Jalan-jalan ke Sungai Besar, Selangor

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku pergi Melaka jumaat lepas. Konon nak ambil sijil berhenti belajar. Tapi no kad pengenalan tidak tertera kat sijil tu. Kena betulkan balik. Sebab benda tu lesen untuk nak cakap aku dah ada ijazah pendidikan selain tunggu konvo akan datang. Lepas makan dengan Bestie kat Ayam Penyet AP, aku pun terus balik Kajang sebab ibunda dan keluarga menunggu untuk ke Sg. Besar, Selangor.
Chalet Bayu Beach Resort, Sg Haji Dorani 
Sampai jugak selama 4 jam perjalanan sebab KL jem teruk! Selamat si Ibu yang drive. Haha mentabah jugak sebab kami ikut jalan lama. Lalu Kuala Selangor, Ijok semua. Penat!
Tempat shooting MV Anak Kampung- Jimmy Palikat
Esoknya kami pergi ke Homestay Sg. Haji Dorani, saja nak melawat pelajar SMK Jalan Bukit buat aktiviti kemasyarakatan. Teringat masa belajar dulu, pernah jugak kena bermalam rumah mak angkat masing-masing. Rindu. Eh!
Lunch: Nasi Ambeng terbaik!!!
Nasi Ambeng ini berlaukkan ayam kicap dua bahagian besar, sambal goreng jawa, mee goreng (ini pelik), kelapa sambal ke apa entah namanya. Lepas makan kenyang. Adalah upacara penutupan. Ucapan puan pengetua, cikgu yang terlibat. Yang tak tahan dia cakap "Terima kasih kepada anak puan pengetua sebab temankan mak mereka sepanjang perjalanan gantikan ayah..." LOL Anak-anak pun terlibat? =='
Cendol Bakar Kuala Selangor
Perjalanan balik aku yang drive. Sangat memerlukan kesabaran membawa makcik kepoh kat sebelah. Risau sangat aku bawak. Kejap nak singgah minum cendol durian. Kejap nak singgah Pantai Remis beli seafood dengan ikan segar. Kejap nak minum cendol bakar, kejap nak makan cendol tapai. Jadinya, ikutkan saja. Nom nom nom sedap! Cendol yang aku pilih haruslah paling mahal, Cendol Pulut Durian. Sedap! Cendol Tapai untuk makcik pun sedap. Cendol VIP dan Cendol VVIP pon sedap jugaklah. Memang ramai. Siap ada drive thru!

Okey entry jumaat dengan sabtu aku gabungkan sekali. Mohon korang terliur tengok cendol itu. Haha~~~

18 comments:

  1. Nasi ambang ko tu sedap tapi nampak mcm pelik weh... hahahah mohon teringin gak nak merasa cendol bakar agak ada rasa hangit ke?? ==

    ReplyDelete
  2. manyak best jenjalan.. hehehe.. mentabah makan cendol ..:)

    ReplyDelete
  3. ooooo...ingatkan p melawat bakal suami...oooo ptutla

    ReplyDelete
  4. best. teringin nak merasa jugak :)

    ReplyDelete
  5. peliknya nasi tu. tapi nampak mcm sedap ja ayam tu . haha

    ReplyDelete
  6. Tak sabarnya nak balik Sabak bernam esok.

    ReplyDelete
  7. wah...jalan2 cari makan rupanya...mmg best makanan jawa.. paling suka sambal jawa

    ReplyDelete
  8. wah, jalan2 cari makan rupanya... ingatkan rombongan meminang tadi..

    ReplyDelete
  9. salam
    Hu huhu g sg hj.dorani tu..
    Napa tak singgah pekena abc kt pdg sg bsar.hehe

    ReplyDelete
  10. 1. jalan memang sesak giler...
    2. bestnyer jalan2.. suasana tu semua sungguh seronok.
    3. cendol....

    ReplyDelete
  11. wuah..
    anak pengetua makan cendol bakar..eh...

    macam sedap je..
    jum pegi ..ehhh lagik.. :)

    ReplyDelete
  12. oh my...sg haji dorani meupakn tempat bersejarah bgi iman

    ReplyDelete
  13. byknyer cendol..mcm2 jenis ea..

    nasi ambeng tu cm pelik jew..habis ke mkn sowg? ase kna kongsi 2-3 owg neh..hehe

    Ini dinamakan SHORT HOLIDAY..tu p melawat ayah akk ea..eh! :D

    #nice view..shuke nengok..kim slm kat photographer eh..kihkihkih :p

    ReplyDelete
  14. hmm klu dok arau cane nak amek surat tamat pengajian tu? ke leh amek kat shah alam je? huhuh

    ReplyDelete
  15. dekat mane lak sg besar ni? aku tengok view die cantik kemain.. nape aku tak pernah tau pun tempat ni?

    ReplyDelete
  16. akak pun makan ayam penyet AP jugak :p

    ReplyDelete

Terima kasih membaca entri saya sampai hujung perkataan =)