Putus cinta dan Unintended

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hari tu semalaman aku kena bahan dengan kawan-kawan aku. Mana taknya, aku tetiba ternyanyi lagu Unintended yang selalu aku dengar 4 tahun lepas. Lama dah aku tinggalkan lagu tu yang penuh sejarah. Diorang tahu. Aku tak nak ambil tahu sebenarnya. Rasa bangangnya aku zaman dulu kala. Bodoh! Ya, aku tahu tu.

Tapi apa yang aku nak tekankan di sini, sebab lagu tu buat aku sedar. Tak ada gunanya layan perasaan kecewa. Buat penat. Membazir air mata. Membazir segalanya. Hati ni jangan dimanja sangat. Kalau melayan lagilah parah. Itu pengalaman akulah. 

Jadi kepada yang putus cinta, jangan ingat kisah lalu. Buka lembaran baru. Cinta itu membuatkan kau bodoh saat kau menangisi kehilangannya. Sebab cinta itu bukan untuk kau. Ada lagi cinta yang lain Allah dah aturkan. Jangan risau. Jangan sedih. Life must go on right?

Cinta sebelum masanya menyesakkan dada dan membebankan minda, baik lepaskan kalau cinta itu bukan untuk kita. Istikharah dan reda paling utama =)

15 comments:

  1. suke lagu 2 =)

    tiap2 pg buat kejut dr tidoq

    ReplyDelete
  2. Unintended - Muse...pergghhh...lagu camni layan memang sebak sangat hehehe..nanes

    ReplyDelete
  3. tabahkan hati cikgu.. cinta tidak selamanya bersatu.. cinta kepada manusia bermacam2 ragam dan pancarobanya... suatu masa nanti cinta sejati akan muncul dalam diri setiap kita

    ReplyDelete
  4. cinta sebeleum masanya menyesakkan dada..........setuju..sakit kdg2 dr diri sendiri sebab terlalu ikut hati dan rasa

    ReplyDelete
  5. waalaikumussalam..hehehe..x sengja ~.

    betul.lepaskn dia pergi.klo dia pergi mmg dia bkn utk kita.y dtg tu la utk kita..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  6. semoga cinta dan jodoh yg kita temui itu adalah yang terbaik utk dri kta =')

    ReplyDelete
  7. cinta yang baik ialah tiada dia kita pasrah dan adanya dia kita hargai. tiada tahap itu, mgkin cinta masih belum cukup bersemi

    ReplyDelete
  8. dan kerana kebodohan cinta lalu yg buat kita pandai menilai cinta sekang nie ;)

    ReplyDelete
  9. Experience is the best teacher.. :)

    ReplyDelete
  10. Salam kenal. ALhmadulillah your are back on the track

    ReplyDelete
  11. terjaga aku dengan entri ini.
    terasa aku untuk berubah.

    manusia terbuai, Allah menyedarkan dengan caraNya.

    ReplyDelete
  12. aku suka layan lagu jiwang time nak dptkan feel masa menulis.. :D

    ReplyDelete
  13. muse - unintended?? lagu tu memang sedap dengar =) aku pegang 1 ayat kawan aku bagi dulu.. kalau die tu bukan untuk kite.. wat cane pun tak kan kite dapat ati die tu..

    ReplyDelete

Terima kasih membaca entri saya sampai hujung perkataan =)