Kerana cinta

Kau yang bernama cinta
Membuai setiap rasa
Menyelam sebuah cerita
Biar desah nafas dihela

Kerana kau ku leka
Buat aku terpedaya
Dek helah-helah dunia
Hawa nafsu diikut saja

Kerana itu aku terlena
Deru angin mencengkam jiwa
Aku pasrah dan redha
Kini diri kembali padaNya

Ps: Cuba bayangkan dia bersajak.
Published with Blogger-droid v1.7.4

8 comments:

Terima kasih membaca entri saya sampai hujung perkataan =)