CORETAN TERBARU NADH

Selamat jalan kawan-kawan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
PISMP PRASEKOLAH JAN 2009 IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

Mereka berpisah akhirnya untuk mencari rezeki sebagai pendidik.
Negeri Sembilan: 1 (Ipah)
Terengganu: 1 (Tehah)
Pahang: 3 (Jue, Lieya, Kak Zira)
Sabah: 5 (Syikin, Ned, Masz, Husna dan Tikah)
Sarawak: 10 (Naniey, Kak Fira, Enon, Amin, Anis Afiqah, Anisyafira, Alia, Ecah, Diana dan Kak Mai)

Selamat jalan kawan-kawan. Semoga semua berbahagia di tempat masing-masing ditugaskan. Ada hikmahnya semua ini terjadi. Kita perlu redha. Allah aturkan semuanya dengan indah. Yang jauh kita doakan keselamatan. Yang dekat bersyukur apa adanya. Yang terpaksa berpisah dengan suami, anggaplah ini satu ujian. Yang belum jumpa jodoh, carilah kat sekolah berdekatan ekekeke =)

Akhirnya aku posting!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Alhamdulillah. Jadi orang negeri sembilan, marilah tolong aku angkut barang. Tapi tak tahu lagi area mana dicampakkan. Negeri sembilan kira jiran aku. Tetap jauh dari keluarga yang membuatkan aku sedih. Memang aku patut bersyukur, kawan aku dapat Sabah Sarawak. Apapun kita dapat, ke manapun kita pergi, tugas kita sama. Itu yang penting kan? Hwaiting!

Kistot: Posting

"Kau dapat mana?" Dira menanyakan sahabatnya. Risau juga kawan yang baru kahwin terpaksa ke Sabah mahupun Sarawak.
"KL! Kau pulak?" Senyuman manis terukir di bibir Wirdani.
"Aku nogori. Tapi baguslah kau dekat dengan suami... Bolehlah cari rumah dah..." Dira tumpang bahagia.
"Tapi tak tahu lagi area mana. Lagipun rumah kat sini mahal..." Dira angguk tanda setuju.
"Ala jangan risau. Kau okeylah KL. Ada classmate aku kat Sarawak. Dahlah mengandung. Jauh dari laki. Selamat aku tak kahwin lagi..." Wirdani terkejut.
"Serius? Kesiannya dia. Siapa lagi dapat sana? Ingat yang tak kahwin je duduk sana..." Dira turut mengeluh. Ini semua luar jangkaan.
"Aku ingat posting kira yang bujang je potensi Sabah Sarawak. Tapi itulah... Ramai nak kahwin awalpun sebab nak lari dari kena mengajar kat sana..." Dira melontarkan fakta. Bukan dia tak tahu. Majoriti sememangnya berfikiran begitu. Lagi-lagi perempuan.
"Aku pun tak sangka dapat KL. Mungkin sebab batch aku yang pertama untuk bidang Pemulihan..." Dira tersenyum. Tangannya memegang smartphone. Segera mata terlihat berita di salah satu group discussion di laman sosial.
"Wir kau kena dengar ni. Keputusan hari ni tak sah. KPM akan memaklumkan keputusan penempatan yang rasmi esok hari..." Dira mengeluh. Wirdani juga. Akhirnya mereka kembali berdebar. Adakah masih di tempat sama? Atau nasib mereka sama seperti yang lainnya. Manusia merancang tapi rancangan Allah adalah yang terbaik. Dira kecewa. Wirdani juga. Lega itu cuma seketika. Penantian itu yang lama. Sabar dan terus bersabar. Allah lebih tahu yang pastinya.

#doakan aku dan kawan-kawan aku berkenaan hal posting ni ye...

Copy paste biar berpada jangan bagi betis nak paha

Ada kakak blogger main-main cakap nak copy paste cerpen aku. Uihh nak gugur jantung. Tak boleh. Tak boleh. Itu memang tak boleh. Ini bukan saja mendatangkan marah, tapi boleh putus sahabat.

Copy paste berpada tu maksud aku macam status. Entry yang berunsur nasihat. Itu tak apa bagi aku. Janji niat dia baik. Pahala dapat kat kita. Tapi kalau karya aku kena ciplak memang aku menangis.

Bak kata Boni, hasil kerja kita. Ya aku tahu tu. Aku pun akan marah. Sebab cerpen tu kita usaha bersungguh. Takkan cakap terus siap cerpen sebuah. Lagi-lagi dia bukukan hasil kita. Dapat duit dari jualan hasil. Itu sangat tak boleh.

Copy paste berpada-padalah. Jangan orang bagi betis nak paha. Agak melampaulah kan kalau kita bersusah payah buat orang lain dapat nama. Itu memang tak adil. Allah pun tak suka orang macam tu. Apa yang aku maksudkan dalam entry sebelum ni sesuatu yang tak mendatangkan keuntungan harta mahupun nama.

Status aku makin ramai copy paste tak bagi kredit. Aku tak kisah sebab saham aku tetap dapat. Setakat status apalah sangat. Tapi kalau dia bukukan koleksi status aku pastu letak nama dia memang sup kakilah jawabnya. Jangan guna hasil kerja orang lain untuk berjaya...

Gejala copy and paste

Boleh tak aku nak gelak je? Dulu aku sangat anti. Marah. Sakit hati. Geram. Tapi sekarang gelak pun mampu. Sebab apa? Biar aku senaraikan sebab musababnya. Bagi korang tak cop aku gila sebab gelak sorang-sorang.

1. Nikmat Allah beri.
Yalah, idea itu Allah beri. Allah bagi izin untuk aku tulis ayat sebegitu untuk dikongsikan kepada orang lain. Nasihat yang dia copy paste, lepas tu kawan dia baca pun pahala dapat kat aku jugakkan?

2. Penghargaan
Tak kiralah bagi kredit atau tak aku kenal ayat aku. Jadi bangga jugak orang ambil. Sekurangnya dia menghargai kelebihan aku buat status atau entry. Ya tak?

3. Semangat.
Makin bersemangat aku nak memberi idea, nasihat yang berguna kepada yang baca. Aku tak nak sia-siakan semua kelebihan yang ada. Apa yang baik aku kongsi. Bukan nak kejar populariti atau like. Yang penting orang baca dan faham apa yang aku sampaikan. Kadang status atau entry terkena batang hidung sendiri. Tapi bagus jugak, tak adalah aku lalai dan ulang lagi perkara yang salah tu kan?

Kesimpulannya, bila kita pandang sesuatu perkara dari semua sudut baru kita nampak positif dan negatifnya. Adakala memilih menjafi positif lebih baik. Kalau orang tu tak kreditkan nama aku pun tak apa. Aku kenal ayat aku, kawan-kawan aku kenal dan yang paling utama Allah tahu ;-)

Andai aku mati esok hari

Andai aku mati esok hari...
Janganlah kau tangisi....
Janganlah kau ratapi...
Janganlah kau kesali...

Andai aku mati esok hari...
Tutuplah aibku selama ini...
Kau padamlah salahku ini...
Kau kuburkan segala rasa benci...

Andai aku mati esok hari...
Kau beri aku doa dari hati...
Kau iringiku dengan ayat suci...
Kau basuh cerita pahit selama ini...

Andai aku mati esok hari...
Senyumlah walau sedih hati...
Luahkan kata-kata sejuk hati...
Sapulah air matamu dengan jari...

Andai aku mati esok hari...
Ingatlah bahawa mati itu pasti...
Jangan kau asyik dengan duniawi...
Juga isikan jiwa dengan rohani...

AlFatihah kepada sesiapa yang telah selamat pulang ke Rahmatullah.... Dari Allah kita datang, kembali juga kepadaNya... Semoga roh-roh yang diseru aman... Dan ditempatkan dalam golongan yang beriman... Hidup sememangnya singkat. Sudahkah kita sedia menjadi jenazah di kemudian hari? :-(

Kistot: Kamu

Kamu berjalan sendiri. Aku melihat sahaja. Ingin ku tegur tapi aku malu. Lantas Maya yang memulakan langkah. Laju dia menyapa kamu. Aku hanya mampu mengigit bibir.

‘Maya ni!’ Getus hatiku. Aku diam tak bersuara. Malu yang terlampau seperti aku sedang bertelanjang. Padahal itu tidak patut ada. Kamu melemparkan senyuman. Jantungku rasa deras seperti derasnya sungai yang mengalir. Aku cuma tersenyum apabila berpaling dari wajah kamu. Senyumanku takkan mungkin kamu lihat. Aku jadi malu.

“Maya, Nita nice to meet both of you. Saya nak sangat borak lama tapi kawan saya tengah tunggu tu… jumpa nanti ye…” Ceria kamu melambaikan tangan kepada kami berdua. Mungkin lambaian itu cuma untuk Maya. Sekali lagi aku kecewa dengan andaian sendiri.

“Jom Nita sayang… kau tak payah tengok lelaki tu macam nak terkam. Dia dah tak ada tu…” Maya mematikan pandangan jauhku. Kecewa dengan diri sendiri. Entah siapa nama kamu. Aku langsung tak mendengar setiap kata dari mulutmu dan Maya. Fikiranku kelain. Erti kata lainnya aku sibuk mengagumi setiap sudut wajahmu. Hatiku benar-benar tertarik.

“Nitaaa… cepatlah… malam ni kau nak tersenyum sampai ke subuh pun tak apa…” Usik Maya lagi. Aku bengang. Mulutnya adakala menyakitkan hati. Apa guna aku tersenyum sampai subuh andai perhatian kamu untuk Maya bukan aku.

Malam itu telefon berdering. Aku jawab dengan malas. Suara kamu menggamit cuping telinga. Ya, benar kamu yang ku jumpa siang hari. Dan benarlah kata Maya, malam itu aku tak boleh tidur. Senyumanku tak berhenti terukir mengenangkan perbualan kita berdua. Kamu telah curi hati aku wahai Fadil. Jaga hati aku baik-baik. Hatiku berbunga-bunga. Andai kamu jodohku, aku bersyukur teramat.
#jiwang ke? Haha kbai.

Jom kahwin!

Taip padam. Taip dan padam. Akhirnya aku pilih tajuk. Jom kahwin! Rasa gatal je tajuk tu. Tapi bukan itu niat aku. Aku cuma nak ajak korang berfikir bersama-sama aku. Aku bagi soal jawab bagi korang mudah faham apa yang aku nak sampaikan.

A: Jom kahwin.
B: Kenapa tiba-tiba?
A: Ala umur kita dah sesuai untuk kahwin kan. Lagipun awak single saya single. Awak tak jealous ke tengok kawan-kawan awak dah kahwin?
B: Perlu ke kahwin hanya sebab saya cemburu dan saya single? Awak tahu tak kahwin ni bukan setakat suka-suka, sayang, sweet?
A: Bukanlah. Maksud saya kan elok kalau kita kahwin. Saya suka awak. Jangan risau saya akan bahagiakan awak...
B: Awak mungkin dah sedia. Tapi saya tak. Kahwin bukan semata-mata nak bahagiakan pasangan. Kahwin tu bukan untuk menghalalkan hubungan semata-mata. Kahwin bukan sebab awak nakkan saya. Kahwin bukan semata-mata awak nak lari daripada bebelan mak ayah awak tiap hari suruh kahwin. Saya tak rela dijadikan alasan atau alat untuk awak lepaskan diri awak dari masalah.
A: Awak, janganlah serius sangat. Cool okay?
B: Soal nikah kahwin tak boleh dibuat main. Kalau awak fikir kahwin itu cara untuk selesaikan masalah bermakna awak silap, sebab lepas kahwin banyak lagi masalah yang akan timbul dengan pemikiran sebegitu. Faham?
A: Okey, okey. Saya diam. Lupakan je okey?
B: Ubah gaya pemikiran awak dan saya akan pertimbangkan lamaran awak tu. Assalamualaikum...

Kesimpulannya, kahwin bukan perkara mudah. Fikir semasaknya. Jangan sebab orang suruh kahwin, kita ikutkan juga. Teguhkan iman terlebih dahulu sebelum menjalankan misi mencari imam mahupun makmum.

Ps: Belum masanya untuk korang tanya aku bila aku nak kahwin. LOL kbai.

Disebalik apa yang kita nampak

Kita takkan pernah tahu... Kita takkan pernah sedar... Kita takkan dapat rasa duka dibalik senyuman... Kerana kita nampak apa yang kita mahu nampak dan kita buat-buat tak nampak apa yang kita enggan nampak...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers