Hari kekasih? LOL

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Maaf atas ketawa yang terbahak-bahak. Hilang terus kesopanan dan kesusilaan. Aku akui aku hafal tarikh 14 Februari setiap tahun. Tapi aku tak pernah pun sambut. Tak ingin langsung. Sila percaya!

Nak kata aku tak pernah bercinta? Tak, pernah je. Bagi aku ia sesuatu yang tak perlu untuk kita sambut. Dulu pernah kecoh haram menyambut hari kekasih. Sebab Paderi yang namanya Valentine. Tapi cuba kita renungkan sejenak, itu sambutan orang barat. Yang tentunya bukan ISLAM. Jadi perlu ke kita terikutkan budaya mereka?

Lagi satu aku pelik, agama kita melarang bercouple. Tapi kita buat jugak. Couple dah tentunya haram, lepas tu nak sambut hari istimewa kononnya? Apakah? Islam tak ajar semua itu. Agama kita dah indah sangat aturannya. Kita tinggal nak patuh atau tak je. Kalaupun nak bercinta, biarlah secara Islam. Orang kata bertaaruf.

Kalau rindu biarlah ia disampaikan melalui doa-doa kita lepas solat. Kan lebih sweet? Aku bukan nak kata aku baik sangat, cuma aku cuba ubah gaya hidup aku yang kurang baik kepada yang lebih baik. Kalau dulu asyik couple je, sekarang aku lebih suka single. Aku cari kekasih yang halal je sekarang ni. Kalau jumpa, setiap hari aku nak sambut hari kekasih dengan dia. Itu lagi sweet tahu?

Cinta lepas kahwin bukan bermakna cinta yang terpaksa. Ramai je kahwin dulu dan bercinta kemudian. Bahagia je aku tengok. Macam jiran aku, Nadh dan isteri Kiera. Diorang berkawan dulu, tak adalah couple-couple. Sekarang tunggu baby membesar dalam perut je. Itu percintaan yang halal lagi sweet aku rasa. Jadi, baiklah fikir masak-masak bila teringatkan hari kekasih =)

#Pendapat aku semata-mata, nak marah terpulang... Sendiri boleh nilai mana baik dan buruknya =)

32 comments:

  1. Dah berapa kali org kata sambut tu haram tp msh ada jugak yg sambut.. mcm la xde hari lain nak bg hadiah bagai.. hehe. dlm khutbah jumaat mggu lps pun ada sentuh pasal valentine day ni haram sambut.

    ReplyDelete
  2. ade entry yg berkaitan dgn entry akak ni, . . . . .

    http://angelwearsgucci.blogspot.com/2013/02/perempuan.html

    bacalah :)

    ReplyDelete
  3. kita lagi tunggu 15feb kan dari 14feb..


    kakakakak..

    ReplyDelete
  4. couple ni buat tambah dosa je..tapi berapa kerat sgt yg mampu bertahan.

    ReplyDelete
  5. dulu yu asyik couple je? asyik??? wahhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  6. berkapel dengan suami sendiri aje lah kan...hehehehe

    ReplyDelete
  7. moga2 segalanya baik2.. baik yg copule n sebaliknya.

    ReplyDelete
  8. perkara yg haram laa berlumba-2 ramai nak buat, perkara yg wajib xmau buat. huhu.

    ReplyDelete
  9. :)

    kak ipah, meh la join GA :P

    http://aimisyafiqahsuhaimi.blogspot.com/2013/02/first-giveaway-by-marshmallow.html

    ReplyDelete
  10. Budak zaman skrg...mmg suka menda2 camni

    ReplyDelete
  11. tak perlu nak tunggu setahun sekali baru nak berkasih sayang. setiap hari sayang. xde maknanya nk berhari kekasih semua tu. kan,

    ReplyDelete
  12. valentine day haram disambut umat islam..takde makna nya hari tersebut..menambah dosa dan bala ada la pd hari tersebut..jgn sampai tsunami terbesar kali ke-2 melanda sudah..banyak2 istighfar dan bertaubat..nauzubillah...

    ReplyDelete
  13. yang aku ingat kan Iffah..

    esok hari jadi ko.... :D

    ReplyDelete
  14. x smbut hari kekasih..
    kasih syang stiap hari ada.. kita sndri kna pndai wjudkan..:)

    ReplyDelete
  15. Selamat ulang tahun kelahiran in advance...makin tua ko...harap bertabah dgn usia ko...hahha

    ReplyDelete
  16. tu semua tepuk dada tanya iman.

    kak, sama2 usaha ke arah yg lebih baik ye :)

    ReplyDelete
  17. okla kita harus sentiasa mengingati terutama utk bdk baru nak up...bdk skola ;p

    ReplyDelete
  18. Bagus kamu baik sangat..

    ReplyDelete
  19. tak sambut ..saye sambut esoknye, esok besday saye :D

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum iffah...mama setuju n3 ni...;)

    ReplyDelete
  21. haa teringat hana kat kelantan. masa hana jalan2 14hb 2, ada satu banner dia tulis "Hari Suami Isteri". Hana pun pelik ada ka hari suami isteri. tegah fikir2 baru tahu hari suami isteri tu mcm hari valentine. ada ceramah agama, sukaneka. Yang hadir suami isteri

    ReplyDelete
  22. tiap tahun aku tunggu 4 julai je.. lagi berfaedah ingat hari lahir aku sendiri..

    pss: dah bagitau ko kne r bagi hadiah nanti ye.. =P

    ReplyDelete
  23. cik pipah!

    Selamat menyambut ulang tahun keTUAan. Semoga umur diberkati. Murah rezeki. Maintain kiut dan lekas kahwin. Amin.

    ReplyDelete
  24. menabah je si miko wish sampai 2x... baguih3x.... mmg best kalau dpt kekasih yang halal, tambah lagi kalau kekasih halal kita tu menjadi lifetime buddies kita jugak... surius aku nak yg camtu...

    ReplyDelete
  25. amin tentang jodoh kau..

    ehehhe..
    jum cari suami..
    ehhhh...

    ReplyDelete
  26. wak pon nk salam weekend yee.,eHHHE

    ReplyDelete
  27. eh tetiba ada nama akak, tanjat gegel :p

    ReplyDelete
  28. haishhhh lupa sambung. semoga dipermudahkan iffah jumpa mr right tue amin

    ReplyDelete

Terima kasih membaca entri saya sampai hujung perkataan =)