Kistot: Awak lari saya kejar!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku diam. Dia pun. Kami duduk sebelah menyebelah pun kaku untuk bicara. Dia dengan caranya. Aku juga.
“Awak…”  Dia mulakan bicara. Aku menelan amilase liur serentak itu.
“Ye ada apa?” Cuba berlagak tenang.
“Maaf sebab selama ni saya jauh dari awak. Saya kawan dengan Aqilah. Saya pinggirkan awak,” Aku senyum. Memang aku terasa. Tapi siapalah aku untuk halang semua itu.
“Tak apa. Awak berhak kawan dengan ramai orang,” Aku cuba kawal emosi aku. Tak macholah kalau menangis sekarang.
“Saya…ermm..ermm…” Aku lihat dia. Air mata mengalir. Ah aku benci situasi begini. Dia buat aku serba salah. Aku tak harap pun kawan yang akan melekat 24 jam dengan aku. Aku tak harap pun kawan yang setia cuma padaku. Aku tak harap. Tapi kenapa dia menangis?
“Saya minta maaf,” Sedang asyik aku menyoal diri dia pula minta maaf. Aku angguk cuma.
“Awak bagaikan burung, ada masa awak perlu berterbangan bebas. Ada masa awak hinggap di jendela hati saya. Kalau awak rasa ingin terbang, silakan. Saya takkan pernah halang. Sebab saya bukan tuan awak. Awak cuma burung yang inginkan hidup sendiri. Tapi ingat, pada tangan saya ada tali. Saat awak perlukan saya dan saya perlukan awak, saya akan tarik semula awak kembali kepada saya. Awak pergi manapun saya tetap akan mengejar dari jauh kerana awak kawan saya. Sampai matipun awak tetap kawan saya,” Usai aku ucapkan kata-kata itu dia menangis di bahuku. Aku juga menangis tapi dalam hati cuma.

Musim membuat KISTOT aka Kisah Kontot takpun Certot aka cerita kontot. Ayuh, buat kistot kawan sama-sama =) Sekali sekala buat entri berbentuk ni pun okey jugak kan?

12 comments:

  1. pantas dan menarik.... 6tkan versi nanieytj lak.... hohoho

    ReplyDelete
  2. yup.. saya cikgu BM... belajar di IPG KBM? awak?

    ReplyDelete
  3. wahh KISTOT ceni bes bace.. sbb xyah ternanti2 smbungan.. hehe






    slm ramadhan,
    cik ana

    ReplyDelete
  4. saya ipg kampus bahasa melayu...
    skrg belum bekerja. tahun depan baru ditempatkan. masih final sem.

    ReplyDelete
  5. sukanya ayat tu yg mula dr awk bagaikan burung tu..peewit romentik la cik ipah kita ni hihi

    ReplyDelete
  6. aa... sweet tahu. Nak cari kawan sebegini.. eh aku dah jumpa.. =D

    ReplyDelete
  7. berkistot plak ye..
    sejak bile ni?
    heheheh

    cikgu ni..kretip sokmo
    heeee


    tapi insiden kat ats ni slalu berlaku... =)

    nak wat canne, kita kan golongan byk kawan..hhahahhaa..

    ReplyDelete
  8. kistot....

    psl cite tu, emmm kdg2 bila kita dh rapat dgn seseorang, kita akan rs jeles bila org tu rapat dgn org lain.... emmm... normal kah?

    ReplyDelete
  9. berbakat :)

    lepas ni tulis novel nak?heee

    ReplyDelete
  10. cantik......! sangat cantik... :D

    i like!!!! so much.. bukan bodek tau!!!

    er.. terasa nak belajar buat kistot la juga :D

    ReplyDelete
  11. klu tali tue terputus acena? hahahaha :p

    ReplyDelete

Terima kasih membaca entri saya sampai hujung perkataan =)