Cerpen: Rantai itu...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Rantai itu sekali lagi Airissa menyentuhnya. Loketnya benar-benar unik dan menarik perhatiannya. Bentuk pari-pari. Beribu persoalan hadir di benaknya. Semuanya tinggal tanda tanya. Rantai itu diberikan sebagai hadiah hari jadi. Tiada nama. Cumalah sekeping kad yang tertulis kata-kata penuh makna.
“Airissa, kau yang pertama yang membuatku bahagia, kau yang terakhir inginku bersama… kau yang ku cinta…” Debaran di hatinya makin rancak. Pembacaanya terhenti tatkala officematenya masuk ke dalam setelah ketukan pintu kedengaran.
“Beb, tak nak balik lagi ke?” Ardilla tersenyum depan pintu. Lagaknya seperti ada sesuatu.
“Kau kenapa? Jangan buat pasal weh… aku letih dah ni… nak balik mandi lepas tu tidur…” Rantai dimasukkan dalam kotak semula. Tangannya lincah mengemas beg kerja. Ardilla hanya memandang lalu tersenyum penuh makna.
“Okey, jom balik saing. Aku tumpangkan kau. Takkan kau nak naik LRT lagi kan? Kau kan birthday girl…” Ardilla mengenyitkan mata.
“Kau kenapa? Peliklah aku tengok. Tak payah, aku dah biasa naik LRT…” Airissa menolaknya. Segera dia menutup pintu bilik pejabat dan menuruni anak tangga. Langkahnya tak terlalu lambat tak terlalu cepat. Petikan gitar jelas kedengaran. Airissa berpaling ke arah Ardilla.
“Kau dengar?” Ardilla tersenyum dan mengangguk.
“Kau yang pertama… membuatku bahagia…” Hampir pitam Airissa memandang lelaki pujaannya sedang menyanyi di depan pintu utama bangunan. Sungguh dia tak sangka, artis sanggup turun padang demi menyanyikan lagu untuknya. Tangan Ardilla digenggam erat. Dia benar-benar takut rebah. Dia benar-benar terpaku dengan persembahan itu. Yang pastinya, dialah watak utama dalam adegan itu.

“Airissaaaaaaaaaaaaa!!!!” Jeritan itu benar-benar membingitkan telinganya. Airissa terjaga.
“Ya, kenapa?” Terpisat-pisat dia menggosok mata. Dalam benaknya lantas berfikir semula kejadian malam itu. Semuanya bagai mimpi.
“Dila, Jamiel mana? Dia dah balik ke?” Ardilla mengerutkan dahi.
“Kau ni angau sangat dengan Jamiel ke weh? Mana ada artis nak datang ofis kita ni. Itulah kau, orang kerja kau mengulor. Tidur kat pantry… Dah bangun cuci muka…” Airissa mengeluh. Dia mimpi? Usai membasuh muka dia kembali ke mejanya. Berselerak. Kepalanya menggeleng lemah.
“Eh rantai ni?” Airissa memandang pelik. Rantai yang sama dalam mimpinya. Perlahan dia menepuk pipi sendiri.
“Ardilla sini… sini kau…” Ardilla mengerling.
“Apa dia?”
“Jamiel betul-betul datang. Ini rantai. Dia kasi kat aku.. dia nyanyi live untuk aku… Ah romantiknya!!!” Airissa tersenyum sendiri.
“Kau jangan nak buat gila. Ni hadiah aku kasi. Nampak loket ni, bentuk pari-pari kan?” Airissa mengangguk lesu. Kecewa.
“Aku kan pemilik paripariputih.com. Haruslah aku kasi hadiah ni simbolik tanda persahabatan kita… Rissa, Rissa… Kau memang dah angaukan si Jamiel tu… Ish-ish…” Airissa memandang rantai itu semula. Dia kecewa. Rupanya semua itu hanya mimpi. Hari jadi tahun ini juga seakan hambar dia rasa. Tiada teman lelaki. Tiada Jamiel di sisi. Namun, dia tetap akan ada pari-pari yang sentiasa menemani. Rantai itu simbolik Ardilla yang setia menjadi sahabatnya. Rantai itu juga akan dia pakai, tanda menghargai kasihnya sahabat. Walaupun dia masih sendiri, dia tahu pari-pari akan sentiasa dekat di hatinya dan menemaninya. Selain itu, Allah kan ada? Airissa tersenyum sendiri.
“Terima kasih Dilla… Sarang ae!!!” Jeritnya kuat. Ardilla sudahpun menggelengkan kepalanya. Pening dengan keletah sahabatnya sendiri. Namun, dia tahu Airissa memaksudkannya.
“Semoga bahagia wahai sahabat, aku akan doakan jodoh kau… Percayalah!” Perlahan dia menuturkan kata-kata itu. Dia meneruskan kerja yang tertangguh. Tanggungjawab lain perlu juga diutamakan. Dibiarkan saja Airissa yang sedang berbunga-bunga bahagia. Dia hanya mahu Airissa bahagia. Rantai itu, dia harap akan sentiasa menemani sahabatnya walaupun dia tak lagi ada dalam dunia. Itu harapannya.
Pitam!
#Tenkiu Puan Zaimah aka pari pari putih aka Mama sebab kasi aku hadiah hari jadi paling awal =) Sangat-sangat sukakannya.
#Selamat hari jadi jugak kepada kembar setarikh lahir Bie... Rindu nak tidur sebilik dengan kau T.T
#Selamat hari lahir juga untuk MissShila senget yang sangat senget. Kita kembar yeah! Kita je menanti 15  FEB dan bukan 14 FEB ehh? 

15 comments:

  1. Mentabah aku baca novel ko dari atas sampai bawah ==, kemahen lagi watak tuan paripari.com tu kan.. hahahah u r welcome simpan rantai tu sbg tanda persahabatan kita weh... walaupun ko dah ada cucu nnti... ^_^ kalau aku lelaki dah lama aku belikan ko cinicn jer hahaha tapi yg tu mohon mr right ko yg beli dan sarungkan ke jari ko nanti insyalah amin amin.. semoga masin mulut aku ni kan... pepepun happy birthday iffah aku daokan yg terbaik utk ko semoga ko sentiasa happy dgn kasih sayang family dan kawan2 hugs huga... fren till jannah ^_^

    ReplyDelete
  2. ayat kat bawah tu bermakna.. :)

    Selamat Hari Lahir Kak Pipa (^_^)
    Semoga harimu sentiasa disulami keceriaan walaupun perlu menongkah arus dunia yang berliku ini.

    Peace yaw! Sayang akak..wee <3

    ReplyDelete
  3. aku pulak yang tacing...sob3x...iffah, selamat hari lahir. w/pun aku baru je kenal ko tapi aku rasa cam dah bertahun2 lamanya... dah2, ko jgn nak kata aku poyo sbb kata2 aku ni ikhlas...

    SELAMAT HARI LAHIR IFFAH

    ReplyDelete
  4. gelak aku bab 'sarang ea' tu ekekekekek...

    dah angaukan jamiel pulok ekekekeke

    selamat hari lahir Iffah... moga cepat kawin dengan jamiel... eh..?

    ReplyDelete
  5. tengok putih bulat kat muka yu tu rasa nak conteng aje...eh!

    ReplyDelete
  6. selamat hari lahir ipah

    semoga sentiasa dimurahkan rezeki yer

    ReplyDelete
  7. ko bagitau je la yang ko nak adiah besday ko kan?kan?kahkahkah

    ReplyDelete
  8. melihatkan gambar pun aku dah gelak.. apa lg teringat dgn kesengalan kat luar...mentabah je ipah ni.. slamat hari lahir dik...

    ReplyDelete
  9. dah agak before sampai ending ke bawak sape org tuh..
    mesti si ppp..

    selamat hari lahir sayang..

    ReplyDelete
  10. selamat hari jadi,
    selamat hari jadi,
    selamat hari jadi iffahhh..
    slamat hari raya.ehhh..
    selamat hari jadi iffah=)
    moga sihat hendaknya.

    makan kek jgn tercekek :P

    ReplyDelete
  11. besday ko gak hari ni? nape dekat fb takde notification?? @.@ ape pun selamat hari jadi.. kire cerpen ni nak bagitau ko dapat hadiah rantai r dari ppp tu.. wah.. best2.. lame dah aku tak dapat hadiah besday.. untung lah!

    ReplyDelete
  12. Tetbaik la cerpen ni. hana macam ada ja dalam cerpen tu. aduh.. nanti kalau buat cerpen letak nama hana ek. hana nak feeling gak..hahaha

    ReplyDelete
  13. dah agak dah cite rantai tue mesti wujud rantai tue hihihi

    ReplyDelete

Terima kasih membaca entri saya sampai hujung perkataan =)