La Tahzan: Jodoh Lambat Tiba

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Jodoh bukan di tangan manusia. Tapi apa yang dirancang Allah kita sendiri tak tahu. Jadi la tahzan jika lambat jodohnya. Mungkin bukan kita yang merasai. Malah ramai lagi. Usah bersedih hanya kerana jodoh lambat tiba. Ingatlah tiga perkara ini;

Jangan bandingkan dengan orang lain. Ingat kita mempunyai nasib yang tak sama. Jodoh itu rahsia. Lain orang lain jodohnya. Mungkin ada yang menanti di syurga sana. Jangan cemburu dengan mereka yang menemui jodoh awal kerna menemui jodoh awal tak semestinya bertuah begitu juga sebaliknya.

Yakin dengan qada’ qadar. Rukun iman yang keenam jika kamu terlupa. Bukan nak kata apa. Ramai sangat lupa akan hakikat ini. Adakah anda benar-benar beriman? Kalau ya, perlukah kita mempersoalkan kehendak takdir? Jadi jangan bersedih atas apa yang berlaku. Terima ketentuan Ilahi buat kita.

Syukur. Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Nikmat yang kita sendiri tak perasan. Nikmat apabila dapat berkhidmat kepada orang tua. Kalau dah kahwin awal, tanggungjawab sudah semakin banyak. Ruang dan waktu bersama ibubapa akan lebih terhad.

Ingatlah Allah maha adil. Pasti ada sesuatu yang tersirat yang mata kita takkan mampu nampak dalam percaturanNya. Yang kita nampak yang buruknya. Tetapi yang baiknya? Jodoh lambat atau tidak semua kehendakNya. Jangan pernah sesali kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita hambaNya.


Nota Iffah: Doakan esok semua berjalan lancar!

Ps: Dia percaya pada jodoh. Aku juga.

26 comments:

  1. salam dik..

    benar..tak ade apa yg nak disedihkan bila jodoh lambat tiba..jalani hidup seperti manusia normal..

    perasaan tu jgn diikutkan kan... sbenarnya ammarah, hasad, tension dan cemburu kerapkali mengunjung bila bersangka yg tidak baik dgn qada' qadar..

    tenang tenang je la kan..

    itu pendapat sy la..

    ReplyDelete
  2. nak bahagi..syukur dgn apa yang dikurnia..try test lau tak caya

    ReplyDelete
  3. saye baru 20 tahun, malas lah pikir pasal jodoh ni. heee :D

    ReplyDelete
  4. rilekss luu.saya nak belajar dulu.tq kak iffah atas nasihat. :)

    ReplyDelete
  5. Ajal Maut Jodoh pertemuan semua di tangan Allah... usah risau.. hadapilah hari-hari mu dengan gembira ye sayang...heee :D

    semoga segalanya berjalan dgn lancar..aminn :)

    ReplyDelete
  6. itulah. manusia ni perlu sentiasa bersyukur.semua tu dah tertulis

    ReplyDelete
  7. Allah telah aturkan segalanye yg terbaik wat kite..:)

    ReplyDelete
  8. Right...mmg smua tkdir dh trtulis...
    Insyaallah..moga2 kita mndpt jodoh y soleh..
    :)

    ReplyDelete
  9. yup..takkan pernah sesali dan akan sentiasa bersangka baik dgn Allah..

    ReplyDelete
  10. Semoga esok semuanya berjln dgn lancar.. Aminn...

    ReplyDelete
  11. saya nak like 10000x kali entri ini... perkongsian yg menarik.. Heran juga kawan2 asyik2 sindir2 bila nak kawen... kalau belum sampai seru nak wat camna.. ekekeke..

    Gud lak ya Iffah utk esok... semoga berjaya tau. ehe

    ReplyDelete
  12. Betul tu.trima kasih atas p'kongsian:)

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum iffah ...jodoh pertemuaan itu semuanya di tangan Allah cpt atau lambat Dia jua yang menentukan...:)

    ReplyDelete
  14. Dpt jodoh awal pun belum happy.... Jgn nengeluh...

    ReplyDelete
  15. betul apa yg iffah katakan,,tp kadangkala terselit juga kerisauan,,walaupun tak banyak,,tp kesunyian ttp ada kan,,apa2 pun berusaha sebelum menyerah pd qada'dan qadarnya,,

    ReplyDelete
  16. kawan ai cakap..
    nape nak risau jodoh lambat tiba..
    sedangkan kita ni memang dilahirkan berpasang-pasangan..
    so pasangan tu tetap ada..insyaAllah..

    p/s: ai aply jadi cikgu math kat sek swasta..

    ReplyDelete
  17. sesungguhnya jodoh itu rahsia allah..hanya allah yang mengetahui..ingin aku mencari tulang rusuk aku yg telah lama hilang..aku akan setia menantikan mu dan aku harapkan engkau adalah sorang muslimah yang solehah..:)

    ReplyDelete
  18. Jodoh pertemuan di tanganNya. Moga di percepatkan jodoh iffah :)

    ReplyDelete
  19. betul tu~ Dia percaya pada jodoh, anti percaya dan saya juga percaya. :)

    ReplyDelete
  20. saya sedang belajar untuk menerima qada & qadar...tapi diri ini kadang-kadang lelah dengan soalan2 cepu mas!!...hurm..

    ReplyDelete
  21. syukur dan sabar , insyaAllah bahagia :)

    ReplyDelete
  22. Kalau masih belum berjumpa dgn jodoh kita,usah merasa sunyi. Allah kan ada:-)

    ReplyDelete
  23. Kalau masih belum berjumpa jodoh,usah merasa sunyi atau sepi. Allah kan ada :-)

    ReplyDelete
  24. sangat risau dan sedih mengenangkan nasib diri....umur dah dekat 30 tahun, tapi masih tak jumpa2 jodoh walau pelbagai usaha dah dibuat... rakan2 sebaya dah ada 2-3 org anak.... org perempuan ni ada expirednya, umur 35 baru nak dapat anak itu berisiko tinggi... selalu down bila lihat org lain bahagia, cantik je perjalanan hidup....tapi nasib diri ini begini pula...

    ReplyDelete

Terima kasih membaca entri saya sampai hujung perkataan =)