CORETAN TERBARU NADH

Spontaneous Thursday#20

Dressing luka melecur pada jam 10 pagi. 
Khamis 15.12.2011.
Lokasi: Hospital Sungai Buluh.
Masuk wad untuk pembedahan plastik.
Jangka akan menghilang seminggu.
Sehari satu entri mungkin.
Doakan semua berjalan lancar ye. 
Takut T.T

Ps: Thanks dia bagi idea bernas
Published with Blogger-droid v1.7.4

29# Wordless Wednesday

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Google
Ps: Moga dia berjaya jawab soalan=)

Adakah cinta itu kejam?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Adakah cinta itu kejam?

Aku berfikir sejenak. Ni gara-gara ombak rindu bagaikan tsunami melanda hati kala ini. Serius aku suka cerita macam tu. Aku minah jiwang. Jadi jangan hairan kenapa blog jiwang, tuannya pun jiwang. Cukup! Bukan itu aku nak kongsikan.

Aku cuma nak tanya tentang cinta? Ada Mila dalam cerita Ombak Rindu sebut kat Izzah. CINTA TU KEJAM KAN? Izzah jawab tak. Cinta tak kejam. Cuma kita je tak menghargai. Aku? Setuju dengan Izzah. Ramai suka salahkan cinta. Sebenarnya tak ada salahpun nak bercinta.

Cinta dikatanya buta padahal kita yang celik tak reti nak bezakan mana baik dan buruk. Cinta dikatakan kejam padahal kita yang bertindak kejam terhadap diri. Dah tahu orang tak suka kenapa nak terhegeh-hegeh? Cinta tak boleh dipaksa tapi boleh dipupuk. Namun berjaya atau tak untuk bertunas di hati seseorang itu terpulang. 

Jadi jangan sesekali menyalahkan cinta kerna ia adalah sesuatu yang indah. Walau beribu kali putus cinta aku akan tetap mencari cinta. Itulah fitrah manusia sebenarnya.

Ps: Yang pasti dia tetap dengan cintanya.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers