hai Melinda, this is my beautiful wife, Qalisya…” Senyuman itu nampak benar-benar ikhlas. Qalisya terpana. Akhirnya, lelaki itu senyum.
“Hai, Qalisya… tak sangka, tangkap muat pun cantik orangnya. Pandai you pilih Ezad…” Suaranya sungguh menjengkelkan. Qalisya bengang. Salam dihulur, tetap dia sambut. Tapi cengkamannya sengaja dikuatkan. Terjerit Melinda.
“Are you okay Mel?” Ezad senyum dan pandang ke arah Qalisya.
“Okay, I nak nak jamah nasi minyak you all. Bila lagi nak merasa kan? Ezad, kahwin hanya sekali kan?” Melinda berlalu dengan gelak gediknya.
“Thanks…” Ezad memandang Qalisya penuh rasa. Entah kenapa dadanya berombak mendengar kata-kata lelaki bergelar suami itu.
“What for?” Keningnya terangkat.
“Buat Melinda macam tu. Serius, I ingat you ni kayu. Ternyata you ni menarik juga orangnya…” Hidung Qalisya dicuit selamba dan lelaki itu bergerak ke meja tamu yang lain. Ditinggalkan Qalisya yang sedang menahan malu. Senyuman terukir di wajah pengantin lelaki. Dan drama sebabak bukan saja diperhatikan oleh Melinda, malah Fitri juga. Dari kejauhan dia memandang dan mendoakan kebahagiaan Qalisya, sahabat baiknya.

“Isya, maaf saya terpaksa buat begini. Mak awak sangat berkuasa. Saya tak boleh terus di sisi awak. Awak lebih bahagia dengan Ezad. Dia lagi berkuasa dan mampu melawan sikap mak awak…”
Air matanya menitis. Fitri berlalu. Kenangan berjumpa dengan Puan Fatimah jelas tergambar di ingatannya kini. Keras amaran wanita tua itu.

“Nama kau Fitri?” Puan Fatimah terus duduk di kerusi apabila lelaki itu mengangguk.
“Macam nilah Fitri, aku terus terang cakap aku tak berkenan dengan kau. Kau miskin. Harap rupa je, memang anak aku takkan bahagia. Aku bagi dua jalan untuk kau. Satu tinggalkan Qalisya dengan rela hati dan satu lagi tinggalkan Qalisya dengan bantuan aku… mana kau pilih?” Fitri terasa dijerut.

Adakah ini pilihan? Adakah ini pengakhiran kasih sayang dan persahabatan? Dia tahu dia tidak sesuai untuk Qalisya dan dia juga bukanlah lelaki yang kejam untuk membawa Qalisya ke lembah cinta yang belum mampu menjanjikan apa-apa kebahagiaan dan kesenangan. Tapi ini sungguh kejam.
“Puan, kenapa puan menentukan hidup anak puan? Tak boleh ke biarkan Qalisya memilih jalan hidup sendiri? Saya mengaku saya kawan dengan Isya, tapi tak bermakna saya nak kahwin dengan dia. Saya sedar taraf saya di tahap mana… tapi tindakan puan ni…”
“Kau siapa nak komen pasal aku punya tindakan? Dengar sini, kau tak layak untuk anak aku. ingat, aku akan buat sesuatu yang kau tak mampu bantah. Kau ingat, Isya takkan sesekali berpaling ke arah kau selepas ini. Bersedialah!” Kata-kata itu sudahpun membunuh hati Fitri. Dia terdiam. Kelibat wanita itu dia perhatikan. Air mata jatuh. Sakitnya penghinaan yang dilemparkan ke arahnya. Sungguh!

Xxxxx

“Sayang, jalan baik-baik. sakit anak kita nanti…” Suara lelaki itu benar-benar risau. Fitri tersenyum. Dia hanya memerhatikan gelagat bakal ibu bapa itu. Dia mungkin takkan berpeluang merasai kegembiraan seperti pasangan itu. Tiada siapa mahukannya. Dia pun telah menutup pintu hati untuk perempuan. Cukuplah cinta dan sayangnya pada Qalisya seorang.

“Isya, kan abang dah cakap jangan lompat…” Si isteri ketawa. Dan sekali lagi Fitri berpaling. Qalisya!
“Alah, abang risau sangat… baby pun nak mamanya aktif. Baru sihat…” Manja sungguh bunyinya. Fitri segera bangun dari duduknya. Dia tak mahu dengar perbualan mereka. Sakitnya hati. Dia tak mahu terluka dengan melihat Qalisya bahagia.
“Fitri…” Dia tergamam. Tak mampu dia mengelak lagi.
“Hai,” Itu saja yang mampu dia luahkan. Serba salah.
“Awak buat apa kat sini?” Qalisya menegur macam biasa. Dia rindu dengan sahabatnya. Setahun sudah dia tak bertemu Fitri.
“Hai sayang. Tak nak kenalkan dia kat abang?” Ezad cemburu.
“Oh, ini BFF saya. Tapi itulah, masing-masing busy. Tak sangka jumpa kat sini kan Fitri?” Qalisya cuba menyembunyikan rahsia. Dia tahu kenapa Fitri jauhkan diri. Dia juga tahu Fitri terpaksa demi emaknya. Dan dia rasa bersalah dengan lelaki itu. Dia bahagia dengan Ezad. Tak mungkin dia kembali kepada Fitri setelah tahu hakikat drama yang maknya rencanakan.
“Oh, bro. rasanya tak pernah jumpa pun. Tak datang eh masa kitorang punya kenduri?” Ezad cuba beramah. Dia tak perlu cemburu. Dia sudah punya benih yang sedang membesar dalam perut isteri kesayangannya. Dia cukup bahagia dan yakin hati Qalisya hanya untuknya.
“Sorry, saya fly ke sabah masa tu. Isya, sorry. Nanti baby lahir, saya janji akan kasi hadiah… besar punya…” Fitri cuba menunjukkan betapa besar hadiah yang akan dia beri. Ketiganya ketawa. Fitri bahagia melihat Qalisya bahagia. 

Ternyata itu bukan jodohnya. Walaupun cinta yang tertanam dalam hati keduanya sebelum ini kuat, jodoh tetap penentunya. Fitri redha. Qalisya juga. Dalam hatinya mendoakan kebahagiaan sahabat baiknya. Tangannya terasa disentuh. Ezad dipandang dan diukirkan senyuman paling manis untuk suaminya. Dia bahagia. Itu saja yang dia tahu. Kenangan lalu telah dipadamkan. Dia harus padam. Yang penting hanyalah kenangan yang akan dicipta di masa akan datang.

Tamat. Apakah? Entah. Aku sepatutnya study untuk interview. Tapi kenapa aku layan perasaan sambil menulis? Entah. Jangan tanya kenapa. Layankan je T.T

Hadiah birthday paling hebat aku rasa

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik yang ku kasihi sekalian, doakan aku berjaya lulus temuduga ni. Lepas dah lulus baru boleh kerja. Hidup ni sebenarnya mencabar. Adakala kita tak sedar yang kita perlu lebih berusaha untuk sama taraf seperti yang lain. Jangan terlalu senang dengan kedudukan kita sekarang.

Untuk ini, aku doakan rakan-rakan seperjuangan untuk berjaya. Satu batch harapnya lulus. Untuk graduan Universiti jugak, aku harap korang dapat panggilan temuduga. Terutama blogger Zul Ak ehh =P

Serius! Doakan aku semua =)

Sambutan hari jadi 2 hari 1 malam yang paling havoc!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
16.02.2013 aku telah dikejutkan dengan surprise oleh Umar, PPP dan Dikbi. Masuk rumah PPP ada orang nyanyikan lagu Happy Birthday. Sangat segan, ada video tapi malu nak tunjuk. Okbai. Kesimpulannya, layan gambar je okey? Sila bersabar dengan entri ini sebab banyak gambar =_='
Ini baru hari pertama. Seperti dalam gambar, kami semua makan di Seoul Garden, KL Festival. Sangat kenyang sebab aku makan daging puas-puas. Tapi harga kat sini lagi mahal berbanding kat Melaka. Mungkin faktor student price dan hari minggu. Kemudian, merempit ke Taman Tasik Titiwangsa. Ada konsert live sambil berjalan. Ada sesi makan aiskrim. Ada sesi skodeng couple tengah berdating. Ada juga sesi LOL. Kemudian, lepak mamak bincang secara serius. Apakah? Adalah, rahsia. Yang lain semua pulang ke sarang. Gambar berikut orang yang tinggal untuk hari kedua.
Sarapan nasi lemak dan cheezy wedges
Nasi ayam ala PPP
Pagi-pagi dikejutkan oleh mamat sengal si Umar untuk memasak. Jadi aku dan Dikbi menabah ke dapur masak. Diorang pergi beli nasi lemak. Kami makan sementara tunggu Norain dengan Zaitul datang untuk sesi berjimba seterusnya.
Main lift
Kami pun berjalan ke WangsaWalk. Aku yang mentabah ajak sebab dah mengantuk duduk lepak-lepak lepas makan. Heee
Karaoke. Tapi bukan bersama retis tapi bersama suara-suara sumbang yang agak stress. Masing-masing sakit tekak sebab menjerit. Tabah jela =)
Makan sambil bergosip. Acara hebat. Haruslah meja di luar sebab takut ganggu orang lain dalam kedai dengan hilai tawa. Sangat sengal ketika ini. Lokasi, Ayam Penyet best kat WangsaWalk.

Jalan sambil menyengal dan menjadi camera detector!
Rasanya ini entri paling banyak gambar aku letak. Macam biasa terima kasih kat semua yang datang menjayakan aktiviti jimba-jimba ni. Bukan sambutan birthday sebenarnya, tapi sesi melepaskan stress dan menyengal bersama kawan-kawan alam maya. Terima kasih korang yang sambut birthday, kasi hadiah dan yang penting, sudi melepak sama-sama dua hari ni. Okey, aku pendekkan entry dengan menyenaraikan nama-nama yang datang.

Senarai blogger yang datang:
Hari pertama: Puyak, Mk Syahir, Syakir, Anis, Potia...
Hari kedua: Zaitul Akmar Marimar...
Dua-dua hari ada: Umar the retis, Dikbi si lesung pipit, Ain bluewendy, Paripari putih aka digital Mama ehh
Bukan blogger: Mija dan Cik Mat

Ucapan terima kasih yang panjang lebar

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Alhamdulillah aku masih lagi hidup di bumi bertuah. Ulang tahun jatuh pada hari jumaat. Aku harap ulang tahun kali ni lebih bermakna dan berkat, memandangkan aku hebahkan tarikh lahir di merata. Kalau tahun lepas aku sembunyikan, kali ini atas permintaan sahabat. Aku tunaikan juga. Bukan nak cari publisiti murahan, cuma mahukan doa dari kalian.

Orang pertama wish Kopi Pasta. Dia post kat wall dia, kat komen, kat sms, kat google plus. Banyak kali wish dan aku aminkan je doanya. Thanks MIKO! Kemudian diikuti Mimie Nong Andy, yang tersalah wish sehari awal. Sabar jelah. Masuk 15 Februari barulah Umar, Zaitul call sekejap. Lepas tu Liyana, Masz Mok, PPP, Noraim, Sunah, Kak Kiera, Ex ehh, Lieyah, Dilah akak aku, Naniey, Bie kembar sezaman dan Kak Nadh, mesej kat handset yang hidup segan mati tak mahu selama ni. Jarang sangat berbunyi. Ibu awal pagi goncang badan aku, wish. Maaf ibu, Ipah mamai lagi. =P

Kat FB jangan cakaplah, memang ramai. Semua perasan notification kot. Orang-orangnya ialah Kerana Pensil, Wanie, Puyak, Dikbi, Misshila, Jerung, Nabilah, Qaseh Nilamsari, Putra Daerah, El Janna, Ezad Amir, Amirul Verdasco, Mira Ayob, Mk Syahir, Ik Hanif, Mentari Te Amo, Datin Tyka, Opah Mimito, Nuraizatul, Gee Gie, Emas Putih II, Syah Reenapple, Izzaty, Nurul Atikah, Efa Nur, Khairul B., Fadzila Ramli, Ifah Zulkifly, Awin. Tarik nafas kejap.

Ada lagi yang wish, Sya Hyo-Soon kata marry faster, Cik Niaa, Mellyana, Sue Hana, Kak Masni, Mama Maszull, Deeyaudeen, Norain, Salim, Athirah, Nadia, Achie, Saly Naa, Rozuan, Luqman, Kak Farawahila, Quan Adila, Fauzan Darmasiska, Adah, Nadh my best jirang forever, Ammi La, Kak Faraherda, Kak Elly, Mija anak PPP, Zulaikha, Gugu, Yuyu Ali, Zila Manaf, Eyda, Kirin, Alina, Nadhirah, Solihin, Kay Are dan akhir sekali, Kunci Locker. Nak sangat jadi yang terakhir wish. T.T

Ini wall dan PM baru. Belum masuk kat Masih Cinta. Kat Masih Cinta, PPP post gambar dengan best wishes lagi. “Harap kau cepat-cepat jumpa Mr Right” =..=’ Okey, mereka yang ucapkan selamat hari lahir kat aku, Hananie, Ejulz, Aida Omar, Aimi Syafiqah, Mohdhazlan Dreadlock, Fikir Masa Depan, Cik Puan Mieza, Shafuan Kecik, Afzal Sukasuki, Farah Athirah, Aima Babycomel dan Michelle. Kat blog dan G+ ada jugak. Potia, GKSB, Ain Hazwany dan yang lain orang yang sama yang mesej, call, post kat FB. Eh

Okey, aku rasa semua nama yang ucapkan selamat hari lahir sepanjang 14 hingga 15 februari sudah aku sebutkan. Serius tahun lepas 20 orang je kot wish. Itupun sebab aku reveal kat blog. Aku cuba menjaga hati semua, sebab tu aku tak hide tarikh. Jadi, harap korang teruskan doakan aku. Tiada kata aku mampu beri selain berterima kasih kepada semua wish. Thanks a lot! Terima kasih pada yang sudi membaca entry terpanjang untuk tahun ini. Sekian. Esok lusa aku tak on9. Rindu-rindukanlah diriku… sepanjang hari-harimu ehh =)

Cerpen: Rantai itu...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Rantai itu sekali lagi Airissa menyentuhnya. Loketnya benar-benar unik dan menarik perhatiannya. Bentuk pari-pari. Beribu persoalan hadir di benaknya. Semuanya tinggal tanda tanya. Rantai itu diberikan sebagai hadiah hari jadi. Tiada nama. Cumalah sekeping kad yang tertulis kata-kata penuh makna.
“Airissa, kau yang pertama yang membuatku bahagia, kau yang terakhir inginku bersama… kau yang ku cinta…” Debaran di hatinya makin rancak. Pembacaanya terhenti tatkala officematenya masuk ke dalam setelah ketukan pintu kedengaran.
“Beb, tak nak balik lagi ke?” Ardilla tersenyum depan pintu. Lagaknya seperti ada sesuatu.
“Kau kenapa? Jangan buat pasal weh… aku letih dah ni… nak balik mandi lepas tu tidur…” Rantai dimasukkan dalam kotak semula. Tangannya lincah mengemas beg kerja. Ardilla hanya memandang lalu tersenyum penuh makna.
“Okey, jom balik saing. Aku tumpangkan kau. Takkan kau nak naik LRT lagi kan? Kau kan birthday girl…” Ardilla mengenyitkan mata.
“Kau kenapa? Peliklah aku tengok. Tak payah, aku dah biasa naik LRT…” Airissa menolaknya. Segera dia menutup pintu bilik pejabat dan menuruni anak tangga. Langkahnya tak terlalu lambat tak terlalu cepat. Petikan gitar jelas kedengaran. Airissa berpaling ke arah Ardilla.
“Kau dengar?” Ardilla tersenyum dan mengangguk.
“Kau yang pertama… membuatku bahagia…” Hampir pitam Airissa memandang lelaki pujaannya sedang menyanyi di depan pintu utama bangunan. Sungguh dia tak sangka, artis sanggup turun padang demi menyanyikan lagu untuknya. Tangan Ardilla digenggam erat. Dia benar-benar takut rebah. Dia benar-benar terpaku dengan persembahan itu. Yang pastinya, dialah watak utama dalam adegan itu.

“Airissaaaaaaaaaaaaa!!!!” Jeritan itu benar-benar membingitkan telinganya. Airissa terjaga.
“Ya, kenapa?” Terpisat-pisat dia menggosok mata. Dalam benaknya lantas berfikir semula kejadian malam itu. Semuanya bagai mimpi.
“Dila, Jamiel mana? Dia dah balik ke?” Ardilla mengerutkan dahi.
“Kau ni angau sangat dengan Jamiel ke weh? Mana ada artis nak datang ofis kita ni. Itulah kau, orang kerja kau mengulor. Tidur kat pantry… Dah bangun cuci muka…” Airissa mengeluh. Dia mimpi? Usai membasuh muka dia kembali ke mejanya. Berselerak. Kepalanya menggeleng lemah.
“Eh rantai ni?” Airissa memandang pelik. Rantai yang sama dalam mimpinya. Perlahan dia menepuk pipi sendiri.
“Ardilla sini… sini kau…” Ardilla mengerling.
“Apa dia?”
“Jamiel betul-betul datang. Ini rantai. Dia kasi kat aku.. dia nyanyi live untuk aku… Ah romantiknya!!!” Airissa tersenyum sendiri.
“Kau jangan nak buat gila. Ni hadiah aku kasi. Nampak loket ni, bentuk pari-pari kan?” Airissa mengangguk lesu. Kecewa.
“Aku kan pemilik paripariputih.com. Haruslah aku kasi hadiah ni simbolik tanda persahabatan kita… Rissa, Rissa… Kau memang dah angaukan si Jamiel tu… Ish-ish…” Airissa memandang rantai itu semula. Dia kecewa. Rupanya semua itu hanya mimpi. Hari jadi tahun ini juga seakan hambar dia rasa. Tiada teman lelaki. Tiada Jamiel di sisi. Namun, dia tetap akan ada pari-pari yang sentiasa menemani. Rantai itu simbolik Ardilla yang setia menjadi sahabatnya. Rantai itu juga akan dia pakai, tanda menghargai kasihnya sahabat. Walaupun dia masih sendiri, dia tahu pari-pari akan sentiasa dekat di hatinya dan menemaninya. Selain itu, Allah kan ada? Airissa tersenyum sendiri.
“Terima kasih Dilla… Sarang ae!!!” Jeritnya kuat. Ardilla sudahpun menggelengkan kepalanya. Pening dengan keletah sahabatnya sendiri. Namun, dia tahu Airissa memaksudkannya.
“Semoga bahagia wahai sahabat, aku akan doakan jodoh kau… Percayalah!” Perlahan dia menuturkan kata-kata itu. Dia meneruskan kerja yang tertangguh. Tanggungjawab lain perlu juga diutamakan. Dibiarkan saja Airissa yang sedang berbunga-bunga bahagia. Dia hanya mahu Airissa bahagia. Rantai itu, dia harap akan sentiasa menemani sahabatnya walaupun dia tak lagi ada dalam dunia. Itu harapannya.
Pitam!
#Tenkiu Puan Zaimah aka pari pari putih aka Mama sebab kasi aku hadiah hari jadi paling awal =) Sangat-sangat sukakannya.
#Selamat hari jadi jugak kepada kembar setarikh lahir Bie... Rindu nak tidur sebilik dengan kau T.T
#Selamat hari lahir juga untuk MissShila senget yang sangat senget. Kita kembar yeah! Kita je menanti 15  FEB dan bukan 14 FEB ehh? 

Hari kekasih? LOL

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Maaf atas ketawa yang terbahak-bahak. Hilang terus kesopanan dan kesusilaan. Aku akui aku hafal tarikh 14 Februari setiap tahun. Tapi aku tak pernah pun sambut. Tak ingin langsung. Sila percaya!

Nak kata aku tak pernah bercinta? Tak, pernah je. Bagi aku ia sesuatu yang tak perlu untuk kita sambut. Dulu pernah kecoh haram menyambut hari kekasih. Sebab Paderi yang namanya Valentine. Tapi cuba kita renungkan sejenak, itu sambutan orang barat. Yang tentunya bukan ISLAM. Jadi perlu ke kita terikutkan budaya mereka?

Lagi satu aku pelik, agama kita melarang bercouple. Tapi kita buat jugak. Couple dah tentunya haram, lepas tu nak sambut hari istimewa kononnya? Apakah? Islam tak ajar semua itu. Agama kita dah indah sangat aturannya. Kita tinggal nak patuh atau tak je. Kalaupun nak bercinta, biarlah secara Islam. Orang kata bertaaruf.

Kalau rindu biarlah ia disampaikan melalui doa-doa kita lepas solat. Kan lebih sweet? Aku bukan nak kata aku baik sangat, cuma aku cuba ubah gaya hidup aku yang kurang baik kepada yang lebih baik. Kalau dulu asyik couple je, sekarang aku lebih suka single. Aku cari kekasih yang halal je sekarang ni. Kalau jumpa, setiap hari aku nak sambut hari kekasih dengan dia. Itu lagi sweet tahu?

Cinta lepas kahwin bukan bermakna cinta yang terpaksa. Ramai je kahwin dulu dan bercinta kemudian. Bahagia je aku tengok. Macam jiran aku, Nadh dan isteri Kiera. Diorang berkawan dulu, tak adalah couple-couple. Sekarang tunggu baby membesar dalam perut je. Itu percintaan yang halal lagi sweet aku rasa. Jadi, baiklah fikir masak-masak bila teringatkan hari kekasih =)

#Pendapat aku semata-mata, nak marah terpulang... Sendiri boleh nilai mana baik dan buruknya =)

A special friend is...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
...someone who can tell how you're feeling 
just by the sound of your voice, 
and understands what you're saying,
even when there aren't any words...

A special friend is someone... 
you can trust with your secrets,
hopes and dreams...

Someone who accepts you just as you are,
forgets your mistakes and celebrate your successes...

A special friend is someone who knows you better than anyone else....
(Copy and paste memory lane greetings card)

Cerpen: Kerana Zulaikha

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sepi. Itulah perkataan yang tepat untuk menggambarkan isi hatinya saat ini. Iqram gelisah. Keluh kesah hanya dia yang rasa kini. Cintanya pada seseorang membuatkan dia gila bayang. Ingin saja dia memetik si bunga lantas menyeri taman hatinya yang makin kemarau. Namun, dia tak mampu. Malu!

“Oit bro. Pehal?” Nizam mengambil tempat. Rokok ditangan cuba dinyalakan. Seakan punya banyak masalah yang boleh dia lepaskan melalui sedutan nikotin itu.
“Aku baru nak sedut udara segar di malam hari. Kau ni spoillah,” Luahnya tanpa rasa. Dia tahu Nizam tak pernah terasa. Tak pernah berubah dengan tabiat yang satu itu.
“Alah, kau ni. Kita bukan cerita pasal aku. Ni aku tengok kau macam baru mati bini. Monyok semacam…” Tepukan dibahu terasa. Ayat itu dibiar bersama angin lalu. Dia malas berbicara tentang hati dan perasaan. Nizam playboy. Mana dia tahu erti cinta dan kesetiaan.
“Beb, aku rasa aku nak menikahlah…” Sejurus selepas kata-kata yang meluncur, ledakan tawa dari Nizam kedengaran. Dia hanya memandang. Lama.  
“Kau apasal pandang aku macam tu? Aku cakap terus terang, aku suka perempuan je…aku…” Nizam terus menepuk Iqram berulang kali. Tawanya mati.
“Zam, aku serius kau gelak. Aku pandang pun tak luak apapun kat hang. Tok sah merepek boleh dak?” Sengaja dia menggunakan dialek kedah. Nizam orang kedah namun tak pula dia fasih. Entah kenapa jadi begitu. Nizam kembali serius.
“Okey cop. Iq kenapa? Kau tiba-tiba kata nak kahwin? Bukan kau jugak kata dulu, kau nak kahwin umur 30. Tunggu ada harta sendiri. Ini tak, 25 pun tak masuk lagi bro. Kau biar betul?” Iqram tersenyum. Dalam hati dia mengiyakan. Bukan dia lupa kata-kata sendiri. Cuma sejak terpandangkan Zulaikha hatinya terpaut. Entah kenapa ada semangat yang memburu hatinya. Yang memaksa dia segerakan pernikahan. Semuanya itu menghantuinya sejak seminggu selepas perkenalan dengan si cantik Zulaikha. Gadis muslimah tapi sombong.
“Aku tanya ni bro! Kau boleh menggelamun lagi?” Nizam sekali lagi menepuk bahu sahabatnya.
“Okey, macam ni. kau ingat tak dua perempuan yang kita jumpa seminggu lepas? Perempuan tulah yang buat aku rasa nak kahwin sekarang. Aku tak tahu nak terangkan bro. Tiba-tiba je perasaan ni wujud dan aku tak sanggup langsung nak jauh dengan dia….” Nizam terdiam. Berat juga masalah sahabatnya ni. Lantas tangan diletakkan di bahu Iqram.
“Okey Iq, aku rasa eloklah kau merisik dia dulu. Lepas tu, tanya dah ada yang punya belum. Kalau kosong, kita sama-sama hantar rombongan. Beritahu mak ayah kau, aku rasa tak ada masalah sebab kau dah kerja. Cuma rumah je belum ada. Tapi aku rasa, mak ayah kau setuju punya. Benda baik, buat apa nak lengahkan?” Akhirnya Nizam bersuara. Dan kali ini Iqram pula yang terdiam.
“Kau ke yang cakap tadi Zam? Serius?” Iqram memecahkan sepi dengan tawa lepasnya. Selama ini dia tahu Nizam bukanlah seorang yang sukakan komitmen. Lebih-lebih lagi soal kahwin. Jarang dia dengar pendapat bernas lantas setuju dengan cadangannya. Biasanya Nizamlah akan bantah sekerasnya kalau melibatkan komitmen. Bagi sahabatnya, perempuan itu leceh. Mengada. Pelik sekali.
“Kau jangan pelik Iq. Aku cuma tolong bagi pendapat aku je. Tapi kalau kau suruh aku kahwin sekali dengan kau, memang taklah. Aku belum ada nafsu nak berumah tangga. Leceh beb!” Tawanya lagi. Dia kembali menghidupkan rokok kedua. Tak puas rasanya sebatang cuma. Malam itu dibiarkan berlalu dengan sepi seribu bahasa. Keduanya melayan perasaan sendiri.

Xxxxx

Zulaikha hanya menunduk di satu sudut. Hanya perbualan orang-orang tua kedengaran. Serius sahaja bunyinya.
“Zu… oh zu…” Suara si emak mendayu memanggil anak daranya. Zulaikha mengangkat muka. Air mata menitik perlahan.
“Hai, kenapa anak mak sedih?” Mak Mah menarik tangan anaknya lembut ke kamar berdekatan. Bimbang para tamu melihat air mata yang jatuh dari empangan mata anaknya.
“Mak…” Zulaikha membuka mulut.
“Ya, Zu tak suka dengan orang yang meminang Zu? Kalau tak suka, mak boleh tolak…” Mak Mah seakan mengerti maksud anaknya.
“Bu…bukan macam tu mak. Cuma…” Air mata berderai tak mampu dilindung lagi. Pelukan kemas si emak dan si anak. Diam.
“Aik kenapa senyap je kat dalam? Orang luar dah tunggu jawapan. Zu sudi tak jadi isteri Iqram?” Tenang sahaja si ayah menutur kata. Zulaikha melepaskan pelukan perlahan-lahan.
“Zu ikut je ayah tapi dengan syarat…” Ayah dan Emaknya memandang. Seminit kemudian, barulah Zulaikha mengatakan syarat tersebut. Lama Pak Abu dan Mak Mah terdiam. Akhirnya, mereka setuju dengan syarat yang dikemukakan oleh si anak. Lantas hasrat itu disampaikan pula kepada bakal suami Zulaikha.
“Iqram, Zulaikha nak bercakap dengan kamu…” Iqram yang sedari tadi menundukkan wajah segera memandang. Pelik.
“Mari sini. Pakcik tunjukkan bilik…” Para tetamu sudah berbunyi. Masakan elok si dara dan teruna bercakap sendiri. Dalam bilik. Lantas Pak Abu menerangkan situasi sebenar. Barulah reda sedikit kegundahan mereka.
“Iqram ke mari nak. Zulaikha, Iqram dah sampai. Mak tak tutup pintu bilik. Mak ada kat luar ni, kau orang bincanglah dari hati ke hati…” Pesan Mak Mah perlahan. Dia tak gusar akan fitnah. Dia tahu anaknya pandai menjaga diri dan auratnya. Pak Abu dan Mak Mah hanya berbalas pandangan. Mereka diam sahaja.
“Okey, Zulaikha. Boleh cakap apa syaratnya? Awak tak sudi nak terima saya ke awak dah ada pilihan hati?” Laju sahaja Iqram menanyakan hal sebenar. Dia tak betah berlama dalam bilik dengan bukan mahram walaupun ibu bapa si gadis di luar.
“Sebenarnya saya ada masalah. Saya bukan tak nak terima awak, tapi saya tak boleh. Saya terpaksa menolak pinangan awak. Awak boleh bahagia dengan perempuan lain. Tapi bukan saya…” Usai sahaja Zulaikha menolak pinangannya, Iqram pula terdiam.
“Kalau tak ada bantahan, saya keluar dulu,”
“Kejap!” Iqram bersuara saat si gadis ingin melangkah pergi.
“Ya ada apa?” Zulaikha tak mampu berpaling. Dia bimbang rahsia hatinya terbongkar jua.
“Saya tak kisah siapa awak sebelum ni, yang saya tahu saya nak menikah dengan orang di depan mata sekarang. Kalau awak risau pasal masa lalu lupakan je. Saya terima awak seadanya. Saya tahu pilihan saya tepat kerana Allah sudah menunjukkan jalan untuk kita berdua. Kenapa awak perlu menolak takdir?” Muka Zulaikha sudahpun basah dengan air matanya.
“Walaupun…walaupun ajal saya sudah dekat?” Kata-kata Zulaikha berjaya mendiamkan Iqram. Lama tiada respon daripada lelaki itu. Lantas Zulaikha keluar dari bilik tersebut sambil mengesat air mata. Adik beradiknya yang lain hanya mampu memandang hiba. Bukan mereka tak tahu, Zulaikha sedang berperang dengan sakit yang dia hidapi. Entah kapan dia akan menemui Ilahi. Atas desakan fakta itulah dia harus menolak pinangan lelaki yang berjaya menambat hatinya. Entah mengapa, sakit sangat hatinya kala ini. Makin gelap dunia terasa dan dia rebah ke atas lantai dapur. Suasana jadi kelam. Gelap!

Xxxxx

“Hai anak abah, tengok apa tu?” Iqram menggeletek anak kecilnya. Baru setahun usianya. Qaireena Zulaikha ketawa kegelian. Iqram juga turut sama ketawa melihat telatah si anak. Comel!
“Ba…ba…” Iqram terdiam.
“Apa sayang?” Matanya tertumpu pada seorang wanita. Ah cantik sekali wajah isterinya. Rindu sungguh pada Zulaikha.
“Ba…” Sekali lagi Iqram tersedar dari lamunan. Dirangkul erat si anak. Seakan melepas rindu yang lama tersimpan. Derap kaki dari dalam rumah jelas kedengaran. Iqram mengalih pandangan.
“Sudahlah bang. Kesian budak tu, lemas nanti…” Si isteri mengambil tempat di sebelah. Iqram hanya melepaskan tawa.
“Alah, geram kat budak comel ni. siapa suruh comel sangat…” Mengomelnya sendiri. Zulaikha tersenyum.
“Ayin elok-elok tengok gambar, abang kacau. Kang dia nangis bukan abang nak pujuk kan? Zu  jugak yang kena…” Pipi Qaireena dicubit lembut.
“Kerana Zulaikha yang abang sayangi, abang berjaya berubah menjadi yang lebih baik. Thanks sayang. Dan kerana Zulaikha si kecil yang abang kasihi, memberi cahaya kebahagiaan dalam hidup abang. Thanks both of you…” Bibir melekap di dahi isteri yang sangat dia cintai. Iqram bertuah dengan adanya kedua-dua Zulaikha, lengkap hidupnya sebagai insan di bumi Allah ini.
“Walaupun Zu entah hidup entah tak di kemudian hari?” Pertanyaan itu sungguh menyeksakan. Sakit Zulaikha tak dapat disembuhkan. Tapi boleh ditangguhkan dengan makan ubat.
“Ajal maut di tangan Tuhan. Jangan fikirkan sangat, kalau ditakdirkan Zu tak ada esok, abang terima dengan redha. Allah dah beri abang kebahagiaan dua tahun lamanya. Insyallah, abang akan kuat. Anak kita kan ada?” Iqram melontarkan kata-kata setenang air di kolam. Dia cuba untuk kuat. Sebelum bernikah pun dia tahu hakikat itu.
“Abang, Zu yang tak kuat…” Pelukan dieratkan.
“Allah kan ada sayang…” Iqram dan Zulaikha membiarkan diri dengan tangisan hiba. Entah bila ajal akan memisahkan mereka. Namun, mereka tahu yang hidup cuma sekali. Hargai yang tersayang selagi ia ada di sisi. Itulah yang mereka sedang lakukan. Menghargai dan menyayangi satu sama lain.
Tamat~~~

Okey feeling-feeling petang hari. Sambil dengar lagu TUHAN JAGAKAN DIA... Memang cair sangat dengan lagu ni T.T

Jalan-jalan ke Sungai Besar, Selangor

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku pergi Melaka jumaat lepas. Konon nak ambil sijil berhenti belajar. Tapi no kad pengenalan tidak tertera kat sijil tu. Kena betulkan balik. Sebab benda tu lesen untuk nak cakap aku dah ada ijazah pendidikan selain tunggu konvo akan datang. Lepas makan dengan Bestie kat Ayam Penyet AP, aku pun terus balik Kajang sebab ibunda dan keluarga menunggu untuk ke Sg. Besar, Selangor.
Chalet Bayu Beach Resort, Sg Haji Dorani 
Sampai jugak selama 4 jam perjalanan sebab KL jem teruk! Selamat si Ibu yang drive. Haha mentabah jugak sebab kami ikut jalan lama. Lalu Kuala Selangor, Ijok semua. Penat!
Tempat shooting MV Anak Kampung- Jimmy Palikat
Esoknya kami pergi ke Homestay Sg. Haji Dorani, saja nak melawat pelajar SMK Jalan Bukit buat aktiviti kemasyarakatan. Teringat masa belajar dulu, pernah jugak kena bermalam rumah mak angkat masing-masing. Rindu. Eh!
Lunch: Nasi Ambeng terbaik!!!
Nasi Ambeng ini berlaukkan ayam kicap dua bahagian besar, sambal goreng jawa, mee goreng (ini pelik), kelapa sambal ke apa entah namanya. Lepas makan kenyang. Adalah upacara penutupan. Ucapan puan pengetua, cikgu yang terlibat. Yang tak tahan dia cakap "Terima kasih kepada anak puan pengetua sebab temankan mak mereka sepanjang perjalanan gantikan ayah..." LOL Anak-anak pun terlibat? =='
Cendol Bakar Kuala Selangor
Perjalanan balik aku yang drive. Sangat memerlukan kesabaran membawa makcik kepoh kat sebelah. Risau sangat aku bawak. Kejap nak singgah minum cendol durian. Kejap nak singgah Pantai Remis beli seafood dengan ikan segar. Kejap nak minum cendol bakar, kejap nak makan cendol tapai. Jadinya, ikutkan saja. Nom nom nom sedap! Cendol yang aku pilih haruslah paling mahal, Cendol Pulut Durian. Sedap! Cendol Tapai untuk makcik pun sedap. Cendol VIP dan Cendol VVIP pon sedap jugaklah. Memang ramai. Siap ada drive thru!

Okey entry jumaat dengan sabtu aku gabungkan sekali. Mohon korang terliur tengok cendol itu. Haha~~~

Senjata paling merbahaya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Senjata manusia paling merbahaya ialah alat berkomunikasi...  

Kerana mulut kita bisa menyebarkan fitnah serta mengaibkan manusia lain...

Mulut itu mudah mengeluarkan kata-kata...

Tetapi kesannya sangat parah kepada yang mendengar...

Tajamnya seperti pisau yang bisa melukakan hati manusia...

Adakala perkataan yang kita ungkapkan mampu membunuh jiwanya...

Memang mudah untuk berkata namun sangat sukar untuk membetulkan setiap salah kita...

Kita takkan sedar sehinggalah manusia yang pernah ada bersama kita... meninggalkan kita... satu persatu... dengan hanya satu sebab... hati mereka telah terluka dengan hanya kata-kata berbisa yang keluar daripada mulut kita sendiri... 

Renungkan~~~~ Berapa banyak jiwa yang telah mati dengan hanya berbekalkan senjata yang bernama kata-kata?
Sumber gambar: Google

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers