La Tahzan: Kisah anak dan emak

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kasih seorang anak takkan bisa disamakan dengan kasih seorang ibu. Namun, ada juga si anak yang terseksa jiwanya kerana kasih ibu tak sampai padanya. Ibu seharusnya menjadi pelindung. Tapi apakan daya, ibunya tak menyayanginya seperti anak yang lain.

Usah bersedih wahai si anak. Sesungguhnya ini ujian yang Allah ciptakan untuk kamu dalam kehidupan ini. Kadang kita selalu fikir kita paling malang dalam dunia. Sedangkan ramai lagi yang terseksa jiwanya. Kisah mak ayah bercerai, mak bawa lelaki asing masuk rumah, pakwe mak meraba si anak. Si anak dijadikan pelacur. Macam-macam lagi.

Apabila duit mengatasi segalanya. Anak juga jadi mangsa. Kita harus tahu yang tak semua mak begitu. Memang wujud sebenarnya mak yang sebegitu. Apa yang kita perlu buat sebagai anak? Mahu jadi anak derhaka? Tentu tidak bukan. Jadi sayangi emak kita walau buruk manapun perangai dia, dia tetap mak kita sampai bila-bila.

Soal derhaka atau tidak bergantung pada situasi. Jika emak menyuruh sesuatu yang bertentangan dengan agama patutlah kita melawan. Takkan nak jadi pak turut? Tetap ada garis panduan dalam kehidupan. La tahzan buat si anak. Doakanlah semoga mak kamu kembali ke pangkal jalan dan jangan sesekali membencinya kerna tanpa dia takkan lahir kamu ke dunia.

Nota Iffah: Terima kasih pada yang wish birthday tu. =)

15 comments:

  1. sedih bila handle kes remaja skrg ni yg slalu menyalahkan mak bapak bila dorg buat hal..

    ReplyDelete
  2. Emak tetap emak. Berdoa supaya hidayah sampai kepada dia je.

    ReplyDelete
  3. saya bersyukur dapat mama yang sangat menyayangi diri..:')

    ReplyDelete
  4. tapi sukar nak mencari ibu yang tak sayang anak. kerana itu lumrah seorang ibu. walaubagaimanapun jika nak dibandingkan dengan wanita dahulu dan wanita zaman sekarng sensitivity keibuan itu makin merudum ditahap bahaya. Dan sifat kebapaan juga hampir luput. Manusia semakin hanyut ditelan nafsu yang ditakhtakan.

    ReplyDelete
  5. tersangat suka n3 ni- maklumlah aku kan dah jadi ibu. Ibu juga manusia biasa- macam aku ni la! byk kekurangannya. byk kelemahannya. nak jadi yg terbaik buat anak tapi ntah lah.. nafsu n kehendak sendiri kadangkala di lebihkan!

    *Nasib baru anak 1, bila anak ramai kelak? bolehkah ku bersikap adil?

    ReplyDelete
  6. emak kena disayangi dan dihormati walau jahat setara mana mak.. =)

    ReplyDelete
  7. yaa, kita hanya ada seorang ibu kandung d dunia ini.. sayangilah ia selagi hayat masih di kandung badan.. bimbing emak ke jalan yang betul jika tersasar...

    selamat hari jadi lagi sekali buat cikgu Iffah (",)

    ReplyDelete
  8. seburuk-beruk mak,kita perlu doakan mereka

    ReplyDelete
  9. semoga anak akak jadi anak yang soleh dan solehah..

    ReplyDelete
  10. hope semua dapat kasih sayang mak ayah
    dan hope kita bakal jadi mak yg sayangkan anak
    dan hope kita sayang mak kita ketat ketat T__T

    ReplyDelete
  11. doa tanpa henti..pasti satu masa nnt doa didengari~

    ReplyDelete
  12. kalau sesuatu benda yang bertentangan dengan agama, Eza akan membantah dengan cara baik :)

    then, dorang akan faham:) Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  13. akak pernah berdepan dgn situasi ank membenci mak nie...

    bila kita sentuh pasal sikap die yg salah, cnfirm die melenting...

    ReplyDelete

Terima kasih membaca entri saya sampai hujung perkataan =)