ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ini aku ceritakan melalui pengalaman. Aku bukan nak hipokrit atau pura-pura baik kat blog. Ada masa aku mengaku kan aku teruk? Sila angguk. Aku nak tegur sikit. Bukan banyak pun. Sebab aku pun masih tak sempurna amalan. Cara berpakaian dan lain-lain.
Aurat tu apa sebenarnya? Tutup kepala? Oh tidak sama sekali. Jadi sila cari apa itu aurat dulu. Dah jumpa? Sambung baca sini. Kenapa orang sangat tak ambil kisah pasal ni? Senang cerita korang jaga tak aurat dengan orang dalam rumah?
Dengan abang ipar? Tahukah korang itu bukan muhrim dan wajib menutup aurat?
Dengan bapa tiri? Ya masih aurat. Sebab tak ada pertalian darah.
Dengan sepupu lelaki? Ya sebab dia bukan muhrim dan boleh dikahwini.
Dengan jiran tetangga lelaki? Wajiblah tutup aurat kan? Ini tak bila jemur kain malas nak tutup aurat dengan alasan depan rumah je pun. Aku terasa*
Tapi orang sekarang fikir jaga aurat bila keluar rumah je. Selalu aku jumpa. Bila orang datang rumah, tak pulak terasa nak tutup aurat. Boleh pulak kan? Tak takut ke azab api neraka nanti? Aku pulak runsing bagi pihak korang. Aish aku cuma menegur. Kalau salah harap betulkan. Oh ya korang boleh search pasal aurat kat internet. Banyak sebenarnya.
Ps: Dia boleh sebarkan kat adik dia juga. Erk
akak pun terasa...huhuhuuu
ReplyDeletekadang2 teralpa pasal benda ni! akan cuba perbaiki diri..
yg ni mmg ramai sgt alpa
ReplyDeletehye salam kenal...
ReplyDeleteyang xbesh nyer..kerja bertudung bile xberkerja hilang tudung.... :(
betul tuh,ramai yang buat lupa
ReplyDeletekita pon terasa sebb kita still xtutup aurat betul2..kdg2 kuar pki lengan pendek @_@
ReplyDeletekikiki
ReplyDeleteoaph pon terasa gak
aihhh
hehehe
maceh ingatkan opah =]
akan diperbaiki.. selalu lupa pasal nie.. :(
ReplyDeleteramai yg pakai tudung bukan sbb nak jaga aurat....
ReplyDeletemaceh igtkan jiran :D
ReplyDeleteadoi.. yang ini tengah nak usahakan balik..
ReplyDeleteerrr.. memang terasa sebab kat umah klo ada abg ipar memang tak tutup kepala..
ReplyDeletebila la sedor diri ni cik pulau oii,,,
bawak2 la insaf.. idop ni tak lama lgi dah..huhuhu