Kistot: Trauma yang positif

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Seperti biasa dia pergi menongkah arus lebuhraya kerana mahu pulang ke kampung halaman. Bukan dia suka jalan itu. Malah ada kesan hitam terpalit di sana. Sebab itulah sebolehnya dia mahu segera melepasi zon rasa tak selamatnya itu. 

Lagu berkumandang. Lagu raya! Dia bosan mendengar lagu tersebut dimainkan saat bulan puasa masih lagi hangat bahangnya. Punat radio ditekan. Hujan turun secara tiba-tiba mencurah ke bumi. Dia perlahankan kenderaan. Bimbang jalan licin. Sampai satu saat dia terpandang belakang.
Lebat!
Kereta itu berpusing tiga kali di tengah highway yang terbentang luas. Dia gigil tiba-tiba. Matanya tak lepas memandang kereta Iswara Aeroback dari kejauhan. Dia bimbang sekali kereta itu akan dilanggar. Dalam hatinya tak henti berdoa agar kereta itu terselamat dari mana-mana rempuhan. Mujur lengang ketika itu.
“Ya, Allah. Bantulah mereka walau sesiapapun mereka. Aku tak mahu mereka dilanggar…” Dengan sebak dia meneruskan perjalanan pulang. Dia pula yang trauma. Perlahan saja keretanya meluncur tatkala hujan masih membasahi bumi.

Kini dia lebih berhati-hati di jalan raya. Dia dilema sama ada laju buat dia cepat sampai. Atau lambat tapi dia mungkin terlelap di jalan. Akhirnya, dia pulang dengan trauma yang masih segar dalam ingatan. Trauma yang positif!

10 comments:

  1. pesanan penaja.. hati-hati di jalan raya k.

    ReplyDelete
  2. berhati-hatilah di jalan raya.. semoga selamat sampai ke destinasi...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/08/tips-mudah-jaga-kesihatan-01.html

    ReplyDelete
  3. aku rasa ini tentang seseorang bukan?

    ReplyDelete
  4. trauma ni menakutkan.. bahaya..
    nasib baik trauma positif..

    ReplyDelete
  5. Pandai pun citer base on true story :p

    :D

    ReplyDelete
  6. memang kne barhati hati semase dijalan raye.. takpe biar lambat asal selamat kan

    ReplyDelete

Terima kasih membaca entri saya sampai hujung perkataan =)