CORETAN TERBARU NADH

Part 11: I'm nothing without you


ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Cerita ini bersiri hasil kerjasama jiran sepagar Mr Nadh. Untuk part sebelumnya cari di widget I'm nothing without you. 

Ding dong.

Adilla menggeliat di katil. Dengan malas dia mencapai Samsung Galaxy Acenya.

'Shahir!' Adilla lekas membuka mesejnya.

Salam. Awak, dah okey ke?

Adilla tersenyum.

Dah okey. Terima kasih atas nasihat tu.

Adilla terus bangkit dari katil. Semangatnya berkobar serta merta. Dia ingin bersiap. Terus saja dia menaip mesej kepada Shahir. Bimbang Shahir tertunggu-tunggu.

Awak, saya keluar. Kita sambung nanti. Salam.

Senyuman Shahir mati. Baru dia nak berbual lama dengan si dia. Baru sekejap sudah rasa rindu. Entah mengapa hatinya begitu teruja menanti khabar dari Adilla. Adakah ini dinamakan cinta?

“Assalamualaikum,”

Lamunannya terhenti. Ada yang memberi salam dari luar. Shahir pelik. Takkanlah Adilla datang ke rumah bujangnya?


*****

“Tengok siapa datang tu kanda,” Rasyid berlalu. Dindanya masih di pembaringan.

‘Kanda terima kasih sebab hadir memecahkan sepi yang tak tertanggung rasa ini. Bersyukur sangat dapat kanda’ Rozita tersenyum kebahagiaan.

“Dinda, ada orang datang,” Laung Rasyid dari bawah.

“Siapa?” Jeritnya pula. Lemah rasa nak turun katil. Namun dia gagahkan juga. Tumpah air matanya saat melihatkan seseorang yang sangat dia rindukan. Ingin saja dia berlari peluk tubuh kecil itu.
“Mak!”

“Dinda!”

Keduanya jerit serentak. Tubuh Rozita terbaring kaku di anak tangga yang bawah sekali. Sungguh cepat ia berlaku. Tangisan mula memenuhi ruang. Adilla tak henti-henti memanggil emaknya. Darah dari kepala keluar dengan lajunya. Rasyid saja yang bergegas mencari kunci kereta. Dindanya parah dan dia takkan biarkan.

*****

“Oh kenapa awak datang?” Shahir pelik.

“Tak boleh ke saya datang?” Amani sedaya upaya menebalkan muka. Rindu pada abang angkatnya sungguh membuak.

“Bukan apa. Tak manis kalau orang nampak. Abangkan lelaki,” Shahir segera betulkan salah faham yang mungkin akan timbul.

“Tapi saya kan adik abang. Lagipun ada benda saya nak bagitau,” Amani tak putus asa.

“Tunggu kejap. Kita keluar,” Amani tersenyum puas. Mudahan rencananya berjalan seperti yang diharapkan.

Nota Iffah: Wah lama tak mengarang. Otak sudah hang. Maaf jiran. Lambat. Haha pengsan! Publish sekarang sebab ada orang tak sabar.

Ps: Mahukah dia membaca ni?

9 comments:

fRaMe+LenSeS said...

saya kmen dulu. agagagagag

kiera'sakura said...

wahhh dh bersambung... smoga idea korang bedua melimpah ruah la nanti nk smbung cite nie... =)

amani nk jd org ketiga yg kacau daun letewwww :p

cik pulau said...

wahahahaha...
finally..
buat come back tu...
kikiki

sergeant keroro said...

Apa rancangan amani.?

fRaMe+LenSeS said...

alamakkk.. alamakkk.. tade idea..camne nih.. camne nih.. agagagag.. :P

aimie amalina said...

awwww2
apakah2
apakah yg akan terjadi lagii

ayooo kak ngah
jgn simpan bakat pendam2 dlm badan
hehehehe

Faaein Talip Roy said...

wahh.. apa jadi lepas ni?

sambung.. sambung... tetiba jadi minat nak baca lagi.. ^^

Naniey TJ said...

Sapa yg x sbr

Nong Andy said...

ni nak baca dari part one... tapi selalu tak menyempat. aku asyik baca yg dah ada penamat je.. mujur 'magic' box iffah memudahkan hahaha..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers