Mana datang idea menulis cerpen?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ramai yang tanya mana datang idea buat cerpen?
Kenapa kreatif sangat?
Kenapa mesti sweet je?
Kenapa selalu buat cerita tak tercapai dek akal?

Macam-macamlah. Aku tak ada jawapan sebenarnya. Kadang bila nak menulis idea tak nak keluar. Tapi bila dah mula ideanya terus jadi lain. Serius rancang macam ni jadi macam tu. Kadang nak buat pengakhiran sedih tak menjadi sebab macam gagal je kan. Mungkin kelebihan aku di pengakhiran gembira.

Tapi kehidupan mana ada selalunya indah. Ada dukanya. Orang selalu kata. Cerita novel bolehlah gembira sangat. Dalam kehidupan harian tak pun. Tapi bak kata seorang pembaca. Dia kata nak ikut citarasa siapa masa menulis? Penulis atau pembaca? Aku nak jawab dedua.

Sebab? Aku adalah penulis dalam pada masa yang sama aku pembaca. Aku faham apa pembaca nak. Aku nak sama macam diorang. Aku tahu sekarang trend kahwin paksa. Walaupun benda sama ulang kali tapi diorang tetap nak baca. Bandingkan dengan cerita isteri berkorban untuk suami lumpuh dan anak-anaknya. 

Kreatif atau tak terpulang pada kita nak jalan ceritanya mana terpulang kat keinginan kita dan pembaca. Ramai tak suka baca cerpen persahabatan sebenarnya. Aku pun. Jadi apa salahnya selitkan unsur orang tak suka dalam cerita cinta. Jadi ada dua cerita dalam satu kan? Kreatifkan diri anda okey?

21 comments:

  1. cerita dalam novel macam khayalan je...hehe..teruskan menulis cerpen..

    ReplyDelete
  2. Jiran ai mmg kretip. Xdpt nk sgkal dah. :) untung ai jran ng dia

    ReplyDelete
  3. aku kadang2 lost gak baca ko nye cerpen,huhu.tapi byk yg best.huhu

    ReplyDelete
  4. Hehe..Cerita kahwin paksa, angan2 dan impian paling sweet ramai orang kan?

    ReplyDelete
  5. bila nak buat novel? mesti meletop nnt :)

    ReplyDelete
  6. betul tu skrg ni trend kawen paksa
    takpun kawen tak rela
    pastu bahgia

    hihi

    ReplyDelete
  7. Eza pernah promote cerpen kawin paksa iffah. Hihik.. Memang suka sangat cerita tu. Macam dekat dalam life Eza. Nama watak pun hampir sama. Terdetik kat hati, ehh iffah ni macam tau-tauu je. Ngeh3..

    apa-apapun, nak kreatif kena banyak baca. Kena positif. Kena tengok market cerita cemana pilihan hati pembaca.

    Lama dah Eza nak buat cerpen, p masih terkial-kial. Macam mana nak mula. Hihi..

    All the best iffah!! semangaatt~

    ReplyDelete
  8. setakat ni ade 2cerpen, satu dlm sejam je kot, lg satu smpai skrg xsiap, nnti dh siap i bg link weeee

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum iffah...kalau dahadaidea buat novel tu kena teruskn jugakan....

    p/s kekadang kawin paksa ni akhirnya bahagia juga...

    ReplyDelete
  10. penulis perlu tahu keinginan pembaca :)

    ReplyDelete
  11. teruskan bcerpen..
    unsur2 yg perlu ada dlm 1 cerpen/novel yg baik mengikut Hashim Awang,

    -intelek
    -emosi
    -imaginasi
    -teknik

    ^_^

    adunkan 4 unsur ni..
    tp aq slalu kekurangan unsur intelek...ekekekekeke

    ReplyDelete
  12. akak skang tgh menulis cerpen.. idea dah ada cuma xblh nk kembangkan.. xtau pasal pe..

    smlm smpi rasa tekanan xleh nk hurai, last sekali tido... nanti cuba lg...hihihihi

    ReplyDelete
  13. oh , aku pulak mmg xkretif =='

    ReplyDelete
  14. heee.. betul3...

    nanti nak mintak Iffah ajar macam mana nak buat cerpen eh.. pliz.. =)

    ReplyDelete
  15. sebab hidup tak seindah cerita, so bila kita baca cerpen suka nak happy ending...

    ReplyDelete
  16. macam mana dapat idea menulis???? aq thu msti dr angan2 kan.... hahahaha.... smua orang boleh menulis tapi bukan semua orang dikurniakan bakat untuk melahirkan idea2 yang tak tercapai dek akalmu.... tp bakat blh diasah..... bagi aku, penulis adalah seorang yang suka meluahkan emosinya dengan perna bukan suara.... itu ai pnye pndpt k... sbb i mmg mcm tu

    ReplyDelete
  17. hihi.
    cemburu sebenarnya dengan mereka yang ada bakat untuk menulis ni
    ada aja idea mereka
    cantik aja susunan kata.

    :)

    teruskan menulis ya

    ReplyDelete
  18. best entry ni iffah. mungkin sebab berkaitan dgn aku juga. Kadang aku rasa aku tulis cerpen macam aku syok sendiri.. tapi kadang aku tak peduli kalau pun aku syok sendiri. sebab aku puas hati..(bukan semua, byk yg juga aku x puas hati)

    Aku suka cerita cinta- dan kisah happy ending, benar.. hanya dlm novel/cerpen je ada kisah yg kemain happy ending, realiti? huh!

    tapi takpelah kalaupun dlm novel/cerpen pun jadilah sekurangnya kita boleh rasa gembira dgn happy ending tu.

    realiti sebenar kehidupan sering menyakitkan.. biarlah kita bergembira dlm dunia khayalan penulisan :)

    *mcm biasa aku terpanjang lagi.. n3 ni memang best!! :)

    ReplyDelete
  19. deno minat nak tulis cerpen tapi slalu xde idea... tabik ngan iffah yang slalu ada cerpen yng mmg best! :)

    ReplyDelete

Terima kasih membaca entri saya sampai hujung perkataan =)