CORETAN TERBARU NADH

Part 14: Aku, Dia dan Paparazzi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Kau jangan nak lawan kami. Kau sekali aku baling jatuh tangga kau tahu?" Yang berisi cuba mengugut. Yang tegap tersengih.
"Kau tepi mat. Biar aku settlekan budak kecik ni," Sang gagah membuka langkah. Ady kecut. Dia mencari jalan keluar.
"Kenapa kau takut ke budak?" Si Tegap cuba menumbuk Ady Budika malangnya Ady sempat mengelak. Lalu yang tegap tersungkur ke tangga. Yang seorang lagi cuba membantu. Tapi Ady lekas menendang lutut lelaki itu dan dia terjerit kesakitan.
"Apa ni Mat? Kena sikit je pun?" Ady terus lari keluar dari tangga kecemasan. Dia melihat sekeliling.
"Ini kawasan rumah Sunah. Tak jauh rupanya," Di berlari menyorok di kereta Mercedes Benz putih.
"Mat cepat, budak tu lari dah," Ben segera membangunkan kawannya. Tugas mereka belum selesai. Gosip Sunah masih belum dapat juga.
"Aku tak laratlah Ben. Kau kejar dia okey. Kang aku tunggu kat kereta je," Ben menjegilkan mata. Kawannya memang tak boleh harap. Dia bingkas bangun. Ady perlu dicari. Kalaupun tak dapat gosip model itu dia tetap nak tangkap Ady. Kalau tak dia akan disumbat dalam penjara atas kesalahan menculik. Ben segera memandang sekeliling. Ady lesap. Dia melihat satu demi satu kereta. Dia yakin Ady tak jauh.
xxxxx
"Assalamualaikum pakcik," Deqdeq mula bicara. Putera di sisi senyap sahaja. Dia malas nak bergaduh dengan pakcik tua tu lagi. Cukuplah tadi.
"Ya, waalaikumsalam. Diyana kenapa kamu ke mari?" Pakcik itu mesra. Deqdeq tersenyum. Pakcik memandang ke arah Putera. Dia kenal lelaki itu.
"Kalau hal dia ni pakcik malas cakap. Apa punya budak kamu kawan ni Diyana oi," Pakcik sudah mula membebel. 
"Er kenapa pakcik? Maafkan dia. Dia memang kurang sopan sikit," Deqdeq sempat mengata Putera. Mukanya memang jelas tak berpuas hati. Dalam hati Deqdeq berkata 'Padan muka'. Senyum.
"Dia ni dah lah main rempuh je. MUjur pakcik sempat halang. Sekarang ni ramai penjahat. Susah nak jadi pengawal keselamatan ni Diyana," Deqdeq mengangguk tanda mengiyakan.
"Tulah pakcik. Saya datang pun ada hal sebenarnya," Deqdeq cuba melembutkan suara. Sopan dengan orang tua.
"Apa dia tu nak?" Pakcik mula serius. Putera duduk di kerusi kosong. Penat pula dia berdiri. Umpama tugu pula kerana dia pun bukan membantu.
"Ada tak yang meragukan masuk ke kawasan rumah ni?" Pakcik kelihatan terkejut.
"Tak ada pulak. Yang macam dia ni banyaklah," Pakcik menunjukkan ke arah Putera. Tersentak seketika.
"Macam dia? Maksud Pakcik?" Deqdeq pelik.
"Ada dua orang. Dia naik kereta kancil. Dia kata nak jumpa seseorang. Pakcik tak bagi mulanya. Tapi dia kata penting sangat. Setengah jam lagi nak keluar katanya. Ni dah nak dekat sejam. Tak muncul-muncul jugak," Pakcik mengeluh.
"Rupanya macam mana Pakcik?" Deqdeq pelik.
"Seorang sasa badannya. Tu seorang lagi berisi sikit. Tu jelah pakcik ingat. Tak nampak muka jahat pun. Kenapa Diyana tanya tiba-tiba ni?" Pakcik mula berasa aneh.
"Tak ada apalah Pakcik. Terima kasih beritahu. Tuhan sajalah balas jasa Pakcik ni," Deqdeq mula bergerak untuk kembali ke apartmentnya.
"Diyana, selagi pakcik boleh tolong, Pakcik tolong. Kamu nak pakcik tahan dua orang tu ke nanti?" Deqdeq terkejut.
"Pakcik sanggup?"
"Boleh je. Kita pun sesama islam kan. Nanti Pakcik tutup pagar. Tunggu mereka keluar, Pakcik tahan," Deqdeq tersenyum puas. Putera mengekor dari belakang.
xxxxx
"Tasha, turun. I ada maklumat,"
"Apa dia?"
"Ada dua mamat misteri masih berlegar kat kawasan kita. Mungkin dia yang culik Ady,"
"Apa? Okey, aku turun sekarang," Tasha terus bergegas ke pintu.
"Sha, I nak ikut. Mana tahu Ady dah dijumpai kan?" Sunah bersuara.
"Ala you rehat jelah Sun," Tasha segera meninggalkan Sunah. 'Tasha, sampai hati you' bisik hatinya. Sunah tetap berdegil. Di memakai semula tudungnya dan bergerak meninggalkan apartment mereka setelah pintu dikunci.
"Tasha, tunggu," Lift tertutup. Sunah kecewa. Dia menekan punat anak panah turun.
xxxxx

Okey, sampai sini saja cerita ni. Haha memang kena lempang je aku karang. Tangan sakit terketuk meja. Tak dapat nak taip laju-laju. Cerita ni aku publish awal. Disebabkan seseorang mood tak berapa okey. Harap cerita ni dapat kembalikan mood dia. Enjoy ya korang=)

8 comments:

Andrik McVean said...

hi...i like ur blog and i have followed your blog..i hope you can follow me back :-)

Sunah Mohammad said...

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~ nape sampai sini jekkk??? adehhhhh T___T nangis tunggu lagi sambungan.... hahahahahah~ abang ben ngan pcm jahat!!!!

solomolo said...

best cite ni...
tak sabau nak tunggu besok...

cik pulau said...

lorhh.. 2 orang tu yang culik ke??
nak buat apa? nak masak sup ke? hahaha

errkk.. larikkk

efa nur said...

pengsaaannn....!! haha :D
likeeee....

Jom Terjah Sini :)

Sue said...

miss ran...takat ni je ke? cheq sue baca 1-14....kasi la lagi....

ir prof dr alia rosli said...

AKAQQQQQQQQQQQQ!!!

SAMBONG LA LAGI

ISH, TAK SABAU NIE

kiera'sakura said...

yeayyy jawapan akak betoi... hihihihi

#padahal org laen lama dh tau jalan cite T_T

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers