CORETAN TERBARU NADH

Part 12: Aku, Dia dan Paparazzi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Yes, walaupun bunga ros. Aku harap Sunah suka," Ady menyorok belakang tiang. Dia teruja mahu mengejutkan Sunah. Kalau boleh dia mahukan kemaafan walaupun tak tahu salahnya apa.
"Assalamualaikum," Dua orang tak dikenali memberi salam. Ady senyum lalu menjawab salam.
"Encik, kami ni baru datang Kuala Lumpur," Ady mengangguk walau mereka langsung tak dikenali.
"Jadi kami nak minta tolong encik tunjuk jalan,"
"Mana alamatnya? Mungkin saya tahu," Ady meneliti alamat itu. Seri Pentas. Tempat dia kerja. Memang kenal sangat. Ady dah sengih-sengih.
"Macam nilah encik. Rasanya saya boleh tolong tapi lambat sikitlah. Sebab saya ada hal ni. Dalam sejam encik tunggu boleh? Nanti saya bawakan encik berdua ke sana," Ady lebih mementingkan Sunah. Walau dia memang tak sampai hati tak tolong dua lelaki itu.
"Encik, lama sangat tu. Kami ada hal penting. Tu kami nak cepat ke sana," Ady sudah serba salah. Dia terdiam dan berfikir.
xxxxx
"Deq, you kat mana?" Tasha cepat. Sunah dah pun menghidupkan enjin. Deqdeq cemas.
"Tadi dia ada. Lepas tu lesap. Aku call tak angkat. Kejap aku datang. Kita kantoikan jelah. Jangan bagi Sunah drive!" Deqdeq berlari ke arah mereka. Hatinya mula berasa tak senang.
"Sunah wait!" Tasha memegang tangan Sunah yang mahu menukar gear reverse. Terkejut. Deqdeq di tepi tingkapnya. Sunah terkaku. Wajahnya meminta penjelasan.
"Apa sebenarnya jadi? Kenapa you all tahan I?" Sunah makin blur. Deqdeq masuk kereta.
"Sunah, I yang salah. I yang rancang semua ni,"
"Rancang apa ni Deq?"
"Kitorang rancang supaya you dapat berbaik dengan Ady," Tasha menyampuk.
"So? Ady tak accident?" Blur.
"Yes, dia tak accident seperti yang kitorang cakap tadi tapi," Deqdeq risau.
"Kenapa korang tipu I? Sunah sebak. Dia tak sangka.
"Sorry Sun. Kitorang buat demi you. You senyap dari semalam. You tak makan. I risau," Tasha pula berkata.
"So inilah pertolongan tu? Dengan menipu I? Seronok dapat bodohkan I? Seronok? Now tell me where is he?" Suaranya naik. Belum pernah suara Sunah setegas itu.
"Itulah I nak beritahu. Kitorang cadang nak surprisekan you kat sini. But bila you keluar, Ady tak muncul. I duduk tepi pintu kecemasan. Dia kat kereta," Deqdeq menangis.
"Deq, cerita dulu okey," Tasha tak sabar.
"Then? Dia hilangkan diri? Nak menggelakkan I?" Sunah geram. Sakit hatinya. Tak sangka dia ditipu sebegini. Malu tak terkata. Egonya tercalar.
"Sekarang Ady tak dapat dikesan. I tak rasa dia sengaja menghilangkan diri? You tahu punya dia gembira nak buat plan ni," Deqdeq yakinkan Sunah.
"Betul Sun. You tahukan I malas nak ambil port pasal mamat tu. But I realize yang dia memang betul-betul sayang you. Cuma you yang nafikan," Tasha sambung. Sunah terdiam. Lama.
"So apa kita nak buat ni?" Deqdeq memecahkan sunyi.
"Entah. Mana pergi Ady tu. Dia ada emergency ke apa?" Tasha bebel. Sunah masih lagi diam.
"Sunah!" Dia senyum.
"Kenapa you ni? Senyap je? Come on, kita kena cari Ady you tu," Tasha bising. Geram pula melihat Sunah begitu. Lambat bertindak.
"Kenapa you yakin sangat?" Sunah pelik.
"Sunah, you lama kenal dia kan? Lagi kenal dia dari kitorang. Takkanlah dia nak tinggalkan plan tanpa pesan pun. Beritahu I sanggup ke dia?" Tasha makin bengang.
"Dah, jangan gaduh. Okey, kita call kawan Ady tu. Siapa nama dia?" Deqdeq lupa.
"Prince ke price," Tasha menjawab selamba. Sunah tertawa. "Puteralah," Dia menjawab.
"Aah mamat sengal miang keladi tu nama putera. So Sunah ada number dia?" Geleng.
"Macam mana nak cari Ady kalau macam ni?" Tasha merungut.
"Kejap, I ingat dia ada kasi kad. Nanti I check I simpan lagi tak kad dia," Sunah seperti biasa. Tak endah sangat tentang Ady. Dia serik untuk mempercayai. Biarlah kawan-kawannya berusaha. Dia malas campur.
"Ah ada pun. Kita call dia. Mungkin dia tahu Ady kat mana,"
xxxxx
"Ady? Bukan ke dia datang jumpa Sunah?" Deqdeq berkerut. Setelah berbincang, dialah yang terpaksa menelefon si Putera. Dia menyampah.
"Serius you tak tahu?" Sunah dah berkerut. Riak risau mula menjengah. Tasha masih senyap.
"Betul. Pagi tadi awal lagi dia keluar. I pun tak tahu dia punya plan mengejut ni," Putera juga risau.
"Deq, I ikut you all cari Ady," Putera mendapat idea bernas. Sambil menyelam dia minum air. Bila lagi nak berlagak hero.
"You nak ikut?" Deqdeq memandang Sunah. Sunah senyum. Mungkin Putera boleh membantu. 'Abang Ady! Mana abang pergi?' Sunah berbisik dalam hati.
"I okey je kalau dia ikut," Sampuk Tasha. 
"Okeylah, you datang sini. Kitorang tunggu," Deqdeq terus letak.
"Sunah, jangan risau. Ady takkan ke mana tu. Lagipun dia yang beriya nak buat kejutan. Siap beli bunga lagi opsss..." Deqdeq terlepas cakap.
"Deq, bunga?" Tasha dah tersenyum. Dia tahu Deqdeq memang selalu berhubung dengan Ady. Cuma dia malas ambil tahu. Bukan apa. Dia masih tak berapa selesa dengan lelaki itu.
"Aah dia nak bagi you. Bersusah payah dia cari bunga yang you minat tu. Tapi tak tahulah dia dapat tak. Satu pagi dia call tanya apa you suka," Deqdeq berterus terang.
"Ya Allah apa I dah buat ni," Sunah menyesal. Terimbau kembali perkenalan mereka. Sungguh. Dia malu dengan dirinya.
"Sunah, you jangan macam ni. Kita kena kuat semangat. Ady entah mana hilang. Entah-entah kena culik tak?" Tasha bersuara.
"Eh Tasha. You jangan cakap sembarang. Siapa nak culik Ady tu?" Deqdeq geram.
"I cakap yang possible. Tadi you kata Ady dah sampai. Tunggu nak surprise. Tetiba masa Sunah datang dengan I dia hilang. Tak muncul. Bukan ke pelik?" Tasha mempertahankan pendapat. Sunah membisu. Dia masih memikirkan tentang Ady.
"Tak mungkin Ady pergi tiba-tiba tanpa ada hal munasabah," Deqdeq terdiam. Betul jugak.
"I rasa Ady ada kerja kot. Emergency. Jadi tak sempat nak inform kat I atau you, Sun," Tasha mencebik.
"Takkanlah sebab kerja nak tinggalkan Sunah. Dia tu suka Sunah ke tak? Macam tak pentingkan Sunah langsung," Tasha geram.
"Deq, Sha. Tolong jangan bergaduh. I dah cukup pening sekarang. Perut kosong lagi. Tolonglah," Sunah bersandar. Mukanya pucat sekali. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri. 

Ps: Akhirnya aku dapat menaip satu lagi sambungan. Bukan apa. Dari semalam aku taip. Tapi idea tak keluar. Siap chatting lagi. Nilah hasil tak seberapa. Harap korang terhibur. Penat jugak nak mengarang cerita ni.

5 comments:

Cik Pulau said...

lorhh.. tak jumpa2 lagi si ady ni.. mana pulak la dia hilang..
kena culik sorok kat pulau ke hape? hahaha..

*pale da pening.. nak tdo.. tp ternmpak part 12 ni.. baca dulu.. then tdoo.. Zzzz*

AdyBudika said...

ahahahahaahha..saje kannnn

Sunah Sakura said...

hehehe... bagus2... bagi dia tak jumpa... wakakkaka~

aliarosli said...

hahahhahha, dah pikir abg ady mcm bdk2 pulak

hhahhaha

Kira Sakura said...

ishhh kot ye pun jgn smpi org xblh nk jejak.. ape la si Ady tue.. :p

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers