Sakit hati bila

Sakit hati tu biasa jadi. Kat mana-mana ada orang luahkan sakit hati kan? Tapi macam mana kita nak hadapi situasi sakit hati tu? Kalau aku, memang akan baran. Geram je. Namun, tak boleh ikutkan amarah sangat. Contoh situasi di bawah.

A: Awak jom makan.
B: Makan jelah. Tak nampak saya banyak kerja ni? (Nada tinggi)
A diam dan bengang. Tak pasal kena marah. Sakit hati kan bila orang cakap baik-baik kena tengking kan?

Ikut pengalaman aku, aku akan balas balik. Tapi bergantung pada siapa yang cakaplah. Aku akan marah balik. Suka hati je marah orang tak bersalah.

Tapi jangan tiru cara aku. Kalau orang tu marah kita, kita diam dan cuba memahami dia. Mungkin dia ada masalah sendiri. Tu tak sengaja marah kita. Jangan kita naik angin jugak. Nanti pihak ketiga bergembira tengok kita gaduh. Renungkan ye korang.

Ps: Harap dia bahagia.
Published with Blogger-droid v1.7.4

8 comments:

  1. hurmmm
    mende cm ni la selalu jadi kat opah
    dan opah senyap je
    waaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. tamau sudah. ai p la makan sesorang.. ahahahahaha. :P

    ReplyDelete
  3. hmm, diamkan je....tp kadang2 balas bagi ayat pedas sikit...makan dalam gitu

    ReplyDelete
  4. Org camni jgn layan... Dilayan kang lagi stress....

    ReplyDelete
  5. kita yg kena marah pon jgnlah cepat sensitif.huhu

    ReplyDelete
  6. kekadang kita pon kena gak tgk timing

    ReplyDelete
  7. Aku: Kalau ye pon sibuk tak payahlah tengking! tak bolehkah cakap baik-baik!

    pastu jln & hempas pintu! kalau boleh dinding pun aku nak sepak! ha.. ganazkan aku?(sila jgn tiru aksi ini)tapi tu kalau laki aku yg tengking la (ni isteri derhaka ke ni?)Pastu aku merajuk.. tapi tak perlu risau-risau nak pujuk. Kalau aku dah cool down.. aku pndai baik sendiri dgn laki aku. hehe..

    tapi kalau ayah aku yg tengking macam tu.. aku senyap..diam.. dan merajuk beberapa hari... sampai ayah aku buat baik-baik kat aku (taktik memujuk la tu) alamak.. pjg pula.. sori!

    ReplyDelete

Terima kasih membaca entri saya sampai hujung perkataan =)