Adakah cinta itu kejam?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Adakah cinta itu kejam?

Aku berfikir sejenak. Ni gara-gara ombak rindu bagaikan tsunami melanda hati kala ini. Serius aku suka cerita macam tu. Aku minah jiwang. Jadi jangan hairan kenapa blog jiwang, tuannya pun jiwang. Cukup! Bukan itu aku nak kongsikan.

Aku cuma nak tanya tentang cinta? Ada Mila dalam cerita Ombak Rindu sebut kat Izzah. CINTA TU KEJAM KAN? Izzah jawab tak. Cinta tak kejam. Cuma kita je tak menghargai. Aku? Setuju dengan Izzah. Ramai suka salahkan cinta. Sebenarnya tak ada salahpun nak bercinta.

Cinta dikatanya buta padahal kita yang celik tak reti nak bezakan mana baik dan buruk. Cinta dikatakan kejam padahal kita yang bertindak kejam terhadap diri. Dah tahu orang tak suka kenapa nak terhegeh-hegeh? Cinta tak boleh dipaksa tapi boleh dipupuk. Namun berjaya atau tak untuk bertunas di hati seseorang itu terpulang. 

Jadi jangan sesekali menyalahkan cinta kerna ia adalah sesuatu yang indah. Walau beribu kali putus cinta aku akan tetap mencari cinta. Itulah fitrah manusia sebenarnya.

Ps: Yang pasti dia tetap dengan cintanya.

23 comments:

  1. cinta tak kejam.. org yang tak menghargai cinta itulah yang kejam :)

    ReplyDelete
  2. cinta tak kejam.. tapi org la yg kejam! jgn kejami diri kita dan org lain...

    *iffah! aku pon jiwang juga he... :) kau setuju?

    ReplyDelete
  3. hmm,
    cinta tak kejam,
    manusia tu sendiri yg buat cinta tu kejam kot.

    ReplyDelete
  4. cinta itu indah kepada siapa yang tau menghargainya...:)

    ReplyDelete
  5. yg kata cinta tu kejam mungkin sebab terlalu taksub dengan cinta...sampai jadi buta pekak dan bisu..err.. hehe

    ReplyDelete
  6. sejak baca blog ni, asyik jadi jiwang je...hahaha

    ReplyDelete
  7. betuullaa... orang je yang mengalami cinta tu je kejam bukan cinta tu sendiri..=)

    ReplyDelete
  8. cinta tak kejam cume orang yang tidak menghafrgai cinta itu yang kejam (:

    ReplyDelete
  9. betul2..
    manusia yang kejam xhargai cinta..

    ReplyDelete
  10. Jangan putus harapan untuk mencari cinta. ^__^

    p/s: Semoga sampai jodoh Iffah dengan si dia. Amiin. :)

    ReplyDelete
  11. iya, cinta itu sebuah naluri buat setiap insan.. usah kecewa, kerana cinta itu pasti akan hadir dengan ketentuan Nya... (",)

    ReplyDelete
  12. betul..
    jangan jadi kejam kerana cinta.. tapi jadilah yang penyayang kerana cinta..^^,

    ReplyDelete
  13. bila ckp psl cinta, semua ada pndpt msing2.. huhuu~

    ReplyDelete
  14. saya taknak becinta dah, #erkk belum masa lagy, hehe.

    ReplyDelete
  15. cinta tak kejam..

    manusia itu yang buat jadi kejam..

    hurmmm.

    ReplyDelete
  16. kita juga dilahirkan atas nama cinta :)

    ReplyDelete
  17. Cinta itu sebenarnya suci...cuma ada sesetengah orang tidak menghargai cinta yang diberi padanya.Jadi hargailah orang yang mencintai kita dengan seikhlas hati.baru join kat blog ni..salam kenal salam persahabatan..singah2 ler kat blog kite..
    http://jai-diari.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima kasih membaca entri saya sampai hujung perkataan =)