La Tahzan: Jika rezeki bukan milik kita

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

La tahzan kembali lagi. Kali ni nak menyentuh tentang rezeki. Aku nak berkongsi kisah seorang sahabat yang mahukan sesuatu namun takdir tak berpihak kepadanya. Dia sedang bersedih ketika ini.

Seorang sahabat telah lama bercita-cita membuka kedainya sendiri. naik turun bank untuk meminjam wang. Pihak bank akhirnya telah bersetuju. Namun, ada syarat yang perlu sahabat penuhi. Syarat itu umpama menghumban sahabat ke tali gantung. Berat sebelah. Ya sangat sukar meminjam wang.

Setelah lama dia berfikir dan berbincang akhirnya dia membuat keputusan untuk terima tawaran bank itu. Walaupun pada mulanya dia takut mengambil risiko. Namun, apabila dia membuat keputusan sedemikian, pihak bank telah menarik balik tawaran tersebut. Makanya, sahabat ini kecewa kerana pihak bank seakan menindasnya.

Apa yang aku boleh katakan ialah bersabarlah sahabat. Mungkin ianya bukan rezeki kita. Walau usaha macam mana pun kita nak dapatkannya, hanya Allah yang menentukan pengakhirannya. Bila jadi begini, kita kena redha. Redha dan menerima takdir Ilahi.

La tahzan buat mereka yang tak dapat apa yang diingini. Terutamanya tentang rezeki. Kita harus ingat, rezeki Allah yang tentukan. Rezeki itu bukan di tangan kita. Jangan bersedih kalau nasib tak menyebelahi kita. Berdoalah semoga Allah turunkan rezeki kepada kita.

Ps: La tahzan buat dia juga.

16 comments:

  1. aiyoo...kejam nya bank tu!!!!!!
    kesian dia..xpe..byk lg alternatif lain...smoga bjaya..

    ReplyDelete
  2. Alhadulillah setakat ni rezeki ada walau pun tak banyak...

    ReplyDelete
  3. insyaAllah..rezeki ada dimana-mana..

    ReplyDelete
  4. mgkin ada org lain nk bg pinjaman?hee..

    ada hikmahnya kan..mgkin..hee

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum iffah...alhamdullilah rezeki tetap ada walau cara hendak mendapatnya ada berbagai2 cara yg berbeza2kan...:)

    ReplyDelete
  6. tulah esok dijemput ke interview, kalau dapat kje itu rezeki dr Allah. doakan! ;p

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Iffah,
    Mendoakan agar rezeki Allah yang lebih baik buat sahabat Iffah. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  8. yaa..bersabarlah..insya allah, allah swt akan bg rezeki yg lebey dr tuu ^_^

    ReplyDelete
  9. sebaik mn pon rancangan kite , Allah yang menentukannya :)

    ReplyDelete
  10. kejam gila.. normal la bila biat pinjaman dengan bank.. tawaran mereka kebiasaanya berat sebelah.. huhu.

    harap kawan tu bersabar.. insyaallah.. ada la rezekinya suatu hari nanti..=)

    ReplyDelete
  11. Allah dh tentukan rezeki kita
    jadi jangan riso

    ReplyDelete
  12. terus kn berdoa agar sentiase menerima rezeki dan nikmat dari ALLAH..

    ReplyDelete
  13. ai percaya rezeki tu milik Allah..
    Dia yang tentukan segalanya..

    p/s: yu.. ai skang mengajar kat sekolah swasta dkat ngan umah.. huhu..

    ReplyDelete
  14. Jgn putus asa.. org yg kita lihat berjaya, biasanya pernah menempuhi saat yg teramat gentir.. terus usaha..

    *harap kawan iffah terus kuat semangat. kegagalan adalah pembakar semangat.. :)

    ReplyDelete
  15. rezeki tu kalau memang bukan rezeki kita, memang la bukan untuk kita. InsyaAllah pasti ada alternatif lain yang lebih baik untuk sahabat iffah tu..

    ReplyDelete

Terima kasih membaca entri saya sampai hujung perkataan =)