Pantun Jiwang

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Terasa nak berpantun pulak. Hehe korang sediakan baldi okey. Nak tanya lawa tak blog aku sekarang? =P

Buai laju sampai ke sana
Angin meniup terbang bersama
Buat apa hendak merana
Ceriakan hidup lagi bermakna

Diam-diam si anak dara
Duduk diam di atas para
Kalau hati sudahlah lara
Carilah ganti dengan segera

Pergi memancing ikan gelama
Masak lemak pedas terasa
Diri bujang sudahlah lama
Baik menikah bahagia rasa

Jalan-jalan di taman bunga
petik satu cium baunya
Kalau hati sudah berbunga
Lekaslah pinang si anak dara

Korang dapat tak aku nak sampaikan ni? Ikut koranglah. Seronok pulak berpantun=P

Ps: Dia reti ke berpantun ni haha.

14 comments:

  1. Wah terror la buat pantun..boleh jadi insan seni negara yang berjaya ni..

    ReplyDelete
  2. wewitt... cam tujukan kat someone je ni..hahha..

    ehhh...header baru.. ingatkan salah masuk blog tadi.huhuhu

    ReplyDelete
  3. pantun yang comei. nak balas leh dak? lalalalalalla~~ :P

    tapi ai suka belog baru neh. comei.. :)

    ReplyDelete
  4. Bunyi lagu membangkit suasana,
    Bunga mekar di depan mata,
    Sunyi rasa tak dapat bersama,
    Kekasih hati jauh di sana

    ReplyDelete
  5. dah nak nikah ke?hehe..

    awalkan kawen klu hati x mampu nk menanggung :)

    ReplyDelete
  6. bunga kan layu dimamah sepi ,
    matahari hilang bulan menjelma,
    disinikan cinta mula bersemi,
    Belog CINTA bertambah seri nan rupa.


    weeeeeewiittt!=]

    ReplyDelete
  7. cantik template! wah tergugat dibuatnye..bila la nk tukar rmplate ni =.="

    ReplyDelete
  8. pantun memantun...
    terus terpantul..erkk...haha

    header baru..pewwwitt ^^

    ReplyDelete
  9. Lia minat kalau bab pantun ni..ngehhh..cuma tiada bakat.

    ReplyDelete
  10. Pantun yang cantik, blog pun dah makin cantik. ^^

    ReplyDelete
  11. rindu di hati terubat sudah
    Hati tertarik kerana kamu
    Sungguh indah blog baru Iffah
    Isi menarik tak rasa jemu

    *haha.. aku tak ada bakat nak buat pantun!!

    ReplyDelete

Terima kasih membaca entri saya sampai hujung perkataan =)