ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Cinta lagi? *Sigh pandang header aku sekarang. Okey, sekarang klik pangkah kalau tak nak baca.
Mesej dihantar. Dia meraup wajahnya. Adakah benar tindakannya kali ini?
"Saya suka awak..." Dibaca semula mesej yang telah dihantar berkali-kali. Tiba-tiba terbit rasa kesal di lubuk hatinya. Dia dah hantar! Tiada gunanya lagi. Bunyi mesej tanda 'Message Delivered'. Ainan terus bangun. Peluh dingin mula terasa di dahinya. Dengan pantas smartphonenya ditukar mode silent. Ditutup pula dengan bantal. Bimbang sungguh dengan respon dari sahabat baiknya. Ya, Ainan sukakan sahabat lelakinya. Gila bukan? Tapi perasaan yang menular tidak boleh dia nafikan. Dia perlu usaha untuk mendapatkan cinta lelaki itu. Kalau lelaki itu bukan untuknya, Ainan pasrah. Janji sudah usaha. Itu katanya.
"Nan, apasal tak duduk diam ni. Kau panas ke apa? Tangan berkipas-kipas lagi..." Bebel Fathia yang mulai rimas dengan gelagat teman biliknya. Ainan kembali duduk di tepi katilnya. Vibrate! Dia mulai gabra. Makin pening Fathia memandang. Namun, dia setia memandang tanda prihatin.
"Hello," Itu saja yang dia ujarkan. Dua kali Hakim call. Dia serba salah. Cuba buat macam tiada apa jadi.
"Awak suka saya?" Air liur ditelan. Diam tanpa jawapan.
"Tolong jawab, jangan diam je!" Tegas bunyi suaranya. Ainan segera mengangguk. Bagai Hakim berada di depan matanya kini.
"Ya, saya suka awak!" Fathia ternganga. Terkejut dengan ayat yang temannya ucapkan sebentar tadi.
"Tapi saya tak suka awak..." Terus saja Hakim membalas. Ainan terkejut. Namun, dia berlagak biasa.
"Saya tak kisah. Yang penting saya dah luahkan apa yang saya rasa..." Saat itu dia dapat menangkap suara Hakim menjerit keriangan. Barulah Ainan tahu, Hakim juga suka dia. Mereka sama-sama suka. Cuma rasa malu menebal. Ainan tersenyum sepanjang malam.
'Tak sia-sia aku confess! Tak adalah rasa bodoh pun..." Malam terasa pendek. Bahagia menyelimuti diri. Ainan senyum puas. Cinta adalah risiko. Dia berani kerana cinta. Itu hakikatnya.
owhhh, so sweettt..
ReplyDeletebestnya kalau cinta yang kita pendam mendapat respon daripada si dia.. pasti tersenyum simpul sepanjang malam.. alangkah bahagia nya dapat.. semoga kekal berbahagia sepanjang zaman
aaa...asal aku rasa nak gelak je bila baca ini. jeng jeng jeng. Hahaha.
ReplyDelete#untung la suka sama suka.. comel ini kistot.. ekeke. =)
hehehe header pun dah pasal cinta kan..
ReplyDeletetapi kalau semua orng macam tu, senang kan.. zuan belum merasa luck lagi.. insyaAllah suatu hari nanti :)
kalau hana berada di tempat ainan. mesti malu..hehe tapi nasibla cintanya berbalas..
ReplyDeleteboooo
ReplyDeleteberaninya! thumbs up Ainan...I sendiri tak berani nak confess mcm tu huhuhuhuhu!
ReplyDeletekalau cinta tu tak terbalas, mesti malu kan.. saya yang laki ni pun malu nak ucapkan perkataan tu..hehehe
ReplyDeletelain.. sebab perempuan confess dulu..
ReplyDeletepengalaman ai.. lelaki confess dulu.
hahaha..
opsss.. abaikan..
dh lame tak singgah sini..huhuhuhu..awk sihat?
ReplyDeletexpenah pon buat mcm nih....pendam je mampu huhuhu
ReplyDeletesy suka awk!! songsang2 ;p
Aku bukan buat-buat tak nampak pesanan suruh aku buat kistot tu Iffah :D
ReplyDeleteTapi aku betul2 masih tak boleh sebab sibuk dan bla..bla...bla.. hehehe..
tapi kali ini aku jeles macam nak mampus juga kerana kistot2 korang tu. termasuk balang kosong yang wow buat gatal hati aku nak menulis hehe.. tapi aku bersabar aja..
ok! utk kistot ni. Aku terhidu bau-bau si reenapple Tahu!? ekekeke.. dan selebihnya macam biasa happy ending yang menyenangkan dan melegakan hehe..
* hutang kistot akan di bayar dengan bunganya sekali nanti insyallah!
awat kene mengena gan aku haa..watak hakim pun sama, malah jawapan tu pun sama..
ReplyDeletecume hakim tu xjerit keriangan je..
ahahha..cinta time skolah ...ko bagi aku teringat lik der...
berani watak ainan tu.. tapi bagus r.. atleast die dah bagitau isi hati die.. lagi best hakim pun same gak.. bahagia!
ReplyDeletecool semangat ingtkan hakim betol2 xsuka tadi
ReplyDeleteterbuai sebentar..hehehehehe...
ReplyDelete