Novel Setitis Kasih Darmia di POPULAR!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Buat kawan-kawan yang suka membaca novel. Aku cadangkan beli karya sulung sahabat aku ni. Sebab penulisan dia sangat best aku rasa. Dari dia aku belajar menulis. Kira sifu. Jadi, jangan bandingkan penulisan kami. Segan aku.

Kalau tak percaya boleh rujuk entry Novelis tersebut. Bangga betul kawan dah digelar novelis. Aku? Blogger sudah =)

Selamat membaca. Aku nak tunggu dari tangan dia. Malas nak beli kat luar. Sampai sekarang ending cerita dia aku tak baca. Sebab hari tu dia suruh jadi editor novel tu, tak mampu nak baca. Tebal sangat kot. Dah tak sabar nak baca apa jadi pada Darmia yang dipaksa kahwin dengan Khairul Amir yang angkuh!

Setakat aku baca suku cerita versi online, aku rasa cerita dia 4 bintang. Tak tahulah habis satu buku tambah satu bintang lagi =P Tapi Qaseh awal-awal dah baca. Review novel ini di sini. Cemburu betul baca reviewnya. Tak sabar nak baca jugak!

8 comments:

  1. huuuu.. tahniah!!!! Aku nak beli tapi aku risau kalau aku tak bca. Aku bukan kaki novel.. ekeke. Nanti aku cuba cari.. =)

    ReplyDelete
  2. hehehe.. bagusnya.... bertuah saya kenal set2 novelis ni..hehehehe

    ReplyDelete
  3. wah, tahniah untuk dia. bukan senang buat novel.. :) :)

    ReplyDelete
  4. tahniah!!! novel cinta ke?? mmm, tak minat sngt bce novel cenggitu...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum iffah..wah bestnya ada kekawan yg dah jadi novelis ni...:)

    ReplyDelete
  6. amboi..cemburu ke?? heheh...naniey...cepat bg buku kt iffah nie...dia x sabar nk baca...hahah...

    ReplyDelete
  7. ok nt akak jeling2 kt popular ;) tgu novel ifah pulak kuar

    ReplyDelete
  8. sedapnya ada kawan novelis... novel thiller ada x? makin addict lak novel thiller ni...

    ReplyDelete

Terima kasih membaca entri saya sampai hujung perkataan =)