Perkara yang buat aku malu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku penat fikir tajuk yang sesuai. Tapi tak berjaya. Susah benar nak cari tajuk rupanya. Ni nak cerita pasal perkara-perkara yang boleh membuatkan aku malu. Aku memang pemalu sebenarnya. Haha sila percaya*

Situasi 1:

"Jom baca yassin sama-sama cikgu. Cikgu perempuan duduk belah sana. Depan semua murid. Senang nak pantau ye," Cikgu A.

"Baiklah," Muka terpaksa. Kalau duduk depan tak pegang yassin semua murid tahu aku cuti. Cis malu. Kalau bulan puasa lagilah malu. Kantoi tak puasa.

Situasi 2:

"Jom jumpa. Kita lama dah kenal. Teringin nak tahu rupa missran macam mana," Blogger A.

"Ah? Okey nanti kita bincang," Aku berkira-kira nak jumpa ke tak. Sebab aku memang pemalu bila mula-mula jumpa. Tak percaya tanya mereka=)

Situasi 3:

"Kereta ni kenapa tak boleh hidup ni?" Wanita A.

"Kau tengoklah. Minyak dah habis," Ketika tengah jalan raya. Orang sedang berpusu balik rumah. Serius malu sampai tak keluar dari kereta.

Situasi 4:

"Cikgu, salah masuk kelas ni,"

"Eh iya ke? Saya tengok betul dah waktu saya,"

"Tak, ini jadual waktu yang baru. Cikgu tak dapat ye?" Okey malu segera.

Situasi 5:

"Apa yang nak ditaip tu? Typo!!" 

"Hah aku delete dengan segera!"

"Lambat, dah printscreen,"

"Cis jahat!!!" Sampai sekarang kena bahan dengan budak busuk tu. Sabar jelah.

Kesimpulan, malu itu sebahagian daripada iman. Ni normal kalau malu. Cuba buat maksiat. Kalau tak malu jugak memang aku tak tahu nak cakap apa. Kalau dengan Allah kita tak malu dengan nikmat yang diberikan dan gunakan ke jalan yang salah. Jangan harap kita akan nak malu dengan orang sekeliling. Jadi sila malu dengan diri sendiri. 

ps: Adakah amalan kita dah memadai jika ini Ramadhan terakhir buat kita?

10 comments:

  1. MUEHHE..ade ke typo pon print screen..akutypo rilek je..

    ReplyDelete
  2. anak murid lagi pemalu~~

    p/s : sape budak busuk tu?

    ReplyDelete
  3. pemalu sungguh miss ran ni! heheheee

    ReplyDelete
  4. alololorhh.. ai pon pemalu jugaks~muahahaha

    ReplyDelete
  5. ko pemalu ke?? x caye la haha

    ReplyDelete
  6. hahahahha....
    comelnyaaa...
    tp mmg btul ipah pemalu
    br jmp snyp je.xkuar 1 word pn dr mlt die.hehe

    ReplyDelete
  7. malu gak nak jumpa kawna blogger 1st time..ahaha

    ReplyDelete

Terima kasih membaca entri saya sampai hujung perkataan =)