The Most Memorable Moment Contest

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

klik banner untuk join


Mamat, Dilah, Nini bersama Ecah, Ena dan Aku
Begitu indah kita bersama
bagai aur dengan tebing
kini telah jauh dua dunia
tapi kita tetap bersama

alangkah manis kini terasa,
kakak sudah berumah tangga,
ada anak buah rasa nak gila,
abang ipar bertambah dua.

Gila-gila kami bertujuh,
namun dua orang tiada,
Along suka menyorok hujung
Adikku Ajimah ada di india.

Aku ialah anak kelima,
umurku masih sedikit,
rasa nak kahwin belum ada,
tunggu masa adik dirisik.

Keluargaku sangat bahagia,
datang pula cucu tunggal,
cucu pertama sudah tiada,
Hanya puteri yang tinggal.

Along sakit berbulan-bulan,
rasa macam mahu mati,
tapi takdir yang tentukan,
Along pulih tidak mati.

Takdir Allah maha kuasa,
Sangat takjub denganNya,
Orang nazak kembali bersuara,
Umpama mati hidup semula.

Post by,
Miss Ran 

2 comments:

  1. salam,

    salam ukhwah n salam perkenalan...

    tq sudi follow blog sy...

    n tq sudi join contest sy tu...

    happy family forever...

    ReplyDelete
  2. wslm

    salam2 hehe

    welkam

    sudi y teramat hahaha

    gracias!

    ReplyDelete

Terima kasih membaca entri saya sampai hujung perkataan =)