Kistot: Bil tertunggak

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Asyik matanya memandang aksara yang tertulis di novel kesukaannya. Enggan terlepas setiap bait biarpun ketebalan buku itu kadang menggamit rasa untuk hentikan pembacaan. Perasaannya terbuai-buai namun semuanya sebentar cuma. Deringan lagu Dream High mengejutkannya. Mata tertancap pada nombor si pemanggil yang tak dikenali.

“Ah siapa pulak ni? Nombor tak kenal…” Dengusnya sendiri. Lantas dia menjawab juga. Enggan terganggu lebih lama.
“Hello…Aisya eh?” Dia terpana. Suara lelaki mana pula yang ganggu masa santainya di petang hari begini?
“Ya saya. Kenapa ya?” Aisya berkerut seribu. Lelaki itu bagai gagap bercakap di hujung sana. Setiap butir kata kurang jelas kedengaran. Aisya tekun menaakul semula butir bicara yang ada loghat yang pelik di telinganya.
“Ini saya kawan Nadia, Latif. Dia pesan saya suruh bagitau awak… Tolong call Pakcik Mail. Suruh jemput dia di Mid Valley…” Perlahan Aisya mula sedar. Oh sahabatnya yang merangkap teman sebiliknya, Nadia memerlukan khidmatnya kini. Usai menamatkan perbualan di telefon dengan lelaki itu Aisya ketawa sendiri. Lama kelamaan berdekah-dekah di dalam bilik kosong.
“Apasallah Nadia ni boleh buat lawak bangang. Line Digi kena bar sampai tak boleh call driver sendiri suruh ambil… Hahahahahaha…” Ketawa Aisya tak berpenghujung. Dia lupa, bagaimana Nadia boleh beritahu pakwenya suruh call dirinya. Dia lupa. Yang dia tahu situasi ini adalah sangat lucu. Sekembalinya Nadia nanti, pastilah sahabatnya dibahan habis-habisan. Semuanya kerana line telefon yang telah dihentikan perkhidmatan akibat kelewatan membayar bil tertunggak. Aisya tahu sahabatnya berduit, tapi malas nak pergi bayar bil. Punyalah malas anak dara sorang ni, getus hati kecilnya. Senyuman Aisya yang manis masih terukir hingga kini.

18 comments:

  1. huuu. Malas.....Dah jadi malas dah sekarang ni.. Huuu

    ReplyDelete
  2. waaaa...

    ni kistot bil terunggak..

    klu saman tertunggak acane??

    saja dtg sini kacau ko...

    ReplyDelete
  3. hahaha.. tak pasal2 je jadi macam tu..

    ReplyDelete
  4. boleh layan kat maybank2u :)

    ReplyDelete
  5. malas dah mcm jd suatu hobi je kn..?hee

    ReplyDelete
  6. Malas tu biasa la..tapi jangan la sampai beri kesan pada diri dan orang sekeliling.:)

    ReplyDelete
  7. mulanya akak konpius ditengah cite.. dah baca byk kali baru mula paham

    Nadia xnk suh Pakwe dia call Pakcik Mail mesti sbb xnk kantoi

    ReplyDelete
  8. hahahaha.ingatkan ada apa yang buruk terjadi..hehehe

    ReplyDelete
  9. aisya?? awak lettew kan...kan...

    ReplyDelete
  10. aku rasa aku terunggak membaca cerpen2 kistot ko neh.. haisyyyy.. =..=

    ReplyDelete
  11. malas dan semalas nya dah hehehe ;))

    ReplyDelete
  12. nape aku sorang je macam blur dan tak faham nape die suruh orang lain tolong call kan? @.@

    ReplyDelete
  13. deno selalunya broadband tertunggak bayar... hehe

    ReplyDelete
  14. agak2 aku malas gi bayar bil berukband kot.. sebab tu selalu slow jer tenet? hehe...

    ReplyDelete

Terima kasih membaca entri saya sampai hujung perkataan =)