Cara terbaik untuk pulih dari sakit putus cinta

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Okey sedang aku chat dengan seorang member pasal putus cinta. Aku terfikir satu idea. Ya, cara terbaik atau penyelesaian terbaik yang aku jumpa untuk merawat hati yang sedang kecewa sebab putus cinta. Aku tak tahu orang lain punya cara. Tapi berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku dapat jumpa satu. Memang berkesan. *bergantung pada orang jugak.

Caranya mudah saja.

Cari orang baru. Cuba rapat dengan dia. Mula memang payah nak terima orang baru sebab kita akan terkenang-kenang jugak orang lama. Tapi lama kelamaan dengan berkat doa dan usaha, kita boleh dengan mudahnya melupakan dia. Hati pulak boleh terima orang baru. Tapi itulah yang aku buat pemerhatian ni terhadap perempuan sahaja.

Lelaki aku tak tahu. Tapi sebab hati perempuan kan rapuh. Mudah jatuh cinta. Mudah membenci. Adakala mudah melupakan. Jadi, kalau cinta lama tu menyakitkan, jangan fikirkan sangat. Cari lain. Tapi itulah kena bersedia jugak untuk dikecewakan. Pastu terduduk bangun balik. Sampailah jumpa yang benar-benar diciptakan untuk kita. 

Bukan bermakna aku menggalakkan korang bercinta, cuma dalam Islam kan ada cara bercinta yang digalakkan. Apa caranya? Cari sendiri =) Selamat mencuba. Kalau cara aku cakap ni salah, korang boleh bagitau aku cara yang sesuai. Sebab ini hanya pendapat seorang perempuan yang tak punya apa-apa melainkan hati ehh...

16 comments:

  1. Kiranya perempuan ni mudah berubah hati lah ya.. Ooooooo

    ReplyDelete
  2. perempuan ni..mudah sangat perasan..kalau laki care pasal dia,mula lah jatuh hati kan..;)

    ReplyDelete
  3. ku inggin bahagia walau tak besama dia...

    diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........


    macam gitulah situasi nya...
    ye dakk..
    ehhhh..
    cikzaitul

    ReplyDelete
  4. yeah.. sokong.. mmg cari org baru ni.. misi mencalon calon suamilah terus, senang. kawin. penat kot lama-lama..
    ok, sapa nak kawin dgn saya, sila angkat tgn.. =,='

    ReplyDelete
  5. wey..miss ran aku rindu kat ko ngoks!!

    harap ko rindu aku jugak...

    ehhhh


    cikjetolll

    ReplyDelete
  6. Huu..xska ptus cinta..sakitt..tp semuanya Allah tentukan..

    ReplyDelete
  7. cara terbaik adalah redha...dan percaya Allah akan gantikan dengan yang lebih baik...

    ReplyDelete
  8. hai. setuju dgn kak sunah. kbai

    ReplyDelete
  9. cari org baru

    rebound? mungkin ada yg berjaya.. ada juga yg tidak malah lebih perit akan menimbulkan luka pada org baru...

    apa pun luka di hati sebaiknya jgn biar berpanjangan.. kenal org baru boleh meringankan beban hati.. tapi tak semestinya anda akan Jatuh Hati! :)

    ReplyDelete
  10. aku kurang setuju dgn term "cari orang baru" tu..hehehe

    sebab pada aku, cari tu macam pasangan dah jadi macam keperluan, bukan kehendak..as if kita cari someone utk isi kekosongan..macam terpaksa pun ada..macam kita paksa perasaan kita utk suka kat org lain, dan tak suka pada org yg sebelumnya..

    pada aku, benda yg datang sendiri, biar pergi dgn sendiri..makin kita paksa, makin susah kitaa nak lupa..

    jgn marah yer iffah..pendapat aku jer ni..:D

    ReplyDelete
  11. mungkn sbb sy tak penah cari org lain so nk lupa tu susah.

    erkkk.

    ReplyDelete
  12. sume ni depend kat diri sendiri.. nak terus terkenang or nak move on je.

    ReplyDelete
  13. Allah nak ganti dengan yang lebih baik. percaya yang itu jer ;)

    ReplyDelete

Terima kasih membaca entri saya sampai hujung perkataan =)