Cheese Cake Strawberry

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Saja buat title gitu. Haha semua dah terliur nampak. Adakah cheese Cake aku akan melawan sifu sendiri iaitu PCM takpun anak didiknya Ady Budika. Aku sebenarnya tak kuasa nak lawan-lawan ni. Aku tak reti masak macam diorang. Tapi aku teringin nak masak. Makanya pergilah tesco membeli belah bahannya.

Puas mencari emulco. Apa bendalah ni. Dalam hati aku ingat perisa strawberry je. Erm rupanya macam paste strawberry. Datang adik aku pergi tunjuk jam strawberry. Pengsan! Itulah pentingnya food and servings education. Haha

Gelatin satu benda lagi. Tak pernah beli, guna, dan tengok pun. Penat asyik tercari-cari. Mujur ada sign yang bertulis BAHAN KEK. Aku serang tempat tu dulu. Jumpa emulco. Pergi tempat lain beli biskut. Pergi beli strawberry korea. Pilih-pilih yang merah dan gebu. Erk. Mana gelatin?

Patah balik cari gelatin. Sekali gelatin tu sebelah je dengan emulco. Buat peluh dalam aircond je. Cis! Kenapalah aku tak terfikir si gelatin ni  adalah anak susuan bahan kek. Macam sengal bila fikir balik. Korang mesti nak tahu rupa kek aku kan? Jom sini.
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Apa mana gambar? Belum siap lagi. Haha kejap lagi siaplah kot. 3jam lagi. Sabar ye kawan-kawan. Aku rasa macam tak jadi. Sebab mixer tak ada. How dare you! Time aku nak gunalah rosak. Peluh jugak aku putar pakai wisk. Ni bendanya.
Wisk
Aku tak tahulah betul ke tidak ejanya. Aku selalu panggil pemukul telur. Haha oh ya. Lepas aku penat aku suruh ayah aku pulak buat. Haha terus kembang, putih. Pandai ayah. Haha masa untuk membuli ayah=P Ni namanya merapatkan silaturrahim antara anak beranak. Ayahku kekadang sporting, kekadang garang dan selalu CEREWET. Tapi dia idola aku=P

4 comments:

  1. jangan lupa bila dah siap...snap pict yer...hehehe

    jom join
    Segmen : Mari Promote Blog

    ReplyDelete
  2. our father is the best father in the world

    ReplyDelete
  3. wah rajin nye nti dah siap nak sket

    ReplyDelete
  4. YEEEEEEEEEEE, ABAH TETAP DIHATI

    LAPO PULAK, GRRRRRRRRR, NAK SIKIT

    ReplyDelete

Terima kasih membaca entri saya sampai hujung perkataan =)