Hidup jadi penumpang

Semua pernah rasa jadi penumpangkan? Bila kita wujud dalam perut mak lagi kita dah menumpang. Lepas lahir menumpang dengan kasih sayang mereka. Yelah masa tu tak reti apa lagi. Makan bersuap. Kencing pun orang basuhkan. Sampailah belajar merangkak dan berjalan.

Dah pandai berjalan, baru nak berlatih tak pakai lampin. Baru belajar hidup di kaki sendiri. Itupun duit belanja semua mak kasi. Sampai ke universiti pun menumpang dengan belas kasihan orang. Menumpang biasiswa, elaun atau pinjaman.

Segalanya kita buat terpaksa bergantung dengan orang lain. Sampaikan pergi ke fakulti ke mana-mana terpaksa tumpang dengan orang. Hidup sebagai penumpang memang peritkan. Rasa tak berguna sebab terlalu harapkan bantuan orang.

Sampai masa kita rasa nak bangkit berdikari. Tapi masa itu lama lagi nak tiba. Bila dah berdikari, kereta sendiri. Dapat merasa duit sendiri mulalah rindu masa zaman menumpang dulu. Tapi hina sangatke hidup sebagai penumpang? Sekarang pun kita masih lagi menumpang di bumi Allah. Ingat selamanya kita hanya penumpang.
Published with Blogger-droid v1.7.4

11 comments:

  1. ya kita hnya penumpang di bumi yg hnya pnjaman smntra

    ReplyDelete
  2. Ya kita sememangnya sentiasa menumpang. menumpang kasih. menumpang tinggal di bumi Allah. dan berbaktilah kepada sesiapa yang memberi tumpangan kepada kita itu (:

    ReplyDelete
  3. kerana DIA kita bernafas.. :)

    ReplyDelete
  4. hidup ini sgalanya krna Allah yg berikan..kata syukur Alhamdulillah sematkan dalam diri kte..^_^ moga kehidupan kte drahmati-Nya selalu..
    Insya-Allah...

    ReplyDelete
  5. Hina manusia bila tidak tahu bersyukur..... Allah menjadikan manusia dengan kasih dan sayang... kerana itu manusia hdp dengan b'kasih sayang.... penumpang adalah satu perkataan yg luar biasa bila kte menerima diri dan keadaan kita dgn rasa syukur....hidup dlm keadaan b'ksih n syg itulh sebenar penumpng.
    p/s : hidup ini adalah ksih syg dr Allah....

    ReplyDelete
  6. Tumpang kat bumi tuhan.. yea.. kita mesti ingat itu.

    ReplyDelete
  7. apabila kita menumpang
    kita akan sedar kita lemah
    dan kita perlukan tuhan
    perlukan org disekeliling kita
    utk sapot kita


    adoii.
    smbung entri kak ngah plak aku kat sini
    hahahahhaha :p

    ReplyDelete
  8. Salam..sekarang pun menumpang rumah abang..

    ReplyDelete
  9. betul tu... kita ni hanya penumpang sementara di dunia Allah!

    ReplyDelete
  10. selamanya kita hanya penumpang.. betul tue.. dan bila dah menumpang seharusnya pandai bawak diri cara menumpang kan...

    ReplyDelete

Terima kasih membaca entri saya sampai hujung perkataan =)