Kalau malu tak dapat!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Orang sekarang ada juga yang simpan rasa malu. Bukan orang dulu-dulu je ada perasaan malu. Cuma bezanya, beberapa kerat je yang ada lagi rasa malu ni.

Pernah dengar tak ayat ni;

KALAU MALU TAK DAPAT!

Malu nak dapatkan sesuatu. Contohnya aku nak makan durian kat rumah bapak mertua* olok-olok je. Tapi aku malu nak ambil. Sampai durian tu habis. Aku pun hanya mampu memandang. Kan? Sebab malu terlampau aku tak dapat merasa durian kuning keemasan tu.

Tapi cuba kalau aku ubah situasi ayat ni kepada situasi lain. Contoh;

KALAU MALU TAK DAPAT!

Aku nak merasa macam mana rasanya bercinta. Berdating. Pergi tempat-tempat romantik. Berkenalan dengan jejaka pilihan malaya. Segalanya aku nak cuba. Tapi aku malu. Malu dengan Allah. Dengan keluarga. Dengan kawan. Sekali kawan aku cakap; Kau malu tak dapatlah nak tolong. Nak cuba tak?

Tengok, sekelip mata ayat yang sama jadi dua perkara berbeza. Negatif dan positif. Cuma kita yang berhak memilih sama ada nak yang mana. Jadi jagalah perasaan 'malu' anda. Ada perkara yang perlu dan tak perlu malu. Jadi renungkan bersama!

Ps: Dia tak malu dengan aku.

17 comments:

  1. yup, tp jgnla smpai x tau malu hbsik. smua durian yg ada kat rmh org tu.. haha XD

    ReplyDelete
  2. betul tue... anak2 dari kecik kene ajar sikap malu supaya bila besar jgn die jadi xtau malu...

    ReplyDelete
  3. malu biar bertempat. tapi, kalau bab makan tu, iffah jangan la malu-malu.. :D Kan dah terlepas durian kuning tu. :)

    ReplyDelete
  4. saya seorang yang pemalu ,,.. *sila percaya*

    ReplyDelete
  5. ahhh..malu xdaapt..bila study..bila malu nak tanya..xfhm langsung..xdpt apa ilmu yang diajar..

    ReplyDelete
  6. perasaan malu tu kena tengok pada situasi...:)

    ReplyDelete
  7. malu ni bergantung pada tempat dan keadaan..

    ReplyDelete
  8. seeloknya malu tu biar bertempat! jgn tak tahu malu sudahlah..

    ReplyDelete
  9. malu biar bertempat..
    ai nak tambah lagi..
    malu tanya sesat jalan..
    malu makan.. lapar.. hahaha

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum iffah...betul tu malu tu biarlah bertempatkan...:)

    ReplyDelete
  11. Salam, kalau benda yg elok2 tu jgn malu xbtmpat.tapi benda yg dosa2 ni haruslah ada malu yg menebal.kan kan.barulah aman bahagia hidup.hee :)

    ReplyDelete
  12. mcm qasehsuci ckp..malu bia betempat ^_^
    dan perlu malu utk melakukan bnde2 yg xelok utk dilakukan :)

    ReplyDelete
  13. heeee
    maka malu itu harussss bertempat :)

    ReplyDelete
  14. "kalau malu lapar...." selalu dengar ayat nie dari mak

    ReplyDelete

Terima kasih membaca entri saya sampai hujung perkataan =)