Giveaway eqbalzack "SEDUT KASI ABES!

klik banner untuk join

Termengah-mengah aku berlari. Berita tadi sangat mengejutkan aku. Nafas ditarik, oksigen ku sedut dalam-dalam. Penat tak terkata. Berpeluh aku untuk sampai ke pertandingan itu. Ya, pertandingan impianku. Entah macam mana lewat sampai berita. Hari makin suntuk. Pertandingan telah mula. Idea tiada. Kering bersama peluh jantanku tadi.

Aku terus terduduk. Kecewa yang kurasakan kini. Hampa menyelinap seluruh pelusuk sanubari. Malang tak ku sangka telah tiba. Saat penting kini tak lagi bermakna. Aku kekeringan buah fikiran.Ya memang aku tak kreatif seperti seman dan dolah. Tapi aku tak malu untuk mencuba.

Aku kini malu sendiri. Sebabnya aku sudah tak layak bertanding. Aku kalah sebelum bertanding. Aku hanya mampu sedut nafas sahaja. Masih terasa letih. Kaki mula terasa sakitnya. Sia-sia larianku tadi. Andai aku dapat undurkan masa. Aku ingin sedut semua sampai habis!


Post by,
Miss Ran 

11 comments:

Terima kasih membaca entri saya sampai hujung perkataan =)