Sedih dan lagu

Entry ni untuk menjawab pertanyaan saudara Farhan Hanif.

"Kenapa sedih je mesti dengar lagu sedih berbanding mendekatkan diri dengan Allah. Terutamanya PEREMPUAN?"

Disebabkan aku juga seorang perempuan. Dan soalan ni ditujukan untuk aku. Biarlah aku cuba menjawab. Biasanya hati perempuan lebih sensitif berbanding lelaki. Ada je lelaki sensitif tapi majoritinya perempuan kan? Jadi bila sensitif, emosi akan cepat berubah. Cepat terasa. Cepat terkesan berbanding jiwa yang kental.

Bila sedih, biasanya orang perempuan(tak semua) akan layan jiwa yang sedih. Bila emosi menguasai diri. Macam tulah jadinya. Frust bercinta menangis sepanjang hari. Tak makan tak minum. Konon protes. Lagu pun lagu sedih.

Lagu sedih ni membantu kita bertambah sedih. Seronok bila sedih layan lagu sedih. Dia rasa lagu ni kena dengan jiwa dia. Dia rasa lagu ni sama macam kisah dia. Dia rasa seakan lagu tu faham perasaan dia. Itu yang susahnya.

Emosi sedih dan lagu sedih macam seiringan. Masa nilah jiwa kosong. Bila jiwa kosong, lebih mudah terpengaruh dengan hal negatif. Orang macam ni lebih cenderung buat perkara luar jangkaan. Sebab tu mereka tak memilih al-Quran sebagai peneman. Iman pun tak kuat nak hadapi masalah ni. Oleh sebab itulah mereka lebih cenderung dengan melayan sedih, mendengar lagu sedih dan berkemungkinan ingin membunuh diri erk! Minta dijauhkan kan?
Published with Blogger-droid v1.7.4

22 comments:

  1. Aah kn. Tetiba nk bsdh kan. Nk wat cmna.

    ReplyDelete
  2. ai selalu jek dengar lagu sedih. terus rasa macam ai ada dalam lagu tu..
    adakah ni maknannya jiwa ai kosong? hurmmmm

    ReplyDelete
  3. tak pernah pulak dengar lagu kalau sedih, nangis je!

    ReplyDelete
  4. bila sedih dengarlah lagu2 nasyid tentang cinta ilahi, . . . membantu tenangkan hati, . . . .

    contohnya macam :

    Patah hati ~ kumpulan Saujana

    Patah hati,
    jangan terdampar sepi,
    jangan tersungkur mati,

    bukankah Tuhan ciptakan malam,
    untuk beradu menanti siang,

    bukankah Tuhan titipkan hujan,
    akhiri musibah kemarau panjang, . . . . . .

    tak ingat ingat sikit je, hehe :D

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum iffah....mama akan sedih bila dengar lagu raya nyanyian s.jibeng sbb ada memori yg blaku membuat hati lg sedih bila dengar lagu tu...

    jiwa mama mmg sensitif bila bab cite2 sedih pasti air mata akan mengalir...:)

    ReplyDelete
  6. sedih kalo lagu tu ada kenangan
    kalo x,x layan sgt
    hehehe

    ReplyDelete
  7. pompoan suka layan emosi. asal tak over takpe la. yg penting jgn lupa kembali pd Allah utk mengadu

    ReplyDelete
  8. mengadu pada ALLAH bila bersedih...


    sedih akan lagi sedih kalau dengar lagu sedih..wuuuu

    ReplyDelete
  9. cakap pasal perempuan yg sensetif dan mudah tersentuh dan mudah rasa sedih. Itu normal. memang tak semua.. tapi ramai
    diantaranya--->Akulah tu! hehe

    Tgk korean drama- nangis
    tgk hindustan- nangis
    tgk Twilight- nangis lagi!!

    hahaha.. tu baru tgk. Rasa sendiri? Ya Tuhan! tabahkan hatiku!

    * Rindu dgn Cikgu Iffah yg dah kian BZ :(

    ReplyDelete
  10. aku lagi suka layan lagu rock bila sedih..=)

    ReplyDelete
  11. kalau sedang sedih, kite buat la bnde yg paling kite suke, tgk cite2 yg lawak boleh hilang kan sedih jugak

    ReplyDelete
  12. bykn selawat n istifar smbil urut dada time sedih...
    insyaallah tenang

    ReplyDelete
  13. kaklimah kalo sedey xdgr lagu..tp p dpur..ahaha :P

    ReplyDelete
  14. Sometime sebenarnya lagu jgk boleh membuatkan kita ingat kat Allah. Mcm Ammar kalau dgr lagu sedih je pasti teringat kat seseorang atau pada-Nya.

    ReplyDelete
  15. ketika sedih kita lupa yang kita ada Allah untuk mengadu, kita sering menjadikan lagu sebagai teman untuk layan kesedihan dalam diri

    ReplyDelete
  16. lagi rase syhdu klu trdgr alunan yasin :(

    ReplyDelete
  17. kalau sedih p shopping okay x??

    heee~~~
    ^^

    ReplyDelete
  18. lagu sedih...? emm... jarang dengar lagu sedih.. kalau deno sedih pun akan dengar lagu hepi2 supaya mood sedih hilang.. hehehh ^^

    ReplyDelete
  19. Eza tak suka dengar lagu sedih. ehem. lebih tepat lagi. Jarang dengar lagu. Heee.

    ReplyDelete
  20. menangislah sbb itu akan puaskan hati kita.. betul tue dekatkan diri dengan Allah, mana yg masa diuji jer baru ingt Tuhan terasa diri hipokrit xpe lah.. mana tau itu permulaan untuk dia lebih dekat dgn Yang Maha Pencipta.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih membaca entri saya sampai hujung perkataan =)