ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku cuba fahami erti sahabat. Ya, kadang kita lupa sahabat bukan bermakna yang ada 24 jam dengan kita. Sahabat bukan bermakna yang kenali kita luar dalam. Bukan begitu. Sahabat juga bisa berubah-ubah mengikut musim.
Kadang kita rapat dengan A, kadang kita rapat dengan B. Tapi dalam hati kita masih ingat dan sayang kat sahabat lama. Cuma keadaan tak sama macam dulu. Dulu kita sebumbung, sekarang kita berjauhan. Dulu kita selalu mesej. Sekarang kita dah tak tahu nak borak apa.
Jadi, sahabat tu datang dan pergi. Ada masa kita perlukan A dan ada masa kita perlukan B. Jangan salahkan diri kita atau sahabat kita atas perubahan-perubahan yang berlaku. Banyak perkara yang membuatkan kita jauh tapi tidak semestinya kita tak lagi bersahabat. Bukan begitu?
Kesimpulannya, semua orang ada tempat di hati seorang sahabat. Setiap sahabat mencipta pelbagai kenangan dan kenangan memang sukar untuk dilupakan. Apatah lagi sahabat yang sangat akrab satu ketika dulu. Jadi, jangan runsing, seorang sahabat yang baik takkan melupakan sahabatnya sendiri. Cuma perubahan itu adakala perlu. Eh tiba-tiba rasa rindu kat sahabat-sahabat aku semua =)
betul tu...hanya hati yg lebih tahu..
ReplyDeleteSahabat aku sentiasa ada dalam hati aku... walaupun ada yg tlh pergi meninggalkan aku, yang masih hidup, yg mula melupai aku, yang sudah tak kenal aku.. tetap mereka-mereka itu, sahabat aku dunia hingga akhirat insyallah... semoga Allah tak ubah cinta serta kasih sayang aku pada sahabat-sahabat aku... amin...
ReplyDeleteakak xbiasa borak2 n sms dengan iffah tp akka ingat je iffah..
ReplyDeleterindu iffah...
samalah.. apalagi bila sahabat2 semua dah kahwin , memang terasa semakin jauh jarak tu..
ReplyDeletebetul tue. xkirim berita xsemestinya lupa
ReplyDeleteaku pun contact member2 aku jarang2 je.. yang penting, biar jauh asalkan tak lupe sahabat tu kan? so bile jumpe nanti lagi best macam2 bende baru leh share.. ^^
ReplyDeletesahabat.. susah nak dapat sahabat yg betul2 sahabat....
ReplyDeleteagree.. everybody's changing..
ReplyDeleteapa yang penting, kita kena saling menghargai.
ReplyDeletesebab tu syaz cuba rapat dengan semorang. senang. ada geng. hehe.
ReplyDeletesahabat, susah ingin mencari yang betul2 jujur.
ReplyDeleteassalamualaikum iffah...kenalah menghargai antara satu sama lain kan barulah aman selalu...:)
ReplyDeletekkadang dah xkisah dah..
ReplyDeleteFaktor kehidupan menyebabkan hubungan antara sahabat sentiasa mengalami perubahan...
ReplyDelete#dulu boleh bergossip pasal pakwe2 hensem tp bila ramai dah kawen, bergossip pasal susu anak la, lampin anak la...huhu
ya betultu...
ReplyDeletetak semua orang boleh jadi sahabat yang baik...tapi kita cuba yang terbaik utk jd sahabat yang benar-benar sahabat
kau lupa aku pun takpe..
ReplyDeletejaji aku igat kau..
bak kata pujangga :)
cikzaitul
kadang aku diam.. menyepi bukan aku tak ingat kengkawan.. cuma aku bz dgn rutin harian... :)
ReplyDeletebermakna sungguh kata-kata di entry ni.. Rindu sahabat Eza jgkk! :')
ReplyDelete