Bila nak ada pakwe?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Adalah insan yang prihatin dengan aku menanyakan bila nak ada pakwe. Sebab dia kata aku semakin jiwang. Boleh tak aku kata tak nak ada pakwe? Tak salahkan. Lepas tu pakcik tu kata, habis nak ada suami? Dengan mengadanya aku jawab ye. Memanglah nak ada suami, cuma tahun bila tu tak tahu.

Takkan tak nak kahwin kot. Tapi biarlah dulu. Lama lagi nak fikir soal ni. Ramai yang risaukan bagi pihak aku nampak. Macamlah aku dah masuk senja. Fajar pun baru nak naik tahu? Dah, pergi fikirkan benda yang lebih penting dari ambil tahu pasal aku. Aku tak mahu memikirkan lagi dan tak mahu kamu yang pening kepala memikirkan sama-sama.

Sebab jodoh kan Allah dah tentukan. Kalau ada, cepat atau lambat, pasti akan ada. Aku tengah belajar jadi fokusnya haruslah belajar. Jadi single bukan pathetic. Tapi jadi desperate sangatlah pathetic dan aku tak rasa aku perlu terdesak buat masa sekarang. Cemburu tengok orang kahwin? Normallah kan? Usaha dan tunggu hasilnya senyap-senyap je. Pasti ada =)

Nota Iffah: Ramai tak rindu aku? Kehilangan aku kerana kesibukan berkenduri. Alhamdulillah, akhirnya ada jodoh untuk dia. Aku doakan dia bahagia, biarlah orang nak kata apa, janji kita tahu diri kita. Oh ya, aku rindu korang semua. Terutama Encik Ikan Kaloi yang misteri. =)

23 comments:

  1. cakap pasal pak we ni...
    hmmmm.....
    bila tiba masa kita ada pasangan... berlakulah KEJUJURAN dlm hbgn itu.
    hmmmmmmm

    ReplyDelete
  2. yeah.. aku setuju dengankau.. hehe.

    aku pun tak nk ada pakwe... suami??/ errr.. nanti yg tu aku fikir.. huhu

    ReplyDelete
  3. Encik Ikan Kaloi???

    hehehehe.... jodoh sudah sedia ada, tapi siapakah dia? Masih tertanya2 siapa empunya.....

    p/s : ye! tuan tanah blog ini semakin jiwang!!! <3

    ReplyDelete
  4. pakwe tak pakwe.. single mingle ni best.. x perlu report duty ke apa.. haha.

    *ah.. mana itu ikan kaloi?? cepatlah timbul.. haku ada bawa nasi mary brown ni ekekekke..

    ReplyDelete
  5. haha..ayah kite pon dh start merisik sai bakal zauj gak ^_^

    ReplyDelete
  6. Berdoa pada Allah dan biar Dia yang tentukan segalanya :)

    ReplyDelete
  7. untungalah jadi ikan kaloi.hahaa


    #bila kwin?meh sini nak bagi shoot percuma.uwekkk

    ReplyDelete
  8. ape kelas pakwe..kalo somi lain la

    ReplyDelete
  9. SELamat KEMbali.DOakn Cik iFFAH DAPat SUAmi YAng SOLeh :)

    p/s : TAk SANGka RiNDu BERbalas.TQVM :)

    NONg ANDy : TOLong SUApkn SEKaLi K .TAk ADa NAsi MARy BROwn,BiSKut MERry PUn JADi. HEhe :p

    ReplyDelete
  10. :)
    kawen tak kenal kan lg best.
    lg sweet kot . xperlu pakwe2 nih. err?

    ReplyDelete
  11. nasib kita sama la kak.

    malas nak layan org, tutup telinga pejam mata. hee.

    DIA yg tahu yg terbaik utk kita!

    ReplyDelete
  12. rilek iffah. semua orang takde soalan yang tanye tu...

    ReplyDelete
  13. betul betul xyah pening klu xde pakwe, kalau tak ada suami kat dunia nie insyaAllah nanti ahli syurga menanti di sana :D

    ReplyDelete
  14. hahahaha..rileks je..hehehe.. jodoh dah ditentukan.. cuma kita je tak tau bila masanya akan tiba.. just wait n see.. hehehe

    ReplyDelete
  15. erm...memang jeles pun tgk orang kawin...sebab menunggu masa sendiri plak...haha..boleh cam tu...

    ReplyDelete
  16. nak ada SUAMI dan seterusnya dia la pakwe,kekasih dan sahabat

    ReplyDelete
  17. aku was was ko kahwin ke tak ni..haha

    ReplyDelete
  18. ai takde pakwe relakss je.. hahha

    ReplyDelete
  19. tak rugi pun takde makwe or pakwe ni..

    yg ruginya kalau takde suami atau isteri.. hehe..

    semoga cepat ketemu jodohnya ya.. ;-p

    ReplyDelete
  20. betul2.. single bukan nye pathetic.. it just we know that we not ready to have someone special in our life isnt it? So, sementara single.. enjoy dulu.. hee

    ReplyDelete

Terima kasih membaca entri saya sampai hujung perkataan =)