Mahu gugur jantung aku

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Gila. Masih terkejut lagi ni. Risau. Macam-macam aku rasa tadi. Memang debar tak hilang lagi. SERIUS SERIAU!

Aku paling sayang kot. Kalau dia jatuh aku tak ada nyawa dah. Tulah satu-satu nyawa aku. Risau dia jatuh tadi. Nak marah pun ada. Sedih pulak.

Tak perasan kelincahan kanak-kanak yang tak ada bandingan. Aku patut lebih berhati-hati. Memang aku je yang leka. Budak tu memang nak kena je dengan aku. Degil.

Kesayangan aku hampir jatuh sebab dia. Kesayanganku. Sia-sia aku berhabis tenaga dan modal untuk adakan dia.

Dialah baby baru. Baby tak ada nama. Nak kasi nama apa aku tak tahulah. Ada kata letak nama keroro. Kartun apa pun aku tak pernah tengok dan baca. Alien lagilah menakutkan. Haha

ps: Kesayangan aku warna merah. Korang tahukan apa dia? Mujur yang jatuh benda lain. Kalau tak mati aku terkejut=P

9 comments:

Terima kasih membaca entri saya sampai hujung perkataan =)